KidZania KL Anjur Aktiviti Sukan Selama Sebulan Sempena Sukan Sea 2017

Jom, alami semangat kesukanan dan gaya hidup aktif dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik di KidZania KL

Sempena dengan Sukan SEA ke-29, KidZania Kuala Lumpur menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan selama sebulan bermula daripada 15 Ogos hingga 15 September 2017!

Menerusi KidZania SportZ 2017 (KidZania SportZ/ program), pelbagai acara diadakan setiap hari untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai sendiri pengalaman sebagai atlet dan mendidik mereka tentang pentingnya nilai-nilai disiplin, kerjasama, dan cara gaya hidup aktif.

Bukan itu saja, sepanjang sebulan program ini berlangsung, kanak-kanak berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik di KidZania Kuala Lumpur dan secara atas talian. Antaranya, mereka boleh mengambil bahagian dalam KidZania SportZ Challenge dan berpeluang memenangi sesi penuh tajaan AirAsia di Akademi Badminton AirAsia. Pemenang bertuah akan berlatih bersama pemain badminton kebangsaan, Liew Daren.

Image 3_KidZania SportZ 2017 Launch

Dirasmikan oleh En Mohd Azhari Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, KidZania SportZ diadakan dengan harapan agar lebih ramai kanak-kanak dan golongan remaja bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan menggalakkan aktiviti sihat pada waktu lapang.

Aktiviti utama KidZania SportZ termasuklah Obstacles Challenge dan sesi CrossFit yang direka khas untuk menguji keseimbangan, kekuatan dan stamina kanak-kanak. Fitness Dance pula akan memperkenalkan rutin Zumba yang menyeronokkan kepada kanak-kanak untuk memperbaiki koordinasi dan meningkatkan keyakinan diri. Mereka pasti seronok apabila dapat melompat dan menari mengikut irama dan rentak yang rancak. Selain itu, kanak-kanak juga boleh menyertai aktivti-aktiviti yang dapat mengasah kemahiran mereka seperti memanah, golf mini, dan bola sepak.

“Kami berharap KidZania SportZ dapat mengajar kanak-kanak erti persaingan sihat dan semangat kesukanan. Sukan memerlukan disiplin, kesungguhan dan kerjasama yang tinggi. Sudah tentu, pengalaman pembelajaran dan tabiat yang sihat ini akan kekal sehingga mereka dewasa kelak, seiring dengan moto kami iaitu Learn Life Today. 

Tambahan pula, dalam kehidupan masa kini yang mempunyai pelbagai kemudahan tersedia menjadikan kita sentiasa “melekat” dengan alat peranti dan menyebabkan kita menjadi malas untuk kekal sihat dan aktif, jadi aktiviti senaman perlulah diberi kelainan untuk menarik minat kanak-kanak, dan juga orang dewasa. Ini kerana, aktiviti sukan turut boleh merapatkan lagi hubungan seisi keluarga.”

-Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

Sejak 2012, Akademi Badminton AirAsia telah melatih lebih daripada 250 pemain, termasuklah Ari Latiff, pemenang pingat perak Sukan SEA untuk acara Perseorangan Badminton.

“Kami teruja untuk mengambil bahagian dalam KidZania SportZ Challenge ini. Pemenang akan mendapat peluang sekali-dalam-seumur-hidup untuk berlatih di Akademi Badminton AirAsia, ia merupakan satu inisiatif berterusan buat kami untuk mempromosikan sukan ini yang sangat dicintai oleh seluruh rakyat Malaysia, dan juga bagi memberi inspirasi kepada generasi muda untuk melibatkan diri di dalam aktiviti sukan,”

-Spencer Lee, Ketua Bahagian Komersil AirAsia Berhad.

KidZania SportZ turut menampilkan pakar-pakar industri dan peralatan sukan yang diperlukan untuk aktiviti yang diadakan. Golongan profesional akan turut turun padang dan berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada para kanak-kanak menerusi siri KidZania SportZ Talk yang akan diadakan pada hujung minggu.

Antara penceramah yang akan mengambil bahagian adalah pengembara terkenal, Ravichandran Tharumalingam, atau lebih dikenali sebagai Ravi ‘Everest’; bekas pemain skuasy kebangsaan, Sharon Wee; pemegang pingat emas Sukan SEA acara renang, Jeffrey Ong; bekas atlet Kebangsaan dan juga bekas atlet Olimpik, Yang Berbahagia Tan Sri Dr Mani Jegathesan, yang dahulunya digelar lelaki terpantas di Asia; perenang kebangsaan dan atlet Olimpik, Khoo Cai Lin; dan jurulatih serta Kapten Skuad Bola Sepak Cacat Penglihatan Malaysia, Sunny Salesh dan Mohd Amirul Arif.

Bukan itu saja, KidZania Kuala Lumpur akan turut memberikan tiket masuk percuma dan cenderamata menarik kepada lima pemenang KidZania SportZ Facebook Contest. Pemenang boleh menggunakan tiket masuk tersebut sepanjang program berlangsung untuk menyertai aktiviti dan ceramah yang diadakan. Untuk menang, mereka hanya perlu menghantar video yang menunjukkan skil sukan terbaik mereka!

 

Jadi apa lagi, jangan lepas peluang sihat bersama KidZania…

80 Pelajar Serlah Bakat Dalam Pertandingan Paddle Pop Young Builders Award

Siapa kata pelajar kita tidak berbakat dan kreatif?

02

20 pasukan dari pelajar sekolah rendah berjaya membuktikan kreativiti, bakat dan kepandaian mereka dalam mencipta robot di pertandingan akhir Paddle Pop Young Builders Award 2017 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Hotel Chorus, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari ini menyaksikan pelajar-pelajar muda berentap untuk membina struktur robot mesra alam sekitar menggunakan bahan kitar semula.

Untuk pengetahuan  semua, Paddle Pop Young Builders Award 2017 adalah satu pertandingan yang dianjur dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan pertandingan tahunan peringkat kebangsaan bertujuan memupuk kesedaran terhadap alam sekitar di mana  pelajar membina struktur kreatif dengan menggunakan bahan-bahan terpakai dan kitar semula.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-60, setiap pasukan yang diwakili oleh empat orang murid perlu menggabungkan elemen-elemen yang menggambarkan Malaysia dan negeri-negeri pasukan bertanding ke dalam rekaan struktur mereka.

Pertandingan akhir Paddle Pop Young Builders Award 2017 menyaksikan kemenangan SK Peramu Jaya dari Pahang sebagai Juara, manakala SK Bukit Rokan Utara (F) dari Negeri Sembilan muncul sebagai Naib Juara dan tempat ketiga dimenangi oleh SK Stella Maris (M) dari Perlis.

Di samping itu, tahun ini Paddle Pop Young Builders Award telah menyediakan TIGA hadiah kategori khas bagi ‘Penggunaan Bahan Kitar Semula Terbaik’, ‘Semangat Kerja Berpasukan’ dan ‘Penyertaan Paling Kreatif dan Lengkap’. Anugerah Penggunaan Bahan Kitar Semula Terbaik dimenangi oleh SK Durian Mas 1 dari Terengganu. Anugerah Semangat Kerja Berpasukan dimenangi oleh SK Kepala Batas (Pasukan 2) dari Kedah dan Anugerah Penyertaan Paling Kreatif dan Lengkap, pula disandang oleh SJK(C) Chung Hwa dari Pahang.

“Tahun ini, kami telah berjaya menarik minat lebih 20% sekolah rendah dan 80% murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan penyertaan dari sekolah-sekolah ini juga menyaksikan pertandingan akhir tahun ini lebih sengit dan kompetitif. Juri pertandingan ini yang juga merupakan seorang pelukis terkenal tempatan iaitu Professor Jalaini turut kagum dengan kreativiti dan usaha yang dilakukan oleh murid-murid untuk pertandingan tahun ini yang mana ia membuktikan Paddle Pop telah berjaya menarik minat pelajar untuk memelihara alam sekitar.

Kami telah membuat pelaburan yang sewajarnya dan berkomited untuk menggalakkan bakal pemimpin masa depan negara ini bagi memelihara dan membina masa depan negara yang lebih hijau dengan cara mengguna semula, membuat semula dan mengitar semula.”

-Encik Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang bertemakan “Perpaduan untuk Kesejahteraan Alam Sekitar” (Unity for a Greener Future) merupakan sebuah platform untuk mendidik murid-murid sekolah rendah mengenai pelbagai jenis bahan yang boleh diguna, dibuat dan dikitar semula dengan cara yang berinovasi dan menyeronokkan.

Pertandingan akhir ini telah disempurnakan secara rasmi oleh Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, dan Encik Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

“Kementerian Pendidikan mengucapkan syabas kepada Unilever Malaysia kerana berjaya menganjurkan Paddle Pop Young Builders Award untuk tahun kelima berturut-turut. Usaha yang dilakukan Unilever seharusnya dipuji khususnya dalam mendidik dan menggalakkan para pelajar untuk lebih peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar bagi membina masa depan lestari.

Saya cukup berbangga kerana Paddle Pop Young Builders Award bukan saja mendidik pelajar untuk menyemai nilai murni terhadap pemuliharaan alam sekitar, tetapi juga menggalakkan mereka untuk meraikan perpaduan dan rasa cinta kepada negara. Saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat generasi masa depan.”

-Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1.

Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang terbuka kepada semua murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sekolah rendah kebangsaan menyasarkan pencarian idea-idea kreatif untuk menghasilkan sebuah robot bersaiz sebenar menggunakan bahan-bahan terpakai dan kitar semula yang turut berperanan menyampaikan mesej tentang kepentingan masa depan yang lebih hijau. Pada tahun ini, para peserta perlu membina sebuah robot menggunakan bahan-bahan terpakai yang digunakan setiap hari yang mana fungsi robot ini ialah untuk memantau dan menjaga persekitaran hijau di sekolah melalui cara yang menyeronokkan dan berinovasi.

Bagi menambahkan lagi elemen-elemen inovasi dan kreativiti, murid-murid ini dibawa melawat ke Petrosains semasa pertandingan akhir yang berlangsung selama tiga hari tersebut.

Pada pertandingan akhir, kesemua 20 struktur kreatif ini akan dinilai oleh para juri yang diketuai oleh ketua juri iaitu Profesor Madya Jalaini Abu Hassan dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara bersama-sama seorang juri yang masing-masing mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia dan Unilever Malaysia.

Sekolah yang memenangi pertandingan ini bakal menerima hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM6,000, Percutian Keluarga selama 3 Hari/ 2 Malam di LEGOLAND® Malaysia Resort termasuk baucar perjalanan bernilai RM500, tiket masuk kombo dan hotel penginapan serta sijil penyertaan untuk keempat-empat peserta dalam pasukan tersebut. Dua sekolah yang memenangi hadiah saguhati akan menerima wang tunai berjumlah RM2,000, dan 2 tiket masuk kombo LEGOLAND® Malaysia Resort untuk setiap ahli pasukan.

Program Paddle Pop Young Builders Award merupakan sebahagian daripada Pelan Kehidupan Lestari Unilever (Unilever Sustainable Living Plan, USLP) bertujuan mewujudkan lebih banyak persekitaran yang mempromosikan gaya hidup mapan. USLP menyasarkan untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar melalui perkembangannya dan meningkatkan impak sosial yang positif. Ini termasuklah menangani isu kesihatan dan kesejahteraan pengguna dengan cara meningkatkan lagi nutrisi.

Varian aiskrim Paddle Pop dirumus bagi memenuhi kriteria pemakanan yang berkhasiat dan mematuhi garis panduan pemakanan sihat terutamanya dari segi kalori, lemak tepu dan gula. Melalui USLP, rangkaian aiskrim kanak-kanak Paddle Pop dijamin mengandungi tidak lebih daripada 110kcal bagi setiap hidangan, 3 gram lemak tepu bagi setiap hidangan dan 20 gram gula tambahan bagi setiap 100 gram.

“Sebagai satu jenama ikonik yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai kanak-kanak, varian aiskrim Paddle Pop telah dirumus dengan kaedah terbaik agar ia menjadi pilihan yang sihat untuk kanak-kanak hari ini,” tambah Shiv Sahgal.

Malaysia Red Crescent Society Launched First Ever Aid App

 

Photo 1 (3)

The Malaysian Red Crescent Society (“MRCS”), with support from the International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (“IFRC”), has launched the country’s first ever First Aid mobile application.

The MRCS First Aid app contains information on everyday first aid scenarios, with tips on how to respond to emergencies ranging from burns and broken bones to asthma attacks.

The app is the first of its kind in Malaysia, and delivers first aid advice through videos, animation and interactive quizzes that are easy to access. According to statistics provided by the MAVIE Observatory, 80% of accidents occur in a domestic setting, while the World Health Organization reports indicate that an estimated 5.8 million people die each year because of injuries. Being aware of risks and dangers through first aid knowledge is the first step towards developing a culture of safety and prevention in the home.

“During an emergency, a lack of first aid knowledge could lead to lasting injuries and disabilities, and even unnecessary deaths.”

-Dato’ Sayed A. Rahman bin Sayed Mohd,

Secretary General of the MRCS:

“As a national society that is advocating the importance of first aid, we believe that having this mobile app allows users to access crucial, life-saving information at the touch of their fingertips. However, it is important to note the app provides educational tips on first-aid and in no way replaces proper first aid training and certification nor the need to seek medical advice where necessary.”

The application, which will be available for free on the Play Store and App Store, hopes to reach the estimated 17 million smartphone users in the country. “The proliferation of smartphones within Malaysia means that anyone, anywhere, be it in rural areas or those living in big cities, will have access to this crucial knowledge,” added Dato’ Sayed. “The content will be delivered in both English and Bahasa Malaysia, making it accessible to a broad audience.”

The launch of this app, co-branded with Prudence Foundation, coincides with the Southeast Asian Games, to be held in Kuala Lumpur from 19 to 30 August 2017. It leverages the SEA games, providing useful tips on the go, such as how athletes and spectators can stay hydrated. The app will also be featured on Team Malaysia’s website, reaching over 1.2 mil Team Malaysia Fans on social media and the Team Malaysia KL2017 chanters, Official Supporters of the National Athletes at the SEA Games.

“Helping communities acquire life-saving knowledge lies at the core of what we do at Prudence Foundation so we are delighted to partner with MRCS in driving awareness of basic first aid skills,” said Marc Fancy, Executive Director of the Prudence Foundation. “Knowledge of first aid is a critical skill everyone should have. The app offers convenient and instant access to essential information when faced with common first aid emergencies and builds on both MRCS’ and our efforts to equip citizens with fundamental first aid skills so they can better protect themselves and others.”

About the Malaysian Red Crescent Society (MRCS)

The Malaysian Red Crescent Society (MRCS) is a voluntary humanitarian organisation that seeks to promote humanitarian values as well as provide service and public education in disaster management, and health and care in the community. As part of the International Red Cross and Red Crescent Movement, we are headquartered in Kuala Lumpur, with 16 State branches, 150 Districts and more than 300,000 members nationwide. MRCS also has a very active presence among youths, through a well-organised network of youth and adult volunteer units in schools and institutions of higher learning.

About Prudence Foundation

Prudence Foundation, a community investment arm of Prudential Corporation Asia, aims to make a lasting contribution to Asian societies through sustainable initiatives focused on three key pillars: Children, Education and Disaster Preparedness & Recovery. Under each pillar the Foundation has regional flagship programmes as well as market specific programmes, working closely in partnership with local and international NGOs. The Foundation embodies the long-term and heartfelt commitment of Prudential’s people in Asia to provide innovative, focused and practical support to their local communities.

About the IFRC

The International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) is the world’s largest humanitarian network, comprising 190 member National Societies that work to save lives and promote dignity around the world.

 

40 Participants Learnt Cooking With COURTS and PENSONIC

 

Photo 3 (2)

Over 40 lucky participants had a once-in-a-lifetime cooking workshop with renowned local celebrity chef, Dato’ Chef Haji Ismail during cooking workshop held by COURTS Malaysia in partnership with PENSSONIC.

They also had a chance to whip up a tantalizing traditional Malay dish using Pensonic kitchen appliances. Designed to inspire creativity in the kitchen, the appliances made cooking an authentic, mouth-watering local dish like Ayam Berempah Hijau and the thirst quenching Bandung Soda Kisar Berlaici effortless, as was demonstrated by Chef Ismail.

“This cooking workshop with Chef Ismail is a reward for our customers, giving them an exciting and fulfilling way to engage with us, as well as meet-and-greet a favorite television and lifestyle personality. It is a testament to COURTS’ commitment to always provide new and innovative in- store experiences for customers, while giving our partners at Pensonic the opportunity to showcase their elegant and easy to use kitchen appliances. All of the products used in the session today are all available at affordable prices in our stores,” –

Dolf Posthumus, Chief Executive Officer of COURTS Malaysia.

As part of the workshop, participants were not only able to sample and enjoy the Ayam Berempah Hijau they prepared, but also take home goodies worth a total of RM400. This included the Pensonic Multi Cooker that was demonstrated at the session, which enables homemakers to continue their cooking adventure at home.

To celebrate this cooking session, COURTS Megastore Sri Damansara will also be hosting a special road show throughout the weekend with special deals for customers on Pensonic products. Customer will receive a FREE Thermos worth RM35.00 with any purchase of Pensonic product above RM99.00 made available while stocks last.

The Academy of Esports: For Aspiring Gamers & Game Enthusiasts

Gamers, Check This Out!

Yesterday, The Academy of Esports (AOES), Iskandar Malaysia’s FIRST Esports education institute, officially opened for registration from aspiring gamers and game enthusiasts; taking the future of Esports in Malaysia a step higher.

Unveiled at an event at Makespace, Kuala Lumpur, AOES offers certification-level education and is powered by Iskandar Investment Berhad (IIB), a key player in Iskandar Malaysia’s transformation into a regional metropolis of international standing.

Photo 5

Kieran Lam, CEO of Academy of Esports:

“We at AOES, are excited to be the first to launch Malaysia’s full-fledged professional Esports education facility, which would enable gamers and game enthusiasts to further their career in the Esports industry. All these wouldn’t be possible without IIB’s assistance and continuous support in making our dream a success.”

IIB’s COO, Mr Akmal Ahmad:

“The establishment of AOES is a great boon to all Malaysians as this is our first step in positioning Iskandar Puteri, at Iskandar Malaysia as the Esports hub of Southeast Asia. The idea of a full-fledged Esports Academy for local Malaysian talents to be discovered, polished and trained is certainly an idea whose time has come. As a Catalyst of Change for Iskandar Malaysia where education is one of our promoted sectors, the development of AOES fits very well into IIB’s DNA.” Datuk Ir. Khairil further added, “This initiative is one of IIB’s place-making activities to establish Iskandar Puteri as the preferred destination for sports, education, lifestyle, investments and careers. IIB welcomes potential partners to join us in this new Esports hub.”

The one-of-its-kind academy will kick off with a one-week, free-of-charge DOTA 2 Training Bootcamp from October 9 to December 23.

The Bootcamp will be a prelude for would-be students of the academy to experience and learn the training routine of professional DOTA 2 players through the development of a winning mind-set of insights, inspiration, advice and tools; crucial elements that will improve their winning chances in the next tournament.

With classes from Monday to Saturday afternoon, the Bootcamp will include programmes such as Personality Test, Scrims / Skirmishes, Post-Game Analysis & Replays, MMR/PUB and a Tournament; all overseen by reputable coaches, the likes of Wilson “ShenGG” Quak, Yusuf “Groov” Razak and Kieran “ZergRush” Lam, along with industry experts.

As the academy offers programs that has been endorsed and recognised by experienced players and coaches, it serves as a great platform for Esports enthusiasts in terms of career pathways, giving them the opportunity to look beyond being just professional gamers. Future students will be able to work on their gaming techniques as the bootcamp will aid them in developing soft skills such as critical thinking, problem solving, strategic planning, teamwork, conflict management, communication skills and many more.

Hasnul Hadi Samsudin, Vice President of the Creative Content and Technologies Division of the Malaysia Digital Economy Corporation expressed:

“We are pleased Malaysia is establishing a facility uniquely for gamers. This is inline with MDEC’s goal of making Malaysia as the Regional Hub for Games. The Esports is, undeniably, a growing industry and AOES will aid tremendously in providing these gamers with a solid future career in Esports.”

Meanwhile, Kym Lim, Managing Director of Hewlett-Packard (HP) Malaysia:

“Malaysia has a good talent pool that will build a solid foundation for it to be the Esports hub of the region. HP is proud to be part of this journey and to support the growth of the local Esports community. We are confident our newly launched OMEN devices with enhanced functionality and usability will provide them the technology to succeed.”

The event received overwhelming support, attended by Esports enthusiasts, DOTA professional gaming teams, DOTA gaming coaches as well as Malaysia’s Department of Skills Development (DSD), Ministry of Education and Iskandar Investment Berhad representatives.

The Academy of Esports, open to Malaysians as well as international students, is proudly powered by Iskandar Investment Berhad.

 

About Academy of Esports (AOES)

Academy of Esports is the FIRST educational institute centred on Esports to be opened in Afiniti Medini, Iskandar Puteri. The academy, funded by IIB, includes courses such as Event Management and Professional Athlete training and it strives to prepare future students in being well-equipped, both mentally and physically, for upcoming tournaments.

About Iskandar Investment Berhad (IIB)

Iskandar Investment Berhad (IIB) is a Catalyst of Change and a key player in Iskandar Malaysia’s transformation into a regional metropolis of international standing. Incorporated in November 2006, IIB is tasked to ensure Iskandar Malaysia continues its successful trajectory into an attractive investment destination and a vibrant liveable region via catalytic and high impact projects. IIB focuses on the development of Iskandar Puteri in the education, creative, tourism and leisure as well as health and wellness sectors. IIB’s prominent accomplishments include the successful joint ventures and investment partnerships in EduCity, LEGOLAND ® Malaysia Resort, Iskandar Puteri, Medini and infrastructure projects under the 9th Malaysia Plan in Iskandar Malaysia. IIB is committed to steering economic and environmentally sustainable growth in Iskandar Malaysia, and ensuring inclusive growth for local Iskandarians through employment and income opportunities.

For more information on IIB, please visit www.iskandarinvestment.com

 

Malaysia Chosen As A Host for The World Amateur Golf Championship 2017

IMG20170731150549

The World Amateur Golf Championship (WACG), a prestigious International Amateur Golf tournament, is coming to to Malaysia and will host some 800 amateur golfers from 47 countries.

“For this year, it is our pleasure to inform you that Malaysia has been awarded the right to host the 2017 World Amateur Golfers Championship World Final which would involve 45 countries, 800 golfers, non-golfers and spouses to be here from 18th to 25 November.”Perodua Chairman YBhg Tan Sri Asmat Kamaludin said.

Delta Trend Golf & Leisure Holidays Sdn Bhd (DTGLH) is responsible for promoting and managing a series of qualifying rounds throughout the nation before identifying the Champions from Five respective handicap categories up until the year 2020.

DTGLH acquired the rights to host the Championship from WGC ltd., which is the governing body for this event via an agreement to host the tournament from 2012 until 2020.

The achievement to host the 2017 WAGC World Final has also received the support of the Prime Minister, the Ministry of Tourism and the Ministry of Youth and Sports. It is also licenced by the Sports Commisioner and received the approval from the Malaysia Golf Association.

To make this competition a success, DTGLH would require sponsorship which would cost approximately RM10 million in total for expenses like logistics, accomodations and transportations on top of the tournament venue.

“On Perodua’s involvement, we are proud to announce that Perodua has been the title sponsor since 2012 for the local chapter and the participation of the Malaysian team abroad.” Asmat said.

He said the decision to be a part of this event is based on the fact that Perodua’s customer are from all level of society and it believes that golf like any other sport contributes positively to society as it promotes self-improvement.

“In fact, those who are dedicated are often those who have the spirit to improve not only in their chosen sport but will also apply that passion in their professional and personal lives. In that context, we have seen 6,000 amateur players experiencing the world standard tournament in the qualifying rounds with 75 players sponsored to participate in various countries around the world since 2012.” Asmat added.

Official Golf Clubs are:

  • The Mines Resort & Golf Club
  • Kota Permai Golf & Country Club
  • Sungai Long Golf & Country Club
  • Templer Park Country Club

Official Hotel- Renaissance Kuala Lumpur

For more info, please go to:

http://www.worldgolfers.com.my

 

 

 

GUARDIAN Rai Ulang Tahun ke-50

Ia juga bermakna sudah 50 tahun, GUARDIAN mengukuhkan pasarannya di Malaysia!

Photo B

Dengan pertambahan usia, GUARDIAN terus fokus untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran manakala matlamatnya adalah untuk menjadi SAHABAT SEJATI SELAMANYA.

Sempena sambutan itu, Guardian Malaysia  telah membuat pelbagai perancangan untuk mengekalkan posisinya sebagai peneraju pasaran.

Mr. Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia) telah menggariskan rancangan-rancangan tersebut di dalam satu sidang media yang berlangsung di The Weld, lokasi dimana sejarah Guardian bermula.

“Dengan mengambil kira kepantasan inovasi teknologi yang mengganggu tabiat penggunaan, persaingan sengit daripada saluran-saluran baru dan lama, keutamaan kami adalah untuk memastikan semua pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli-belah dan tawaran yang terbaik.

Ini mungkin melibatkan pelbagai kajian untuk lebih memahami gaya hidup dan keperluan pelanggan dengan lebih baik. Ia turut melibatkan program latihan BFF (BEST FRIEND FOREVER) dimana kami akan menghantar pekerja kami yang bekerja di Pejabat Sokongan Stor (Store Support Office) untuk bekerja di stor-stor kami selama tiga hari, dan merasai sendiri pengalaman bekerja di stor agar mereka memahami cara-cara untuk melayan pelanggan dengan lebih baik dan untuk mempelajari cara yang berkesan untuk membantu pelanggan berbelanja dengan lebih baik, apabila mereka berkunjung ke Guardian.” 

Menggambarkan perjalanan 50 tahun di Malaysia sebagai menarik, penuh warna-warni melibatkan pelbagai peristiwa penting, namun, jelas Mr Lauridsen, satu perkara masih kekal sehingga kini.

“Ini adalah komitmen kami untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang positif kepada para pelanggan setiap kali mereka berkunjung ke Guardian, menerusi pelbagai pilihan dan tawaran hebat pada harga yang kompetitif.

“Nilai-nilai yang telah memberi ilham kepada penubuhan stor pertama bersaiz 200 kaki persegi ini, kekal sebagai teras jenama kami hari ini.”

Beliau berkata pendapatan Guardian Malaysia telah meningkat sejajar dengan pertumbuhan KDNK negara, dan sejak 2016, secara konsisten ia telah menerima purata tiga juta pelanggan setiap bulan.

“Kami menyediakan pekerjaan kepada 3,300 rakyat Malaysia, dan kami berbangga bahawa operasi dan pelaburan kami dalam perniagaan ini telah menjana ekonomi sampingan yang penting kepada pengilang, pengimport dan pelbagai penyedia perkhidmatan – kecil dan besar.”

Walau bagaimanapun, menjejak usia 50 tahun, adalah penting untuk kami menyoal diri sendiri, ke mana hala tuju kami selepas ini?

“Matlamat utama kami adalah untuk menjadi sahabat kepada para pelanggan kami, dan untuk memenuhi keperluan mereka. Seperti seorang sahabat baik, seorang yang dicari untuk mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan. Jika usaha ini berjaya, kami akan kekal sebagai peneraju pasaran dan kekal sebagai peruncit pilihan ramai,” tambah beliau.

“Usaha kami adalah untuk benar-benar memahami keperluan dan kehendak para pelanggan, seperti seorang kawan baik,” tambah beliau lagi.

Guardian juga mengadakan satu  promosi ulang tahun, dengan kerjasama bersama Petron, Jotun, Makeover Guys dan Kuvings, dimana pelanggan berpeluang untuk memenangi pakej hias semula kediaman.

“Kami memilih untuk menawarkan pakej hias semula kerana kami berpendapat bahawa ia adalah hadiah terbaik yang para pelanggan kami inginkan sebagai hadiah. Lebih-lebih lagi, hias semula kediaman bukan hanya memberi manfaat kepada seorang pelanggan tetapi kepada seisi keluarga.

Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu berbelanja sebanyak RM10 dan ke atas di dalam satu resit di mana-mana cawangan Guardian, isikan maklumat peribadi, dan jawab tiga soalan mudah. Atau, isi petrol RON 95, RON 97 or RON 100 minimum RM10 di Petron dengan Kad Miles Privilege Petron yang sah.

Berikutan sidang akhbar tersebut, Mr Lauridsen telah melancarkan semula Guardian Weld, yang kini merupakan sebuah ruang perniagaan berkeluasan 1,652 kaki persegi, yang berwajah baru, selaras dengan penjenamaan semula Guardian.

Beliau disertai Mr. Ricky Soon, Pengarah Hartanah dan Projek, Ms. Christina Low, Pengarah Pemasaran, Mr. Nicholas Chiew, Pengurus Kawasan dan Cik Nur Syazira bt Shafiee, Pengurus Stor Guardian Weld.

Bagi Guardian Malaysia, ulang tahun turut diraikan secara tradisinya menerusi sumbangan semula kepada komuniti, menerusi Projek Amal Ulang Tahun. Tahun ini, tradisi tersebut diteruskan dengan membantu menghias semula 10 buah rumah kebajikan, termasuk tujuh rumah anak-anak yatim di seluruh negara,

Projek tersebut, yang bakal siap dalam tempoh enam bulan, dijangka membantu meningkatkan persekitaran hidup sekurang-kurangnya 500 kanak-kanak yang tinggal di rumah-rumah tersebut.

Diharapkan GUARDIAN akan terus bersama rakyat Malaysia selama-lamanya. Keep fighting!

VIU Hits 6 Million Users in 4 Months

Viu, a leading pan-regional OTT video service by PCCW Media, hit 6 million monthly active users (MAU) across its markets in March this year, representing a 50% growth from 4 million as of November 2016.

Since launch in October 2015, Viu has been made available in Hong Kong, Singapore, Malaysia, India, Indonesia, the Philippines, Oman, UAE, Saudi Arabia, Qatar, Jordan, Kuwait, Egypt and Bahrain.

Ms. Janice Lee, Managing Director, PCCW Media Group, said,

“We are excited with the rapid expansion of Viu around the region both in terms of the number of markets we serve as well as the speed of market penetration. It is indeed very encouraging to see the high engagement with our users who spend almost 100 minutes a day viewing their favourite content on Viu. This stickiness helps propel the business of our telco partners, benefits content providers, drives subscriptions and boosts the consumption of online advertisements for advertisers who leverage Viu’s regional platform to reach the Millennials who are more receptive to digital advertisements.”

Viu operates on a dual model of an ad-supported tier and a premium subscription tier of service. Renowned industry research company, Statista, recently published a study on revenue estimates of video subscription and online video advertising which showed strong CAGR of subscription and online video advertising revenue, reaffirming the merits of Viu’s two pronged monetization strategy – see Table 1.

Ms. Lee added, “Benefiting from the overall market growth of online video consumption and based on a strong product and content proposition, Viu’s subscription and advertising revenue growth has exceeded the industry’s estimate of market growth.”

Viu Originals’ first and exclusive content holds strong appeal

As part of its ongoing quest to be the preferred OTT video entertainment platform in Asia, Viu is introducing Viu Originals as a creative initiative to further enhance user engagement, adding value for both telcos and advertisers.

Riding on PCCW Media’s extensive production expertise and experience, Viu offers viewers high quality Asian content with Viu Originals comprising Korean, Chinese, Indian and Indonesian productions.

In addition to compelling Korean programs which are popular with Asian audience, Viu Originals will feature vibrant, exclusive content including among others, Chinese drama and variety shows from ViuTV, Indian content, with recent releases of thrillers, dramas and comedies produced in collaboration with renowned Indian directors and premium Southeast Asian content for markets such as Indonesia.

“This collection of exciting original content will widen Viu’s appeal to users, enhancing the loyalty of viewers to subscriptions and engaging consumers for advertisers,” Ms Lee said.

Viu has entered into an agreement with SYS Productions in relation to the parties’ collaboration in producing a program under the Viu Originals initiative entitled “Song Ji Hyo’s Beauty Views”, which is to be hosted by a celebrity from a popular Korea variety show, Running Man. The program is set to attract millions of viewers who are already big fans of Korean shows.

This show marks a rare occasion that a famous Korean celebrity with mass appeal across Asia works with a regional OTT video platform in a production to share the latest fashion and lifestyle tips in Korea. With “Hallyu” Korean wave sweeping over Asia, this Viu Originals production is primed to be a runaway success.

Song Ji Hyo’s Beauty Views will provide a refreshing approach, offering viewers an immersive experience and insights into Korean beauty and lifestyle trends. The show is expected to be popular with viewers and may feature episodes in which Song will travel overseas with Viu, interact with fans and share her experience of the products along with insightful advice on the latest fashion and style trends in Korea.

About PCCW Media

Continue reading “VIU Hits 6 Million Users in 4 Months”

Eatigo Is Now Officially in Malaysia

eatigo Delights Malaysian diners with up to 50% discounts at every restaurant.

Every day, TripAdvisor-backed restaurant reservation platform connects Malaysian users to a wide range of restaurants from upscale hotel locations, to popular food chains

Image 1

eatigo, Southeast Asia’s leading restaurant reservation platform, announced today that it is now officially available to users in Malaysia. The platform enables users to make fuss-free reservations at more than 1,000 restaurants on the app. Users also get to enjoy discounts at any time, with restaurants on eatigo always having multiple timeslots a day offering 50% off.

In line with eatigo’s aim to connect empty stomachs and empty tables, users will be able to choose from an expansive list of restaurants that includes everything from upscale hotel locations, to popular food chains, and enjoy the same discounts with no strings attached. You do not need to pay upfront nor even use your credit card – users will just need to make a reservation on eatigo to enjoy reduced prices on their meals.

At the official launch of the app earlier today, Michael Cluzel, eatigo co-founder and Chief Executive Officer, said,

“After great success in both Thailand and Singapore, where we’ve seated over 4 million diners since our inception, we’re excited to continue extending eatigo’s reach in Southeast Asia. eatigo was developed to help restaurants fill their empty seats during off-peak hours, while also offering users discounted meals at their favourite restaurants. And now with our expansion plans set in motion, we’re looking to connect more users to their favourite restaurants in the region.”

With eatigo currently available in Bangkok, Pattaya, Singapore, Kuala Lumpur and Hong Kong, and its sights set on more Southeast Asian destinations, users all across the region can look forward to enjoying good meals at attractive discounts. Supported by investor, TripAdvisor, the platform currently boasts over one million installs across the region since its inception. “eatigo is always looking to add more quality dining places to the list, and we believe having a good mix of affordable and upscale options, in addition to the wide variety of cuisines on offer, will keep users coming back to the app for more,” states Michael.

Founded in 2013, eatigo aims to connect empty stomachs to empty tables. Through the mobile application and website, it offers time-based discounts of up to 50% for every restaurant, every day. With having seated over 4 million diners with over a thousand restaurants, eatigo is the leading online reservation platform for restaurants in Southeast Asia. With backing by Tripadvisor, eatigo is now available in Thailand, Singapore, Malaysia & Hong Kong, and are looking to expand to more countries. Users can choose to dine from upscale hotels to popular food chains and enjoy the same discounts with no strings attached while restaurants get to fill up empty seats during off-peak hours.

Selera Desa Kembara Iftar AnCasa Hotel & Spa Imbas Kenangan Lama

Sudah pun memasuki bulan Syaaban, tidak lama lagi Ramadhan bakal menjengah.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, AnCasa Hotel & Spa meraikan bulan mulia ini dengan menyajikan pelbagai hidangan berbuka untuk pelanggannya.

IMG20170412120728

Tahun ini, AnCasa Hotel & Spa bakal membawa pelanggannya merasai hidangan berkonsepkan “Selera Desa Kembara Iftar di Kuala Lumpur”.

Konsep ini menyingkap semula kenangan lama melalui menu masakan kampung yang memang tidak hilang ditelan zaman. Menariknya, juadah yang dihidangkan mengikut tempat-tempat lama yang dahulunya amat terkenal sehingga kekal terpahat dalam memori.

IMG20170412120511

Antara tempat yang disingkap semula adalah Jalan Medan Pasar Lama, Foch Avenue, Warong Doraisamy, Jalan Pudu, Jalan Pantai Dalam, Jalan Dato Keramat, Kampung Attap, Jalan Gurney, Warong Jalan Peel, Jalan Bellamy dan Batu Road.

IMG20170412115720

Antara sajian unik yang akan dihidangkan kelak adalah Ikan Bakar Stail Masakan Portugis, Nasi Tumpeng Jawa Timur, Rendang Itik, Siput Sedut Batang Keladi, Sup Rusa, Kambing Golek, Roti Canai Pandan dan banyak lagi yang pastinya membuat anda kecur air liur dan tidak sabar untuk merasainya!

IMG20170412120403

Bagi peminat durian, jangan lepaskan peluang merasa Serawa Durian, Bubur Durian, Wajik Durian, Dodol Lempok, Kek Durian, Cucur Durian, Talam Durian, Mousse Durian dan Puding Durian yang turut disajikan di sini.

Menu-menu yang disajikan akan dihidang secara bergilir-gilir dan terdapat lebih daripada 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.

Tawaran harga istimewa diberikan kepada kepada pelanggan yang menempah baucar awal, iaitu pada harga serendah RM58 bersih. Tawaran ini terhad dan sah sehingga 15 Mei 2017. Selepas tarikh itu, ia dijual pada harga RM68 bersih untuk orang dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak.

Sebarang pertanyaan, hubungi:

Saffron Brasserie di 03-2026 6060 sambungan 7703.

 

 

 

 

 

 

Inginkan Waktu Bersendirian? Nikmatinya Bersama La Cremeria Classically Mint

Sesekali ingin juga waktu peribadi apatah seharian bertungkus lumus menjaga keluarga. Jadi apa kata nikmatinya bersama aiskrim perisa pudina terbaru dari La Cremeria.

 

IMG_0523_FINAL

La Cremeria® Classically Mint adalah aiskrim yang disediakan secara khas untuk mengingatkan wanita bahawa ‘The World Can Wait’ — nikmatilah waktu peribadi bersama aiskrim La Cremeria yang enak lagi memuaskan.

“Misi kami tertumpu pada pengguna kami khasnya golongan wanita  dalam membantu mereka memperoleh detik-detik kecil bagi memanjakan diri sambil mengharungi kehidupan harian mereka. Dengan pemahaman ini, kami telah memperkenalkan perisa baharu yang boleh menyampaikan mesej ini. La Cremeria® Classically Mint pasti akan mengagumi pengalaman deria pengguna. Peminat aiskrim pasti teruja dengan aiskrim berperisa pudina ini yang lembut dan berkrim, juga ditaburkan dengan biskut ranggup dan disalut coklat yang memberikan tektur yang memuaskan.” -Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Ice Cream. “

Bagi meraikan pelancaran ini, La Cremeria® mempelawa beberapa wanita mithali yang memberi inspirasi pada wanita lain di luar sana iaitu pelakon dan personaliti TV Sarah Lian, jurulatih gaya hidup Sharmini Hensen dan Pengurus Pemasaran Konsumer Aiskrim Nestlé, Farrah Salina Norman,

“La Cremeria® ingin mengingatkan kaum wanita untuk mengutamakan mental, emosi dan fizikal mereka. Adalah mustahak untuk mereka meluangkan masa untuk diri sendiri tatkala mengharungi hidup yang sibuk, dalam masa yang sama, dapat mengutamakan empati, kepuasan hidup dan harga diri.” jelas Yit.

Classically Mint adalah perisa terbaru jenama La Cremeria® yang telah wujud di pasaran tiga tahun lepas. Perisa lain termasuk Absolutely Almond dan Heavenly Chocolate.

La Cremeria® Classically Mint disediakan dalam hidangan kepingan batang 75ml dan Mini Multipacks, pada harga runcit yang disyorkan RM3.50 dan RM10.92. Produk ini kini boleh didapati di pasaran di seluruh Malaysia.

Ikutlah La Cremeria® di Facebook untuk maklumat lanjut mengenai acara La Cremeria® Classically Mint di pasaran.

Mengenai Nestlé Ice Cream

Continue reading “Inginkan Waktu Bersendirian? Nikmatinya Bersama La Cremeria Classically Mint”

Kekenyangan Menjamu Selera di 12 Outlet Sempena Ulang Tahun Ketiga Nu Sentral

Pejam celik, pejam celik sudah tiga tahun Nu Sentral,  pusat beli-belah berkonsepkan ‘transumer’ atau transit consumer yang pertama seumpamanya ini beroperasi di Kuala Lumpur.

Nu Sentral meraikan ulang tahun itu dengan mengadakan kolaborasi bersama 19 pengusaha outlet makanan di bawah pengurusannya yang terdiri daripada menu tempatan, Barat, Jepun, Korea, Cina dan fusion menyediakan hidangan secara percuma di outlet masing-masing kepada 30 wakil media serta penulis blog yang dijemput khas untuk majlis tersebut. 

Bukan itu sahaja, Nu Sentral juga telah bekerjasama dengan Uber, menawarkan perkhidmatan penghantaran dua hala secara percuma kepada media yang terlibat.

Daripada 19 outlet tersebut, media berpeluang untuk mengunjungi antara 3 hingga 12 outlet bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 9.30 malam. Berkonsepkan santai, media boleh menikmati hidangan yang disediakan dengan relaks tanpa perlu tergesa-gesa.

Dengan mengguna paspot #nunomnomnom yang diberikan, setiap media perlu mendapatkan ‘cop setem’ daripada setiap outlet yang dikunjungi untuk menerima hadiah menarik berupa baucar membeli-belah Nu Sentral. Bagi setiap tiga outlet yang dikunjungi, media berpeluang membawa pulang baucar bernilai RM30. Sudahlah makan percuma sepanjang hari, ditambah lagi dapat membeli membeli-belah juga, secara percuma!

Meskipun nampak mudah, namun sukar menyelesaikan misi ala-ala Food Hunt ini kerana kekenyangan yang amat sangat. Manakan tidak, bukan satu juadah yang disediakan di setiap outlet, malah ada yang menyediakan tanpa had. Ambil sahaja yang diingini, syaratnya: semua harus dihabiskan di situ.

Berikut adalah antara outlet yang dikunjungi:

  1. Hoagies Hauz (L5.14)
    IMG20170415121756

    Menawarkan makanan berkonsep ‘grab-and-go’.

    IMG20170415122734
    Terkenal dengan hoagie bun yang enak, ia turut menawarkan hidangan Barat seperti Buttermilk Chicken Chop, Black Pepper Chicken Chop, Cheezy Melt Steak, Open Sesame sandwich dan Aloha Hawaiian Chicken. Ada antara set makanan ini datang dengan lemonade.

  2. Milkshake Factory (L5.13)

    Merupakan bar susu kocak pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan lebih daripada 21 pilihan.

    Antara menjadi pilihan Orea Mint milkshake, KitKat milkshake, Strawberry milkshake dan banyak lagi. Selain susu kocak, waffle, burger dan nacho boleh dibeli di sini.

  3. BUILT Custom Burgers (L4.10)
    IMG20170415131235-500x281

    Selari dengan namanya, di sini pelanggan boleh memilih sendiri penyediaan burger yang dikehendaki mengikut langkah-langkah yang disediakan. Hanya nyatakan apa yang dikehendaki kepada petugas di kaunter dan mereka akan menyediakannya mengikut kesesuaian cita rasa pelanggan.

    IMG20170415131857
    Di sini juga, burger disediakan dalam dua cara iaitu bersama roti ataupun diletakkan dalam mangkuk bersama salad.

  4. Paddington House of Pancakes (L4.11)

    IMG20170415134300-500x281

    Terletak bersebelahan BUILT Custom Burgers, ia menyajikan 100 pilihan pancakes daripada American Pancakes, Crepe France, Pannekoek Holland hinggalah kepada burger, wafer dan pasta.

  5. Sushi Tei (CC.06)

    IMG20170415143638
    Dari Barat, beralih pula pada hidangan Jepun. Tiga hidangan enak disediakan iaitu Soft Shell Crab Salad dengan pilihan sos ‘in-house’, Maguro Lover dan Kirishima Set yang terdiri daripada 18 jenis sushi.

  6. Secret Recipe (CC.05)
    IMG20170415151203
    Memang terkenal dengan keenakan pemanis mulut seperti kek Oreo Cheese, Indulgence, Chocolate Odyssey dan Marble Cheese.

    Selain pemanis mulut, turut disediakan hidangan Spicy Seafood Spagetti, menu terbaru di Secret Recipe.

  7. La Juiceria (LG.44)
    IMG20170415153832
    Istimewanya, jus-jus di sini dihasilkan mengguna bahan-bahan semula jadi dan segar tanpa tambahan bahan tiruan, warna tiruan dan perisa tiruan. Memang terkenal kerana keenakan jus kesihatan yang membantu menbuang toksin dalam badan.
  8. La Cucur (LG.38)
    IMG20170415155510
    Menyajikan pelbagai jenis kuih-muih dan hidangan tempatan seperti Nasi Tomato, Laksa, Mee Rebus dan banyak lagi yang menyelerakan.
  9. Dolly Dim Sum (LG.43)
    IMG20170415162907
    Set A: Har Gao & Yam Croquette

     

    IMG20170415163000
    Set C: Egg Castard Bun & Salad Prawn Dumpling

     

    IMG20170415162750-500x281
    Set B: Siew Mai & Dolly Mozza Roll
  10. Teh Tarik Place (LG.32)
    Menikmati hidangan petang di sini.

    IMG20170415172656
    Nasi Goreng dan Mee Goreng Mamak
  11. PappaRich (GF.37)
    IMG20170415182225
  12. B. bap Korean Food (GF.08)

    Antara yang menjadi tumpuan di Nu Sentral kerana ia menawarkan aneka hidangan Korea yang halal antaranya Dol Sot Bibimbap, Kimchi Jigae, Seafood Kimchi Pasta dan banyak lagi.

IMG20170415192722
Kimchi Pancake

Dalam keletihan bercampur kekenyangan, penulis berjaya mendapatkan cop daripada 12 outlet dalam masa lapan jam. Memang puas menikmati hidangan enak di kesemua outlet di sini.

 

 

 

IMG20170415191431
Paspot #nunomnomnom

Jangan tunggu lagi.

Cubalah merasai hidangan yang rata-ratanya enak di Nu Sentral ini.

Anda digalakkan mengguna perkhidmatan UBER kerana banyak kelebihan menggunakannya antaranya menjimatkan masa mencari tempat parkir, dapat membeli-belah dalam tempoh masa yang lama kerana tidak perlu risau akan kos parkir dan tidak perlu tergesa-gesa untuk memandu balik kerana anda akan dihantar oleh pemandu sehingga ke hadapan rumah tidak kira apa jua masa sekalipun.

 

 

 

 

 

 

GUARDIAN Perkenal Rangkaian Vitamin & Mineral Untuk Ketahanan Badan

Beban kerja yang banyak dan gaya hidup yang semakin mencabar antara penyebab badan mudah letih, lesu serta tidak bertenaga.

Sudah tiba masanya untuk anda menambah tenaga dan kualiti hidup ke dalam regim penjagaan kesihatan harian menerusi rangkaian vitamin dan mineral yang mudah larut daripada Guardian.

Perkenalkan!

GDN_03

Suplemen yang berguna dan mudah diambil, iaitu tablet Vitamin C + Zink serta Vitamin B – Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent ini diperkenalkan oleh Guardian. Ia mudah larut untuk menghasilkan segelas minuman segar yang mampu membantu meningkatkan tahap ketahanan dan tenaga tubuh badan anda.

Mulakan Pagi Anda dengan Penuh Tenaga!

Menerusi jaminan produk buatan Jerman yang berkualiti tinggi, Tablet Vitamin C + Zink dan Vitamin B – Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Guardian larut dengan mudah di dalam air sejuk. Ia menawarkan minuman yang kaya dengan nutrien berperisa oren yang menyegarkan untuk dinikmati pada waktu pagi.

Guardian Vitamin C 1000mg + zinc 10mg Effervescent Tablets

‘Guardian Vitamin C 1000mg + zinc 10mg Effervescent Tablet’ mengandungi Vitamin C dan Zink. Vitamin C penting untuk penyelenggaraan tubuh secara umumnya. Produk ini juga mengandungi diformulasi Dual Action yang mengandungi 10mg zink. Zink ialah sejenis mineral penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang baik.

Pengambilan Harian yang Disarankan (RDA) untuk Vitamin C ialah 90mg . Vitamin C ialah vitamin yang larut di dalam air kerana ia mudah diuraikan, dikumuh dan tidak disimpan oleh tubuh manusia. Jadi, anda perlu menambah bekalan vitamin C yang larut air ke dalam tubuh pada setiap hari.

Sediakan ‘Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets’ di dalam beg atau di tempat kerja untuk meningkatkan ketahanan tubuh setiap hari dan mengelakkan anda daripada jatuh sakit.

Setiap ‘Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets’ mengandungi 1,000mg vitamin C dan 10mg Zink, cukup untuk keperluan harian anda.

Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets

‘Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets’ padat dengan tenaga melalui gabungan lima vitamin B yang penting – B1, B2, B3, B6, B12, Vitamin C dan mineral. Ia membantu anda supaya kekal bertenaga untuk menjalani gaya hidup yang sibuk pada setiap hari.

Setiap pengambilan ‘Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets’ mengandungi 90.01mg vitamin B-complex dan 500mg vitamin C.

Jangan bimbang kerana, kedua-dua produk ini dirumus tanpa kanji, yis, gandum, jagung, soya, tenusu atau bahan pengawet tambahan untuk memastikannya selamat dimakan.

Pengarah Jenama Korporat Kesihatan & Kecantikan, The Dairy Farm Company Limited, Puan Segolene Defline berkata,

“Produk-produk jenama Guardian diinovasikan untuk memberi lebih kebaikan dan kemudahan kepada para pelanggan kami. Sebab itulah suplemen-suplemen kami ini dirumus dalam bentuk tablet yang mudah larut bagi membolehkan pelanggan kami menikmati manfaat kesihatan dengan lebih mudah dan lebih sedap kerana ia boleh dilarutkan ke dalam air sejuk. Tablet-tablet ini juga menawarkan cara pengambilan suplemen yang lebih efisien kerana ia boleh diserap dengan lebih pantas dan sekata.” 

Harga dan Cara Mendapatkannya

‘Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets’ (10 biji tablet) kini boleh didapati di semua cawangan Guardian di seluruh negara dan e-stor di https://online.guardian.com.my pada harga runcit yang disyorkan, RM16.50.

Untuk lebih nilai untuk wang anda, ‘Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets’ (10 biji tablet) juga hadir dalam satu set kotak dengan 30 tablet untuk pengambilan selama sebulan pada harga runcit RM33.90. ‘Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets’ (15 biji tablet) pula ditawarkan pada harga runcit RM25.50.

Mengenai Dairy Farm

Continue reading “GUARDIAN Perkenal Rangkaian Vitamin & Mineral Untuk Ketahanan Badan”

Kempen ‘Let’s Get Real’ Libresse Kongsi Pendapat Realistik Mengenai Iklan Tuala Wanita

Iklan tuala wanita seringkali memaparkan model wanita berada dalam situasi gembira dan ceria meskipun sewaktu kedatangan period malah tidak kisah mengenakan pakaian berona putih.

Namun adakah ia realistik? Sedangkan waktu period adalah waktu ‘kurang selesa’ kerana hormon yang kurang seimbang, cepat moody dan mudah letih.

Jadi, Libresse® Bertanya: Apakah Pendapat SEBENAR Anda Tentang Iklan Tuala Wanita?
• Sembilan daripada 10 wanita bersetuju bahawa iklan mengenai haid mestilah lebih realistik

Libresse Let's Get Real 2

Oleh itu, barangan penjagaan wanita berjenama Libresse® melancarkan kempen ‘Let’s Get Real’ untuk meningkatkan kesedaran dan mencetuskan pemikiran wanita untuk berfikir semula, apakah yang digambarkan sebagai “realiti” dalam iklan tuala wanita serta pengalaman haid mereka. Kempen ini juga membuka ruang untuk melenyapkan mitos bahawa haid adalah topik yang tabu.

Libresse mengambil inisiatif untuk menjana beberapa siri undian dalam talian yang telah menarik lebih daripada 5,000 responden, menonjolkan pandangan telus pengguna yang mengakui adanya cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh wanita semasa haid.

Daripada keputusan ini, kempen ini dapat gambaran yang jelas dan lebih realistik yang dilalui oleh wanita, dan merentas jalan untuk komunikasi yang lebih relevan.

Seperti Dalam Media…?

Jadi, apakah ciri-ciri biasa yang ditunjukan dalam iklan tuala wanita hari ini? Responden berkata bahawa situasi berikut biasa ditonjolkan di media:
• Gadis berketawa, menari atau meloncat dengan riang
• Gadis berpakaian putih atau bewarna pastel
• Gadis bangun pagi dengan ceria dan riang
• Gadis yang sangat aktif bersukan

Betul kah?

Setiap wanita mempunyai cerita tersendiri tentang pengalaman haid, dan ia jauh berbeza dengan apa yang digambarkan. Sebenarnya, sembilan daripada 10 responden merasakan bahawa kebanyakan iklan tuala wanita tidak tepat. Tetapi, jika iklan tersebut tidak realistik, apakah yang dikatakan realistik?

Pendapat Sebenar Wanita

Wanita mengalami gangguan emosi serta ketidakselesaan fizikal dan tiga-tiga gejala utama tersenarai adalah – perubahan emosi mendadak, kekejangan, dan kembung perut.

“Setiap wanita mengalami pengalaman tersendiri semasa haid – sementara sesetengah wanita tidak terjejas lansung, kebanyakan wanita mengalami sesuatu. Jadi ia lebih elok sekiranya iklan lebih relevan. Apabila kita berasa penat, sakit dan mengalami kekejangan serta tidak lena tidur, takkan kita berasa ceria dan bertenaga. Walaupun kita tidak membiarkan ia menjadi halangan, tetapi waktu kedatangan haid memang tidak seronok. Jadi kenapa ia mesti digambarkan sebegitu?”-Adibah Noor.

Vlogger popular Shazreen Fazlynda juga bersetuju –

“Saya tidak pernah mempersoalkan iklan barangan penjagaan wanita sebelum ini, tetapi sekarang setelah bermula memahami, saya sedar bahawa apa yang dipaparkan jauh berbeza dengan realiti. Sebagai seorang ibu, saya selalu mengejar masa di antara sesi pengambaran dan mesyuarat sambil membawa bayi setiap hari, walaupun sedang mengalami kekejangan atau kepenatan.” Tergerak dengan usaha meningkatkan kesedaran tentang gambaran tidak tepat mengenai haid, Shazreen telah menghasilkan sebuah video yang disasarkan untuk menghidupkan mesej ‘Let’s Get Real’. Video ini boleh dilihat di saluran YouTube nya serta di laman Facebook Libresse® Malaysia.

Jadi, adakah wanita berkelakuan seperti di bawah semasa haid?
• Meloncat dengan keriangan – 78 peratus berkata mereka “berasa teramat penat dan tidak mahu bergerak langsung”;
• Memilih untuk berpakaian putih – 78 peratus berkata “tidak”, serta kebanyakan (98 peratus) berkata mereka berasa “tersangat malu atau sekurang-kurangnya berasa rendah diri bila terkena tompokan darah”;
• Merasa keinginan bersosial – lebih daripada separuh responden lebih suka bersendiri ataupun bersama teman karib pada waktu ini;
• Membuat senaman serius? Lebih daripada separuh responden (55 peratus) memilih untuk membuat aktiviti ringan atau langsung tidak membuat apa-apa jenis senaman;
• Tidur lena – lapan daripada 10 wanita melaporkan tidur tidak lena disebabkan ketidakselesaan.

Tetapi, kehidupan mesti diteruskan… wanita tidak membenarkan pengalaman haid menganggu tanggungjawab mereka – tujuh daripada 10 wanita bersambung dengan kejadian seharian seperti biasa dan membuat sebaik mungkin, tidak kira ia mencabar atau tidak.

Petrina Thong, 29 tahun yang memulakan pengembaraan seorang dirinya selama 13 bulan merentasi 22 negara dengan hanya RM800 berkata,

“Saya memang percaya dalam persoalan dan pemecahan kelaziman, dan usaha Libresse untuk meningkatkan kesedaran tentang iklan tuala wanita amat mengagumkan – kita patut berfikir semula terhadap pengiklanan haid dan menyedari samada ia adalah realistik atau tidak.”

Adakah Kita Bersedia Untuk Kebenaran?

Continue reading “Kempen ‘Let’s Get Real’ Libresse Kongsi Pendapat Realistik Mengenai Iklan Tuala Wanita”

Tampil Lebih Cantik dan Sihat Bersama InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu

Tahukah anda dari segi kesihatan, pati prun membantu mempertingkatkan pergerakan usus, menyingkirkan toksin dari tubuh, memulihkan kesihatan dalaman serta menggalakkan sistem penghadaman yang sihat secara tidak langsung membolehkan tubuh menyerap nutrien dengan lebih baik.

Diperkaya dengan Resistant Maltodextrin iaitu sejenis serat diet larut,  Innershine Pati Prun dengan Camu Camu adalah pati buah-buahan semula jadi.

Innershine Pati Prun dengan Camu Camu baru-baru ini mengadakan kerjasama terbaru dengan dua ikon dalam bidang kecantikan dan fesyen media sosial. Nita dan Umma yang terlibat dalam perniagaan gincu cecair premium serta tudung ini membantu Innershine Pati Prun mendapat keserian luaran yang lebih menyerlah,

Sehingga 30 April ini, pengguna berpeluang mendapatkan sebotol InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu 42gm apabila mereka membeli produk daripada Nita dan Umma bernilai lebih RM69. Tawaran ini terhad kepada 1,000 pelanggan pertama sahaja, jadi segera mulakan belian dalam talian sekarang!

Bagi mereka yang lebih gemar mengunjungi pusatbeli-belah, InnerShine® akan memberi ganjaran lebih tinggi apabila mereka membeli dua pek InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu di mana mereka bakal membawa pulang pek minuman tenaga BRAND’S® Ca’ya yang mengandungi 6 botol secara percuma! Sementara itu, pembelian pek InnerShine® 6 botol atau 12 botol pula memberikan anda pulangan sebotol BRAND’S® Ca’ya.

Ayuh melaburlah sekarang demi kesihatan dan kecantikan anda hari ini dengan mengunjungi farmasi Guardian dan Watsons terpilih di seluruh negara sebelum promosi ini berakhir bulan depan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan BRAND’S di 1-300-228-300, atau layari www.innershine.com.my juga InnerShine Club di Facebook.

Kempen ‘Detik Penuh Keceriaan 2.0’ Eratkan Hubungan Ibu & Anak

LEXUS, biskut sandwic terlaris dari Munchy’s  kini kembali dengan Kempen Detik Penuh Keceriaan (DPK) 2.0.

LEXUS_DPK 2.0_Image D

Kempen yang dilancarkan secara rasminya baru-baru ini bertujuan meneruskan usaha jenama ini untuk menggalakkan ibu-ibu menukar rutin harian menjadi detik-detik istimewa bersama anak-anak memandangkan dalam era yang semakin sibuk, ibu-ibu kurang fokus pada hari istimewa. Begit juga momen yang berlaku sepanjang hari juga dilupakan.

Lantaran itu, Kempen Detik Penuh Keceriaan (DPK) 2.0 dicetuskan atas ilham untuk menggalakkan ibu-ibu meluangkan masa dan minat untuk mengeratkan hubungan dengan anak-anak mereka.

“Berikutan kejayaan tahun lepas, kami amat berbangga untuk meneruskan kempen ini dengan harapan untuk menginspirasikan ibu-ibu dan anak menikmati keceriaan di dalam perkara-perkara ringkas yang mereka lakukan setiap hari untuk mencipta memori yang lebih bermakna bersama. Kami percaya bahawa LEXUS bukan sekadar snek yang lazat untuk dinikmati, malah, akan membimbing mereka melalui pelbagai cara yang mampu mengeratkan hubungan bersama anak-anak mereka tidak kira di mana-mana sahaja pada setiap masa.”

-Imun Lim, Pengurus Besar Pemasaran Munchworld Marketing Sdn Bhd.

Sempena pelancaran kempen itu, LEXUS telah menganjurkan satu bengkel menghias biskut untuk menggalakkan ibu dan anak  mempamerkan kreativiti bersama. Ia dihoskan oleh Hunny Madu, seorang pengacara, penyanyi dan DJ radio tempatan, juga ibu kepada Eva Medina.

“Kita sering menyangka bahawa ia amat mencabar untuk mengukuhkan ikatan dengan anak-anak, terutamanya bagi ibu-ibu berkerjaya di dalam dunia serba pantas ini. Namun, sebenarnya sebagai ibu, kita boleh melakukan aktiviti ringkas seperti mengajar mereka menunggang basikal, membaca kisah dongeng, ataupun menghias biskut bersama mereka sudah memadai. Ini bukan sahaja mampu mencipta memori indah yang amat berharga apabila mereka kian membesar, tetapi ini turut memainkan peranan yang penting dalam membina masa depan mereka.”

-Hunny Madu.

Sempena sambutan Hari Ibu yang bakal menjelma tidak lama lagi, LEXUS juga telah melancarkan Peraduan Detik Penuh Keceriaan bermula dari 1 April hingga 12 Mei 2017. Pelbagai hadiah menarik boleh dimenangi termasuklah baucer percutian, perkakas elektronik rumah, baucer membeli-belah dan hamper LEXUS!

Untuk mengambil bahagian, ibu-ibu digalakkan menghias biskut LEXUS bersama anak-anak dan memuat naik imej rekaan biskut LEXUS yang paling kreatif.

Layari www.munchys.com/lexusdpk untuk megetahui cara bagaimana mengambil bahagian dalam peraduan ini.

LEXUS juga telah melancarkan sebuah TVC bertema sempena kempen ini yang bertujuan memberi penekanan kepada ibu tentang kepentingan menikmati detik-detik indah bersama anak-anak  sambil mencipta memori bermakna dalam membentuk peribadi mereka. TVC terbaru ini boleh ditonton dalam Bahasa Melayu (http://bit.ly/LEXUSTVC_BM) dan Bahasa Cina (http://bit.ly/LEXUSTVC_CHI).

LEXUS mempunyai lima perisa berbeza iaitu coklat, mentega kacang, keju, sayuran dan krim bersalut coklat. Bagi mereka yang ingin menikmati biskut yang lazat ini, ia boleh didapati di kedai runcit, pasaraya hiper dan cawangan jualan runcit di seluruh negara.

LEXUS boleh didapati dalam empat saiz iaitu 57 gm (pek individu) pada harga RM 1.30, 114 gm pada harga RM 2.99, 190/ 200 gm (pek perkongsian) pada harga RM 5.15 dan 456 / 400 gm (pek nilai) pada harga RM8.95. Semua harga yang dinyatakan termasuk GST.

Untuk maklumat lanjut mengenai LEXUS dan kempen Detik Penuh Keceriaan 2.0, sila ikuti:-

Mengenai LEXUS

Continue reading “Kempen ‘Detik Penuh Keceriaan 2.0’ Eratkan Hubungan Ibu & Anak”

The Coffee Bean & Tea Leaf dan Her World Perkenal 15 Buku Testimoni Wanita Malaysia

Kolaborasi kedua-dua pihak adalah sebagai tanda penghargaan atas kejayaan kaum wanita sempena HARI WANITA ANTARABANGSA 2017

CB&TL IWD 2017 (1)_lr

The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) dan majalah Her World telah memperkenalkan buku testimoni 15 wanita Malaysia daripada pelbagai profesion. Antaranya:

  1. Marina Mahathir
  2. Nisha Ayub,
  3. Amber Chia
  4. Ras Adiba Radzi
  5. Ivy Josiah

Majlis pelancaran yang dihadiri oleh Sarah Chen, Dynas Mokhtar dan Samantha Katie James turut berkongsi pengalaman serta kisah kejayaan mereka sebagai tambahan kepada kisah-kisah yang terdapat dalam buku tersebut.

“Kaum wanita di seluruh dunia memberi sumbangan besar dalam setiap jenis industri, tidak kira jika mereka pekerja ladang kopi atau pemimpin korporat. Walau apapun status wanita, kami di CB&TL percaya yang setiap wanita adalah unik dan berhak mendapat peluang untuk mencapai impiannya. Oleh itu, kami sentiasa berusaha bagi memastikan para wanita diberi peluang yang adil dan sama rata di setiap peringkat pekerjaan.

Sempena Hari Wanita Antarabangsa dan sebagai tanda ulang tahun ke-20 kami di Malaysia, kami berbesar hati untuk menghasilkan buku eksklusif ini dengan kerjasama majalah Her World. Kami memberikan sokongan sepenuhnya kepada kaum wanita dan adalah suatu penghormatan buat kami untuk berkongsi kisah-kisah wanita hebat ini. Pengalaman-pengalaman berharga yang telah mereka lalui wajar dijadikan inspirasi oleh para wanita di negara ini dan di seluruh dunia.

-Nadiah Ong Abdullah, Naib Presiden CB&TL

Diceritakan daripada perspektif seorang ibu, eksekutif, aktivis dan selebriti, setiap testimoni menceritakan tentang cabaran yang mereka lalui sebelum memperoleh kejayaan. Paling utama, mereka berkongsi bagaimana mereka berjaya menguasai rasa takut dan tidak yakin melalui daya keazaman dan kesungguhan yang tinggi.

Kisah mereka yang penuh keterujaan, menarik dan mencuit hati sememangnya meraikan dedikasi dan perjuangan kaum wanita untuk menggapai impian dan mengejar cita-cita mereka.

Dapatkan salinan buku ini dengan setiap majalah Her World isu Mac dan baca kisah mereka sambil menikmati secawan minuman lazat di The Coffee Bean & Tea Leaf®.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran dan promosi CB&TL, layari laman Facebook CB&TL di http://www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau layari laman web mereka di http://www.coffeebean.com.my.

Mengenai The Coffee Bean & Tea Leaf®

Continue reading “The Coffee Bean & Tea Leaf dan Her World Perkenal 15 Buku Testimoni Wanita Malaysia”

SUNSILK HIJAB RECHARGE Direka Khusus Untuk Wanita Berhijab

Bagi mereka yang berhijab, bolehlah mengguna produk baharu ini yang dijamin memberi kesegaran sambil melindungi rambut. Teknologi  Fragrance Release Pearls pula mengekalkan bau wangi sehingga 48 jam 


Sunsilk Hijab Recharge yang terdiri daripada Anti-Rambut gugur, Segar Berhijab dan Anti-Kelemumur adalah rangkaian produk penjagaan rambut yang direka khusus bagi hijabster. Ia adalah produk pertama di pasaran yang memiliki keupayaan praktikal namun luar biasa.

Segar Berhijab atau Hijab Refresh

keajaiban dalam warna pastel hija, yang diperkayakan dengan pati buah tin dan dikenali juga sebagai buah-buahan syurga di kalangan orang Islam. Kaya dengan antioksidan, ia membantu membersihkan kulit kepala dari peluh, kesan berminyak, sel kulit mati serta rambut berminyak bagi mengekalkan kesegaran yang berpanjangan.

Anti Rambut Gugur atau Lively Strong Hairfall** Solution

diperolehi dalam botol pastel oren yang ceria, ia diformulasikan dengan ekstrak akar ginseng. Terkenal dengan kemampuannya untuk mengekalkan nutrien, memperkuatkan rambut serta mengurangkan keguguran rambut.

Anti Kelemumur atau Anti Dandruff

kehebatan yang terdapat dalam botol warna biru, telah direka untuk menangani permasalahan kelemumur melalui pengunaan pati buah-buahan sitrus untuk menghasilkan rambut lembut bermaya, serta agen anti-kelemumur ZPT yang akan membasmi sel kulit mati dan menghalangnya dari berlaku semula***.

** Akibat rambut putus, berdasarkan ujian makmal dengan penggunaan sistem berbanding syampu tanpa perapi.

*** Tiada kelemumur kelihatan dengan pengunaan kerap

Menawarkan kesegaran serta keharuman berpanjangan, syampu yang dihasilkan mengguna bahan semula jadi yang asli memberi kekuatan kepada gadis berhijab mengejar impian mereka dalam masa sama kekal memiliki rambut yang kelihatan segar dan sihat.

Menurut Vincent Chong, Pengarah Pemasaran bagi Penjagaan Peribadi dan Rumah, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd:

 “Seramai lebih kurang 80% dari wanita di Malaysia memakai hijab sepanjang masa, dan ia telah menjadi satu fenomena fesyen. Selaku peneraju dalam pasaran syampu dan perapi rambut di Semenanjung Malaysia, adalah amat penting bagi kami untuk sentiasa berevolusi mengikut trend terkini dan gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah. Sunsilk Hijab Recharge melambangkan usaha gigih kami untuk terus memperkenalkan produk berinovasi, dan terus menjadi teman dalam penjagaan rambut untuk semua gadis-gadis Sunsilk di luar sana.”

Fragrance Release Pearls Technology™* yang terkandung dalam pek Sunsilk Hijab Recharge pula memberi kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 48 jam. Melalui teknologi ini:

  1. Sebaik sahaja rambut dibasuh dengan Sunsilk Hijab Recharge, kapsul haruman akan tersimpan dan terus kekal dalam rambut anda.
  2. Kapsul ini kemudiannya akan pecah apabila terkena sentuhan yang lembut lantas membebaskan aroma wangian yang harum. Aroma wangian yang harum ini akan bertambah kuat seiring dengan pertambahan geseran antara tudung dengan rambut anda.
  3. Lebih banyak anda menggerakkan kepala, rambut anda akan lebih berbau wangi!

* Hanya terdapat dalam Syampu Segar Berhijab dan Anti Rambut Gugur. Berdasarkan ujian makmal.

Dihasilkan melalui usahasama pakar penjagaan rambut secara semula jadi Jamal Hammadi, Sunsilk Hijab Recharge yang baru ini diformulasikan dengan menggunakan keajaiban bahan semula jadi yang asli untuk menangani cabaran utama masalah rambut yang dihadapi oleh hijabster.

“Pengguna masa kini lebih prihatin, dan lebih cenderung untuk menggunakan produk penjagaan rambut yang dibuat menggunakan bahan semula jadi yang asli serta mampu memberikan lebih banyak manfaat. Kerana itu, kami memilih untuk mengggunakan kelebihan bahan semula jadi yang asli untuk menangani keperluan penjagaan rambut hijabster masa kini dan dipertingkatkan lagi melalui gabungan teknologi penjagaan rambut yang terkini dan canggih. Pengguna sentiasa menjadi keutamaan jenama, dan kami bersungguh-sungguh dalam usaha untuk membantu gadis-gadis di luar sana memiliki rambut yang lembut menawan melalui kaedah yang mudah dan menyeronokkan.”

-Phoenix Ho, Pengurus Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Usahasama Sinergi dengan AIDIJUMA

Continue reading “SUNSILK HIJAB RECHARGE Direka Khusus Untuk Wanita Berhijab”

MEIZU Perkenal Pro 6 Plus & M5 Note

Sebelum ini, MEIZU pernah memperkenalkan rangkaian telefon pintarnya iaitu M3s dan M3 Note

Minggu lepas, MEIZu memperkenalkan rangkaian terbarunya iaitu model Pro 6 Plus dan M5 Note sebagai tambahan kepada barisan produk yang sedia ada melalui edaran secara eksklusif oleh Dynamics Distribution Sdn. Bhd.

Mula diasaskan pada 2003, ia kini menjadi salah satu pengeluar telefon paling berpengaruh di dunia apatah lagi baru-baru ini telah menerima pelaburan berjumlah USD650, sumber dan sokongan dalam bidang e-perniagaan, Internet, perkhidmatan Internet mudah alih, analisis data serta sistem pembayaran daripada Alibaba Group Holding Ltd. dalam satu usaha sama yang strategik.

Telefon Meizu dikenali kerana ringan, reka bentuk yang selesa, kualiti bunyi premium, kamera berdefinisi tinggi,  interface yang ringkas tetapi anggun yang menggabungkan prestasi, ciri mudah guna dan fungsi serta ketahanan yang diperlukan bagi penggunaan harian.

Sambutan pelanggan terhadap produk  Meizu telah menjadikan jenama ini sebagai satu simbol ikon budaya sehingga membawa kepada penubuhan MY+ (komuniti dalam dan luar talian peminat Meizu) pada 2009. Sehingga ini, MY+ mempunyai keahlian sebanyak 2 juta ahli 50 bandaraya dari lebih 40 buah negara.

Malaysia merupakan pasaran terbaharu Meizu dan menjadi tambahan kepada jaringan antarabangsanya di Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah, Asia Tengah dan Oceania.

Menuurut Pengarah Rantau Asia Pasifik, Meizu Technolgy, En. Gary Xu:

“Trend menunjukkan bahawa Asia sedang mendahului dunia dalam adaptasi dan penggunaan telefon pintar. Malaysia telah kami pilih sebagai titik mula pelaburan untuk pasaran rantau Asia Tenggara. Meizu yang bermula dengan memenuhi dan menerokai keperluan pengguna kini menumpukan usaha untuk memperhebatkan lagi pengalaman pengguna bagj memenuhi keperluan bukan sahaja dari sudut fungsi malah kami juga membawakan seni dan keindahan dalam setiap produk Meizu dan ini merupakan satu lonjakan besar dalam memperhalusi pengalaman pengguna telefon pintar tradisional yang mana kami percaya telah menjadikan jenama kami lebih mudah untuk memasuki dan diperkenalkan di pasaran Malaysia,”.

Kenyataan beliau disokong oleh Pengarah Urusan Dynamics Distribution Sdn Bhd., Steven Tan:

“Kami amat berbangga terpilih sebagai pengedar eksklusif bagi telefon pintar MEIZU di Malaysia. Pasukan kami amat yakin dengan ciri-ciri unik MEIZU seperti Flyme dan mBack, yang kami percaya akan membawa pengalaman baharu kepada pengguna Malaysia.” 

MEIZU Pro 6 Plus (RM1,999)

  • Digelar sebagai “Lebih Kuat Daripada Biasa” ia mempunyai binaan badan keluli tunggal berserta reka bentuk arca mikro yang menawan juga lengkongan badan yang direka bentuk semula dan telah melalui 30 langkah dan 150 jam kerja tangan halus.
  • Jika anda mengalihkan pandangan terlalu cepat anda akan terlepas pandang perincian unik dan halus seperti garisan CD kamera, lingkaran lampu flash dan rekabentuk antena yang minimalis.
  • Disebalik badan keluli tunggal  terdapat pemproses sepantas kilat Exynos 8 berfrekuensi 2.0 GHz yang digabungkan dengan Senibina SCI Samsung juga GPU yang berkuasa dala, satu cip yang boleh mengendalikan apa jua aplikasi besar atau berat yang anda gunakan.
  • Sebagai tambahan kepada skrin selebar 5.7 inci, PRO 6 dipadankan dengan resolusi Quad HD 2K. Modul screen berkenaan hanya setebal 1.65 mm, tetapi ia cukup tebal untuk menunjukkan gilapannya. Ditambah pula dengan paparan Samsung Super AMOLED, skrin berkenaan boleh dilihat dari mana-mana sudut dengan paparan warna yang terang dan jelas.
  • Turut dilengkapi dengan kamera belakang 12 megapiksel yang mampu mengambil gambar biasa dan malam yang tajam dengan penstabil imej optikal 4 paksi, apetur f/2.0 yang lebih besar, bulatan lampu flash 10-LED dan lensa 6P. Generasi terbaharu pemproses imej ISP berprestasi tingginya memperbaiki penghasilan semula warna, ketajaman dan mengurangkan gangguan kepada gambar dan video.
  • Inovasi lain yang ketara adalah inovasi cetakan 3D yang menunjukkan prebiu aplikasi dengan menekan ikonnya.
  • Ia juga mempunyai pengimbas cap jari yang telah dioptimakan bagi membolehkan imbasan cap jari yang lebih pantas.
  • Peranti ini menggunakan piawai USB terkini dan bukannya USB mikro lama iaitu Type-C dan USB 3.1 yang menyokong transmisi jalur lebar 5 Gbps dan teknologi pengecas pantas Meizu.
  • Pengecas mikro merupakan satu lagi inovasi terkini Meizu yang mampu mengecas dengan pantas dengan jumlah kapasiti 3400 mAH yang mana pengecasan selama 30 minit akan dapat mengecas bateri berkenaan sebanyak 60 peratus dengan pantas, mudah dan selamat.

MEIZU M5 Note (RM849)

  • Seperti yang digambarkan oleh cogan katanya “Lebih Prestasi, Lebih Cantik” ia dilengkapi dengan badan keluli semua dalam satu, dengan pilihan warna Emas Champangne, Kelabu dan Perak.
  • Garisan antena baharunya menjadikan M5 Note kelihatan lebih menarik dan bergaya berbanding peranti siri M yang lain.
  • Kemasan 12 langkah sandblasting menjadikan M5 Note selesa dipegang.
  • Kualiti bunyinya diperhebatkan lagi dengan lubang keluar berpetak yang unik yang direka bentuk menggunakan ketepatan CNC bagi menghasilkan bunyi yang lebih sekata dan semulajadi.
  • Didatangkan dengan paparan 5.5 inci Full HD yang menawarkan pengalaman tontonan dengan kepelbagaian warna, keterangan dan kehalusan yang lebih baik disamping mengurangkan tekanan kepada mata melalui mood perlindungan mata. Sisi lengkung menggunakan kaca 2.5D menjadikan M5 Note peranti yang amat menyeronokkan untuk diguna.
  • Peranti ini juga dilengkapi dengan generasi terkini pemproses 64-bit lapan teras yang memberikan tahap frekuensi tertinggi sehingga 1.8 GHz serta 3GB RAM bersama storan 32GB yang bersesuaian dengan pilihan pengguna.
  • Walaupun hanya setebal 8.1 mm, M5 Note menawarkan bateri berkapasiti 4000mAh yang dilengkapi dengan teknologi bateri terbaik yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang unik dalam kelas harganya.
  • M5 Note juga didatangkan dengan generasi terbaharu teknologi pengecasan pantas. Disokong dengan tenaga 18W, MEIZU M5 Note hanya mengambil masa 90 minit untuk dicas, 40% lebih pantas berbanding model-model sebelum ini.
  • Peranti ini juga mempunyai pengesan cap jari yang boleh anda gunakan untuk membukanya selain menyempurnakan pembayaran mudah alih

Flyme, Nadi Produk MEIZU
Continue reading “MEIZU Perkenal Pro 6 Plus & M5 Note”

LIPTON Ekstra Kaw Untuk Rasa Teh Yang Lebih Pekat

Kerjasama Lipton dan Rangkaian Televisyen Media Prima beri nafas baru dalam budaya minum teh  selaras dengan pengenalan pada drama Melayu baru ‘Menanti Februari’ serta pelancaran ‘Lipton Ekstra Kaw’

Photo 1
Lipton, jenama teh No. 1 di dunia yang diusahakan oleh Unilever telah menjalin hubungan kerjasama bersama Rangkaian Televisyen Media Prima di mana ia mengetengahkan kempen unik ‘Hanya Kaw Untukku’ yang bertujuan memperkenalkan ‘Lipton Ekstra Kaw’-teh yang kaya dengan rasa, aroma dan warna demi memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Lipton mempersembahkan drama Melayu yang sangat dinanti-nantikan bertajuk ‘Menanti Februari’, yang menampilkan pelakon popular Zul Ariffin dan Nur Fathia. Sebagai lanjutan kepada siri ini, Lipton juga memanfaatkan tarikan personaliti artis-artis tersebut bagi mempersembahkan kandungan yang dapat memberi inspirasi bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga melalui secawan teh Lipton.

“Siri drama ‘Menanti Februari’ sangat selaras dengan sasaran jenama dan pelanggan ‘Lipton Ekstra Kaw’ kami. Jalan cerita yang menyentuh hati, pelakon-pelakon popular, dan kandungan yang kreatif merupakan satu gabungan sempurna menjadikan ‘Lipton Ekstra Kaw’ sebagai satu simbol penyampaian kasih dan keprihatinan terhadap keluarga tersayang.

Di Lipton, kami percaya teh dapat memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan sesama manusia. Kami yakin bahawa kerjasama kami dengan Rangkaian Televisyen Media Prima adalah platfom terbaik untuk memperkenalkan ‘Lipton Ekstra Kaw’ yang berperisa lebih pekat kepada rakyat Malaysia sambil mengeratkan hubungan sesama keluarga.”

-Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Kehadiran Lipton dalam pasaran tempatan selama ini membolehkan jenama ini memahami kegemaran rakyat Malaysia mengenai teh secara mendalam. Rakyat Malaysia mempunyai budaya minum teh yang tersendiri dan teh merupakan minuman yang disajikan setiap hari tanpa mengira masa atau acara.

Memandangkan rakyat Malaysia lebih menggemari teh yang pekat dan penuh berperisa, maka ‘Lipton Extra Kaw’ dirumuskan dengan rasa yang lebih kaya dan beraroma serta warna yang lebih merah untuk memenuhi citarasa mereka.

Teknologi Pengekstrakan Teknologi Intipati Teh (teknologi TESS) Lipton membantu menyerlahkan intipati teh  semulajadi daripada daun teh yang terbaik bagi rasa yang lebih tulen. Dipertingkatkan dengan Teknologi TMax Filter, ‘Lipton Ekstra Kaw’ juga membolehkan penyerapan cepat dan konsisten dalam teko teh.

‘Lipton Ekstra Kaw’ sudah pasti menjadi pilihan terbaik untuk penyediaan Teh Tarik kerana peminat teh boleh memperoleh keseimbangan sempurna di antara teh dan susu menerusi rumusannya yang terbaharu.

“ Lipton Ekstra Kaw’ adalah produk yang menarik buat semua rakyat Malaysia dan wajar diberi perhatian untuk mencapai potensi sepenuhnya dalam pasaran.”

Kempen ‘Hanya Kaw Untukku’ menggabungkan tawaran-tawaran kandungan kreatif kami dengan capaian penonton yang meluas untuk membantu menghubungkan Lipton dengan lebih ramai penonton di Malaysia.

Mempertahankan kedudukan kami dalam segmen Melayu dengan lebih 5 juta penonton setiap hari menerusi saluran TV3, Rangkaian Televisyen Media Prima terus memegang peranan yang dominan dalam campuran pemasaran hari ini, terutamanya untuk jenama barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) seperti Lipton.”

-Nini Yusof, Pengarah Pemasaran & Strategi, Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad

‘Lipton Ekstra Kaw’ kini boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara.

Sinopsis – ‘Menanti Februari’

Continue reading “LIPTON Ekstra Kaw Untuk Rasa Teh Yang Lebih Pekat”

NESTLE Perkenal KitKat Mini Dengan Tiga Perisa Baharu

KitKat baru-baru ini melancarkan KitKat Mini dengan tiga perisa baharu iaitu KitKat Mini Caramel, KitKat Mini Cookies & Cream dan KitKat Mini Mocha; masing-masing memiliki personaliti tersendiri yang sesuai dinikmati dalam pelbagai suasana.

Kit Kat Mini Caramel dilimpahi dengan citarasa dan tekstur lunak serta sensual, manakala Kit Kat Mini Cookies & Cream memiliki lapisan lembut berkrim yang diapit dengan biskut rangup dan Kita Kat Mini Mocha pula menampilkan aroma kopi sejati yang sungguh menyelerakan.

Keiga-tiga perisa itu meresap ke seluruh bahagian snek jejari dengan aroma lazat dan rasa mewah yang memberikan keenakan yang sungguh memuaskan. Bahagian tengahnya yang berkrim dan wafer rangup bersalut coklat susu yang lembut  pasti memberi kepuasan kepada anda dalam apa jua suasana.

“Kami mempunyai kelebihan dalam mencipta sesuatu yang hebat, lazat dan menyeronokkan untuk dinikmati oleh penggemar KitKat selain menambah keceriaan waktu rehat mereka dengan KitKat. Aspek ini menjadi sangat penting, lebih-lebih lagi dalam dunia masa kini yang pantas dan masyarakat mencari kepuasan segera. Dengan KitKat Mini, kami telah berjaya merekacipta jejari bersaiz snek yang sempurna untuk warga urban yang inginkan segalanya – sesuatu yang mudah tanpa perlu mengabaikan kepuasan. Ia merupakan snek lazat yang membuatkan anda ingin berhenti sejenak untuk menikmatinya di mana sahaja – cara terbaik untuk berehat bagi membolehkan anda meraikan setiap kejayaan yang anda capai sepanjang kesibukan seharian.”-Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestlé Malaysia

Goel turut menegaskan komitmen jenama tersebut dalam penggunaan koko mapan dengan berkata,

“KitKat adalah produk konfeksi global pertama yang dihasilkan menggunakan 100% koko mapan yang diperoleh menerusi Rancangan Koko Nestlé. Rancangan tersebut bertujuan untuk mempertingkatkan kehidupan komuniti penanam koko di Côte d’Ivoire atau Ivory Coast. Ini adalah sejajar dengan matlamat kami untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Sejak Februari 2016, KitKat di Malaysia telah menggunakan 100% koko mapan dalam penghasilan rangkaian produk KitKat di kilang kami di Chembong, Negeri Sembilan.”

Ruang Legar Orange di Sunway Pyramid telah bertukar wajah menjadi KitKat Break Land yang lengkap dengan persembahan kugiran secara live, pelbagai pertunjukan hebat, maskot yang sentiasa mesra dan sebuah pangkin KitKat gergasi. Break Land di Sunway Pyramid yang menampilkan persembahan secara live lima kali sehari dan dibuka kepada orang ramai sehingga 9 April itu akan turut dibawa ke pusat-pusat membeli-belah terpilih di seluruh negara pada April ini.

Pelancaran KitKat Mini ini adalah penambahan kepada keluarga produk bertemakan ‘rehat’ yang terdiri daripada rangkaian produk teras yang amat digemari iaitu KitKat 2 keping dan 4 keping, KitKat Bites, KitKat Rubies bertaraf premium, KitKat Chunky yang sungguh memuaskan dan KitKat Green Tea yang berinspirasika\n Jepun.

KitKat telah meluaskan liputannya ke dalam pasaran produk konfeksi khusus berikutan pengenalan KitKat Chocolatory pada tahun 2016, iaitu suatu konsep yang menawarkan sehingga 10,000 kombinasi perisa untuk membolehkan anda menikmati waktu rehat yang benar-benar memuaskan setiap citarasa. Diilhamkan oleh Chocolatory, KitKat Bar dilancarkan pada Februari 2017.

KitKat Mini Caramel, KitKat Mini Cookies & Cream dan KitKat Mini Mocha serba baharu dan lazat boleh didapati dalam pek berisi 8 keping di semua kedai runcit pada harga runcit disyorkan RM12.17.

Nikmati waktu rehat yang memuaskan, nikmati KitKat Mini!

Begini caranya untuk menikmati waktu rehat yang memuaskan dengan KitKat Mini:
1. Tolak wafer keluar daripada pembalut merah.
2. Patahkan sekeping daripada jejari wafer dan nikmati aromanya yang menyelerakan.
3. Nikmati waktu rehat anda yang memuaskan dengan KitKat Mini Cookies and Cream, Mocha dan Caramel!

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat, Sila layari:

Laman jenama – http://www.nestle.com.my/brands/confectionery_and_chocolate/kitkat
Facebook – http://www.Facebook.com/KitKatMalaysia
Laman sesawang rasmi –http://www.kitkat.com.my

Ulangtahun Pertama CJ Wow Shop di Sambut Dengan Kolaborasi Bersama Dato’ Siti Nurhaliza

CJ WOW SHOP Turut Perkenalkan Pelan Pertumbuhan  Sempena Ulang Tahun Pertama

Photo 3

Selepas mencapai kejayaan besar pada tahun pertama, CJ WOW SHOP, saluran beli belah di rumah berbilang platform yang terkini di Malaysia, bersedia untuk mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh untuk tahun-tahun seterusnya. Rangkaian yang menggabungkan platform televisyen, dalam talian dan mobile berhasrat untuk menggandakan perolehannya menjelang hujung 2017.

Dalam masa setahun beroperasi, saluran ini telah menambah rangkaian penawaran daripada 27 kepada lebih 400 produk yang terdiri daripada pelbagai barangan termasuk produk rumah, elektrik, alat elektronik, kecantikan, fesyen dan banyak lagi. Dalam tempoh yang sama, saluran beli belah di rumah ini telah memenuhi keperluan 350,000 pelanggan dengan rekod jualan melebihi RM90 juta.

Encik Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP berkata,

“Keputusan yang memberangsangkan ini mengesahkan strategi pengembangan dan kami akan meneruskan momentum ini untuk meningkatkan usaha menyediakan perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan. Keutamaan kami adalah menyediakan pengalaman beli belah yang lebih mudah dan lebih menyeluruh pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Menyedari pelbagai peluang yang belum diterokai di pasaran, kami sentiasa membawa inovasi kepada produk dan penawaran kami demi memenuhi keperluan pelanggan.

Mengulas prestasi saluran yang cemerlang, Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Television Networks (MPTN) berkata, CJ WOW SHOP merupakan salah satu pemacu utama pertumbuhan perniagaan Media Prima.

“Pelaksanaan inisiatif baharu, seperti perniagaan membeli belah di rumah, telah berjaya mengukuhkan aliran perolehan bukan tradisional kami. Kejayaan ini membuktikan kepentingan televisyen dalam kehidupan warga Malaysia sehingga ke hari ini. Capaian kami yang meluas membolehkan saluran ini menyampaikan kandungan inovatif yang relevan dengan audiens umum dan menjadikannya mudah untuk dinikmati.” 

CJ WOW SHOP telah meluaskan usahanya dalam pelbagai bidang sejak dilancarkan disebalik perbelanjaan pengguna yang semakin menurun . Bagi membawa pengalaman membeli belah ke rumah pengguna, saluran ini telah memperkenalkan demonstrasi produk secara ‘langsung’ melalui televisyen pada Oktober 2016.

Saluran ini turut menambah slot rancangan menerusi stesen siaran percuma Media Prima termasuk TV3, ntv7 dan TV9 dan menjadikan jumlah siaran kepada 19.5 jam. Baru-baru ini, saluran telah melancarkan program dalam bahasa Mandarin melalui 8TV pada 8 Januari 2017 yang ke udara dari 6am hingga 9am. Usaha ini menjadikan CJ WOW SHOP lebih mudah diakses, lebih relevan dan lebih menarik untuk kumpulan penonton yang lebih meluas.

Konsisten dengan fokusnya terhadap inovasi, CJ WOW SHOP telah melancarkan sambutan ‘Setahun Bersama WOW’ pada 1 April 2017 dengan siaran secara langsung di hadapan penonton. Selain menjadi sebahagian daripada rancangan secara langsung yang disiarkan menerusi TV9, 100 orang pelanggan bertuah telah berpeluang menyertai artis jemputan istimewa Back2Basixx dan hos rancangan CJ WOW SHOP yang terdiri daripada Nadia Annuar, FizaSaad, Karl Shafek, Zaim Helmi, dan Goh Wee Ping untuk sama-sama menyambut ulang tahun pertama saluran.

Hadiah Eksklusif Beg WOW oleh Dato’ Siti Nurhaliza untuk Pelanggan

Continue reading “Ulangtahun Pertama CJ Wow Shop di Sambut Dengan Kolaborasi Bersama Dato’ Siti Nurhaliza”

Shell & Doodle Malaysia Collaborates For “Doodle Your Moment”

Shell Malaysia announced a collaboration with Doodle Malaysia on a special initiative called “Doodle Your Moment”. This initiative will see the fuel retailer working with Doodle Malaysia – a community of homegrown artists – to bring to life real moments shared by Malaysians at Shell Select, into unique refreshing doodles.

Photo 1 (4)

“We believe that everyday journeys can be made better when it is spent at Shell Select, which are one-stop havens designed to refresh our customers and alleviate their worries. By collaborating with Doodle Malaysia, we aim to give customers a once-in-a-lifetime opportunity to turn their happy moments into hand-drawn doodles, which they can take away, cherish, and keep,” said Au Tong Sing, National Sales Manager, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd.

“Last year, in conjunction with our 125th anniversary in Malaysia, we worked with local artists to produce murals at 15 Shell stations across the country, and create limited edition water2go bottles. Both initiatives made art even more accessible to Malaysians and were well-received, sparking positive conversations on social media.

Held from 22 March to 26 April 2017, “Doodle Your Moment” will give customers a chance to share their personal moments, such as coffee with friends to ice cream breaks with family, at Shell Select on Instagram for a chance to be turned into a doodle. Up to 100 of the best user submissions will be immortalized into hand-drawn doodles by members of the Doodle Malaysia community. These hand-drawn noodles will also be printed onto exclusive merchandise, and delivered directly to selected participants as a special token.

To participate, Malaysians are encouraged to share a photo of their moments at any Shell Select outlet on Instagram with the hashtag #ShellKita. To stand an even better chance of being selected, customers can share their refreshing moment with a creative caption of not more than 40 words. More about the campaign can be found on http://www.shell.com.my/doodle

The “Doodle Your Moment” initiative is part of Shell’s “Refreshing Journeys” campaign which aims to show Malaysians that life isn’t just about the destination, but the journey and many moments that happen along the way. It aims to highlight the refreshing moments that customers can enjoy on their journey when they step into a Shell Select, providing them a respite from their daily frustrations and hurdles, and enabling them to rest, reflect, and rejuvenate.

These refreshing moments are brought to life through a complete ecosystem of curated products, attractive food and beverage offerings, 5-star service, and a quick-and-easy store experience, where customers can continue their journey with one less worry on the road.

As part of this campaign, Shell Malaysia also recently collaborated with local singer-songwriter Talitha Tan to produce a music video titled “Rasa Sayang”, which captures real refreshing moments customers experience at Shell Select – from enjoying deli2go treats with their loved ones and celebrating a surprise birthday party, to being assisted by Shell station staff.

For the music video, and more information on the refreshing moments customers can experience at Shell Select, please visit http://www.shell.com.my/motorists/inside-our-stations.html

Hannan MediSpa Putrajaya Tawar Rawatan Kecantikan, Kesihatan & Pergigian

Hannan MediSpa meneruskan kesinambungan legasinya dengan pembukaan satu lagi cawangan terbaru iaitu Hannan MediSpa Putrajaya

IMG_0280

Telahpun beroperasi selama empat bulan di Putrajaya, ia dikendalikan oleh seorang doktor gigi, Dr. Musturawani Mohamed yang memiliki kepakaran dalam bidang tersebut selama 12 tahun.

Di cawangan terbaru ini, pelanggan Hannan MediSpa Putrajaya bukan sahaja berpeluang menikmati pakej lengkap rawatan tubuh badan dan wajah malah mereka berpeluang menikmati potongan harga untuk rawatan pemutihan gigi dan pembersihan gigi di klinik milik Dr. Musturawani.

Bebas daripada penggunaan bahan kimia berbahaya, produk yang ditawarkan dan digunakan di Hannan MediSpa Putrajaya dijamin halal dan disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pelanggan tidak perlu risau atau khuatir dengan kesan sampingan yang menakutkan serta komplikasi kesihatan apabila mengguna perkhidmatan di sini seperti Hannan Cleopatra 24k Gold, Teeth Whitening & Scalling, rawatan muka dengan Vitamin C serta Terapi Kulit (Flawless Skin Theraphy).

Nama Hannan MediSpa bukan asing di Malaysia lantaran spa berkonsepkan perubatan ini dikendalikan oleh doktor-doktor bertauliah. Sehingga kini terdapat 17 buah cawangan Hannan MediSpa dengan setiap satunya diuruskan oleh doktor pakar dalam pelbagai jurusan perubatan.

Bagi yang berminat untuk mencuba perkhidmatan di atas, bolehlah berkunjung ke:

Hannan MediSpa Putrajaya

Blok A-T00-U05, Jalan  P8C/2

Presint 8, Putrajaya.

Waktu operasi: 10 pagi hingga 9 malam kecuali pada cuti umum

Layari: 

Instagram:hannanmedispa_putrajaya

FB: www.facebook.com/Hannan MedispaPutrajaya

website: http://hannnanmedispa.com.my

 

Guardian Corporate Brand Tawar Produk Berkualiti Pada Harga Murah

Produk GUARDIAN juga telah diuji dan terbukti secara dermatologi mematuhi tiga langkah jaminan kualiti Guardian malah jaminan semula wang turut ditawarkan ke atas hampir 500 produk

IMG20170330110825

Gedung farmasi yang juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia, Guardian, kini menawarkan pengguna dengan kualiti yang diyakini pada harga digemari menerusi penambahbaikan produk-produk di bawah jenama “Guardian Corporate Brand”.

Dengan lebih 420 buah cawangan, Guardian mempunyai hampir 500 SKU ‘house brand’, atau “corporate brand” produk yang boleh didapati secara eksklusif di cawangan-cawangan Guardian di seluruh negara. Produk jenama Guardian ini merangkumi setiap aspek kehidupan daripada kelahiran, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, keluarga dan warga emas.

Produk ‘Guardian Corporate Brand’ menjadi pilihan para pengguna di seluruh rantau ini, termasuklah Malaysia. Ia menyumbang secara besaran ke atas jumlah jualan keseluruhan Guardian kerana kualiti, tahap keselamatan yang tinggi serta memberi ketenangan minda dan nilai kepada para pengguna.

Produk-produk ‘Guardian Corporate Brand’ perlu mematuhi peraturan yang ketat di semua negara di mana ia dijual. Sekali gus memberi lebih keyakinan kepada pengguna terhadap kualitinya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Encik Soren Lauridsen,

“Ketika memformulasikan produk-produk ini, Guardian memilih kandungan bahan yang selamat dan berkualiti tinggi dengan penuh teliti. Semua label yang dinyatakan itu disahkan melalui dokumen-dokumen sokongan demi memastikan kami dapat menawarkan produk yang selamat, telah diuji sebaiknya, terbukti dan memenuhi ciri-ciri yang dimahukan oleh pengguna. Selain mematuhi peraturan setiap badan berkaitan di semua negara di mana kami beroperasi. Jaminan terhadap kualiti dengan harga yang berpatutan sememangnya sesuai dengan peningkatan kos sara hidup di Malaysia.

Kami memahami kebimbangan pengguna tentang kenaikan kos sara hidup. Memandangkan jenama korporat ini dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya untuk Guardian, maka kami mampu mengekalkan kualitinya. Pada masa yang sama harga yang ditawarkan adalah mampu milik kerana ia dihasilkan dalam jumlah yang banyak. Komitmen terhadap kualiti dan melepasi piawaian yang ditetapkan dari segi keselamatan, kandungan dan proses membuatkan pengguna sangat menghargai produk-produk ‘Guardian Corporate Brand’. Ini kerana produk tersebut menawarkan kualiti yang boleh dipercayai pada harga yang mereka gemari.” 

Menurut Pengarah Jenama Korporat, Kesihatan & Kecantikan, The Dairy Farm Company, Puan Segolene Defline, langkah berani Guardian untuk mengutamakan produk-produk jenama korporatnya dijangka mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna. Ini kerana ia menawarkan aspek terbaik dalam produk-produk klasik dan trend baru di seluruh rantau ini untuk semua peringkat umur serta kategori produk.

“Apabila membangunkan produk-produk ‘Guardian Corporate Brand’, kami sentiasa mempertimbangkan keperluan para pengguna. Pada masa yang sama peka dengan trend kesihatan dan kecantikan global. Produk-produk kami dibangunkan dengan mengambil kira apakah trend seterusnya dalam industri kesihatan dan kecantikan. Jadi, pengguna akan sentiasa mempunyai produk-produk yang selari dengan trend terkini dari segi kandungan, material, teknologi dan inovasinya. “Semua ini kemudian digabungkan dengan komitmen kami terhadap aspek jaminan kualiti, ujian dermatologi dan jaminan pulangan semula wang. Sebab itulah kenapa pengguna terus mendapatkan produk-produk jenama korporat Guardian,” kata Puan Defline.

Guardian bekerjasama dengan para pengeluar terkemuka dan menggunakan formulasi inovatif dalam semua bentuk pembangunan serta pengilangan produk jenama korporatnya.

Semua produk penjagaan kulit dan badan Guardian telah diuji secara dermatologi. Ia terbukti mempunyai kualiti terbaik untuk memberi penjagaan dan keyakinan kepada para penggunanya.

Menurut Ketua Jaminan Kualiti, Jenama Korporat, Kesihatan & Kecantikan, The Dairy Farm Group, Cik Sarol Lin, Guardian telah membangunkan sistem pengurusan Tiga Langkah Kualiti demi memastikan semua produk jenama korporatnya dapat menawarkan kecemerlangan, keselamatan, kualiti serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Semua pembekal mesti melepasi audit kilang profesional pihak ketiga sebelum mendapat kelulusan untuk mengeluarkan produk Guardian. Pemeriksaan kualiti dan keselamatan mandatori akan dijalankan sebelum produk dipasarkan. Akhir sekali, semua pembekal akan dipantau menerusi audit kilang pihak ketiga secara berterusan. Pemeriksaan dan pengawasan akan dijalankan ke atas produk-produk di kedai bagi memastikan ia konsisten serta selamat,” jelas Cik Lin.

Pakar Residen Perubatan Kulit di Life Care Diagnostic Medical Centre, Dr. Sharon Gopalan, memberitahu tentang ketenangan minda yang boleh ditawarkan oleh produk yang telah diuji dan terbukti secara dermatologi untuk orang ramai.

“Apabila satu-satu produk itu telah diuji dan terbukti secara dermatologi, ia bermakna ujian tampal telah dijalankan ke atas kulit manusia tanpa sebarang masalah keradangan atau tindak balas yang negatif. Produk yang boleh digunakan tanpa masalah merupakan pilihan lebih selamat, terutama apabila mencuba produk baharu,” kata Dr. Sharon.

“Para pengguna perlu sedar tentang jenis dan kondisi kulit mereka sebelum menggunakan mana-mana produk. Jenis dan kondisi kulit boleh berubah mengikut usia, hormon, diet dan banyak faktor lain. Produk yang sesuai digunakan sebelum ini mungkin tidak lagi sesuai pada peringkat usia berbeza,” tambahnya.

Jenama gergasi produk kesihatan dan kecantikan ini turut memperkenalkan pelekat “Recommended by The Toughest Users” sebagai satu bentuk kempen yang membuktikan penambahbaikan terhadap hampir 500 produk SKU ‘Guardian Corporate Brand’. Ia merangkumi produk-produk Bayi & Kanak-kanak, Mandian & Badan, Kertas, Kapas & Wipes, ‘Oral’ & Pisau Cukur, ‘Mask’ Muka dan kategori produk kesihatan.

Pelekat itu menunjukkan bahawa semua produk “Guardian Corporate Brand” telah menjalani tiga langkah jaminan kualiti Guardian. Di samping jaminan ketenangan minda kerana rangkaian produk terpilih itu sudahpun diuji dan terbukti dari segi dermatologi. Semua produk “Guardian Corporate Brand” hadir bersama jaminan pulangan semula wang yang jelas membuktikan keyakinan Guardian terhadap kualiti dan keselamatan produknya mampu memenuhi kepuasan pengguna.

Guardian akan menganjurkan kempen “Recommended by The Toughest Users” yang memberi manfaat kepada tiga profail penggunanya. Mereka terdiri daripada wanita bujang yang mempunyai citarasa tersendiri, para ibu yang bergaya dan mementingkan kualiti serta golongan lelaki yang menitikberatkan penampilan mereka. Kunjungi cawangan Guardian berhampiran anda dan dapatkan katalog bulan April untuk mengetahui perincian promosi ini.

 

WAVE DASH FI Penuhi Keperluan Penunggang Muda

HONDA WAVE DASH FI 2017 Bakal Menghangatkan ‘Pentas’ Jalan raya

Repsol_Easy
Edisi Reptol yang tampil elegan

Pengeluar motosikal terkemuka di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) baru-baru ini, menganjurkan majlis pelancaran produk dan peragaan fesyen sulung untuk memperkenalkan model, Wave Dash Fi Baharu.

Penambahan terbaharu dalam keluarga beroda dua itu menawarkan rekaan yang menarik, bergaya dan trendy untuk memenuhi keperluan fesyen semasa penunggang muda.

Slogan “Make An Impression, Everywhere You Go” menggambarkan pemahaman BSH dalam tuntutan fesyen golongan muda yang sentiasa mahu bergaya dan mengikut aliran fesyen terbaru di mana sahaja mereka berada walau ketika berada di jalan raya.

Rekaan terkini grafik New Wave Dash Fi diinspirasi dari tentera kelabu menyamar dan grafik geometri warna khas CB650, bersama panel meter bergaya dan plat pelindung haba baharu yang dipertingkatkan menjanjikan penampilan yang lebih segar bagi penggemar kenderaan beroda dua di Malaysia.

“Pelanggan muda di negara ini hidup dalam gaya hidup yang pantas bergerak dan mencari tunggangan yang bergaya. Oleh demikian, BSH sentiasa mempertingkatkan rekaan serta prestasi bagi memenuhi kehendak dan permintaan penunggang muda.” -En. Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.

Majlis pelancaran dimulakan dengan beberapa pelompat jalanan mempamerkan New Wave Dash Fi, diikuti oleh peragaan fesyen oleh model-model Tarik Jean sebelum barisan pengurusan BSH naik ke pentas untuk melancarkan pratonton rasmi tunggangan terbaharu tersebut.

Mesin jenis underbone atau kapcai dwi brek cakera dan break cakera depan (2 Type) ini dilengkapkan dengan enjin empat lejang 109cc yang bersepadu dengan Sistem Suntikan Bahan Api Terancang (PGM-Fi). Selain rekaan luar yang lebih segar, kecekapan bahan api terus dipertingkatkan ke 61.1km/L bersama kuasa maksimum yang meningkat kepada 6.40Kw untuk memberikan pengalaman tunggangan yang lebih baik. New Wave Dash Fi juga diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Terdapat tiga warna fesyen bergaya: Biru Mutiara Senja, Hitam Mutiara Magellen dan Merah Lincah serta warna eksklusif, Edisi Repsol.

Ditawarkan dalam edisi S Type (Cakera Brek Tunggal), R Type (Cakera Brek Berganda) dan Edisi Repsol (Cakera Brek Berganda)., masing-masing pada harga yang disyorkan bermula daripada RM5,860.74, RM6,178.74 and RM6,337.74 termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Wave Dash Fi 2017, sila layari:

www.boonsiewhonda.com.my atau

laman Facebook kami: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.

Spesifikasi Teknikal Wave Dash Baharu Honda

  • Jenis Enjin 4-lejang, Penyejuk Udara OHC
  • Anjakan 109.17cc
  • Jara & Lejang 50.0mm x 55.6mm
  • Sistem Pemula Pemula Kaki dan Auto Elektrik
  • Sistem Pencucuhan Transistor Penuh
  • Jenis Transmisi 4 kelajuan tetap
  • Suspensi (Depan) Teleskopik
  • Suspensi (Belakang) Berkembar
  • Saiz Tayar (Depan) 70/90 – 17M/C 38P
  • Saiz Tayar (Belakang) 80/90 – 17M/C 50P
  • Dimensi Keseluruhan 1,907mm x 709mm x 1,080mm
  • Dimensi Jarak Roda 1,227mm
  • Berat 102kg (Dash S)/ 104kg (Dash R)
  • Kapasiti Tangki Minyak 4.0 liter
  • Sistem Bahan Api Pancitan Bahan Api Teratur
  • Kuasa Kuda Maksimum 6.40 KW (8.70 PS) @ 7,500RPM
  • Tork Maksimum 8.66 KW (0.88kgf.m) @ 6,000RPM

Mengenai Boon Siew Honda Sdn. Bhd.

Continue reading “WAVE DASH FI Penuhi Keperluan Penunggang Muda”

Nestle Bliss Plus Minuman Yogurt Premium Untuk Kebaikan Usus

Nestle Bliss Plus- minuman yogurt PREMIUM diperkaya dengan Inulin (Prebiotik), Kultur hidup (Probiotik)
Group Photo - Carey Ng, AEON CO representatives & Nestle Malaysia Repres...

Minuman yogurt kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa, Nestlé® BLISS®, kini tampil dengan variasi produk premium baharu berkualiti tinggi iaitu BLISS® PLUS yang diperkuatkan dengan khasiat yang baik untuk usus anda dan banyak lagi.

Sebahagian besar rakyat Malaysia kini mengamalkan gaya hidup aktif di mana mereka berusaha untuk membahagikan masa antara kerja dengan kegiatan peribadi tanpa menjejaskan kesihatan mereka. Usaha berterusan untuk mengekalkan badan yang sihat disebalik kesuntukan masa yang mendorong kepada permintaan produk yang memudahkan pengguna. Ini dibuktikan dengan peningkatan kewujudan produk kesihatan seperti jus perahan segar, bar salad, kedai suplimen kesihatan dan gim. Peminum yogurt adalah dikalangan mereka yang mencari minuman yang diperkaya dengan segala kebaikan lebih-lebih lagi minuman yang membantu sistem penghadaman mereka.

BLISS® PLUS merupakan minuman yogurt pertama di Malaysia dengan kombinasi kultur hidup (probiotik) dan inulin (prebiotik) untuk kebaikan usus anda serta diperkayakan dengan pelbagai zat buah-buahan yang berkhasiat tinggi (Super Fruits).

Inulin (prebiotik), yang diperoleh daripada akar chicory merupakan bahan penting untuk proses penghadaman. Prebiotik merupakan sejenis makanan yang memberi kesegaran secara menyeluruh untuk bahagian usus anda. Selain daripada Inulin, BLISS® PLUS juga diperkaya dengan khiasiat kultur hidup, iaitu sejenis prebiotik yang terdiri daripada Lactobacillus Acidophilus, Streptococcus Thermophilus dan yang paling penting Bifidobacterium Lactis yang bertindak menghadamkan makanan untuk penyerapan secara menyeluruh.

“Rakyat Malaysia kini lebih cenderung mencari pilihan yang bijak serta menjalani gaya hidup yang sihat, sehingga sanggup melabur masa dan wang untuk memperoleh produk serta trend kesihatan terkini seperti, jus perahan segar, senaman dan juga mengamalkan diet organik. BLISS® PLUS merupakan minuman yogurt premium yang ideal untuk mereka yang mahukan produk berkualiti tinggi dan sesuai dengan gaya hidup sihat mereka tanpa perlu berkompromi dari segi kebaikan dan rasa untuk usus yang baik.” Pegawai Eksekutif Perniagaan Tenusu Dingin Nestle Malaysia, Wilfrid Foo.

Untuk rasa yang hebat dan asli, BLISS® PLUS boleh didapati dalam tiga jenis kombinasi buah-buahan yang sedap serta diperkaya dengan nutrien dan vitamin, iaitu ‘Epal, Delima & Cranberi’, ‘Epal, buah Markisa & Lemon, dan ‘Epal, Beet Merah & Prune’. Kesemua buah-buahan ini terkenal dengan manfaat semula jadi seperti antioksidan, vitamin, serat dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjur lanjut mengenai Nestle® BLISS® PLUS, sila layari:

https://www.facebook.com/NestleBliss/

http://www.nestle.com.my/brands/chilled_dairy

 

Four Points by Sheraton Puchong “Selera Nostalgia” Sajikan Hidangan Klasik Sempena Kedatangan Ramadan

Memandangkan Ramadan bakal tiba tak lama lagi, banyak hotel tempatan sudah mula menawarkan pelbagai pakej sempena kedatangan bulan yang mulia itu.

Dengan tema “Selera Nostalgia”, The Eatery di Four Points by Sheraton Puchong mnenyediakan hidangan makan malam secara bufet yang menjadi kegemaran di serata Malaysia sejak berkurun dahulu

IMG_5428

Lebih daripada 100 menu disediakan antaranya Roti John dengan isi sardin atau daging hancur, ayam dara masak briyani, daging masak gulai, sup ekor, mi udang, laksa kari dan banyak lagi menu yang pastinya membangkitkan selera!

 

IMG_5444

Hidangan pemanis mulut klasik seperti gado-gado, bubur kacang hijau, pengat nangka, sago gula melaka, dodol,rojak buah, aneka kerepek dan banyak lagi juga boleh dinikmati di sini. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati kerana terdapat sehingga 14 menu pemanis mulut.

Menu seperti kerabu ayam panggang, lemang, serunding serta ulam-ulaman juga tidak ketinggalan disediakan sepanjang bulan Ramadan.

Bagi peminat Nasi Kandar boleh juga menikmati hidangan sampingan seperti ayam goreng, ikan bakar, ketam, udang, sotong, kari ikan, ayam masak kicap dan kambing kurma.

Selera Nostalgia bakal bermula pada 27 Mei hingga 24 Jun 2017 dengan harga RM140 per net bagi dewasa dan Rm70 per net bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun. Bagi mereka yang menempah awal bermula 10 April hingga 29 Mei diberi potongan dengan hanya perlu membayar sebanyak RM100 per net selain berpeluang memenangi baucer penginapan dan baucar makanan.

Untuk menempah, bolehlah menghubungi:

Tel: 03-5891 8888 atau emel di: eatery.puchong@fourpoints.com

OUKITEL Masuki Pasaran Malaysia

Satu lagi jenama telefon pintar terbaru memasuki pasaran tempatan tahun ini iaitu OUKITEL.

Photo 1 (3)

Dihasilkan oleh Shenzen OUKI Digital Electronic Co. Ltd yang berpusat di China sejak tahun 2007, OUKITEL diambil daripada “U & I for OK Life”. Bertetapan dengan perkataan itu, telefon pintar OUKITEL menawarkan peranti bijak yang memberi dedikasi pada “OK life for you & I”.

Ia mensasarkan kepada mereka yang inginkan telefon pintar rekaan terbaru dan dalam masa yang sama tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memilikinya.

“Objektif utama kami adalah supaya semua orang puas hati dengan teknologi terkini yang dibawakan oleh OUKITEL. Tahun lepas kami mempunyai 300 pengedar dan 6 pusat servis di Malaysia. OUKITEL akan meningkatkan jumlah pengedar sehingga 800 orang tahun ini dengan 12 pusat servis seluruh Malaysia. Tahun ini juga OUKITEL bakal membuka 5 stor konsep yang akan memberikan pengalaman kepada pengguna merasai sendiri telefon OUKITEL terkini. Kami mahu jenama OUKITEL berada di setaip pelusuk Malaysia.”-Bowman Qi, Ketua Pengarah Eksekutif OUKITEL.

Dengan seramai lebih daripada 1,000n pekerja berpengalaman, syarikat itu mampu menghasilkan sehingga 20 juta unit telefon setiap tahun. Tidak hairanlah ia menjadi rakan kongsi kepada China Mobile, China Telecom dan China Unicom disamping menjadi pembekal pasaran antarabangsa untuk Spice, Karbonn, BQ, Qmobile dan banyak lagi.

Jenama OUKITEL dirasmikan pada pasaran antarabangsa pada dua tahun lepas dan sehingga 2016, ia sudah terjual pada 40 buah negara dan keselruhannya telah menjual sebanyak 5.4 juta unit pada pasaran dunia.

Pada majlis pelancaran yang diadakan di Berjaya Times Square, OUKITEL memperkenalkan 3 rangkaian produk telefon pintar iaitu:

1. OUKITEL K6000 Plus

Oukitel K6000 Plus

  • terbaru dalam rangkaian OUKITEL K
  • badan metalik penuh dengan pengimbas cap jari
  • paparan 5.5 inci panel LTPS dengan 1080×1920 resolusi piksel
  • dilengkapi dengan MediaTek 6750T octa-core SoC
  • pemprosesan efisien dengan 4 cores pada 1 GHz untuk kerja ringan dan 4 cores pada 1.5 GHz untuk kerja berat
  • 4GB RAM dan 64GB memori dalaman serta memori kad sehingga 128GB
  • kamera mengguna PDAF-assited 16 MPO Sony IMX298 sensor: 1/3.06 inci manakala kamera depan 8MP dengan wide angle 80 darjah
  • bateri: 6080 mAh SCUD
  • caj bateri 12V/2A dengan masa 100 min untuk 100% caj dan untuk 5min caj, membolehkan anda berbual sehingga 2 jam lamanya
  • sistem operasi-Android  7.0 Nougat
  • Harga: RM999 dengan dua warna iaitu Kelabu dan Emas
  • Boleh didapati pada bulan April

2. OUKITEL U16 Max

Oukitel U16 Max

  • terbaru dalam rangkaian OUKITEL U
  • badan ‘aircaft aluminium alloy’ dengan 2.5D panel kaca melengkung
  • tengah rangka diina dengan teknologi CNC yang kompleks menampakkannya satu rekaan elegan dan selesa apabila disentuh
  • ukuran dimensi 165.5×83.3×9.15mm dan berat 222g
  • paparan 6 inci HD JDI dengan teknologi LTPS
  • dengan kuasa 1.3GHz octa-core MediaTek MT6753 dipadankan bersama GPU ARM Mali-T720 MP3
  • 3GB RAM, 32GB storan dan microSD sehingga 32GB
  • mengguna Android 7.0 Nougat
  • bateri 4,000mAh dan disokong oleh 5V/1.5A caj pantas
  • kamera 13MP di belakang dengan LED Flash dan 5MP kamera depan untuk selfie
  • pengimbas cap jari 0.1 saat membuatkannya satu peranti selamat
  • dual sim kad yang menyokong 4G, wifi 802.11 b/g/n, Bluetooth 4.0 serta GPS
  • Harga: RM889 dengan dua warna iaitu Kelabu dan Emas
  • boleh didapati pada bulan April

3. OUKITEL U20 Plus

Oukitel U20 Plus

  • 2 lens kamera dibelakang peranti yang memberi pengalaman SLR
  • rekaan ergonomik yang diperbuat daripada solid polycarbonate dengan hujung melengkung, 2.5G panel kaca menjadikannya rekaan yang cantik
  • paparan 5.5 inci skrin dengan 1080×1920 piksel HD IPS paparan penuh daripada Sharp
  • pengimbas cap jari dibahagian belakang panel
  • dilengkapi dengan MediaTek MT6737T quad-core SoC 1.5GHz dipadankan dengan GPU ARM Mali-T720 MP2
  • 2 GB RAM dan 16GB storan yang boleh mengguna microsd
  • bateri SCUD 3,300mAh
  • kamera belakang disokong oleh autofokus, LED flash dan sensor Sony 13 MP IMX135 dibantu 0.3MP unit sekondari
  • 5MP kamera hadapan untuk selfie yang boleh dilanjutkan dengan 8MP
  • mengguna Android 6.0 Marshmallow
  • Harga: RM639 dengan 3 warna: Jet Black, Kelabu dan Emas

Turut diperkenalkan adalah:

Oukitel C3 & C5 Pro

Maklumat lanjut:

OUKITEL Malaysia: 03-92220899
www.oukitel.mywww.facebook.com/oukitelmy

Kempen Hari Sarapan Terbesar MILO Tekankan Kepentingan Sarapan

MILO® terus tumpukan usaha mengenai kepentingan sarapan sambil mendidik ibu bapa tentang tenaga harian yang diperlukan oleh anak-anak

Photo 1 (1)

“Sebagai peneraju untuk sarapan pagi, MILO® sentiasa menekankan kepentingan sarapan sebagai sumber tenaga yang penting untuk memulakan hari dengan betul. Setiap tahun kami mengkaji cara-cara inovatif untuk mendekati pengguna kami dalam berkongsi tentang kepentingan hidangan ini. Tanpa sarapan yang betul, kanak-kanak cepat berasa lesu kerana keperluan tenaga mereka tidak dipenuhi. Oleh itu, adalah penting untuk memadankan hidangan ini dengan MILO®, yang membantu untuk memulakan perlepasan tenaga dari makanan dengan berkesan. ” Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MILO®, Malaysia.

Satu kajian dalaman yang dijalankan oleh MILO® telah mendedahkan bahawa kanak-kanak menggunakan sehingga 1,500 kcal pada hari persekolahan biasa, sama banyak dengan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti intensiti tinggi seperti mendaki gunung, berenang 50 pusingan di kolam renang, atau berlari dalam acara separuh maraton. Ia diukur dengan menganggarkan jumlah tenaga yang digunakan oleh kanak-kanak untuk pelbagai aktiviti seperti sesi persekolahan, tuisyen, aktiviti sukan sepanjang hari, dari saat mereka bangun sehingga mereka tidur.

“Kanak-kanak boleh menjadi lebih bertenaga sekiranya mereka mengambil sarapan pagi yang berkhasiat dengan MILO®, yang memberikan mereka tenaga secukupnya untuk semua aktiviti mereka sepanjang hari – dari segi mental dan fizikal. MILO® mengandungi kalsium, Activ-Go ™, gabungan unik PROTOMALT® dan mikronutrien penting – vitamin dan mineral yang membantu pertumbuhan keseluruhan kanak-kanak dan tumbesaran. “ Nurul Iliani Ahmad, Pakar Pemakanan Kanan, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia dan menggalakkan pemakanan sarapan di seluruh negara, MILO® menganjurkan Hari Sarapan Terbesar MILO® di seluruh negara, di mana rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam MILO® Breakfast Run, mencuba pelbagai aktiviti dan permainan menarik, serta menikmati sarapan percuma bersama keluarga mereka.

Acara Hari Sarapan Terbesar MILO® Malaysia tahun ini dimulakan  dengan acara pertama di Pulau Pinang pada 19 Mac 2017.

Hari Sarapan Terbesar MILO® Malaysia bakal diadakan di bandar-bandar berikut:

  • Kota Kinabalu Padang Rugbi di Tanjung Aru 26 Mac 2017
  • Kuching Pustaka Negeri Sarawak 2 April 2017
  • Johor Padang Perbadanan di Pasir Gudang 8 April 2017
  • Kuantan Padang MPK1 16 April 2017
  • Kota Bahru Kompleks Sukan 2, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan 6 Mei 2017
  • Putrajaya (Presint 4) Anjung Floria 14 Mei 2017

Untuk maklumat tentang kempen Hari Sarapan Terbesar MILO® Malaysia dan cara-cara untuk mengambil bahagian dalam acara Hari Sarapan Terbesar MILO®, sila lawat www.milo.com.my.

Tentang Hari Sarapan Terbesar MILO®

Continue reading “Kempen Hari Sarapan Terbesar MILO Tekankan Kepentingan Sarapan”

Acara “Unboxing” McD Kongsi Lebih 2,500 Ayam Goreng Bersama Rakyat Malaysia

McDonald’s Raikan Kecintaan Rakyat Malaysia pada Ayam Goreng dengan ”Unboxing” – Acara Terbesar di Malaysia Menerusi Facebook Live di mana lebih 2,500 “Share Box” Ayam Goreng McD dibuka secara serentak di restoran McDonald’s seluruh negara

Image 2

McDonald’s Malaysia baru-baru ini meraikan salah satu menu hidangan klasiknya iaitu Ayam Goreng McD™ yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak tahun 1987 dengan acara “Unboxing”, acara terbesar di Malaysia yang disiarkan menerusi Facebook Live. Lebih 2,500 “Share Box” Ayam Goreng McD dibuka secara serentak untuk dinikmati di semua restoran McDonald’s seluruh negara.

“Walaupun pengalaman klasik McDonald’s amat sinonim dengan burger dan kentang goreng, Ayam Goreng McD™ juga telah sekian lama menepati selera dan terus di hati kebanyakan pelanggan-pelanggan kami khususnya di Malaysia. Lebih menggalakkan apabila pelanggan-pelanggan kami memberi maklum balas positif mengenai Ayam Goreng McD™ pedas menerusi pelbagai saluran. Bagi kami, tiada yang lebih baik dan menggembirakan selain memenuhi permintaan para pelanggan dengan menyediakan ayam goreng yang sempurna untuk mereka.” Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

“Di McDonald’s, kami sedar bahawa makanan yang baik bukan sekadar pada rasanya sahaja. Kami juga menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi yang didapati daripada pembekal-pembekal kami yang mematuhi piawaian makanan global. Buktinya, anda dapat merasainya menerusi Ayam Goreng McD™; pengalaman sempurna dari segi kesegaran, kerangupan dan keempukan rasa ayam yang sememangnya bakal memberi kepuasan kepada para pelanggan dan mereka pasti menginginkannya lagi,” tambah Azmir.

Ayam Goreng McD™ dihasilkan daripada ayam yang dibekalkan segar setiap hari dengan setiap satunya disadur dan dimasak sempurna. Disediakan dengan cermat dan dimasak selaras dengan piawaian McDonald’s, Ayam Goreng McD sentiasa dihidang panas dan sedia memberi kepuasan kepada semua.

Untuk berkongsi pengalaman Ayam Goreng McD™ yang tiada tandingan ini dengan lebih ramai rakyat Malaysia, McDonald’s turut mengajak para pelanggannya untuk menyertai cabaran #mostawesomebite mulai 20 Mac 2017 hingga 23 April 2017.

Untuk menyertainyai, para pelanggan haruslah menunjukkan rasa nikmat Ayam Goreng McD™ hanya dengan menggunakan ekspresi muka dan bahasa badan menerusi video tidak lebih dari 60 saat.

Ayam Goreng McD™ boleh didapati di seluruh negara mulai 20 Mac 2017 dengan dua “Share Box” baharu – anda boleh memilih hidangan 5 ketul (RM23.50) atau 9 ketul (RM39.95).

Untuk maklumat lanjut berkenaan Ayam Goreng McD™ dan cabaran #mostawesomebite, layari http://www.mcdonalds.com.my/.

 

 

LANAI ANGGUN Merealisasikan Impian Raja Sehari

Tarikh berkahwin sudah ditetapkan namun persiapan belum sempurna apatah lagi masih mencari-cari lokasi majlis yang sesuai?

LANAI ANGGUN ada jawapannya.

10032017-808

Terletak di Selayang Heights, ia adalah lokasi terbaik untuk majlis perkahwinan yang menjanjikan kepuasan kepada bakal pengantin. Manakan tidak?

LANAI ANGGUN menyediakan perkhdimatan persiapan dari A hingga Z dengan berkonsep moden serta klasik.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan meliputi dekorasi pelamin eksklusif, katering, fotografi, videografi, kompang, silat, busana, aksesori, meja pengantin, bunga meja, hiasan laluan pintu masuk dan permaidani merah. Khidmat andaman juga disediakan menjadikannya satu pakej lengkap yang memudahkan bakal pengantin. Turut ditawarkan pegawai trafik untuk mengawal urusan parking dan laluan keluar masuk tetamu.

Namun paling menarik, LANAI ANGGUN memberi kemudahan percuma sepanjang majlis iaitu kek tiga tingkat, kuih-muih tradisional, minuman panas, PA sistem, DJ, Kordinator Acara dan pelayan tetamu lengkap berpakaian seragam.

Untuk keselesaan tetamu, LANAI ANGGUN menyediakan dewan berhawa dingin, tempat letak kereta, surau, wifi percuma, mesra OKU, lif, koridor untuk BBQ, tandas, pentas serta bilik menunggu VIP.

Bagi yang ingin merakamkan memori sepanjang hari bersejarah itu, LANAI ANGGUN juga menyediakan sesi fotografi outdoor istimewa.

Dengan keluasan 9,000 kaki persegi, LANAI ANGGUN boleh memuatkan 40 buah meja dengan pakej menu serendah RM28/seorang untuk 1,000 tetamu. Peruntukan disediakan mengikut jumlah tetamu undangan dan makanan dihidangkan secara bufet atau dihidang. konsep kiosk juga disediakan mengikut permintaan.

Selain majlis perkahwinan, LANAI ANGGUN yang dimiliki oleh Hafiz Azizi, Akmaliza, Edelina dan Mariah ini turut menyediakan perkhidmatan untuk seminar korporat, majlis hari jadi, sidang akhbar, majlis pelancaran, Hi-tea, majlis makan malam, rumah terbuka, majlis berbuka puasa dan banyak lagi pada harga pakej yang berpatutan.

Bagi yang berminat untuk mengguna perkhidmaatan LANAI ANGGUN yang beralamat di R-C-03, Commercial Lot Radius, Jalan SH 1/3, Selayang Heights boleh hubungi nombor-nombor di bawah untuk membuat tempahan.

Hafiz Azizi: 013-3903888

Akmaliza: 019-2198484

Edelina:019-2883757

Mariah:012-7158537

 

 

 

Korean Best Selling Skincare Product: Ginkgo Natural Is Now Available In Malaysia Through 11street

Wanna feel fresh and lively all days? Use Ginkgo Natural to nourish your skin

Photo 5_Lowres

 

With the unpredicted weather in Malaysia, Korean-made Ginkgo Natural promises to nourish the skin to keep it feeling fresh and lively.

The Ginkgo Natural range is one of many prestigious products, backed up by research and certified patents. This drive for quality is one of the reasons for their establishment in over 20 countries such as China, Japan, USA and now Malaysia.

Ginkgo Natural is the best-selling all-natural range curated under the multi-billion dollar Korean cosmetic giant, Charmzone. This popular skincare brand is now brought to Malaysia’s shore by its sole distributor, CJ IMC – Korea’s leading cosmetic distributor and premium merchandiser.

11street, one of the largest e-malls in Malaysia, is proud to be the 1st in Southeast Asia to feature exclusively the range of Ginkgo Natural products to cater to the Malaysian market.

“Charmzone is very established in Korea, so it gives us great pleasure to partner 11street to feature our Charmzone’s Gingko Natural range for the very first time in Southeast Asia. Ginkgo Natural is one of the most popular Korean cleansing products that has hit strides in the Korean market through e-commerce. While e-commerce is already at its peak in Korea, Malaysia is still in its growing stage; therefore, it presents us with the perfect opportunity to tap into the Southeast Asian market through 11street to extend our products to lovers of Korean skincare in Malaysia. We believe we can achieve this through 11street, thanks to the enormity of its platform and Malaysians’ admiration towards Korean culture,” said Lee Yong Jin, Managing Director of CJ IMC Southeast Asia.

Vice President of Merchandising for 11street, Bruce Lim said during the media event: “We are motivated by this partnership with Ginkgo Natural to provide high quality, prestigious and affordable beauty products for our consumers. As part of our recently launched ‘Shop The World’ campaign, we aspire to bring in more international products for our Malaysian market. Therefore, by bringing in renowned brands such as Ginkgo Natural, 11street sees an opportunity to build bridges between the brand and our consumers. We believe that Ginkgo Natural is a good fit due to its product efficacies, thanks to its all-natural ingredients. Ginkgo Natural is one brand that packs a silent but robust punch.”

As part of the partnership, 11street will feature Ginkgo Natural’s basic skincare range, which encompasses three steps:

  • cleansing-features the Cleansing Tissue for make-up removal, and the Cleansing Foam to clean off residue make-up and is suitable for all skin types.
  • toning-Ginkgo Natural Skin Toner helps tighten pores and balances skin pH after cleansing
  • moisturising-Ginkgo Natural suggests the use of its Essence to lock in moisture and promote skin repair, before applying the Emulsion in the day, or the Cream at night

Using state-of-the-art technology, Ginkgo Natural effectively nourishes the skin, leaving skin soft and dust-free. Ginkgo Natural harnesses the anti-oxidative power of ginkgo leaves to nourish and protect skin against everyday stress and damaging environmental elements. The ECOCERT-certified Ginkgo Natural range is made up of 95% natural ingredients, and contains zero mineral oil components.

Agnes Lim, Malaysian actress and model who was present at the partnership announcement shared: “The products from Ginkgo Natural leave a fresh feeling on my face upon application. It certainly is a welcomed feeling, given the unpredictable weather conditions in Malaysia. The best surprise came in the form of the cleansing tissue, which is also Gingko Natural’s most sought-after product. It is ultra-soft, so it feels good on the skin and completely and effectively removes make-up. It is perfect for someone like me, who is always on-the-go.”

11street introduces special promotions for Ginkgo Natural products under 11street’s ‘Shop The World’ campaign, which runs from 1 March to 3 April 2017 with up to 65% discounts on Ginkgo Natural products and free shipping to West Malaysia.

During the promotion period, these products will range from RM7 to RM119.97 with an additional exclusive 15% discount coupon available for download on the Ginkgo Natural promotion page on 11street.

For more information on Ginkgo Natural products on 11street, please visit (http://www.11street.my/benefit/promotionDetail.do?planDisplayNumber=584882).

About CJ IMC

CJ IMC Korea is no 1 global partner of excellent Korean products as a professional merchandising company. CJ IMC Korea is doing trading of various products such as beauty, fashion, kitchen and living directly and indirectly oversea with IMC global. Core competence of CJ IMC is know-how in product design, sourcing and sales from 20 year’s experience of CJO. Mission of CJ IMC is to ensure product competitiveness for CJ O Shopping and CJ Global JV sites. CJ IMC making inroads into the world market, first landed country was in China since 2004. CJ IMC Malaysia is the 10th country which landed in Malaysia on February 2016. CJ IMC Malaysia strategy plan for year 2017 is to expand on CJ’s private brands and global distributorship brands from Korea. CJ IMC Malaysia targeted to penetrate into 3 main channel which includes home shopping channel, online channel and offline channel.

Media Contact:
Judy Wong
11street (www.11street.my)
+6012 622 4688
judy@11street.my

For media queries, please contact:
Isaiah Augustin / Kiersten Chaik
Cohn & Wolfe
+6014 675 2407 / +6016 212 8141
isaiah.augustin@cohnwolfe.com / kiersten.chaik@cohnwolfe.com

Kempen BeMe Sparkling “Untuk Membebaskan Diri Mereka Yang Sebenar”

BEBASKAN DIRI ANDA YANG SEBENAR DENGAN KEMPEN BeMe SPARKLING RIBENA®

Image_2

Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd (SBFM) mengajak semua rakyat Malaysia “untuk membebaskan diri mereka yang sebenar” melalui Kempen BeMe Sparkling Ribena® yang dilancarkan hari ini.

Penyanyi dan pencipta lagu popular tempatan Elizabeth Tan turut diperkenalkan sebagai Duta Sparkling Ribena® yang baru pada acara ini, di mana beliau mempersembahkan lagu rasmi Kempen BeMe Sparkling Ribena®.

“Rakyat Malaysia hari ini berhadapan pelbagai tekanan hidup dan tanggungjawab, tidak mengira usia dan peringkat hidup mereka. Sama ada tekanan dan harapan untuk berjaya dalam pendidikan atau kerjaya, akur dengan jangkaan sosial daripada rakan sebaya, memenuhi harapan daripada ahli keluarga dan melunaskan tanggungjawab, tidak banyak masa terluang ataupun peluang yang tersedia untuk menyerlahkan diri sendiri yang sebenar. Dalam hidup yang padat tekanan ini, Ribena® meyakini kepentingan mengambil masa untuk membebaskan diri daripada sebarang jangkaan, mendengar kata hati dan menyerlahkan personaliti diri yang sebenar.

Menerusi Kempen BeMe Sparkling Ribena®, kami mahu menggalakkan rakyat Malaysia agar berhenti seketika semasa jadual harian yang sibuk dan menikmati saat-saat BeMe, di mana anda boleh menyerlahkan jati diri anda yang semulajadi dan bebas kerunsingan. Sebagai jenama yang sudah berada di pasaran lebih 75 tahun, kami berasa bertuah kerana Ribena® kekal pada identitinya, menyebarkan kebaikan semulajadi anggur hitam di merata dunia, justeru, mengekalkan identiti diri yang tersendiri adalah penting buat kami,” Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau bagi Malaysia, Singapura dan Hong Kong, SBFM.

“Jenama Ribena® cukup dekat di hati ramai rakyat Malaysia, hadir pada zaman kanak-kanak kami dan mencetuskan memori indah. Malahan, rangkaian Sparkling Ribena® adalah cara terbaru untuk menikmati rasa Ribena® yang unik dan sukar dilupakan. Dengan buih ringannya yang mencerminkan saat-saat seronok dan girang dalam hidup, Sparkling Ribena® adalah teman sempurna bagi kesemua saat-saat BeMe. Kami memilih Elizabeth Tan sebagai Duta Sparkling Ribena® yang baru kerana beliau menjiwai semangat BeMe dengan menyerlahkan personalitinya yang tersendiri. Dengan bantuan Elizabeth yang menjadi terkenal menerusi YouTube dalam satu contoh saat-saat BeMe di mana beliau meluahkan perasaan menerusi sebuah lagu, kami mahu lebih ramai rakyat Malaysia meraih saat-saat BeMe mereka,” tambah Lee.

Elizabeth Tan, Duta Sparkling Ribena® yang baru dilantik, turut berkongsi saat-saat BeMe beliau semasa majlis pelancaran, mengimbau kembali pengalamannya sebagai penghibur.

“Semasa mula-mula bergelar artis YouTube, saya hanya mahu berkongsi minat saya terhadap muzik dengan para pengguna Internet. Saya percaya keseronokan mencapai saat BeMe adalah sesuatu yang tidak ternilai. Sejak bertahun lamanya, saya sentiasa percaya yang saya meluahkan perasaan menerusi lagu dengan cara terbaik apabila saya mengekalkan identiti diri yang sebenar, dan saya kini berjaya hasil daripada usaha mengetengahkan gaya muzik saya yang tersendiri. Jadi, Kempen BeMe Sparkling Ribena® yang mengajak rakyat Malaysia untuk meraikan diri mereka yang sebenar adalah satu pendekatan yang amat bermakna bagi diri saya. Saya berharap rakyat Malaysia akan dapat kepuasan yang mendalam menerusi saat-saat BeMe mereka. Saya sudah lama menikmati kelazatan anggur hitam Ribena® sewaktu membesar, dan hari ini, kelazatan Lightly Sparkling Ribena® yang mengimbau memori indah zaman kanak-kanak saya,” katanya.

Sewaktu pelancaran itu, Elizabeth turut membuat demonstrasi resipi minuman ciptaannya iaitu Sparkling Lizzy – gabungan Sparkling Ribena® Blackcurrant, sesudu besar jus limau, dua biji asam boi dan daun pudina segar, yang diinspirasikan daripada minatnya terhadap muzik dan gaya hidupnya yang aktif.

Sebagai sebahagian daripada Kempen BeMe Sparkling Ribena®, sebuah van combi akan menjelajah Kuala Lumpur dan Petaling Jaya bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk membebaskan personaliti terpendam mereka. Elizabeth juga akan berkongsi beberapa saat-saat BeMe beliau dalam talian dan akan muncul dalam 3 video Sparkling Ribena®, yang akan disiarkan menjelang akhir bulan Mac 2017. Lebih banyak aktiviti menarik telah dirancang, jadi nantikan pengumumannya! Tontonlah video dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen ini di laman Facebook Ribena® Malaysia http://www.facebook.com/RibenaMalaysia.

Tin Sparkling Ribena® kini dijual pada harga disarankan RM2.20 dan boleh didapatkan di pasaraya besar, pasaraya, pasar mini dan kedai runcit/kios di seluruh negara.

Mengenai Ribena®

Continue reading “Kempen BeMe Sparkling “Untuk Membebaskan Diri Mereka Yang Sebenar””

Huawei Presents P10 & P10 Plus to Malaysian Market

Malaysia among the first country to receive Huawei’s latest flagship smartphone series; pre-order starts 23rd March!

Huawei P10 Plus_Prestige Gold (1)

As a sign of unwavering commitment, Huawei Consumer Business Group has brought the P10 and P10 Plus to Malaysia, giving local consumers the opportunity to be one of the first to experience its latest flagship since its launch in Barcelona just three weeks ago!

The new innovative and stylish HUAWEI P10 and P10 Plus, co-engineered with Leica, brings professional studio-like effects to enhance portrait photography. Through a special partnership with Pantone Color InstituteTM, the world’s pre-eminent thought leader on colour, the devices are introduced in the latest on-trend colours, specially optimised for their unique Hyper Diamond-Cut finish.

Complemented by cutting edge technological innovations inside, including Huawei SuperCharge, HUAWEI P10 and P10+are the most advanced photography smartphones available.

For the first time in a smartphone, Huawei features a Leica front camera in the P10 and P10 Plus, to complement their Leica Dual rear camera, giving users a complete photography experience to create  professional grade images with a Leica signature style finish. The new front camera allows anyone to capture perfect portrait photography in Leica image style whilst the rear camera captures facial features with incredible detail, bringing your photos vividly to life.

Being the latest members in the family of the Huawei P Series, the P10 and P10 Plus has undergone hours of careful craftsmanship, which results in an exquisite, high-quality design, which features an ultra slim body and a minimalistic form with rounded curves. Paired together with its high-performance functions, including Huawei SuperCharge and Machine Learning Algorithm, the Huawei P10 and P10 Plus are the most advanced photography smartphones available.

With customer centricity as its core philosophy, Huawei has also introduced the P10 Lite to those who desire for luxury at an affordable price point. The P10 Lite is perfect for fashionistas and youngsters who constantly look to stay ahead, while living a fast-paced lifestyle. Equipped with a double-sided 2.5D glass, a magnesium aluminum alloy frame, it stands out among its rivals with its gorgeous aesthetics. Paired together with Huawei’s very own EMUI 5.1, the P10 Lite truly brings its users a smartphone with a luxury status at an unbeatable price.

“We are ecstatic that once again Malaysia will be one of the first countries to experience the latest  technological advancements that Huawei has to offer. The P10, P10 Plus and P10 Lite represents Huawei’s commitment in providing its consumers high levels of innovation, giving Malaysians an edge to stay ahead,” said Matthew Ng, Deputy Country Director of Huawei Consumer Business Group (Malaysia).

“We strongly believe the P10 series will further strengthen and grow Huawei’s presence in
Malaysia, giving our users the best Huawei has to offer at a reasonable price point,” he added.

Since the launch of the P9 series, Huawei has set its eyes on Malaysia to be one of its most important markets in the Southern Pacific region. Huawei has consistently showed promising growth numbers in Malaysia since first introducing its own branded smartphone into the local market nine years ago.

Currently leading the premium smartphone market share in Malaysia of over 50%, and a brand awareness of more than 86%, Huawei seeks to further strengthen its already prominent position in Malaysia, in line with reaching its global target of being the most favoured smartphone brand in the world.

Malaysians will not have to wait long, as Huawei will begin its pre-order for the P10, P10 Plus and P10Lite starting 23rd March on the Huawei Experience Store, Lazada and Vmall.
The entire range will be available for purchase across all platforms on the 31 st March onwards.

Price details are as below:

Device
Huawei P10
Huawei P10 Plus
Huawei P10 Lite
Specifications
4GB RAM + 64GB Storage
6GB RAM + 128GB Storage
4GB RAM + 32GB Storage

For more information please visit: http://consumer.huawei.com

Colour Options

Prestige Gold, Graphite Black
Prestige Gold, Graphite Black
Prestige Gold, Graphite Black

Price
RM 2,499
RM 3,099
RM 1,299

For regular updates on Huawei Device, follow us on:
Website: http://consumer.huawei.com/my/
Facebook: http://www.facebook.com/HuaweiMobileMY
Twitter: http://www.twitter.com/HuaweiMobileMY
Instagram: http://www.instagram.com/huaweimobilemy/
YouTube: http://bit.ly/YouTubeHuaweiMobileMY

11street Lancar Kempen’Shop The World’

11street mulakan Kempen ‘Shop The World’ dengan menawarkan Baucar Petrol bernilai RM1 juta selain  anjurkan acara beli-belah global dalam talian dengan menyediakan jutaan produk khusus dari China, Jepun, Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat

Photo 2
11street (www.11street.my) melancarkan kempen beli-belah global dalam talian – ‘Shop The World’ yang menyediakan jutaan produk berjenama antarabangsa, khususnya dari China, Jepun, Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS) kepada pelanggan Malaysia.

Wong Siew Lai, Naib Presiden Komunikasi Pemasaran 11street memaklumkan bahawa kempen ‘Shop The World’ merupakan idea syarikat berkenaan untuk memenuhi permintaan pengguna untuk mempelbagaikan lagi produk dan jenama-jenama global terkenal bersama promosi dan tawaran menarik.

“Kini, 11street mempunyai hampir 10 juta produk yang tersenarai di platform kami, malah lebih separuh daripadanya merupakan produk merentasi sempadan yang popular dan berjenama antarabangsa. Sebagai salah satu peneraju platform e-dagang di Malaysia, kami mahu memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli-belah di seluruh dunia tanpa perlu meninggalkan tanah air. Bagi membolehkan perkara ini dicapai, kami menjalin kerjasama dengan nama-nama global yang terkenal. Menerusi usaha sama ini kami mampu mempertingkatkan lagi penawaran bagi manfaat pelanggan 11street,” katanya.

Kempen tersebut akan memperlihatkan sinergi antara 11street dengan tiga pemain e-dagang global terkemuka – syarikat induknya, 11street Korea; UiTOX dari Taiwan dan *WorldFront dari Australia – membawakan pilihan meluas produk-produk luar negara yang popular.

[* WorldFront merupakan penggiat e-dagang global yang mempunyai pusat pemenuhan keperluan di tiga negara – United Kingdom (UK), AS dan New Zealand. WorldFront juga memiliki dan mengendali platform beli-belah dalam talian terbesar di New Zealand dan Australia. Ditubuhkan pada tahun 2004 dan kini mempunyai lebih 23 juta produk yang terbahagi dalam rangkaian kategori yang pelbagai, WorldFront telah meletakkan dirinya sebagai pembekal utama produk bagi pasaran di seluruh dunia.]

Ben Powles, Ketua Pegawai Eksekutif WorldFront menambah: “WorldFront menanti-nantikan kerjasama dengan 11street ini. Sebagai pasaran dalam talian terbesar di Australia dan New Zealand, kami mahu menawarkan pelbagai rangkaian produk dari Australia, UK dan AS pada harga kompetitif menerusi gedung kami – Awesome Everyday Prices – di 11street kepada pengguna di Malaysia.”

“Kami menyediakan lebih 1 juta produk termasuk jenama-jenama laris yang meliputi kesemua kategori 11street sepanjang kempen ini dan kami bertekad untuk meningkatkan aneka produk yang ditawarkan di platform berkenaan kepada 3 juta menjelang pertengahan 2017. Kami berhasrat untuk melangkaui halangan geografi dan memberikan akses produk terbaik dari seluruh dunia kepada rakyat negara ini dengan bersandarkan kempen ‘Shop The World’ 11street,” kongsi Powles.

Bermula 11 Mac ini, kempen ‘Shop The World’ akan memperlihatkan 11street menawarkan diskaun sehingga 99 peratus terhadap produk-produk antarabangsa dan jenama global, di samping penghantaran seberang laut secara percuma untuk item-item terpilih. Selain itu, sebagai bonus untuk menggalakkan pelanggan membeli-belah secara online, menawarkan penjimatan dan meringankan bebanan ekoran peningkatan kos sara hidup masa kini, 11street juga menyediakan baucar petrol berjumlah RM1 juta kepada para pelanggan yang membeli barangan yang terdapat dalam senarai kempen.

Tempahan Awal Eksklusif dan Tawaran Menarik disediakan. Ia Mudah, Klik-Klik Saja!

Turut mengambil bahagian dalam kempen ini adalah jenama-jenama global terkemuka seperti Coleman, Laneige, MamyPoko, MSI, Philips AVENT dan Primer Group (pengedar tempatan bagi label fesyen antarabangsa seperti Flossy, Jansport, Native dan Outdoor Products), sekali gus menjadikan kempen ‘Shop The World’ satu usaha yang holistik dan meletakkan 11street sebagai sebuah gedung online global yang menawarkan pelbagai promosi gabungan dan diskaun mengejutkan eksklusif dalam platform beli-belah berkenaan. Selain itu, ia juga menyediakan khidmat tempahan awal secara eksklusif bagi gajet-gajet yang dinantikan-nantikan di pasaran.

Penawaran Baucar Petrol bernilai RM1 juta

Kempen ‘Shop The World’ datang dengan bonus membeli-belah dalam bentuk baucar petrol. Sejajar dengan peningkatan harga minyak, 11street mempertingkatkan usaha dengan menawarkan baucar petrol bernilai RM10 untuk setiap pembelian bernilai RM100 bagi produk-produk dan jenama yang didaftarkan di bawah kempen ‘Shop The World’.

Sebagai penutup, Wong berkata: “Ini merupakan satu cara bagi kami menghargai pelanggan di atas sokongan mereka terhadap 11street. Sebenarnya, kempen ‘Shop The World’ ini hanyalah satu permulaan terhadap rancangan lain yang disediakan untuk pelanggan platform ini. Kami mahukan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah global yang sebenar. Tidak lama lagi, para pelanggan kami akan menyedari betapa kecilnya dunia apabila mereka membuat pembelian di 11street, khususnya apabila kami terus berusaha untuk mempertingkatkan kepelbagaian pilihan produk dan inventori jenama global yang ditawarkan.”

Kempen ‘Shop The World’ berlangsung dari 11 Mac hingga 18 April 2017, menyediakan pelbagai tawaran menarik yang boleh dinikmati pelanggan bagi musim perayaan akan datang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kempen ‘Shop The World’ di 11street, sila layari http://bit.ly/shoptheworld11street.

# # #

Mengenai 11street (www.11street.my)
11street merupakan laman beli-belah online yang dipercayai dan mudah yang menawarkan pelbagai produk pada harga kompetitif. Ia berusaha untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah dalam talian pengguna hari ini dengan menjadikannya lebih bersifat peribadi dan menarik perhatian. 11Street menawarkan kategori produk yang pelbagai, merangkumi Fesyen, Barangan Elektronik, Barangan Runcit, Kecantikan dan Kesihatan, Bayi dan Kanak-kanak, Riadah & Sukan, Kediaman & Gaya Hidup serta Buku & Perkhidmatan termasuk tawaran diskaun seperti e-Baucar. 11street juga merupakan sebuah gedung online yang optimum, yang mana ekosistem pembarangan, program latihan dan pendidikan memberi sokongan terhadap peniaga terlibat tanpa mengira saiz perniagaan mereka. Ditubuhkan di Korea pada tahun 2008, 11street kini merupakan salah satu peneraju pasaran e-dagang global dengan melibatkan 400,000 peniaga yang memberi khidmat kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh dunia.11street juga mempunyai kehadiran di Turki dan Indonesia, yang mana masing-masing dikenali sebagai n11 dan elevenia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman http://www.11street.my.
Petikan daripada rakan jenama 11street

Continue reading “11street Lancar Kempen’Shop The World’”

Whoosh Buka Kedai ke-18 di Sunway Pyramid

Kedai cermin mata subsidiari di bawah Focus Point ini semakin mendapat sambutan daripada penggemar cermin mata bergaya

Dato Liaw, Datin Joyce and management of Whoosh cutting ribbon to officiate the opening of Whoosh outlet at Sunway Pyramid

Whoosh baru-baru ini melancarkan kedai terbarunya di Sunway Pyramid, menjadikannya kedai yang ke-18 dibuka sejak penubuhannya dua tahun lalu.

Whoosh, sebuah subsidiari di bawah Focus Point, muncul sebagai jenama pemakaian produk cermin mata fesyen yang diterima dengan baik di kalangan mereka yang menggemari cermin mata yang bergaya.

Kedai cermin mata “berkonsep terbuka” menerima permintaan yang tinggi daripada masyarakat di Malaysia dengan pengalaman unik ‘tanpa stres’ yang menggalakkan pengguna mencuba dan merasai produk cermin mata tanpa ‘ditemani’ oleh pembantu kedai.

“Ini pastinya satu keunikan Whoosh yang menberikan rasa “kebebasan, ruang dan keterbukaanyang menarik minat para pengguna generasi muda yang amat menggemari fesyen, “.Dato’ Liaw, CEO Focus Point.

Pakej cermin mata pada harga berpatutan juga sesuatu yang dihargai para pengguna, terutamanya dalam persekitaraan ekonomi yang agak tegang kini. Masa penyediaan yang pantas misalnya cermin mata boleh disiapkan dalam masa setengah jam ke satu jam, juga meningkatkan pengalaman membeli-belah kepada para pelanggan.

Nama “Whoosh” kedengaran seperti sesuatu yang terbang dengan sangat pantas atau sepantas kilat, dan begitulah yang diketengahkan jenama ini — “Fast. Fresh. Forward”.

“Dalam perniagaan kami ini, alangkah bagus sekiranya kita dapat memeriksa mata, memilih cermin mata kita dan bergaya dengan cermin mata menawan yang sesuai dengan diri kita dalam tempoh pantas di tengah kesibukan ini?” tanya Dato’ Liaw.

Jenama ini dicipta untuk gaya hidup moden yang bergerak pantas, pencipta gaya dan penggemar fesyen cermin mata yang mahu kelihatan bergaya dalam masa singkat – sepantas 30 minit. Dengan Whoosh, semua orang mampu memiliki cermin mata yang bergaya dan menawan sepantas kilat!’

“Seperti frasa terkenal Whoosh, ia untuk Mereka Yang Mahukan Perbezaan dan Mereka Yang Mahukannya Sekarang,” kata Dato Liaw.

Whoosh turut memperkenalkan satu kempen dinamakan “Whoosh, Eye Am Stylish!” 2017.

Whoosh menyediakan rangkaian rekaan yang meluas menerusi 5 gaya berbeza, 4 harga tetap yang berpatutan dan pasukan pakar cermin mata yang hebat.

Satu pertunjukan fesyen diadakan untuk menyerlahkan siri unik, terkini & paling menarik buat Whoosh di bawah 5 kategori – rangkaian Sunnies, Trendies, Urban, Vintage & Young.

Evelyn Ch’ng, Pengetua Perunding Imej Emage Style Consultancy (salah sebuah Konsultan Imej & Penggayaan terkemuka di Asia) turut berkongsi maklumat mengenai pemilihan cermin mata berdasarkan keperluan khusus individu. Dia juga berkongsi pandangannya mengenai cermin mata bergaya yang bersesuaian mengikut bentuk muka, warna kulit malah personaliti seseorang.

Sabun TOP Micro-Clean Dengan Anti-Sebum Tangani Kotoran Yang Disebabkan Oleh Sebum

TOPMCT_01

TOP Lancar Rangkaian Revolusi TOP Micro-Clean Tech Dengan Anti-Sebum
Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berusaha Dr Waitchalla Suppiah Perkenal Kempen Komuniti TOP “Pass It On”

TOP sedang merevolusikan industri detergen Malaysia dengan pengenalan teknologi terkininya, Micro-Clean Tech Dengan Anti-Sebum™.

Berbekalkan slogan ‘Belum Bersih Sehingga Mikro Bersih’, TOP mendorong pengguna mencapai tahap cucian mengguna teknologi pencuci Anti-Sebum.

TOP Micro-Clean Tech™ adalah satu formula canggih yang dimajukan oleh Lion Corp Japan. Melalui Kajian dan  Pembangunan Lion Corp itu telah berjaya mencuci kesan kotoran harian dan menangani kotoran tersembunyi yang tidak kelihatan melalui mata kasar dan mencuci pakaian sehingga benar-benar bersih.

Kali ini TOP mengambil satu cabaran hebat baharu, iaitu menangani kotoran tersembunyi yang memberi kesan kepada pakaian yang disebabkan oleh sebum atau minyak badan yang dikeluarkan secara semulajadi oleh tubuh terutamanya dalam cuaca yang lembap dan panas.

Sebum sering terperangkap jauh ke dalam teras fabrik dan gagal dicuci dengan berkesan oleh pencuci biasa sehingga menyebabkan pakaian putih menjadi kekuningan dan memudarkan warna pakaian berwarna.

Sebum ini juga menjadi nutrisi kepada bakteria yang boleh menyebabkan pakaian berbau busuk selepas dicuci terutamanya pada pakaian yang kerap digunakan untuk aktiviti luar.

Teknologi Micro-Clean Tech™ dengan rangkaian Anti-Sebum melingkungi semua fungsi yang dimasyhurkan oleh TOP termasuk anti-bau, anti-hama debu, anti-bakteria dan teknologi wangian FreshCare™ bagi kesegaran berpanjangan sehingga 30 hari selepas pembasuhan.

Menurut Pengurus Pemasaran Kanan Bahagian Penjagaan Fabrik, Southern Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, inovasi TOP Micro-Clean Tech™ menawarkan tahap cucian bersih yang seterusnya dan gaya hidup yang lebih menggembirakan untuk masa depan yang lebih baik.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran itu, TOP memberikan kembali kepada komuniti melalui Kempen ‘Pass It On’ agar lebih ramai pengguna dapat menikmati kebaikan teknologi baru ini.

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini mengetengahkan keupayaan teknologi terbaharu ini – menghidupkan, menyegarkan dan memperbaharui pakaian. Kempen ini berasaskan premis bahawa semua orang layak mendapatkan pakaian yang telah dimikro bersih untuk gaya hidup yang lebih bersih, ceria dan menyihatkan. Inilah cara kempen ini membantu komuniti secara besar-besaran.

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berusaha Dr Waitchalla Suppiah di pusat beli Belah 1Utama hari ini.

Beliau memuji TOP atas usahanya membina sebuah platform untuk membolehkan komuniti membantu dan memperkasakan ahli-ahlinya, dengan teras pemeliharaan alam sekitar yang kukuh melalui penekanan terhadap kitar semula; dalam masa sama mempromosikan kepentingan gaya hidup yang lebih bersih, ceria dan menyihatkan.

Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini mempunyai empat langkah yang menyaksikan TOP mengumpul dan mengasingkan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai; dicuci secara profesional menggunakan TOP Micro-Clean Tech™ untuk menyegar dan menghidupkannya kembali sebelum digosok dan dibungkus. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kemudiannya akan menghadiahkan pakaian pakaian itu kepada mereka yang memerlukan.

“Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini amat seiring dengan falsafah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan selaras dengan cara kami membantu rakyat. Kementerian beriltizam untuk menggunapakai dan melaksanakan kebajikan produktif bagi memecahkan kitaran kemiskinan melalui penciptaan mereka yang mampu diri; membantu mereka dengan peralatan dan mesin atau memberi bantuan kewangan yang diperlukan untuk berjaya. Kini, kami boleh menambah pakaian terpakai di dalam senarai bantuan yang boleh dikongsikan dengan mereka,” kata beliau.

“Kempen ini ialah mengenai perkongsian memori dan pengalaman. Kami memuji TOP kerana membangunkan kaedah yang bermakna dan praktikal untuk membantu mereka yang mempunyai dan mereka yang memerlukan. Di masa yang sama, membantu mengurangkan bahan buangan persekitaran dalam bentuk tekstil dan pakaian yang masih boleh digunakan tetapi dibuang di tempat pembuangan sampah. Sumbangan seperti ini tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit kerana nilainya datang dalam bentuk emosi dan psikologi yang mana ia membantu untuk membina keyakinan diri dan memberikan mereka yang memerlukan pakaian yang boleh membantu mereka mencapai potensi diri. TOP telah memberikan satu program mampan yang melibatkan komuniti di seluruh negara bagi membantu mereka yang memerlukan. Saya amat menyokong program-program seperti Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ ini kerana ia mengambil pendekatan 360 darjah melalui kerjasama swasta dan awam,” tambah beliau.

“Begitu banyak pakaian kita yang tidak digunakan dan terbuang kerana perubahan tubuh badan dan gaya hidup. TOP Micro-Clean Tech™ boleh menghidupkan dan menyegarkan kembali pakaian terpakai ini sebelum ia diberikan kepada orang lain. Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ merupakan platform yang membolehkan komuniti membantu ahli-ahli mereka dengan memberikan mereka peluang untuk menyumbangkan pakaian terpakai yang akan kami cuci dengan TOP Micro-Clean Tech™ sebelum mengedarkannya kepada yang memerlukan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat,” tambah Cik Carmen pula.

Ahli komuniti dan individu digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka di pautan http://www.toppassion.my. Mereka juga boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kempen ini dan lokasi ia dijalankan.

“Kempen Komuniti TOP ‘Pass It On’ menawarkan kebolehan teknologi kami iaitu menghidupkan, menyegarkan dan memperbaharui pakaian dan ia juga dapat menangani isu yang lebih besar iaitu membantu dan memperkasakan komuniti dengan pakaian terpakai yang dicuci secara mikro bersih yang bersesuaian dengan keperluan harian ataupun sebarang keperluan khas,” jelas Cik Carmen.

Teknologi TOP Micro-Clean Tech™ boleh didapati di premis-premis peruncitan di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut sila lawati pautan http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

Membeli Barang Keperluan Harian Kini Lebih Mudah Dengan honestbee

Beli-belah barang keperluan harian kini bertambah mudah dengan honestbee!

honestbee-launch-image-c

Semakin pesat berkembang di Asia, honestbee menjadi peneraju portal beli-belah keperluan harian dalam talian dan perkhidmatan penghantaran.

“Saya gembira mengumumkan kemasukan rasmi honestbee di pasaran Malaysia. Hasil percubaan operasi kami berbulan-bulan lamanya berjaya mendapat respon positif daripada pelanggan dan rakan kerjasama. jadi, kami percaya bahawa kehadiran team kami di sini dapat memenuhi komuniti rakyat Malaysia.”Joel Sng, Ketua Pegawai Eksekutif dan co-founder honestbee.

honestbee bekerjasama dengan pasaraya terkemuka, kedai specialty hingga ke table grocers demi mengukuhkan kehadirannya. Pelanggan boleh membeli produk yang ditawarkan oleh kedai-kedai ini dengan mudah dan selesa melalui penggunaan peranti elektronik.

Mereka perlu membuat pemilihan produk daripada pasaraya yang diingini melalui aplikasi atau laman sesawang honestbee. Pembelian barang yang dipilih dilakukan oleh Concierge Shopper yang dilantik oleh pasaraya tersebut. Barang-barang yang sudah dibeli akan dihantar pada pengguna pada hari yang sama mengikut waktu yang ditetapkan oleh pengguna.

“Gaya hidup yang semakin sibuk menyebabkan kewujudan platform seperti ini yang memberi kemudahan kepada pengguna untuk membeli-belah di banyak kedai secara online. ia memudahkan mereka membeli-belah dengan mudah dan dapat menjimatkan masa.Matlamat kami di honestbee adalah mendapatkan apa yang anda ingini apabila anda memerlukannya. Concierge Shopper yang kami lantik akan memilih produk yang dijamin kesegarannya sebelum dihantar kepada pelanggan.Dengan kemahiran teknologi dan ceria, Wondermilk, Winerangkaian network yang efisien, kami memberi kemudahn untuk membeli-belah dengan selesa, menghantar barang yang diperlukan dalam slot masa yang dijanjikan”Pauline Png, CMO honestbee.

Buat masa ini, honestbee bekerjasama dengan lebih 10 outlet terkemuka dan senarai ini akan bertambah dari masa ke semasa. antaranya Ben’s Independent Grocer (B.I.G), Shojikiya, Fareastflora.com, Cat & The Fiddle, Southern Rock Seafood, Castania Nut Boutique VOm Fass, The Blue Cow Butcher,La Juiceria, Wondermilk, Wine Connection, Cookies Box, GNC, Real Food,Chai Huat Hin dan Jezripe.

honestbee popular di Singapura sejak diperkenalkan pada tahun 2015. Dalam masa 19 bulan, ia semakin berkembang di pelusuk bandar besar di Asia termasuk Kuala Lumpur. Sehingga hujung tahun 2017, honestbee bakal melebarkana sayapnya di beberapa negara lain.

Dengan pelancaran honestbee di Malaysia ini, setiap pem.belian yang dilakukan meskipun dalam jumlah yang kecil, pengguna hanya dikenakan caj penghantaran sebanyak RM1 sahaja mula hari ini sehingga 14 Mac 2017.

Jadi, jangan buang masa dan mula beli-belah di honestbee!

Untu muat turun aplikasi honestbee, boleh dilakukan melalui Apple App Store atau Google Play Store. Layari https://honestbee.my untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Pen Gel Pallete oleh STABILO Bawa Keceriaan Dunia Alat Tulis

Memang seronok kalau ada alat tulis yang cantik dengan warna-warna ceria. Bertambah semangat nak buat kerja sekolah dan mewarnakan lukisan.

st_21635_268_palette_group_pr_picture_ma

STABILO, ‘Ikon Fesyen’ dalam dunia alat tulis memperkenalkan satu lagi produk yang menarik perhatian dan berkualiti tinggi iaitu Pen gel Pallete yang boleh retrak!

Ia direka untuk mereka yang bersemangat tinggi dan suka mengejar keseronokan, memberi kebebasan untuk memperkenalkan warna dalam kehidupan mengikut kesesuaian yang anda sukai, bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

Pen gel ini direka bentuk untuk memperkenalkan warna-warna meriah namun praktikal yang memenuhi keperluan alat tulis anda.

Jika dahulu, pen gel kelihatan biasa-biasa sahaja dan kurang menyerlah, namun pen gel Pallete ini boleh disesuaikan mengikut mood anda dengan pilihan tujuh warna menarik, penggunaan tanpa batasan dengan mengikut mood, keperluan semasa agar menyinari hari-hari anda.

Sumber inspirasi pen gel Palette datang daripada komposisi yang terbentuk daripada ideal, warna dan ruang minimalis kerana ia melambangkan rupa dinamik hasil gabungan warna bertenaga yang ringkas.

Palet musim panas diterangi dengan warna hangat seperti jingga, merah dan merah jambu pic menyerlahkan koleksi ini yang mana warna-warna terang dan bertenaga membawa kegembiraan.

Manakala warna-warna sejuk seperti biru, hijau dan kelabu pula lebih sesuai digunakan dalam situasi formal. Ia juga mengingatkan kepada ketenangan air di kolam dan suasan alam semula jadi yang mendamaikan dan ketenangan.

Jadi, apa lagi, dapatkan pen gel Pallette yang boleh retrak ini di kedai-kedai alat tulis, buku dan pembekal alat tulis utama di seluruh negara pada harga RM4.90.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.stabilo.com.my

www.facebook.com/STABILOMALAYSIA/#STABILOMY

 

Kedai Konsep COCO Jadi Hub Fesyen Pakaian Jepun

img20170223133444

Sukakan gaya rekaan pakaian Jepun tapi risau tiada saiz? Kedai Konsep COCO (A Japan Fashion Co) tawar aneka fesyen pakaian bermula dari saiz S hingga 2X!

Dirasmikan pada 23 Februari lalu, Kedai Konsep COCO yang dibuka di AEON Mall Tebrau, Johor adalah kedai pakaian yang pertama seumpamanya di Malaysia menawarkan rekaan pakaian terkini dari Negara Matahari Terbit.

Jika kebiasaanya pakaian dari Jepun, persepsi masyarakat adalah pasti ia hanya sesuai untuk mereka yang berbadan kecil. Tetapi tidak di Kedai Konsep COCO yang menyediakan sehingga saiz 2XL manakala seluar pula sehingga saiz 40.

img20170223134804

“Kedai Konsep COCO yang merupakan Japan-Inspired Fashion Co dan diilhamkan oleh pereka muda yang mahu mengetengahkan fesyen pakaian kontemporari serta minimalis untuk lelaki dan wanita. Maka dengan itu tertubuhnya Kedai Konsep COCO yang menawarkan pelbagai pilihan gaya minimal-chic untuk semua kategori umur.”-Nicholas Chong, Ketua Pegawai Eksekutif, Kedai Konsep COCO.

Keunikan COCO terletak pada rekaan pakaian yang kasual dan dalam masa yang sama cukup bergaya dengan mengambil kemodenan rekaan pakaian dari Shinjuku-iaitu semua pakaian boleh dipadan mengikut tema “mix& match”. Ia juga boleh dipakai untuk apa jua situasi dan persekitaran.

“Kami bakal memperkenalkan rangkaian pakaian ‘Japanese streetwear’ dan juga pakaian untuk pejabat yang bergaya serta pakaian sukan berinspirasikan Harajuku.’

Majlis pelancaran dimeriahkan dengan kehadiran wakil media dan penulis blog dari KL dan Johor serta tetamu jemputan khas Mereka dihiburkan dengan pertunjukan pakaian COCO dan aktiviti-aktiviti menarik termasuk pertandingan Fashion Instagram.

 

 

 

 

Pencukur Elektronik Veet Sensitive Touch Mudahkan Kerja Menanggalkan Bulu

photo-27

Tiada Lagi Risau Terluka dengan Peranti Inovatif Daripada Veet, Alat pencukur elektronik yang mudah, cermat dan lembut pada kulit, sesuai untuk wanita terkini.

Mencantikkan diri kadangkala menjadi sesuatu yang agak rumit terutamanya apabila ingin menanggalkan bulu-bulu halus pada kulit di bahagian sensitif seperti kening, kawasan bikini dan bawah lengan yang turut memerlukan perapian yang tepat. Alat-alat sedia ada seperti pisau cukur dan penyepit tidak boleh melakukan ini semua.

Memahami keperluan wanita kini, jenama depilatori No. 1 dunia, Veet melancarkan alat elektronik baharu yang memudahkan proses penjagaan dan perapian bulu.

Alat baharu ini yang dikenali sebagai Veet Sensitive Touch merupakan peranti terkini dengan pelbagai unit kepala boleh diguna dan diganti bagi memudahkan perapian bulu di bahagian tubuh yang sensitif seperti kening, bawah lengan dan kawasan bikini. Aksesori khusus lain pada peranti direka bentuk bagi membolehkan peranti digunakan dengan lancar dan mudah tanpa risiko terluka pada kulit.

“Kajian menunjukkan tiada kaedah lain di pasaran yang mampu membantu penjagaan di setiap bahagian sensitif secara tepat, lembut dan mudah seperti yang diperlukan. Wanita pula terpaksa menggunakan pelbagai produk seperti pisau cukur, penyepit, krim penanggal bulu, helaian lilin penanggal bulu dan pelbagai alat lain untuk menanggalkan bulu di kawasan yang sukar dicapai.” -Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran RB Malaysia dan Singapura.

Masalah ini boleh ditangani dengan solusi inovasi baharu daripada Veet. “RB mempelopori dan merupakan perintis dalam inovasi – ia adalah komitmen kami yang berterusan, hasilnya adalah RB melancarkan produk menanggalkan bulu yang pertama oleh Veet kira-kira 100 tahun lepas, dan kami meneruskan komitmen itu sehingga kini. Sebagai jenama utama pilihan wanita, kami mencipta pembaharuan yang meliputi segala keperluan – penghasilan peranti elektronik yang mampu memberi penampilan yang kemas sempurna, menarik dan pada masa yang sama mudah, cepat serta lembut pada kulit,” jelas Tang.

Bersaiz kecil seperti berus gigi elektronik, Veet Sensitive Touch mudah sahaja dibawa di dalam beg tangan serta membantu anda menyelesaikan situasi masalah bulu dimana-mana jua. Ada temu janji makan malam tetapi kening anda nampak tidak kemas selepas seharian bekerja? Gunakan sahaja Veet Sensitive Touch anda untuk mengemaskan kening bagi penampilan yang lebih menawan!

Menurut Jurusolek Selebriti Stevensunny, kening yang dibentuk rapi adalah sama pentingnya seperti penjagaan kulit dalam amalan kecantikan wanita.

“Kening memberi gambaran awal akan kecantikan diri anda. Anda boleh menunjukkan keberanian dan keyakinan diri dengan kening bersudut yang dibentuk rapi, atau bentuk lengkungan lain bagi menggambarkan sifat riang anda. Ramai wanita yang memberitahu saya bahawa mereka tidak tahu cara yang betul dan takut tersilap. Itulah sebabnya saya suka menggunakan Veet Sensitive Touch; ia sesuai untuk semua jenis kening dan juga tahap kemahiran pengguna. Anda juga boleh melaraskan kepanjangan yang anda mahu untuk merapikan bulu anda. Jika anda tidak suka atau sudah jemu dengan gaya kening yang anda cipta, anda boleh mengubahnya dengan mudah!” kata Stevensunny, sambil menunjukkan betapa mudahnya menggunakan peranti baru ini dalam membentuk lengkuk serta sudut pada kening, sewaktu majlis pelancaran.

Supermodel Malaysia dan Aktres Amber Chia, yang turut hadir di pelancaran, memuji Veet Sensitive Touch kerana boleh menjimatkan masa para wanita yang sibuk sepertinya dan tidak perlu lagi menggunakan kaedah membentuk kening tradisional yang rumit dan tidak selesa.

“Kecantikan amat penting buat saya, bukan sahaja kerana saya seorang selebriti tetapi saya merasa lebih yakin apabila saya kelihatan cantik. Bagi saya, kening yang dibentuk rapi sangat penting untuk melengkapkan penampilan wajah. Sebenarnya saya tidak berapa gemar untuk merapikan kening menggunakan penyepit kerana cara ini memakan masa dan juga menyakitkan. Jadual saya pula sangat padat dan kadangkala sukar bagi saya meluangkan masa untuk merapikan kening agar kemas sebelum berdepan dengan kamera.

“Semuanya kini berubah selepas saya mula menggunakan Veet Sensitive Touch. Saya tertawan dengan kelebihan Veet yang pantas dan tidak menyakitkan sewaktu merapikan kening. Kini saya membawa alat ini dalam beg tangan pada setiap masa!” kata Chia.

Tang turut memuji Veet Sensitive Touch yang memberi penyelesaian mudah bagi kaedah membentuk dan merapikan bulu dalam penjagaan kecantikan.

“Lembut, tepat dan tanpa luka – inilah ciri sebenar kecantikan,” jelas Tang lagi.

Setiap Veet Sensitive Touch disertakan dengan satu penggaya kecantikan, satu kepala pencukur dua belah untuk perapian kening yang optimum, satu kepala perapi kawasan bikini, dua sambungan sikat, satu penutup penggaya, satu berus pembersih dan satu beg kecantikan. Peranti ini menggunakan satu bateri AA yang turut disertakan bersama peranti. Veet Sensitive Touch dijual pada harga RM119.00 di kedai farmasi utama di seluruh negara serta penjual- penjual melalui dalam talian.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Veet Sensitive Touch di
http://www.veet.com.my/en/products/electric-trimmer/sensitive-touch/sensitive-touch-beauty-trimmer/.

Butik Berjenama: Benang Hijau x MCC Adakan Jualan-Besaran

img20170225121942

Butik pakaian muslimah terkenal, Benang Hijau bergabung bersama butik MCC membuat jualan gudang besar-besaran selama dua hari bermula pada 25 hingga 26 Februari lepas di HQ MCC Bangi yang terletak di Seksyen 13, Bandar Baru Bangi.

Kedua-dua butik berjenama ini menawarkan lebih daripada 50 jenis tudung serta selendang pada harga bermula serendah RM5 sehingga RM20 manakala lebih daripada 100 jenis blaus, jubah, skirt dan palazzo dijual pada harga serendah Rm35 dan RM50.

Pengunjung yang datangbukan saahaja dapat membeli-belah malah berpeluang memenangi cabutan bertuah, malah mendapat hamper dan baucar tunai bagi setiap pembelian sehingga RM150.

Benang Hijau dan MCC turut memperkenalkan tudung rekaan terbaru keluaran mereka yang dijual pada harga istimewa, sepanjang tempoh jualan gudang itu sahaja.

Bagi yang membawa anak, pelbagai aktiviti disediakan untuk mereka antaranya berhibur bersama watak animasi Didi & Friends yang membuat persembahan di pentas yang disediakan dan beramah mesra bersama mereka.

 

KitKat Perkenal Dua Perisa Baru: Hazelnut & Cookies dan Double Chocolate Yang Diilhamkan Dari KitKat Chocolatory

kkb-launch-2_lowres

Susulan daripada kejayaan pelancaran KitKat Chocolatory di Kuala Lumpur tahun lalu, iaitu kedai konsep KitKat yang pertama dan satu-satunya di Asia Tenggara, Nestlé Malaysia kini melancarkan barisan kepingan coklat premium baru.

Mengambil ilham daripada Kedai KitKat Chocolatory tersebut, KitKat Bar baru yang datang dalam dua perisa iaitu Hazelnut & Cookies dan Double Chocolate, ia menawarkan ‘break’ mewah yang kaya dengan ramuan tambahan premium dan kandungan coklat yang lebih banyak kepada penggemar coklat. Tablet 8 jejari ini dihasilkan dengan dua lapisan wafer yang ekstra rangup dengan satu lapisan coklat berkrim, yang kemudiannya disaluti dengan coklat susu. Setiap kepingan dibungkus secara berasingan di dalam pek kerajang dan kotak premium untuk memastikan supaya ia dapat dinikmati dalam keadaan yang terbaik.

Pelancaran KitKat Bar diadakan ketika pasaran menyaksikan peningkatan permintaan bagi coklat premium dan coklat yang boleh digubah sendiri.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksioneri bagi ASEAN, En. Sachin Goel menjelaskan,

“Di Nestlé, kami sentiasa berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi bagi produk-produk kami. Kami telah menggerakkan jenama KitKat sehingga menjadi coklat nombor satu di Malaysia dengan membawakan produk wafer dan coklat yang berkualiti secara konsisten. Namun begitu, kami menyaksikan perubahan dalam tingkah laku dan kegemaran pengguna. Terdapat permintaan yang meningkat terhadap produk yang lebih premium dan tersendiri – bukan hanya dalam kategori konfeksioneri.

Sebagai pemimpin pasaran, tugas kami adalah untuk memacu penghasilan coklat yang memberangsangkan. Dan inilah sebenarnya yang dibawakan oleh KitKat Chocolatory. Pelanggan kini menginginkan pengalaman makanan tempahan yang tersendiri – maka kami mengadakan kedai konsep kami di Kuala Lumpur, dan berikan mereka 10,000 break yang tersendiri… semuanya di satu tempat!

Kedai konsep KitKat juga membolehkan kami mendekati pengguna untuk mengetahui apa yang mereka mahukan. Pilihan mereka inilah yang menjadi sumber ilham KitKat Bar baru ini. KitKat Bar merupakan hasil pilihan ramuan yang paling popular di Malaysia yang menjadi pilihan pengguna semasa mereka mencipta coklat mereka yang tersendiri. Kami mengambil dua kombinasi perisa yang terbaik dan meletakkannya di dalam kepingan coklat yang kini boleh didapati di seluruh negara dan bukan hanya di KitKat Chocolatory. Kini semua pengguna kami dapat menikmati KitKat bukan sahaja dalam variannya yang popular, tetapi juga dalam bentuk yang lebih mewah yang telah diilhamkan oleh mereka.”

Kedai pop-up KitKat Chocolatory sudahpun beroperasi di Pavilion KL namun hanya untuk seminggu bermula pada hari ini sehingga 14 Februari. 

Kedai ini akan menawarkan pengalaman break KitKat Chocolatory dengan memberikan peluang kepada penggemar untuk mencipta break mereka yang unik dan tersendiri serta memberikan sentuhan peribadi kepada bungkusannya.

Di samping itu, bagi penggemar coklat, dari Januari hingga Mac 2017, KitKat Bar akan dijual pada harga promosi iaitu RM6.90. Ia boleh didapati di semua kedai-kedai, pasaraya besar dan pasaraya di seluruh negara, dan bagi pembeli dalam talian, ia boleh didapati secara eksklusif di 11street (www.11street.my).

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat “Chocolatory” Malaysia dan KitKat Bar, layari www.kitkat.com.my

Mengenai KitKat “Chocolatory”

Diwujudkan pada tahun 2014, KitKat “Chocolatory” merupakan kedai konsep di Mid Valley, Kuala Lumpur di mana pelanggan menjadi pencipta dengan hampir 10,000 kombinasi unik untuk mencipta ‘break’ istimewa mereka yang tersendiri. KitKat “Chocolatory” adalah tapak ujian bagi penghasilan perisa baru yang lazat dan yang pertama bagi jenama ini di mana pelanggan dapat menetapkan segalanya, daripada perisa dan reka bentuk, hinggalah nama yang diberikan kepada KitKat ciptaan mereka. KitKat “Chocolatory” bertujuan menjadikan ‘break’ pelanggan lebih istimewa menerusi tahap penyesuaian dan sentuhan peribadi yang lebih tinggi serta memberi peluang bagi pelanggan untuk turut melibatkan diri dalam membentuk jenama tersebut.

Continue reading

Vivo Malaysia Launched  V5PLUS with Dual Front Camera that defines the selfie beauty at it’s peak

16105491_696860570474805_2499561110141644790_n
Vivo Malaysia recently has releasing it’s dual front camera phone to take the perfect selfie terms to a whole new level!

It is definitely an honor for Vivo Malaysia to be able to invite the media in having the first look at the dual front camera V5Plus as to allows the fellow media detailed information about V5Plus and also to let them be the first to experience the phone model on the spot.

V5Plus’s most outstanding function is the dual front camera. The dual front camera of the V5Plus doesn’t just allow the selfie to be captured more clearly, but also able to capture awesome selfie with blurred background for special effects. Not only that, it comes with the soft light function to allow user to capture the perfect selfie even in low light conditions.

As camera and music are the primary ways to experience life and express oneself freely, the company officially announced the brand’s new tag line “Camera and Music” and it encompasses the brand’s legacy in perfecting photography and audio functions, and designs in its future products. All vivo product series will carry this new tag line in future by offering users the camera functions with professional level technologies. The new tagline reflects vivo’s new brand direction and strategy in its future products to bring in more surprises to the users.

V5Plus will be available for sale starting from 21st January 2017 at authorized resellers and retail stores throughout the country. V5Plus in Malaysia is priced at RM1,799.

Those who purchase vivo V5Plus will also get a mystery gift and it is while stock last only. For more info, kindly visit to vivo Malaysia FB official page at https://www.facebook.com/vivoMobileMalaysia/https://www.facebook.com/vivoMobileMalaysia/

Replika Ayam Gergasi Raikan Sambutan Tahun Baru Cina di NU Sentral

NU Sentral membuka tirai Tahun Baru Cina 2017 dengan menghiasi ruang legar pusat beli-belah itu dengan replika ayam setinggi 26 kaki di mana bahagian ekornya dihiasi tanglung

3m3a7353
Di Asia, ayam dianggap sebagai simbol tuah, setia, dan perlindungan. Antara karakter-karakter Cinapula, perkataan ‘ayam’ dan ‘tuah’ merupakan homofon dan ini menguatkan lagi tanggapan tentang kaitan antara ayam dan tuah dalam budaya Cina.

Perhubungan simbolik ini memberikan inspirasi kepada NU Sentral di mana tema ‘A Bountiful Journey’ telah dipilih untuk sambutan Tahun Baru Cina buat kali ketiga pusat beli-belah ini. Kempen Tahun Baru Cina ini akan berlangsung dari 14 Januari
hingga 12 Februari 2017.

“Menurut teori elemen Cina, Tahun Ayam Api hanya muncul sekali dalam 60 tahun. Oleh itu, kami mengambil peluang ini untuk mencerminkan segala perkara elok yang dijangka datang pada tahun ini dalam segala aspek hiasan dan aktiviti Tahun Baru Cina kami. Kami berharap tahun ini akan membawa motivasi, kasih sayang, dan kesenangan buat kita semua. Datanglah ke NU Sentral untuk memulakan tahun baru anda dan hubungkan diri anda dengan kesenangan dan kesihatan ke arah perjalanan yang memberikan banyak pulangan kepada diri kita,” kata Datuk Kamalul Arifin Othman, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).

Pengunjung yang datang ke NU Sentral akan disambut mesra oleh kekayaan warna merah dan emas yang menghiasi ruang legar NU Sentral. Sementara pandangan anda mungkin tertumpu kepada replika ayam yang tinggi itu, namun adalah digalakkan untuk anda memulakan pengalaman anda menyambut Tahun Baru Cina di NU Sentral dengan berjalan dia atas laluan merah dan emas yang dilampirkan di atas lantai NU Sentral.

Mulakan perjalanan anda dengan berjalan melalui gerbang masuk di mana anda dijemput untuk singgah sebentar ke dalam bangunan mini dua tingkat yang diinspirasi daripada struktur antik negara Cina yang semestinya akan membuat anda rasa seperti berada di zaman lampau.

Berasa tidak pasti bagaimana untuk mencapai cita-cita anda atau ingin nasihat tentang kerjaya anda?

Masuk ke dalam bangunan Karma Station untuk mendapatkan bacaan garisan tapak tangan daripada pakar. Selain itu, mereka yang inginkan kekayaan tahun ini, bolehlah singgah sebentar di Pokok Syiling Emas yang melambangkan tuah dan kekayaan.

Jangan lupa untuk singgah di gerai yang tersedia ada di mana anda boleh membeli barangan keperluan Tahun Baru Cina anda. Selain itu, semestinya sambutan Tahun Baru Cina di NU Sentral tidak lengkap tanpa pelbagai aktiviti-aktiviti menarik untuk tambahkan lagi kemeriahan perayaan ini.

Tarian Singa, penampilan dari God of Prosperity, persembahan seni kaligrafi, dan tarian tradisional cina telah dirancang untuk berlangsung sepanjang kempen ini. Anda juga berpeluang untuk menebus paket ang pow eksklusif apabila anda berbelanja RM188 dan ke
atas melalui maksimum dua resit pada hari sama anda berbelanja. Sementara itu, mereka yang berbelanja menggunakan kad CIMB boleh menebus Set Hadiah L’Occitane apabila anda berbelanja RM250 dan ke atas.

Untuk jadual penuh dan maklumat lanjut tentang kempen A Bountiful Journey oleh NU Sentral, lawati:
www.facebook.com/nusentral/.

GINTELL Tawar Pakej Produk Kesihatan Sempena Tahun Baru Cina

Sempena menyambut Tahun Ayam, GINTELL percaya tentang ‘Kesejahteraan Hidup, Kesihatan Badan’ sebagai matlamat untuk memberikan ‘Kesejahteraan, Kesayangan dan Kehidupan’ pada pelanggan

on-stage-aly-amber-dato-mr-wong-joee-bond

GINTELL berharap agar seisi keluarga dapat menjalani kehidupan yang sihat and sejahtera dengan memperkenalkan pakej CNY produk-produk GINTELL   sepanjang pameran kesihatan di Sunway Velocity Mall, Cheras bermula dari 12 sehingga 22 Januari, 2017.

Bersempena dengan pameran kesihatan ini, duta GINTELL yang disegani sepanjang 11 tahun iaitu model antarabangsa Amber Chia telah menyertai pameran itu pada 22 Januari 2017, jam 3 petang sambil berinteraktif dengan pelanggan. Selain itu, diadakan juga sesi tandatangan yang melambangkan Amber Chia berterusan digelar sebagai Duta GINTELL.

Pakej yang diperkenalkan di Sunway Velocity Mall adalah:

*Pakej CNY (1)

GINTELL De’Wise Care ialah kerusi urut pertama yang menggunakan urutan teknologi XV-trek sepanjang 135cm yang memberi regangan urutan dari tengkuk ke peha, yang mampu mengurut bahagian kritikal yang kerusi urut biasa tidak mampu capai. Selain itu, teknologi urutan ‘Butterfly’ serta Pusingan Guasa 3D menawarkan pengalaman urutan seakan diurut oleh pakar urut. GINTELL menawarkan diskaun RM10,988 atau RM305.22 sebulan bagi kerusi urut De’Wise Care dan De’ Vano S FUNtastic Sofa!

*Pakej CNY (2)

Kerusi urut GINTELL De’Wise Wisdomatic adalah kerusi urut yang memenuhi keperluan untuk semua. Dengan adanya GINTELL DéWise, segala kepenatan akan hilang dengan keseronokan dan kepuasan urutan yang selesa. Penggelek 3D akupuntur diperkenalkan untuk memenuhi keperluan setiap orang. Ciri-ciri ini memberi urutan wisdomatic yang disesuaikan dengan saiz badan anda. Selain itu, pengesan pintar dengan tepat mengikut titik Akupuntur badan anda yang dapat menyenangkan seluruh badan. Selain itu, Trek Ultra Chiro akan mengikuti setiap lengkung badan anda bagi menyediakan urutan yang persisi dan disasarkan dengan ergonomik dan keselesaan dari leher ke paha. Trek 95cm panjang ini akan membantu melegakan sakit belakang dan pinggang dan melegakan sengal otot. Selain itu, Regangan 230 Royale Thai akan membantu melegakan dan menghilangkan penat anda setelah seharian penat bekerja. Sekarang, GINTELL De’Wise Wisdomatic kerusi urut rebat sehingga RM5000.*

*Pakej CNY (3)

GINTELL DéVas HD yang direka dengan inovasi urutan yang memberikan urutan yang lebih presisi untuk seluruh badan. Selain itu, kerusi urut GINTELL DéVas HD berteknologi HD untuk memberikan kehidupan yang sihat dan kesejahteraan seisi keluarga. Pakej kombo Kerusi urut GINTELL DéVas HD dan mesin senaman GINTELL i-So Curve hanya RM7,988 atau RM221.89 sebulan! Ia dilengkapi dengan trek SV Chiro 110cm memberikan 38% lebih urutan mencapai pinggul dan peha.

*Pakej CNY (4)

Sofa FUNtastic De’Vano S GINTELL menggabungkan kenikmatan urutan dengan rekaan kontemporari yang sesuai untuk dipadankan di rumah. Urutan FUNtastic Trek-V yang panjangnya 105cm mempunyai reka bentuk ergonomik untuk memberikan urutan seluruh tubuh yang lebih memuaskan dan mampu mencapai bahagian belakang, pinggul dan peha sekaligus melegakan ketegangan otot untuk keselesaan dan ketenangan tubuh badan.

Berbanding dengan kerusi urut biasa yang gagal melegakan posisi dengan tepat, Penggelek Urut Berhaba 3D De’Vano S mampu memberikan kelegaan menyeluruh untuk pengedaran darah dan meningkatkan metabolisme bagi mengurangkan pengekalan air dalam badan serta lenguh bahu. Pembentuk punggung dan juga pelvik memberi sasaran kepada bahagian peha untuk membantu pembentukkan punggung, dan membantu membetulkan pelvis untuk mengecapi bentuk badan yang diidamkan.

Tapak kecil Sofa FUNtastic De’Vano S GINTELL memudahkan anda meletakkannya di mana sahaja di dalam rumah untuk menikmati keselesaaan urutan. Sekarang, anda hanya perlukan RM3, 988 atau RM110.78 sebulan akan memiliki De’Vano S FUNtastic Sofa dan kaki urut G-Beetle Plus. Dengan adanya mesin urut kaki, kepenatan kaki semakin kurang sempena lawatan ke saudara-mara dan rakan-rakan pada Tahun Baru Cina ini.

Untuk merasai pengalaman GINTELL, hanya singgah mana-mana bilik pameran kami yang berhampiran untuk menguji gelombang seterusnya urut HD penuh atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan 1800 88 6332. Sebagai alternatif, layari http://www.gintell.com, GINTELL MALAYSIA Facebook, Instagram #GINTELLMALAYSIA dan juga GINTELL WeChat untuk maklumat lanjut.

GINTELL adalah salah satu rangkaian produk penjagaan kesihatan yang terkenal di Malaysia. Kini, GINTELL mempunyai lebih daripada 100 cawangan di pusat membeli belah terkemuka di serata Malaysia dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi “Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar”!

Selamat Tahun Baru Cina dari GINTELL!

Dolly Dim Sum offers Halal Dim Sum and welcomes you to her new home at the newly launched Pavilion Elite in the heart of Kuala Lumpur.

rooster-dumpling

Whilst at Avenue K, diners enjoy traditional dim sum in a contemporized teahouse setting, Dolly’s Pavilion outfit is inspired by a traditional kitchen. Here is where Dolly spends time tinkering over new recipes and breathing life to new dim sum varieties. Dolly Dim Sum at Pavilion has a capacity of 80 seats.

Dolly Dim Sum brings to life a cuisine that is steeped in tradition and embraced
by many over the centuries. Dim sum literally means “to touch the heart” and at
Dolly Dim Sum we are proud to offer a unique dining experience encompassing
quality and Halal ingredients, heartfelt service and an impeccable dining ambiance. The
kitchen serves up classic favourites such as “har gao” dumplings, roasted BBQ
buns, baked mini egg tarts and panfried radish cakes.

The dining experience offered by Dolly Dim Sum is unique in Kuala Lumpur
today. It is a contemporized dim sum house that offers an all-day grazing
experience, serving delicious, traditional dim sum in a modern setting. At Dolly,
making dim sum is an art form – each piece is delicate and exquisite, much like
a “dolly”.

About Asia Mex Dining Concepts

Asia Mex Concepts is the brand creator of Fresca Mexican Kitchen & Bar and
Dolly Dim Sum. It is also a franchisee of Bankara Ramen Malaysia. The brand
vision is to create and operate value-added concepts that are unique to the
Malaysia market focused on excellent service and food quality.

Dolly Dim Sum

  • Ground floor, Lot G9 & G9-A Avenue K, 156 Jalan Ampang
    T: +603-2181 3830
  • Lower ground floor, LG43 NU Sentral Mall
    201, Jalan Tun Sambathan
    T: +603 2273 1450
  • Level 1, L 1.102.00 Pavilion Elite, 168 Jalan Bukit Bintang
    T: +603 2110 5019

Open daily 11am – 10pm
Pavilion outlet Sat/Sun/PH 10.30am -10pm
http://www.dollydimsum.com
dollydimsum@gmail.com

Ikon Jalan Bukit Bintang Bakal Menjelma Dengan Rekaan Serba Baru

Pusat beli-belah terlama di Bukit Bintang Bakal Berwajah Serba Baru Pada Akhir 2017

Photo by Andy Kho

Wakil media baru-baru ini dijemput menghadiri prebiu perubahan terbaru serba moden pusat beli-belah Lot 10, mercu tanda hijau di Jalan Bukit Bintang. Turut diperkenalkan maskot terbaru Lot 10 yang dikenali sebagai Lottie.

Prebiu itu memaparkan pelan komprehensif bagi mengubah pusat beli-belah yang dibuka 27 tahun lalu. Wakil media telah dibawa menjelajah sekitar pusat beli-belah itu oleh Joseph Yeoh, Presiden YTL Land & Development dan YTL Hotels & Properties.

“Sejak dibuka pada 1990, Lot 10 telah menjadi ikon pada Jalan Bukit Bintang. Pada awal 2000-an, Lot 10 memangkinkan pembangunan Bintang Walk, menaikkan nilai hartanah dan membina nilai prestij Bukit Bintang sebagai jalan beli-belah paling terkenal di Kuala Lumpur. Kini industri runcit di Malaysia berdepan cabaran berikutan lebihan bekalan pusat beli-belah sedondon dan perubahan pantas dalam trend permintaan pengguna, terutama dalam era digital semasa. Untuk menjadi pendahulu, kami melakukan transformasi sejajar dengan pembangunan perkakasan dan perisian dengan visi terbaru jenama Lot 10 – sebuah destinasi runcit dinamik untuk pelanggan muda dengan persekitaran digital yang terkini, serba menguja dan menghiburkan. Ia tidak lagi memadai untuk sekadar menjadi sebuah pusat beli-belah; Lot 10 mesti menjadi destinasi sosial pilihan,” kata Joseph.

Penyegaran semula Lot 10 dipacu oleh empat panduan utama:

  • Kemudaan
  • Keseronokan
  • Kreativiti dan
  • Kesambungan.

Sasaran baru pusat beli-belah ini adalah golongan muda yang pintar teknologi. Generasi Y, millenial dan berjiwa muda membentuk masa depan industri runcit.

Bekerjasama dengan penyewa dan rakan acara, Lot 10 mensasarkan untuk mengembalikan Keseronokan dalam persekitaran trend terkini dan interaktif yang menggalakkan permainan dan hiburan. Ia merangkumi dan meraikan segala berkaitan Kreativiti, menawarkan landasan bagi acara dan aktiviti yang membantu bakat individu dengan ekspresi bebas dan kreatif, daripada seni dan rekaan hinggalah ke muzik dan tarian. Untuk mengekalkan Kesambungan, ruang diimaginasikan semula akan memuatkan ruang sosial yang meraikan kepelbagaian dan menggalakkan semua orang untuk berkumpul dan berhubung.

Bagi memaktubkan keempat-empat pemacu utama ini, Lot 10 turut memperkenalkan logo Lot 10 yang disegarkan semula, dalam 10 warna baru, bersama-sama dengan slogan kata baru – “Meet. Play. #LoveLot10.”

“Kami percaya empat pemacu utama dan slogan kata baru mewakili bukan saja apa yang kami ingin jelmakan tetapi juga apa yang diharapkan oleh pelanggan kami. Pusat beli-belah bata-dan-mortar mula hilang tarikan meluasnya sejak beberapa tahun ini. Kita mula memasuki satu tahap baru dalam cubaan melampaui jangkaan pelanggan sofistikated hari ini dan memberikan mereka pengalaman menyeluruh yang diingini.

Kami mahu Lot 10 menjadi destinasi sosial untuk berjumpa dan berhubung, lokasi di mana pelanggan bukan saja membeli-belah dan makan tetapi turut bermain dan berhibur. Sesiapa saja yang melangkah masuk perlu merasai kreativiti, keseronokan, kesambungan, kebeliaan dan yang utama sekali, tenaga positif cinta, selepas mereka meninggalkan kami. Industri runcit semuanya berkaitan emosi dan pengalaman emosi di Lot 10 tidak ternilai. Ia sesuatu yang membeli-belah secara dalam talian tidak dapat berikan,” tambah Joseph.

Lot 10 sudahpun menyiapkan pelbagai transformasi fizikal antaranya mengubah suai siling dalaman dengan rekaan yang diinspirasikan daripada cahaya matahari memasuki lelangit pepohon; sistem pengangkat terbaru membolehkan helaian dekorasi bergerak yang kreatif digantung daripada atrium tengah; atrium tingkat bawah yang diubah suai dengan panel kayu dan pencahayaan baru; pintu masuk tempat turunkan penumpang betul-betul bersebelahan stesen monorel menyambut pengunjung dengan arca gergasi “Meet”, “Play” dan “Love” manakala pintu masuk utama dihiasi lampu LED pintar yang sentiasa berubah warna.

Transformasi besar-besaran akan terus dilakukan setingkat selepas setingkat hingga ke atas, termasuk memasang eskalator baru, lif baru, tempat letak kereta yang direka semula dan papan tanda berwarna warni untuk menunjukkan laluan ke semua tingkat.

Untuk mengukuhkan lagi elemen “Play”, Dinding Play yang baru dengan aktiviti interaktif buat pengunjung berseronok akan ditempatkan di semua tingkat seperti dinding rock climbing di Tingkat Sukan. Satu lagi tambahan mengujakan bagi bahagian depan Lot 10 yang menghadap stesen MRT akan datang di Jalan Bukit Bintang turut diumumkan. Titik masuk serba baru bagi pusat beli-belah ini akan dibina dengan satu set eskalator baru daripada paras jalan ke tingkat 1 kedai, menawarkan laluan pintas bagi pengunjung dan pintu masuk strategik untuk menawan lalu lintas yang meningkat apabila stesen MRT itu dibuka.

Sementara itu, maskot terbaru Lot 10 berupa beruang putih setinggi 4 meter bernama Lottie turut diperkenalkan dengan meriahnya oleh Joseph dengan kehadiran rakan media terletak bersebelahan dengan pintu masuk utama yang baru.

Menuruti tenaga menyeronokkan, girang dan muda bagi Lot 10, Lottie suka membeli-belah, makan, bermain, melepak dengan teman dan merakam swafoto. Bila tiba waktu tertentu, Lottie akan merubah penampilan; ia pasti menjadi 10 momen paling boleh diInstagram di Lot 10 buat semua orang.

Joseph turut berkongsi rancangan untuk membuka kedai baru bagi produk berasaskan Lottie untuk pengunjung bawa pulang, seperti kemeja-T edisi terhad, topi, beg dan pelbagai lagi. Pada masa akan datang, ada rancangan untuk bekerjasama dengan pereka dan artis muda bagi mereka produk edisi terhad, yang akan membabitkan orang ramai untuk mengundi rekaan kegemaran mereka sebelum ia dikeluarkan.

Bagi menggalakkan kreativiti dan orang ramai untuk menyumbang kepada pembentukan pengalaman dalam pusat ini, Lot 10 merancang untuk berkolaborasi bersama sekolah seni dan rekaan seperti Raffles College untuk mereka secara kreatif ruang dalam pusat ini selain mempamerkan ciptaan dan hasil seni pereka muda. Ia turut bercadang untuk memperuntukkan ruang bagi masyarakat belia berkumpul bukan saja untuk bersosial tetapi untuk berkongsi minat mendalamnya. Bagi menubuhkan platform kreatif ini, pusat beli-belah ini mahu berhubung dengan masyarakat belia dalam aktiviti dan acara menyeronokkan bagi membolehkan mereka menyanyi, menari, melukis, berlakon, bermain, mencuba idea atau menjula ciptaan dalam kedai pop-up.

Akan wujud juga ruang di luar direka untuk pemuzik jalanan mempersembahkan bakat mereka. Lot 10 mensasar untuk menjadi hab muzik, seni, tarian, muzik jalanan, sukan dan usahawan muda memajukan diri.
Untuk membantu pengunjung membentuk pengalaman sukar dilupakan, Skuad Sorak Lot 10, terdiri daripada duta muda dan terkini, akan sentiasa bersedia membantu pengunjung dengan apa yang diperlukan – daripada arah tuju ke promosi kedai ke belian terbaik minggu ini. Sentiasa berjalan menggunakan alat mudah alih dan berhubung dengan pengunjung, sasaran utama pasukan sorak ini adalah menceriakan setiap orang dengan sentuhan peribadi – daripada memberikan belon bila hari hujan atau sekeping coklat pada Hari Kekasih ke berswafoto bersama pelanggan dan memuat naiknya di platform Facebook dan Instagram Lot 10.

Pelanggan yang mahu kekal terhubung dengan pengalaman digital ini, Lot 10 turut mengumumkan terdapatnya WiFi percuma di kesemua lima tingkat dan melancarkan aplikasi Lot 10 terbaru yang memaparkan titik sentuh mesra-pelanggan buat pengunjung – daripada akses kepada direktori beli-belah ke berita terkini mengenai promosi dan jualan daripada penyewa, kesemuanya untuk pengalaman yang lebih baik. Aplikasi ini boleh didapatkan menerusi platform Android sementara versi iOS akan muncul tidak lama lagi.

Lot 10 memulakan transformasi 18 bulannya pada Jun 2016 dan sedang dalam perjalanan untuk menyelesaikan perjalanan bagi paparan serba segar menjelang suku akhir 2017.

Mengenai Lot 10

Menjadi pemain utama dan sebuah ikon Bukit Bintang sejak 26 tahun lalu, Lot 10 adalah pendahulu trend bagi Kuala Lumpur dalam fesyen, makanan dan gaya hidup. Terletak di pusat ibu kota, Lot 10 adalah titik penting bagi orang tempatan dan pelancong untuk MEET. PLAY. #LOVELOT10. Destinasi runcit yang dinamik ini menawarkan pengalaman digital yang terkini yang menghibur, menguja dan menarik hati pengunjungnya. Menempatkan rangkaian kedai, tempat makan dan acara sepanjang tahun, Lot 10 menawarkan pengalaman yang mengetengahkan jiwa muda, keseronokan dan kreativiti. Pusat beli-belah ini menjadi rumah kepada Isetan Japan Store, yang pertama di luar Jepun; gedung utama H&M yang pertama di Malaysia; peruncit pakaian terbesar di dunia ZARA; dan Lot 10 Hutong, kampung makanan jalanan warisan tempatan dan yang pertama di Malaysia.

Pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ Tawar Hadiah Tunai Sebanyak RM28,000

Antabax Umum Pemenang Kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, IPT dan Kategori Awam Pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’

 

img20170107113140Jenama penjagaan diri halal nombor 1, Antabax, buat kali kedua menganjurkan pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Doodle atau coretan, merupakan lakaran spontan yang boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk sama ada corak abstrak atau reka lukis sehinggalah lakaran imej objek, landskap, manusia mahupun wajah .

Kajian Sains Saraf, psikologi dan reka bentuk menunjukkan mencoret dapat membantu seseorang itu mengekalkan tumpuan, mudah memahami konsep-konsep baharu dan menyimpan maklumat di dalam otak .

Antabax merupakan peneraju dalam mempopularkan bentuk karya artistik ini, memandangkan pertandingan Doodle ini mendapat sokongan yang menggalakkan pada tahun 2014, sewaktu kali pertama ia dianjurkan.

Pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ telah dijalankan melalui laman Facebook rasmi Antabax pada 30 Jun hingga 30 September 2016, dan telah terbukti popular di kalangan rakyat Malaysia kerana ia berjaya menarik lebih dari 1,200 penyertaan dari seluruh pelusuk negara. Penyertaan terdiri dari kategori sekolah-sekolah rendah dan menengah, institusi pengajian tinggi dan kategori terbuka, yang baru ditambah di pusingan ini.

Sebuah pameran bagi 80 karya doodle yang terpilih telah diadakan di Balai Seni Visual Negara, dan dihadiri oleh finalis yang dipilih dari seluruh negeri, keluarga mereka, rakan-rakan dan guru-guru sebagai tanda sokongan.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai berjumlah RM28,000 serta barangan eksklusif Antabax di mana pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga  menerima wang tunai berjumlah RM3,000, RM1,500 dan RM800, manakala 17 pemenang hadiah saguhati dari setiap kategori akan menerima RM100 setiap seorang.

Menurut Pengurus Kumpulan Produk Penjagaan Diri dan Isi Rumah, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Angeline Sim, pertandingan doodle ini adalah satu usaha untuk menggabungkan amalan kebersihan yang baik dengan kemahiran kognitif dan kreatif.

“Ini merupakan satu platform untuk mewujudkan penglibatan mendalam dengan para pengguna dan menggalakkan golongan muda bagi mengamalkan kebersihan diri melalui sebuah platform yang mereka boleh nikmati di samping mengekalkan maklumat tentang kesihatan.

Mengekalkan kebersihan diri yang baik amat penting untuk pelbagai sebab: kesihatan, sosial, psikologi dan sebagai cara hidup. Mengekalkan piawaian kebersihan yang baik dapat membantu penularan jangkitan, penyakit dan bau kurang menyenangkan. Seperti yang ditunjukkan oleh kajian, mencoret baik untuk memori dan memudahkan kefahaman konsep-konsep baharu, ia juga membantu memperkukuhkan hubungan penjagaan kebersihan yang baik dengan kesihatan,” tambah beliau.

Juara setiap kategori adalah :

  • Mohd Syamil Aizat Bin Mesman, 12 tahun, SK Limpoon 1 (Kategori Sekolah Rendah)
  • Ng Jie Xin, 17 tahun, SMK Tun Saban (Kategori Sekolah Menengah)
  • Leong Ka Mun, 18 tahun, International Advertising, Communication and Technology College(Kategori IPT) dan
  • Mohamad Shariffudin Bin Mohamadiah, 35 tahun dari Negeri Sembilan(Kategori Terbuka).

Timbalan Pengarah Bahagian Ko-Korikulum dan Seni, Kementerian Pelajaran Malaysia, Encik Mahamad Amran Bin Kamsi berkata seni coretan merupakan platform yang baik untuk melibatkan dan mendidik genarasi muda dengan membenarkan mereka menyerlahkan diri sendiri.

“Rakyat Malaysia amat kreatif dan banyak antara lukisan yang dipamerkan menunjukkan kemahiran tinggi, teknik dan yang paling penting sekali, imaginasi serta daya cipta. Kementerian Pendidikan sentiasa mencari cara baharu untuk mewujudkan hubungan dengan para pelajar, ibu bapa dan guru bagi menggalakkan pengajaran yang berkualiti tinggi.

“Pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ mempunyai gabungan pembelajaran dan nilai-nilai kebersihan yang baik. Sesungguhnya, pertandingan Doodle ini merupakan satu kaedah berkesan untuk mendidik golongan muda mengenai kerbersihan yang menyeluruh,” jelas beliau.

Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Norita Shamsudin juga menyokong pendapat berkenaan dan menyatakan bahawa pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ merupakan satu cara yang inovatif untuk memperkukuhkan amalan kebersihan yang baik di kalangan pelajar dan dewasa.

“Ia merupakan satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh sesiapa, di mana-mana dan pada bila-bila masa jua dengan menggunakan kertas dan pensil. Ini merupakan satu perkara penting bagi generasi muda kerana pendidikan mengenai kebersihan perlu dimulakan dari umur yang muda,” jelas beliau.

Sementara itu, pemenang kategori sekolah rendah, Mohd Syamil Aizat Bin Mesman, meluahkan rasa kegembiraan selepas berjaya memenangi hadiah wang tunai dan produk ekslusif Antabax.

“Saya amat gemar melukis dan saya kerap ber-‘doodle’ di dalam kelas kerana ia telah menjadi satu tabiat setiap kali saya perlu berfikir. Saya amat gembira kerana karya seni saya dipilih sebagai pemenang daripada ribuan penyertaan, ia telah membuatkan saya lebih yakin dengan kemahiran lukisan saya. Terima kasih, Antabax, atas peluang ini,” jelas beliau.

Pemenang kategori Sekolah Menengah, Ng Jie Xin dari SMK Tun Saban pula memberitahu bahawa beliau telah menerima sokongan yang kuat daripada keluarganya untuk mengambil bahagian dalam pertandingan doodle ini.

“Ahli keluarga saya sangat menggalakkan dan menyokong saya untuk memasuki Pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ ini, terutamanya nenek saya. Kesenian adalah minat saya, jadi saya telah mencipta sepuluh karya yang berbeza untuk dipilih oleh nenek saya dan apa yang memeranjatkan ialah pilihan nenek telah memenangi pertandingan kategori yang saya sertai! Terima kasih Antabax atas platform ini, dan memberi peluang kepada kami semua untuk menzahirkan daya cipta masing-masing,” kata beliau.

Sekolah rendah dan menengah yang mencatat pemenang 20 teratas turut menerima Kit Penjagaan Antabax, sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka dan seterusnya menggalakkan amalan kebersihan yang baik di sekolah.

Berikut adalah senarai penuh pemenang:-

Kategori Sekolah Rendah

  1. Mohd Syamil Aizat Bin Mesman Sekolah Kebangsaan Limpoon 1 RM3,000
  2. Foong Yann Thong SJKC Serdang Baru (1) RM1,500
  3. Steven Ong Yat Hee SRJK (C) Pokok Assam RM800 dan
    Sagu hati 17 Finalis RM100 setiap satu

Kategori Sekolah Menengah

  1. Ng Jie Xin SMK Tun Saban RM3,000
  2. Putera Nurafiq Haiqaal Bin Nordin Sekolah Seni Malaysia Johor RM1,500
  3. Hamidah Hussin SMK Kuala Penyu RM800 dan
    Sagu hati 17 Finalis RM100 setiap satu

Kategori IPT

  1. Leong Ka Mun International Advertising, Communication and Technology College RM3,000
  2. Musthapa Kamil Universiti Malaysia RM1,500
  3. Arif Fakhrullah bin Aladib Politeknik Muadzam Shah RM800 dan
    Sagu hati 17 Finalis RM100 setiap satu

Kategori Terbuka

  1. Mohamad Shariffudin Bin Mohamadiah Negeri Sembilan RM3,000
  2. Khairul Hisham Bin Salim Pahang RM1,500
  3. Nor Relawati binti Abdullah Negeri Sembilan RM800 dan
    Sagu hati 17 Finalis RM100 setiap satu

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan-pertandingan yang sedang dijalankan, sila layari laman Facebook rasmi Antabax di pautan http://fb.com/NewAntabaxhttp://fb.com/NewAntabax and laman Instagram @antabax.

 

MOTOROLA Malaysia Umum Penambahan Keluarga MotoZ

Adakah telefon anda cukup pintar untuk memenuhi semua keperluan anda?

Adakah anda mahukan teknologi yang lebih baik daripada telefon pintar?

Motorola mengumumkan penambahan baru kepada keluarga Moto Z dengan Moto Z2 Play serba baharu yang mampu bertukar menjadi sesuatu yang anda mahukan secara serta-merta dan pada bila-bila masa apabila dipadankan dengan Moto Mods. Dengan rekaan bentuk nipis, ringan dan prestasi lebih pantas, Moto Z2 Play menawarkan ciri-ciri yang anda idamkan. Pada masa yang sama, ia juga mampu menyediakan pengalaman yang transformatif menerusi Moto Mods.

Rangkaian telefon pintar Moto ZTM dengan Moto ModsTM membolehkan pengguna melakukan perkara yang sebelum ini mustahil dilakukan dengan sebuah telefon. Daripada memancarkan skrin sehingga 70 inci di mana-mana sahaja hinggalah penambahan zoom optikal sehingga 10x, Moto Mods sememangnya menawarkan inovasi mudah alih yang tiada tandingan. Menerusi peranti generasi seterusnya, anda boleh menerokai lebih banyak pengalaman dan cara untuk mengubah telefon pintar anda.

Moto Z2 Play baharu menampilkan rupa bentuk unibody metal sepenuhnya yang direka dengan terperinci. Selain cantik dan bergaya, ia mampu menahan penggunaan secara lasak pada setiap hari. Paparan Full HD Super AMOLED bersaiz 5.5” membuatkan permainan video, foto dan video dipaparkan di atas skrin dengan warna yang jelas menonjol bersama perincian yang cukup tajam. Untuk mendapatkan pengalaman optimum dari pemproses 2.2GHz octa-core, bateri yang dilengkapkan bersama mampu bertahan sepanjang hari dan sehingga hari seterusnya tanpa sebarang masalah. Terlupa untuk mengecaj Moto Z2 Play? Tiada masalah – hanya 15 minit pengecasan untuk dapatkan kuasa sehingga 7 jam.

Terima kasih kepada teknologi dwipiksel, anda kini boleh merakam foto-foto yang jelas sama ada pada waktu siang atau malam dengan kamera utamanya yang menggabungkan ciri laser serta piksel autofokus berkembar. Kamera hadapan 5MP dengan suluhan dwiwarna berkolerasi suhu (CCT) yang membuatkan anda kelihatan hebat dalam rakaman swafoto pada waktu siang atau malam. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memuatkan semua rakan dalam satu selfie dengan kanta sudut luas!

Moto Z2 Play menawarkan Moto Experiences yang unik. Ciri pertanyaan pantas yang baru pada Moto Voice menyediakan informasi berguna seperti cuaca atau kalendar. Ia juga membolehkan anda membuka aplikasi tanpa perlu menyentuh atau membuka telefon pintar tersebut. Melalui pengimbas cap jari yang telah direka semula, anda boleh mengaktifkan ciri navigasi satu butang untuk beralih di antara skrin dengan pantas. Alihkan ke kiri untuk kembali, ke kanan untuk mengakses aplikasi terkini, sentuh semula untuk ke laman utama dan tekan sesaat untuk mengunci telefon. Tanpa sebarang butang pada skrin, anda kini mempunyai paparan yang lebih jelas.

Kebolehdapatan dan Harga

Moto Z2 Play serba baharu kini sudah mula dijual di semua pengedar dan kedai Lenovo Mobile yang sah. Ia didatangkan dengan dua warna – kelabu (Lunar Grey) dan emas (Fine Gold); pada harga RM1,999.

 

Pelancaran pada hari ini turut memperkenalkan penambahan baharu ke dalam keluarga Moto C dan Moto E iaitu Moto C, Moto C Plus, Moto E4, Moto E4 Plus.

Moto C – Ambil Langkah Bijak; dan Moto C Plus – Kuasa yang Menggerakkan Anda

Pengguna yang sentiasa sibuk kini boleh membawa kehidupan mudah alih mereka ke satu tahap lebih tinggi dengan kuasa bateri Moto C Plus. Tidak seperti kebanyakan telefon pintar di pasaran sekarang, Moto C Plus dilengkapi bateri berkapasiti 4,000mAh yang boleh bertahan sehingga 30 jam. Ini bermakna pengguna tidak perlu risau akan kehabisan bateri apabila berada di luar rumah sepanjang hari.

Tingkatkan gaya hidup definisi tinggi dengan Moto C Plus. Paparan 5 inci memastikan tontonan filem dan foto yang maksimum untuk hiburan multimedia yang lebih mengujakan. Tidak perlu bimbang untuk memuat naik semua rakaman foto percutian yang mengagumkan dengan kamera belakang 8MP serta rakam selfie yang jelas menggunakan kamera hadapan 2MP.

Moto C pula ialah telefon pintar berkuasa yang mampu menyelesaikan tugas tanpa perlu membebankan poket anda. Paparan bersaiz 5 inci membolehkan pengguna menikmati foto dan video dengan lebih perincian serta jelas. Rakam gambar secara spontan, walaupun di bawah cahaya yang suram dengan kamera belakang 5MP pada Moto C yang dilengkapi flash LED. Rakam juga saat-saat selfie terbaik dengan kamera hadapan 2MP yang disokong oleh lampu selfie. Tidak perlu bimbang apabila perlu mengecaj bateri pada hari yang sibuk. Moto C didatangkan dengan ciri 3G dan berwarna starry black bersama bateri berkuasa 2,350mAh. Dengan ciri dua kad SIM, telefon pintar ini menawarkan fungsi dua telefon dalam satu, jadi pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Lakukan semua ini dan banyak lagi dengan lancar kerana Moto C dan Moto C Plus dilengkapi dengan pemproses quad-core yang berkuasa bersama AndroidTM 7.0.

Kebolehdapatan dan Harga
Moto C boleh didapati dalam dua varian warna iaitu hitam (Starry Black) dan putih mutiara (Pearl White) pada harga RM399. Manakala Moto C Plus pula hadir dalam dua varian warna iaitu hitam (Starry Black) dan emas (Fine Gold) pada harga RM539.
Moto E4 dan Moto E4 Plus – Pilihan Telefon Pintar yang Terbaik

Moto E4 dan Moto E4 Plus baharu merupakan dua model telefon pintar Motorola yang boleh dipercayai. Ia menawarkan gaya serta ciri-ciri luar biasa pada harga mampu dimiliki. Moto E4 menggabungkan perkara yang anda mahu serta perlukan pada sebuah telefon pintar, semua ini dengan harga yang pasti anda suka. Jika anda sentiasa mahukan yang lebih, dapatkan Moto E4 Plus. Dengan rekaan metal yang licin, paparan HD dan kapasiti bateri yang besar, ia membolehkan pengguna untuk melakukan lebih banyak perkara dan menikmati kehidupan sepenuhnya. Moto E4 dan Moto E4 Plus menampilkan paparan HD bersaiz 5” dan 5.5”. Kedua-duanya dikuasakan oleh AndroidTM 7.1.1 bersama pemproses MediaTek Quad Core yang membolehkan pengguna melakukan tugas tanpa sebarang gangguan.

Kebolehdapatan dan Harga
Moto E4 ditawarkan pada harga RM639 serta hadir dalam dua varian warna iaitu kelabu (Iron Gray) dan emas (Blush Gold). Moto E4 Plus pula berharga RM799 serta didatangkan dalam dua varian warna iaitu kelabu (Iron Gray) dan emas (Fine Gold).

 

Rangkaian telefon pintar Moto yang baru membuktikan komitmen Lenovo untuk memenuhi keperluan kelompok pengguna berbeza. Ini termasuklah pasaran asas (entry level) pada masa sama memenuhi keperluan masyarakat yang kian dinamik. Dengan Moto C, Moto C Plus, Moto E4 dan Moto E4 Plus, Lenovo memberikan anda kebebasan untuk memilih daripada satu rangkaian telefon pintar yang padat dengan ciri-ciri penting, pada harga lebih mampu milik.

Semua model Moto Z2 Play, Moto C, Moto C Plus, Moto E4 dan Moto E4 Plus kini sudah boleh didapati di semua pengedar serta kedai-kedai sah Lenovo Mobile.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk baharu Moto, sila layari laman web https://www.moto.com/my/home atau ikuti http://www.fb.com/MotoMsia.