Koleksi “IZZUEXCLUSIVE” Tampilkan Busana Muslim

YOL_3659Shah Alam- Pelakon dan penyanyi popular, Izzue Islam memperkenalkan koleksi “IZZUEXCLUSIVE” yang melibatkan 11 rekaan terbaru busana Muslim, terdiri daripada jubah dan kurta, dan selendang (instant shawl).

IMG_4293 IMG_4798 IMG_4776

Koleksi jubah terbaru rekaan “IZZUEXCLUSIVE” diberi nama Lutfi dan Bazil; masing-masing menggunakan fabrik jenis “Nisimbo cotton” dan “Egyptian cotton” yang lembut serta mudah terbentuk. Kedua-dua fabrik ini juga mudah digosok. Jubah Lutfi direka menggunakan leher Mandarin dan dilengkapi kemasan “hand cufflinks” dan dijual pada harga RM159 manakala Jubah Bazil pula dilengkapi zip tersembunyi dengan kolar biasa dan berharga RM179.

Sementara itu, 2 koleksi kurta jenama iaitu Zayyan yang disertakan seluar (RM179) dan Kurta Izzue (RM99) menggunakan fabrik “Nisimbo cotton”. Kurta Rayyan pula (RM79) diperbuat dengan mengguna fabrik “Cotton matt” yang lembut dan sejuk dipakai. Kesemua rekaan jubah dan kurta “IZZUEXCLUSIVE” ditawarkan dalam 5 pilihan warna dengan saiz di antara S hinga XXL.

YOL_2331Izzue juga mengambil langkah berani dengan memperkenalkan 6 rekaan selendang yang diberi nama Instant Shawl Amanda, Instant Shawl Baiduri, Instant Shawl Sakeena, Instant Shawl Salena, Shawl Auni dan Beauty Shawl.

Bagi memastikan keselesaan si pemakai, keenam-enam rekaan selendang ini menggunakan fabrik berkualiti tinggi dari Itali iaitu “Moss Crepe”, “Lycra Cotton”, “Chiffon Crepe Nasiji” dan “Chiffon Crepe Satin Printed”. Selain mudah merenggang dan tahan lasak, fabrik ini juga lembut dan tidak mudah renyuk. Kesemua rekaan selendang IZZUEXCLUSIVE berharga RM39.

“Saya hanya memilih fabrik berkualiti tinggi bagi penghasilan koleksi terbaru IZZUEXCLUSIVE dan memilih gedung fabrik terkemuka Jakel cawangan Shah Alam, Selangor sebagai pembekal utama fabrik jenama ini.” jelas Izzue.

Selain kehadiran rakan-rakan artis, majlis pelancaran koleksi terbaru IZZUEXCLUSIVE berlangsung meriah dengan kehadiran 50 peminat yang diundang khas bagi menyerikan majlis ini. Mereka turut dihiburkan dengan persembahan istimewa dari kumpulan Forteen.

Kesemua koleksi terbaru ini bakal dipasarkan dalam masa terdekat menerusi stokis online yang sah dan laman instagram rasmi jenama ini iaitu IZZUEXCLUSIVE.

Berhasrat untuk mengembangkan perniagaan ke rantau ini, Izzue juga membuka peluang kepada rakan usahawan yang berminat untuk menjadi stokis bukan hanya di Malaysia, malah di Singapura, Brunei dan juga Indonesia. Sebarang pertanyaan mengenai stokis boleh diemel kepada izzuexclusive.stokis@gmail.com.

Tentang “IZZUEXCLUSIVE

IZZUEXCLUSIVE mula bertapak hampir 3 tahun lalu mensasarkan jualan khusus kepada peminat selebriti ini yang mempunyai hampir sejuta pengikut di laman sosial Instagram.

Bermula dengan rekaan t-shirt pada awalnya, jualan selendang dan baju kurung pada musim perayaan baru-baru ini menerima sambutan yang luar biasa.

Selain IZZUEXCLUSIVE, Izzue Islam turut mempunyai jenama F&B iaitu izzuelicious delicious yang menawarkan jus tanpa bahan pengawet dan biskut sempena musim perayaan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi wakil IZZUEXCLUSIVE:

Pegawai Pemasaran & Stokis

Saiful Azlan
+60 111 650 3922
izzuexclusive.stokis@gmail.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s