Koleksi Botaneco Garden, Gabungan 3 Minyak Dari Tumbuhan Eksotik

 

GDN_001Subang Jaya– Rangkaian kedai farmasi, kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia, Guardian kini memperkenalkan Koleksi Trio Minyak Rambut & Badan Botaneco Garden baharu yang lebih mesra alam.

Koleksi yang dilancarkan di Core Gallery, Subang Jaya ini dapat memenuhi kehendak pengguna yang mementingkan produk penjagaan badan & rambut yang bukan sahaja berkesan, malah selamat serta dirumus daripada khazanah alam semula jadi terpilih.

GDN_004Rangkaian Trio Minyak Rambut & Badan Botaneco Garden ini dirumus daripada gabungan 3 jenis minyak tumbuhan eksotik yang diiktiraf 100% mesra alam dan merupakan bahan yang popular untuk menjaga dan melembapkan kulit serta rambut. Rumusan ini terdiri daripada Minyak Babassu dari Amerika Latin, Minyak Baobab dari Afrika dan Minyak Chufa dari Perancis.

Koleksi ini diyakini sebagai antara rangkaian produk penjagaan badan dan rambut yang pertama menggunakan kuasa pelembap daripada minyak tumbuh-tumbuhan eksotik ini. Berada di negara beriklim tropika menjadikan kulit lebih terdedah kepada persekitaran kering dan lembap untuk tempoh yang lama. Justeru, kita memerlukan produk penjagaan kulit dengan rumusan khasiat bahan pelembap tertinggi. Oleh itu, setiap produk di dalam Koleksi Trio Minyak Botaneco Garden ini telah diperkaya dengan dua rumusan pelembap ekstrak yang menawarkan 5 x kuasa pelembap tambahan.

Ketiga-tiga variasi daripada rangkaian produk mandian badan dan penjagaan rambut seperti Syampu Rambut, Perapi Rambut dan Eliksir Rambut yang istimewa telah dirumus dengan ekstrak tumbuhan serta diperkaya dengan khasiat Minyak Trio.

Koleksi Trio Minyak Botaneco Garden ini sangat efektif serta lembut pada kulit dan rambut. Sesuai untuk pengguna yang ingin memanjakan diri di rumah dan mendapatkan hasil seolah-olah baru berkunjung ke spa atau salun.

Menariknya, rangkaian produk ini juga bebas bahan kimia berbahaya seperti Parabens, Silikon, Sabun, Perwarna Tiruan, Lanolina dan DEA,   menepati kehendak pengguna yang mementingkan kesihatan serta alam sekitar.

GDN_003Koleksi Trio Minyak Botaneco Garden menawarkan solusi kecantikan yang berkesan dan lembut menerusi khasiat bahan alam semula jadi dengan adunan ekstrak tumbuhan serta minyak mesra alam. Kami yakin rangkaian produk ini adalah antara yang pertama menggunakan minyak Babassu, Baobab dan Chufa dalam satu koleksi.

Pasukan penyelidik kami telah mengkaji kepentingan penggunaan produk penjagaan kulit di kawasan beriklim tropika. Ini dilakukan untuk mendapatkan adunan bahan pelembap terbaik demi memenuhi keperluan tertentu bagi pengguna di rantau ini. Kami mendapati bahawa penggunaan bahan tropika seperti Minyak Babassu1 yang berasal dari Amerika Latin dan Minyak Baobab2 dari Afrika adalah paling berkesan untuk mencantikkan kulit dan telah dipraktikkan di rantau ini sejak berkurun lamanya. Sementara itu, Minyak Chufa1 yang telah lama digunakan oleh masyarakat kuno di Mesir juga dianggap sebagai salah satu tumbuhan tertua pernah ditanam.”-Cik Elyse Lee, Pengurus Kanan Serantau di The Dairy Farm Company Limited.

 

Dengan kandungan 5 jenis asid lemak, minyak Babassu adalah pilihan terbaik untuk merapi serta melembutkan rambut. Selain itu, minyak ini juga diperkaya dengan Vitamin E dan fitosterol yang bertindak sebagai antioksida.

Sebagai rahsia kecantikan masyarakat kuno di Afrika1, minyak Baobab mengandungi khasiat asid lemak semula jadi seperti Omega 31, 6 dan 9 yang membantu menyuburkan kulit dan rambut agar lebih sihat dan berseri. Penggunaan minyak Baobab boleh melembut dan melicinkan rambut, selain melindunginya daripada kerosakan akibat terdedah kepada sinar UV berbahaya dan ancaman radikal1 bebas. Minyak pelembap kulit terbaik ini juga mudah meresap ke dalam lapisan kulit .

Minyak Chufa adalah bahan utama dalam rejim kecantikan1 masyarakat Mediterranean. Diperkaya dengan antioksidan seperti Omega 6 dan 9 serta Vitamin E, minyak Chufa mampu menghalang ancaman radikal bebas agar wajah lebih awet muda dan tidak berkedut.

Koleksi Trio Minyak Mandian Botaneco Garden merangkumi 3 variasi untuk memenuhi tiga keperluan berbeza iaitu Mencerah, Melembap dan Membersih dengan Lembut.

Untuk mencerahkan tompok hitam atau menyeragamkan kulit kusam yang tidak sekata, variasi Whitening boleh membantu! Dirumus khas dengan ekstrak akar manis dan isirung aprikot, minyak mandian ini boleh membantu mengelupaskan kulit secara lembut bagi menyerlahkan tona kulit yang lebih sekata.

Variasi Moisturing pula adalah pilihan tepat untuk mereka yang banyak menghabiskan masa di dalam persekitaran tempat kerja yang kering atau berhawa dingin. Keadaan ini mudah menyebabkan kulit menjadi kering dan bersisik. Maka, kandungan khasiat minyak zaitun dan Vitamin E boleh mempertingkatkan kuasa pelembap, sekali gus memperbaiki tahap ketegangan kulit dan melicinkan kulit kering bak sutera.

Kandungan ekstrak bunga sakura dalam variasi Gentle Cleansing pula ideal untuk melembutkan kulit dan mencegah masalah kulit kering.

Ketiga-tiga variasi ini juga boleh didapati dalam Koleksi Trio Syampu dan Perapi Minyak Rambut Botaneco Garden yang menawarkan hasil setaraf dengan kualiti salun. Cuma, kelebihan koleksi produk ini adalah ia bebas daripada bahaya parabens, pewarna tiruan dan silikon yang boleh merosakkan kesihatan rambut dan kulit kepala.

Koleksi produk ini adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah rambut yang biasa dihadapi oleh kebanyakan orang seperti rambut berkerinting, mudah rosak, tidak kuat, mudah putus dan sering gugur. Produk bebas silikon ini menjanjikan pengalaman bersyampu serta merapi rambut yang lebih tenang dan senang.

Kandungan ekstrak kalendula di dalam Syampu dan Perapi Smooth & Silky akan menjadikan rambut kasar dan berkerinting lebih lembut. Kuasa pelembap gabungan ekstrak kalendula dan Trio Minyak pula membantu merapi rambut agar teksturnya lebih licin serta mudah diurus.

Syampu dan Perapi Repair & Strengthen yang diperkaya dengan ekstrak magnolia pula sesuai untuk menyihatkan semula rambut rosak dan tidak bermaya. Khasiat ekstrak magnolia dan Trio Minyak mampu bertindak merapi, melembap serta melicinkan pangkal rambut agar rambut kembali sihat dan berseri.

Diperkaya dengan minyak bunga matahari, Syampu dan Perapi Hair Fall Control daripada Koleksi Trio Minyak Botaneco Garden bertindak mencegah masalah rambut yang mudah putus dengan menguatkan struktur rambut bagi mengurangkan kadar keguguran rambut.

Selain 3 variasi tersebut, Eliksir Rambut khas yang diperkaya dengan ekstrak bunga kamomil pula menawarkan 10 jenis kebaikan untuk rambut. Antara kelebihan utamanya termasuklah kuasa Eliksir Rambut yang bertindak melembap dan menyubur, merapi, memperbaiki kerosakan rambut, mengatasi masalah rambut bergumpal dan membantu agar rambut lebih terurus. Kandungan antioksidanya yang tinggi juga melindungi struktur rambut daripada bahaya sinar UV, melembut dan menjadikan rambut berkerinting lebih mudah diurus. Selain membantu rambut kekal sihat dan bersinar.

Koleksi Trio Minyak Botaneco Garden kini boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara atau di e-kedai: online.guardian.com.my. Harga produk bermula dari RM3.80 hingga RM19.90.

Sebarkan keceriahan musim perayaan dengan beg Gift Of Love dengan sebarang pembelian Botaneco Garden Organic Argan & Virgin Olive Oil and Trio Oil bernilai RM 20 dan ke atas. Sementara stok masih ada.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s