Per’l “Keranamu, Jadikanku”Menghargai Wanita Yang Menjadi Inspirasi

IMG_0009

Kuala Lumpur- Di sebalik setiap langkah, pasti ada wanita yang sentiasa bersama anda, sama ada memberi sokongan mahupun memberi pertolongan yang diperlukan atau sentiasa berada di belakang anda di saat suka dan duka. Mungkin wanita itu adalah ibu, kakak, adik, saudara, sahabat dan juga rakan sekerja yang tiada talian persaudaraan. Merekalah inspirasi dan tonggak kekuatan kerana sentiasa berada di sisi di saat kita memerlukan.

Menyedari hakikat ini, Per’l telah melancarkan Peraduan Per’l “Keranamu, Jadikanku” sebagai penghargaan kepada wanita yang menjadi inspirasi dan menjadi titik tolak di dalam kejayaan dan kebahagiaan hidup. Peraduan yang julung kali dianjurkan oleh Per’l ini merakamkan kisah penuh bermakna itu agar ia terus tersemat di dalam hati dan minda buat selama-lamanya.

IMG_8969Peraduan Per’l “Keranamu, Jadikanku” telah dilancarkan di Facebook Per’l bagi semua rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun ke atas bermula 20 Mei 2015 -15 September 2015 lalu. Peserta peraduan diminta memuat naik gambar wanita yang mereka hargai dan berkongsi kisah mereka dengan tidak melebihi 200 patah perkataan.

Peraduan Per’l “Keranamu, Jadikanku” telah mendapat respon yang menggalakkan dari orang ramai. Ramai yang telah berkongsi kisah dengan wanita yang penting di dalam hidup mereka.

10 pemenang utama dan 9 pemenang saguhati telah dipilih oleh pihak Per’l berdasarkan kriteria peraduan di majlis penyampaian hadiah yang berlangsung pada 15 Disember 2015, di Bijan Bar & Restaurant, Kuala Lumpur. Pemenang hadiah utama peraduan menerima 2 set rantai & anting-anting Swarovski bernilai RM1,400, setiap satu set untuk pemenang dan wanita inspirasi mereka. Selain itu, semua pemenang hadiah utama dan saguhati juga menerima Hamper yang terdiri dari produk kesihatan wanita keluaran Per’l bernilai RM100 serta cenderahati unik dari penganjur yang merupakan sebuah ilustrasi pemenang bersama wanita inspirasi mereka yang bernilai RM200.

Kami terharu apabila membaca kisah-kisah yang dihantar di dalam peraduan ini. Sesungguhnya, wanita memainkan peranan penting di dalam membentuk masyarakat. Saya sendiri mengakui bahawa saya sendiri kadang kalanya terlupa untuk merakamkan penghargaan kepada wanita penting dalam hidup saya, perkara yang tidak sepatutnya diambil mudah oleh sesiapa. Bagaimanapun, hari ini, saya dan jenama Per’l berbangga kerana kami berpeluang untuk menghargai mereka melalui peraduan seumpama ini.”-Y.M. Tengku Shamsulbhari Tengku Azman Shah, SMK, Pengerusi Kumpulan Power Root.

Per’l – Andalah Permata Hatiku
Wanita secara lumrahnya sanggup mengorbankan masa, tenaga dan segalanya demi mereka yang tersayang. Kerana mengutamakan mereka inilah, ada kalanya wanita terlupa tentang diri mereka sendiri. Faktor-faktor inilah yang telah dipertimbangkan oleh Per’l dan terhasillah minuman yang dirumuskan khas untuk semua wanita seperti wanita berkerjaya, ibu dan isteri untuk terus aktif, sihat dan tampil muda walaupun terpaksa menghadapi berbagai cabaran harian. Minuman Per’l yang diperkayakan dengan Kacip Fatimah membantu menjaga kesihatan luaran dan dalaman para wanita.

Khasiat dari herba Kacip Fatimah membantu melewatkan proses penuaan, membantu mengembalikan kecergasan, membantu menyeimbangkan hormon, dan juga membantu mengukuhkan struktur tulang.

Minuman Per’l terdapat dalam pelbagai perisa, rangkaian kopi seperti Per’l Café Kacip Fatimah, Per’l Café Kacip Fatimah Lemak Rendah, Per’l Café Kacip Fatimah Lemak Rendah Tanpa Gula Tambahan, minuman coklat seperti Per’l Choco Kacip Fatimah, minuman tin seperti Per’l Café Kacip Fatimah, dan minuman bertenaga tin Per’l Kurma Madu Kacip Fatimah. Kesemua minuman ini sesuai untuk semua wanita dari remaja sehingga dewasa.

Bersempena dengan kempen ini, dapatkan 3 peket kecil percuma (dalam pek) dengan setiap pek besar minuman pracampur Per’l Café atau Per’l Choco sehingga Mac 2016 atau sehingga stok habis, tertakluk kepada terma & syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Per’l, sila layari www.powerroot.com atau Facebook rasmi Per’l.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s