Sensasi Ayam Kicap Meletup Kembali Lagi di KFC

Pic 1 (2)

Kuala Lumpur-Bagi menceriakan lagi tahun 2016 serta Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba, KFC Malaysia mengembalikan semula citarasa sensasi Ayam Kicap Meletup khas untuk dinikmati oleh pelanggan setia mereka!

Pic 4KFC Ayam Kicap Meletup menampilkan ayam kegemaran ramai yang digoreng rangup, digabung bersama kicap Shoyu yang diimport khas, rumpai laut, emping cili, bijan dan rempah-ratus istimewa. Gabungan ini seterusnya menghasilkan kelazatan berasaskan rasa manis, pedas dan berempah dalam setiap gigitan.

Ayam Kicap Meletup pernah dilancarkan pada bulan Jun tahun lalu dan berikutan sambutan yang amat memberangsangkan, kami menawarkan produk ini kembali atas permintaan ramai. Gabungan ideal ayam goreng KFC dengan sentuhan kegemaran tempatan – kicap dan cili menjadikan produk ini disukai ramai.

Kami yakin pelanggan-pelanggan akan berasa gembira kerana sekali lagi berpeluang untuk menikmati Ayam Kicap Meletup serta berkongsi keenakannya yang luar biasa bersama keluarga dan rakan-rakan pada musim perayaan ini!”-Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

Dengan slogan “Tahun Baru Cina Pasti Lebih Meletup, Bila Diraikan Bersama” kemunculan semula produk lazat ini melambangkan kebersamaan rakyat Malaysia yang akan turut berkongsi perayaan disamping menikmati kehebatan rasa Ayam Kicap Meletup. Ia semestinya gabungan citarasa muhibbah untuk dikongsi bersama!

Selari dengan perayaan Tahun Baru Cina, KFC turut menampilkan hidangan sampingan enak istimewa iaitu nasi rumpai laut bagi menyerlahkan lagi hidangan Ayam Kicap Meletup. Pada harga hanya RM11.95* pelanggan boleh menikmati hidangan kombo yang terdiri daripada dua ketul Ayam Kicap Meletup, nasi rumpai laut ATAU kentang goreng crispier fries, coleslaw serta 7Up Lemon Mint.

KFC juga menawarkan Ayam Kicap Meletup dalam bentuk Value Bucket untuk hidangan yang lebih besar pada harga yang berpatutan. KFC Ayam Kicap Meletup boleh didapati dalam bucket 9-ketul yang terdiri daripada 9 ketul ayam, kentang putar bersaiz besar, satu kentang goreng crispier fries bersaiz besar bersama-sama dengan sebotol Mirinda Orange 1.5 liter, dengan kesemuanya pada harga RM46.90**! Terdapat juga pilihan Bucket 5-Ketul dijual pada harga RM27.90**.

Kunjungi restoran KFC berdekatan pada musim perayaan penuh bermakna ini dan nikmati Ayam Kicap Meletup, bermula dari 14 Januari 2016, sementara stok masih ada.

NOTA: *Kombo 2-ketul Ayam Kicap Meletup berharga RM11.95 semasa waktu Lunch & Dinner Treats 12pm-3pm & 6pm-9pm. **Semua harga jualan dan kombo mungkin berbeza mengikut lokasi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s