AXA AFFIN Perkenal Insurans Kanser Pertama di Malaysia

01b

Kuala Lumpur– Memandangkan kanser menduduki tangga teratas dalam tuntutan bagi penyakit kritikal di Malaysia, dengan 1 daripada 4 rakyatnya berisiko menghidap kanser , strategi terbaik adalah untuk bersedia sekarang.

Bagi memperkasa rakyat Malaysia untuk menjadi yakin dalam melawan kanser, AXA AFFIN Life Insurance Berhad telah melancarkan AXA Cancer Care, iaitu pelan yang pertama seumpamanya dalam pasaran. Pelan perlindungan insurans kanser yang menyeluruh ini melangkaui perlindungan kewangan dengan memasukkan sokongan emosi serta mental di peringkat pencegahan, semasa rawatan dan pemulihan.

02“Tiada siapa mahu menghidap kanser. Namun begitu, kanser merupakan penyakit yang tidak dijangka dan ia boleh menyerang sesiapa tanpa mengira usia. Salah satu kebimbangan utama dalam kalangan pesakit kanser hari ini ialah kos rawatan serta emosi yang dialami ketika rawatan. Kanser bukan sahaja menjejaskan kesihatan kita tetapi ia juga boleh serta-merta melenyapkan kesemua wang simpanan yang dikumpul bertahun-tahun jika seseorang itu tidak bersedia. Selain cabaran kewangan yang besar yang perlu ditangani oleh pesakit, terdapat juga tekanan emosi dalam menghadapi penyakit ini. Oleh itu, selain perlindungan kewangan, kami mahu memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan dan mewujudkan sebuah pelan perlindungan yang menyeluruh yang dapat membantu memberikan sokongan emosi serta mental kepada mereka”-Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance Berhad, Loke Kah Meng.

AXA Cancer Care menawarkan bantuan kewangan bermula dari peringkat diagnosis hinggalah ke peringkat rawatan dan pemulihan. Manfaatnya termasuklah bantuan kewangan yang komprehensif di dalam bentuk:

  •  Therapy Care Benefit untuk pembayaran penjagaan kanser
  • Get Well Benefit dengan dana tambahan untuk proses pemulihan
  • Living Income Benefit untuk pembayaran perbelanjaan harian
  • Alternative Treatment Benefit untuk pilihan rawatan alternatif
  • Pendapat Perubatan Kedua, sebaik sahaja didiagnosis menghidap kanser.

Melalui AXA Care Benefit, pemegang polisi mempunyai akses 24 jam, 7 hari seminggu kepada perkhidmatan concierge, akses kepada sokongan dan bantuan terdiri dari perundingan psikologi, pakar pemakanan, perkhidmatan penjagaan rambut dan rambut palsu, penyediaan pengangkutan dan banyak lagi.

AXA Cancer Care menawarkan dua pelan perlindungan insurans kanser eksklusif dengan faedah yang pelbagai dan pilihan fleksibel yang mengutamakan keperluan pelanggan. AXA 200 Cancer Care boleh dibeli secara atas talian dan AXA 360 Cancer Care boleh didapati menerusi agensi pengedaran.

“Pada masa ini, kadar penembusan pasaran bagi penyakit kritikal atau pelan insuran kanser di Malaysia adalah rendah. Dengan anggaran hanya 24 peratus pada 2015 , ini membayangkan jurang perlindungan yang besar. Statistik terkini turut mendedahkan bahawa hampir 50 peratus pesakit kanser akan kehabisan wang setahun selepas didiagnosis . Bagi pesakit kanser, mengalami kerugian kewangan yang besar boleh mengakibatkan malapetaka. Oleh itu, ianya adalah sangat penting untuk memiliki sebuah pelan insurans kanser yang kukuh dan mampu memberikan bantuan keselamatan dan perlindungan yang mencukupi,” kata Loke.

“Dengan inflasi kesihatan yang semakin meningkat dan risiko bencana perbelanjaan rawatan, pesakit kanser akan berdepan dengan cabaran kewangan yang sangat besar. Tambahan pula, jika pesakit kanser itu merupakan penyedia nafkah tunggal bagi sesebuah keluarga, seluruh pendapatan isi rumah keluarga berkenaan akan turut terjejas,” tambah Loke.

“Dengan memperkenalkan AXA Cancer Care, kami berharap dapat memenuhi keperluan penjagaan kanser yang menyeluruh buat rakyat Malaysia dan menggalakkan mereka untuk mengambil langkah bagi melindungi diri mereka sekarang,” tambah beliau.

AXA Cancer Care melangkaui persediaan kewangan dengan sentiasa menyediakan maklumat tepat berkaitan kesedaran kanser, tip-tip pencegahan serta nasihat-nasihat oleh pakar perubatan melalui portal atas talian Learn My Protection. Sebagai insentif tambahan, AXA Cancer Care menawarkan gajet digital bagi menggalakkan pemegang polisi untuk menyemak tahap kesihatan mereka. Sebagai sebahagian daripada usaha pencegahan, Baucar Percuma Pemeriksaan Kesihatan juga boleh didapati memandangkan AXA AFFIN mempunyai kerjasama dengan Beacon Hospital Malaysia.

Sejak 2013, AXA AFFIN telah bekerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bagi memberi sokongan kepada pesakit kanser. AXA AFFIN akan terus menjalinkan kerjasama dengan NCSM bagi menyediakan sokongan dan nasihat berkaitan kanser dan menghadapi kanser kepada semua rakyat Malaysia. AXA AFFIN telah berjanji untuk mendermakan RM1 kepada NCSM bagi setiap mesej yang berinspirasi yang dikongsikan oleh orang ramai bagi mendorong rakyat Malaysia untuk melawan kanser. Sumbangan itu adalah untuk membantu Sistem Informasi Kanser NCSM yang membolehkan rakyat Malaysia mengakses maklumat tepat, berdasarkan bukti serta menyediakan sokongan emosi kepada mereka yang terjejas oleh kanser.

“Dengan AXA Cancer Care, rakyat Malaysia kini dengan penuh yakin boleh memiliki akses kepada rawatan tanpa perlu bimbang tentang isu kewangan; keselesaan dalam mengetahui bahawa mereka akan dijaga dengan baik ketika dalam proses pemulihan; serta pengetahuan dan akses kepada maklumat tepat berkaitan kanser, pemeriksaan kesihatan dan nasihat pencegahan oleh pakar. Kami berharap agar dengan adanya AXA Cancer Care, rakyat Malaysia boleh melawan kanser dengan penuh yakin,” kata Loke.

AXA AFFIN Life Insurance Berhad merupakan usaha sama antara AFFIN Holdings Berhad dan AXA Group, peneraju perlindungan kewangan antarabangsa, yang beribu pejabat di Paris. AXA merupakan No.1 Global Insurance Brand bagi tempoh 7 tahun berturut-turut seperti yang ditarafkan oleh Interbrand, menempatkan ia dalam kalangan Best Global Brands di dunia.

Untuk maklumat lanjut berkaitan AXA Cancer Care, sila layari www.axa.com.my

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s