Scarf Machine, Kiosk Tudung Aidijuma Bergerak Untuk Mereka di Luar KL

IMG20160305161815Kuala Lumpur- Sebut sahaja Tudung Bawal Aidijuma, kaum wanita yang berhijab terutamanya pasti teruja mengenai koleksi tudung bawal yang mula perkenalkan di pasaran pada 2011 oleh pemiliknya, Datin Norjuma Habib Mohamed.

Diletakkan di bawah syarikat Colors Addiction Sdn Bhd, ia dipromosikan dengan jenama “BawalScarf by Aidijuma”. Kelainan Tudung Bawal Aidijuma ini adalah ia menawarkan tudung bawal bercorak dengan label berlainan seperti Blue Label, Black Label, White Label, Red Label, Green Label dan Pink Label. Harganya yang murah menjadikannya tudung bawal yang mampu dimiliki oleh semua orang.

Baru-baru ini telah diadakan majlis pelancaran dan pengenalan kepada Scarf Machine Aidijuma di pusat beli-belah The Curve. Scarf Machine ini adalah lori yang berfungsi seperti kiosk bergerak yang menjual koleksi tudung bawal ke seluruh Malaysia dengan destinasi pertama bermula di Kedah.

IMG20160305164043Majlis bersejarah itu dihadiri oleh ratusan peminat Aidijuma dan wakil jualannya. Majlis bertambah seri dengan kehadiran penyanyi pujaan ramai, Dato’ Siti Nurhaliza yang turut menghiburkan semua yang hadir dengan 2 buah lagu.

IMG_1189Sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu pada Tudung Bawal Aidijuma, pihak Aidijuma telah memberi tudung bawal PERCUMA kepada setiap yang hadir malah telah bermurah hati memberi tiket penerbangan ke Paris untuk 25 orang wakil Reseller Aidijuma yang berjaya dalam kempen jualan Aidijuma.

Apa pun, syabas kepada Colors Addicition yang bakal membuka Concept Store Aidijuma ke-20 di Putrajaya dan  ke-21 di Lot 10.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s