Penyanyi Nasyid Rabbani Dilantik Duta Sidra Care

Duta Produk Azadan Rabbani menurunkan tandatangan simbolik perlantikanKuala Lumpur- Penyanyi nasyid daripada kumpulan Rabbani iaitu Saudara Azadan dilantik menjadi duta produk jenama Sidra Care.

Saya lihat Azadan sebagai ikon kepada masyarakat di luar sana lebih-lebih lagi personalitinya yang islamik cukup menarik perhatian umum. Penglibatannya di dalam industri ini membuatkan saya memilih Azadan sebagai selebriti yang paling sesuai menjadi duta Sidra Care ini.

“Ia juga adalah sebahagian daripada amalan Sunnah Rasulullah dan para ulama yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam merawat merekayang terkena sihir.“-Pengarah Urusan Sidra Care, Muhammad Afif Yahya.

Azadan Rabbani Duta Produk Sidra Care 1Dalam majlis perlantikan itu, syarikat AAY Permata Trading turut melancarkan beberapa produk di bawah jenama Sidra Care seperti Gel Mandian Bidara, Minyak Angin Daun Bidara, Mandian Bidara Kasih, Kasturi Bidara, Wangian Kereta Bidara dan yang terbaru adalah Losyen Bidara.

Produk keluaran Sidra Care adalah berasaskan daun bidara yang mengandungi pati bidara semulajadi yang dapat membantu menenangkan jiwa dan mengharmonikan kembali tenaga baru dan memulihkan semangat dalaman setiap kali digunakan. Produk-produk Sidra Care boleh didapati dengan harga sangat berpatutan iaitu serendah RM19.90.

“Badan kita memberi reaksi terhadap tekanan, ketakutan dan stress. Oleh itu, produk Sidra Care yang berasaskan pati daun bidara ini dapat membantu menghilangkan tenaga negatif dan memberikan tenaga positif kepada pengguna di samping mengandungi vitamin C dan bahan anti-oksida.

“Antara bahan-bahan penting yang terdapat dalam produk Sidra Care adalah ekstrak daun bidara, daun pudina, garam, gel syampu, dan lavender. Yang penting, produk ini dijamin halal dan selamat,” jelas Muhammad Afif.

Tambahnya, Gel Mandian Bidara merupakan produk paling mendapat sambutan. Produk ini dirumus khas untuk merawat penyakit-penyakit bersifat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Ia juga mengandungi nilai pH yang sangat tinggi yang baik untuk kulit serta memberi keselesaan dan kesegaran kepada pengguna.

Sidra Care juga telah bersetuju untuk memberikan hasil jualan sebanyak RM10,000 sebagai sumbangan untuk pembangunan Madrasah Tahfiz Darul Ulama.

Selain itu, pelbagai aktiviti telah dirancang bersama duta produk termasuk lawatan menunaikan umrah bersama 30 peserta dan Ustaz Ghazali Ibrahim (pemilik Muhibbin Holiday Travel) pada 8 Mac sehingga 19 Mac 2016. Jualan istimewa produk Sidra Care turut diadakan menerusi Karnival Ummah Bistari di Padang Anggerik Saujana Utama, Sg Buloh pada 25 Mac sehingga 27 Mac 2016.

Usahawan yang berminat untuk menjadi ejen atau wakil jualan boleh menghubungi talian, 011-66 99 565. Pihak syarikat turut memberi bimbingan usahawan dengan menyediakan model latihan secara online dan offline.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s