Hitachi Memenuhi Keperluan Lestari

Kuala Lumpur– Menyedari hakikat bahawa rumah kediaman adalah pelaburan yang terbaik, Hitachi Sales (Malaysia) Sdn. Berhad. (Hitachi) memperkenalkan siri peralatan rumah yang bukan sahaja bersifat pintar dan mesra alam tetapi turut mencetus sentuhan kemewahan.

IMG20160309154039Image 1“Berbangga dengan sejarahnya dalam pengeluaran peralatan elektronik berkualiti selama ini, Hitachi telah membina reputasi mencipta rangkaian produk mesra alam yang terulung. Rangkaian peti sejuk, mesin basuh, penyaman udara, pembersih vakum, penulen udara, periuk nasi dan ketuhar gelombang mikro yang diperkenalkan hari ini tidak terkecuali. Kesemuanya memperlihatkan gandingan sempurna antara inovasi dan kualiti untuk anda dan rumah anda. Produk kami ini direka berlandaskan teknologi asal Hitachi yang kami percaya akan menyumbang kepada masyarakat menerusi teknologi terkini, dengan matlamat menyenangkan dan menambah baik kualiti kehidupan pengguna kami.” -Toshinori Kaneko, Pengarah Urusan, Hitachi Sales (Malaysia) Sdn Berhad.

Peti Sejuk Pembeku Bawah Perancis Hitachi yang Bertaraf Dunia (R-WB850P5M)R-WB850P5M French Bottom Freezer

  • Direka untuk memberi penjimatan tenaga yang hebat, Peti Sejuk Pembeku Bawah Perancis bergaya ini dilengkapi dengan ciri Inverter (Penyongsang), Pendinginan Dwikipas Hitachi serta Panel Penebat Vakum (VIP) untuk memastikan makanan dan minuman disimpan pada suhu dingin yang konsisten dengan tahap kesegaran optimum.
  • Bersiap sedia untuk meraikan lebih banyak majlis kerana Ruang Peti Sejuk Mudah Dilihat menyediakan kapasiti amat besar dengan bahagian dalam lebih lebar membolehkan anda menyimpan pinggan hidangan dan bekas besar jika ada baki makanan.
  • Kekalkan kesegaran sayur-sayuran sehingga 7 hari dengan Ruang Sayuran Aero-care yang mengawal udara dan suhu sekeliling dan meningkatkan kepekatan karbon dioksida dengan pemangkin platinum untuk melambatkan proses respirasi.
  • Satu ciri yang menyenangkan pengguna ialah Pembuat Ais Mudah Putar yang terletak pada pintu ruang pembeku yang memudahkan anda membuat dan mengeluarkan ais sambil menyediakan lebih banyak ruang simpanan. Ketinggiannya yang mesra pengguna membolehkan anda mencapai makanan dan minuman kegemaran anda dengan mudah manakala
  • Pemegang Bantuan Buka memudahkan anda membuka peti sejuk dengan daya minima serta ruangan yang besar untuk penyimpanan sayur-sayuran dalam kuantiti yang besar.

Disediakan dalam warna Kelabu Gradiasi (XGR) dan Hitam Kaca (GBK), Hitachi juga menawarkan waranti pemampat 10 tahun untuk semua siri inverter dengan ciri pintar dan menjimatkan tenaga.

Peti Sejuk Siri E Hitachi Buatan Jepun Mentakrifkan Semula Maksud Kesegaran (R-E6800M)

  • Menampilkan reka bentuk dan teknologi Jepun yang tiada bandingan, antara ciri menariknya termasuk teknologi ciptaan sendiri Hitachi seperti teknologi Pengekalan Vakum dengan pengawetan Fotokatalis dan Kaset Segar Antioksidan yang memastikan daging, ikan dan produk tenusu kekal dingin dan segar dan selain itu, Ruangan Sayur Aero-care inovatif mewujudkan suasana optimum untuk mengekalkan kesegaran dan nutrien dalam sayur-sayuran, lantas membolehkan anda menyediakan sajian yang menyelerakan untuk anda seisi keluarga.
  • Siri ini juga menyediakan ciri Penyongsang dan Pendinginan Dwikipas yang memberi anda penjimatan konsisten.
  • Sambil Hitachi terus merintis inisiatif hijau, teknologi unik Hitachi seperti Pendinginan Kitar Fros dengan Nyahbeku Hibrid dan Panel Penebatan Vakum (VIP) fleksibel mengurangkan penggunaan tenaga isi rumah tahunan anda secara berkesan dengan meningkatkan kecekapan pendinginan peti sejuk untuk menjimatkan lebih tenaga.
  • Dengan hanya satu sentuhan, pintu dan laci peti sejuk dibuka secara automatik dengan teknologi Pintu dan Laci Automatik Original Hitachi walaupun dalam keadaan muatan penuh.

Disediakan dalam empat warna; Cermin Kristal (X), Hitam Kristal (XT), Perang Kristal (XK) dan Putih Krisal (XW), rangkaian peti sejuk Hitachi dengan Pengawal Skrin Sentuh ini telah dirangka dengan sempurna untuk menjadikan konsep rumah pintar satu kenyataan. Sebagai jaminan lanjut dan komitmen untuk menawarkan produk bermutu tinggi, Hitachi menawarkan waranti pemampat 10 tahun untuk siri peti sejuk ini.

Memanfaatkan Kuasa Air dengan Mesin Basuh Hitachi Basuhan Ultra Aliran (SF-240XWV)

  • Siri mesin basuh mesra alam Hitachi memanfaatkan kuasa air menerusi teknologi Basuhan Ultra Aliran. Mesin basuh ini menghasilkan aliran air bertenaga yang menanggalkan kotoran di samping mengurangkan penggunaan air.
  • Dengan kapasiti antara 18kg hingga 24kg, muatan terbesar membolehkan pencucian pakaian yang tebal dan besar seperti langsir dan sarung sofa dalam keselesaan rumah sendiri tanpa perlu risau akan pembaziran air.
  • Model SF-240XWV yang terbaru boleh menampung basuhan sehingga 24kg sekali gus, menjimatkan tenaga, air dan masa berbanding dengan pembasuhan dua muatan 12kg dengan model 12 kg biasa.
  • Selain daripada kapasitinya yang lebih besar, Inverter Kuasa siri mesin basuh Hitachi ini juga memberikan lebih kawalan terhadap putaran tab dan pendenyut yang dilaraskan dengan jitu untuk penjimatan tenaga optimum mengikut muatan kecil mahupun besar.
  • Siri mesin basuh Hitachi yang berprestasi tinggi ini juga dilengkapi dengan Sensor Eko 3 Langkah, yang mengesan dalam tiga langkah penetapan paling optimum dengan menentukan jumlah cucian dan jenis kain. Hasil pengesanan jitu memastikan tiada pembaziran masa, elektrik dan air.
  • Program lain termasuk mod Program Basuhan Pintar, Kawalan Kuasa Air, Pancuran Tambahan, Pilihan Memori, Cucian Tanpa Kusut dan 11 program basuhan untuk semua keperluan cucian anda.
  • Mesin Basuh Basuhan Ultra Aliran juga dilengkapi fungsi pembersihan automatik yang berkesan mencegah bakteria dan kulat, dan telah dianugerahkan Kelulusan Allergy UK sebagai pengiktirafan terhadap keupayaannya mengurangkan atau menyingkirkan alergen.

Berbekalkan komitmen untuk mengeluarkan produk berkualiti, Hitachi dengan yakin menawarkan waranti motor 10 tahun untuk siri mesin basuh ini. Pengguna juga boleh memilih Siri Basuhan Kibasan Berkilau yang disediakan dengan muatan 13-16kg.

Penyaman Udara Tidur Lena Dengan Kamera Suasana Yang Boleh ‘Melihat’ (RAS-VX10CF)

  • Menyedari keperluan pendinginan anda dalam pelbagai suasana dalam kehidupan harian, Penyaman Udara Tidur Lena Dengan Kamera Suasana Hitachi menggunakan Kamera Termo dan Imej, iaitu Kamera Suasana Kembar yang “melihat” lokasi manusia dan tahap aktiviti mereka dengan pintar dan juga mengambil kira kawasan yang bercahaya matahari. Ia kemudian melaraskan aliran udara dan suhu untuk dipadankan dengan peningkatan dan pengurangan suhu bilik kecil untuk tahap keselesaan yang paling sesuai.
  • Setiap satu daripada Kipas Bilah Gelombang Dalaman Sangat Senyap penyaman udara ini membezakan masa setiap bilah yang ‘membelah’ udara untuk memberikan anda operasi yang sangat senyap. Mod Tidur Lena juga mengawasi keadaan tidur anda sepanjang malam dan melaraskan suhu secara automatik kepada paras optimum mengikut peringkat tidur berbeza untuk memastikan anda nyenyak tidur setiap malam.
  • Kamera Suasana Kembar boleh menentukan saiz bilik dan menyesuaikan kuasa pendinginan kepada tahap yang sewajarnya pada setiap masa, lantas menjimatkan tenaga dan kos. Di samping itu, teknologi Semua Inverter DC Hitachi yang terkenal menggunakan Sistem Pemvektoran Pintar untuk menghasilkan kapasiti pendinginan sehingga 12,000 BTU/j dan memastikan operasi yang boleh dipercayai walaupun dalam keadaan kuasa tidak stabil. Kombinasi Semua Inverter DC dan Kamera Suasana Kembar boleh mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 62% berbanding semua model tanpa inverter. Berehat dengan tenang bersama penyaman udara di dalam siri ini kerana ia tampil dengan waranti 10 tahun untuk inverter pemampat untuk kesenangan anda.

Tiada lagi mop, kerja keras dan habuk kotoran dengan Pembersih Vakum Siklon Ledakan Kuasa Hitachi (CV-SC230V)

  • Pembersih Vakum Siklon Ledakan Kuasa dicipta dengan Kepala Pintar, iaitu kepala pemacu bermotor automatik yang menggunakan motor berkuasa tinggi dengan reka bentuk lebih kedap untuk menjana aliran udara kelajuan tinggi yang membolehkan habuk disedut dengan kuat. Ia juga mengelap lantai sambil menjana kuasa sedutan kuat habuk dari depan, di setiap sudut dari sisi dan belakang.
  • Kutu habuk yang menyebabkan alahan juga boleh didapati dalam gebar, cadar dan sofa. Pembersih Vakum Siklon Ledakan Kuasa dilengkapi dengan Kepala Pengibas Berkuasa (Muncung Katil) untuk mengibaskan fabrik barangan isi rumah ini dan menyingkirkan alergen untuk mewujudkan suasana yang lebih bersih dan selamat.
  • Berbeza daripada mop atau penyapu, pembersih vakum Hitachi ini membolehkan anda melupuskan habuk dan serpihan yang mengandungi kutu habuk rumah, debunga dan alergen halus lain dengan mudah tanpa berselerak. Anda tidak perlu menggunakan pembersih vakum gaya lama kerana alat ini menyediakan operasi satu sentuhan untuk membuang semua habuk dan anda boleh menanggalkan Bekas Habuk Boleh Dicuci untuk membersihkan semua bahagian secara berasingan dengan air bagi menjamin kebersihan.
  • Pembersih vakum jenis siklon Hitachi telah dianugerahkan Kelulusan daripada Allergy UK sebagai pengiktirafan terhadap keupayaan terbuktinya mengurangkan pendedahan kepada alergen. Lebih penting lagi, siri ini mempunyai penapis Nano Titanium untuk kesan antibakteria dan nyahbau yang akan mengesan dan menghilangkan bau tidak menyenangkan agar rumah nampak dan berbau lebih bersih. Dengan penapis tambahan seperti Penapis Pembersihan Mikro, Penapis Motor dan Penapis HEPA (H13), anda boleh berehat dalam keselesaan rumah sendiri dengan fikiran tenang kerana sedar bahawa udara yang anda hirup adalah jauh lebih bersih.

Hirup Udara Segar dengan Penapis Udara Bersih Sendiri Automatik (EP-L110E)

  • Seiring dengan sejarah cemerlang dan falsafah inovasinya, Hitachi terus menghasilkan teknologi serba maju dalam rangkaian Penulen Udaranya. Daripada salur masuk udara 6 hala yang mengagumkan pada 2002 kepada penyahbau diaktifkan oleh fotopemangkin dan teknologi Pembersihan Tahan Karat, segalanya disesuaikan untuk prestasi luar biasa.
  • Rangkaian Penulen Udara ini mempunyai keupayaan Pengumpulan Habuk Luas dan Pantas, dengan mengumpulkan habuk dengan cepat dalam masa 6 minit untuk bilik seluas 13m². Ia dilengkapi dengan kemudahan Bersih Sendiri Automatik – Robot Pembersih Penapis Automatik, iaitu pra-penapis yang dibersihkan secara automatik sebelum habuk boleh terkumpul. Ini memudahkan penyenggaraan kerana bekas hanya perlu dikosongkan sekali setahun bergantung kepada persekitaran di mana unit tersebut digunakan.
  • Nikmati udara yang segar kerana Penapis HEPA Bebas Alergen berfungsi bersama Sistem Pembersih Tahan Karat dalam prapenapis, flap dan salur keluar jaring untuk memastikan udara bersih dan sihat, yang membantu membasmi habuk dan bakteria. Tambahan lagi, Penapis Nyahbau Boleh Dicuci dapat dibersihkan dengan air untuk memulihkan kuasa nyahbau, manakala penapis boleh tahan sehingga 10 tahun.

Periuk Nasi Haba Induksi (IH)Terulung Untuk Nasi Yang Paling Enak (RZ-JHE18Y)

Nasi adalah salah satu makanan ruji Malaysia tetapi bukan mudah untuk memasak nasi dengan sewajarnya. Periuk Nasi Pemanas Induksi (IH) Hitachi menggunakan teknologi pemanas paling canggih Jepun untuk menghasilkan daya magnet yang menjana haba di dalam periuk untuk memasak nasi gebu dan enak dengan tekstur yang sewajarnya.

  • Dengan Periuk Besi Setebal 3.6mm buatan Jepun, haba dipindahkan secara seragam untuk memasak nasi secara sekata dan anda boleh memilih Mod Beras berbeza yang akan menjamin hasil terbaik bagi jenis nasi yang anda masak.
  • Masak makanan kegemaran anda dengan panel paparan Mudah Digunakan dan Mod Resipi Automatik kerana kedua-dua fungsi membolehkan anda memilih daripada 40 resipi, termasuk sajian Thai, Vienam, Melayu-Cina dan Jepun yang terkandung dalam buku memasak kalis air yang turut disertakan. Periuk Nasi IH juga mesra alam kerana kombinasi teknologi induksi dan inverter Hitachi membolehkan pemanasan pantas sambil mengurangkan penggunaan tenaga.

Periuk nasi ini, yang boleh didapati dalam warna Perang Emas dengan 14 Mod Memasak, termasuk Mod Stim dan Rendidih, mendorong anda untuk memasak dengan lebih kerap pada 2016.

PIlihan Lebih SIhat dengan Ketuhar Gelombang Mikro Stim Penghabaan Tinggi Hitachi (MRO-NBK5000E)

Kerja membuat doh roti anda sendiri tidak lagi menyusahkan dengan fungsi Bakeri Automatik kerana anda hanya perlu memasukkan ramuan ke dalam Dulang Membakar dan membiarkannya dibakar di dalam ketuhar. Dalam masa 90 minit, ruang rumah anda akan diselubungi aroma roti dibakar segar yang lembut lagi gebu dan sedap dimakan dengan fungsi Ketuhar Perolakan.

  • Asah kemahiran memasak anda dengan Ketuhar Gelombang Mikro Stim Haba Tambahan. Buat pilihan makanan lebih sihat dengan mod Stim Penghabaan Tinggi yang menggunakan stim pada suhu lebih 100⁰C di dalam pemanas ketuhar untuk mengurangkan kandungan lemak dan garam di dalam makanan anda. Ketuhar gelombang mikro Stim Penghabaan Tinggi juga boleh menghidangkan makanan yang garing di luar dan lembut di dalam apabila anda memilih mod Goreng Celur Tanpa Minyak yang disediakan dengan 18 menu pratetap.
  • Selain itu, anda boleh menyediakan sayur-sayuran panggang berkhasiat seperti kubis daun atau labu dengan mod gril stim, inovasi unik Hitachi yang menggabungkan kaedah memasak menggunakan plat gril dan penutup stim yang mengekalkan lebih banyak Vitamin C dalam sayur-sayuran berbanding masakan dalam ketuhar biasa.
  • Panel LCD Skrin Sentuh mudah digunakan memaparkan fungsi lazim yang boleh dipilih dengan mudah daripada skrin paparan pertama, menjadikannya lebih mudah untuk memasak sajian yang menambat hati dan selera rakan dan keluarga.

Bekalan Produk

Semua produk baru ini, kecuali Peti Sejuk Pembeku Bawah Perancis, sudah boleh didapati di rangkaian gedung barangan elektrik dan kedai elektrik yang utama di serata Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang produk tersebut dan banyak lagi, layari www.hitachiconsumer.com.my.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s