Penghantaran Ekspress Dengan ezyCourier

DSC_0196Kuala Lumpur– ezyCourier Malaysia telah dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Pegawai Komunikasi di bahagian Sektor Perkhidmatan Dan Piawaian Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ( SKMM) ,iaitu YBHG Dato ‘ Ali Hanafiah Mohd Yunus bersama Pengarah ezyCourier Malaysia, Encik John Gun di Malaysia IT Fair 2016 yang berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley.

Step 1ezyCourier Malaysia merupakan syarikat kurier terbaru yang telah mendapat lesen kurier dari SKMM, menyertai 100 operator kurier yang dikendalikan setakat ini.

Selaras dengan gaya hidup segalanya di hujung jari hari ini, ezyCourier Malaysia menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspres melalui penggunaan “aplikasi mudah alih”. Perniagaan di atas talian yang semakin meningkat menyebabkan permintaan penghantaran barangan kepada pelanggan juga meningkat .

ezyCourier Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan kurier ‘pintu ke pintu’ yang amat berpatutan disamping mengintegrasi keperluan penghantaran kurier dan pada masa yang sama, dapat memenuhi keperluan individu untuk mencari pendapatan separuh masa atau sepenuh masa. Penghantaran barangan oleh Ejen ezyCourier Malaysia dapat dilaksanakan melalui kereta dan motosikal, tetapi juga boleh menggunakan basikal atau berjalan kaki.

“Aplikasi ezyCourier ini menawarkan alternatif kepada pengguna yang sibuk untuk menjimatkan masa untuk menghantar bungkusan mereka dengan beberapa langkah mudah sahaja yang boleh dilakukan secara terus melalui peranti mudah alih. Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran berkualiti kepada masyarakat umum.” kata Gun.

Dato ‘Mohd. Ali Sementara itu berkata, “SKMM menggalakkan industri ini, terutamanya syarikat pos dan kurier untuk terus menyokong keperluan komuniti E-dagang dengan memperkenalkan Application Programming Interfaces (APIs) mereka sendiri yang lebih fleksibel dalam pemindahan data langsung dan meningkatkan pengalaman kepada pengguna dan pembekal. Dengan lebih banyak (API) tersedia, ekonomi E-dagang akan dapat diperkukuhkan dan berkembang dengan lebih cepat. ”

Untuk maklumat lanjut mengenai ezyCourier Malaysia sila layari www.ezyCourier.org atau www.facebook.com/ezyCourierMY. Muat turun ezyCourier APP daripada Android Google Playstore dan IOS App.
e- mel kami : support@ezycourier.org

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s