Southern Tigers & ONEXOX Bekerjasama Demi Manfaat Penyokong Kelab Bola Sepak JDT

Pix_001
Johor Bahru, Isnin-Persatuan Kelab Bola Sepak Johor (JDT) telah menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan One XOX Sdn Bhd, anak syarikat XOX Bhd. Ini adalah pelan komunikasi pertama seumpamanya yang mampu merapatkan lagi penyokong JDT dan mengetahui informasi terkini mengenai JDT dengan lebih pantas dan terperinci.

Pengumuman itu dilakukan oleh Pengarah Eksekutif Southern Tigers Sdn Bhd, En. Rezal Dato’ Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, XOX Bhd, Encik Ng Kok Heng.

Selain dapat merapatkan hubungan masyarakat setempat dan memupuk gaya hidup serta bakat masyarakat, kerjasama ini dapat mempromosikan gaya hidup sihat dengan perkongsian pencapaian, jadual latihan serta pengurusan ahli pasukan JDT.

ONEXOX bakal memperkenalkan satu pelan prabayar istimewa dipanggil “Southern Tigers Club Prepaid Starter Pack” dimana terdapat “ONEXOX’s USSD EASY MENU” yang boleh diakses secara luar atau dalam talian dengan mendail kod khas. Pek permulaaan edisi terhad ini dijangka akan menjadi rebutan di kalangan penyokong JDT di seluruh negara kerana ia akan membuatkan mereka merasa lebih rapat dengan pasukan kegemaran mereka.

4G LTE ONEXOX yang berkelajuan tinggi membolehkan peminat JDT menonton video secara langsung dengan melayari laman web rasmi JDT melalui saluran JDTTV. http://jdttv.my/ ).

XOX Mobile mempunyai rekod komitmen yang tinggi dan berterusan terhadap sukan tempatan. XOX Mobile telah menjalin kerjasama erat dengan beberapa persatuan serta ikon sukan di Malaysia. Antaranya Dato’ Lee Chong Wei yang dilantik sebagai duta jenama serta tajaan untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Persatuan Badminton Malaysia bagi melahirkan bakat sukan tempatan serta membina negara yang lebih sihat.

Johor Darul Ta’zim adalah kelab bola sepak terkemuka di Malaysia dan merupakan juara bertahan Liga Super Malaysia serta Gabungan Bola Sepak Asia (AFC). Kelab penyokong Southern Tigers adalah antara kelab peminat yang paling aktif serta inovatif dengan memiliki 1.4 juta peminat di laman Facebook, 265,000 pengikut di Instagram serta 65,000 pengikut di Twitter.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, XOX Bhd, Encik Ng Kok Heng, kerjasama ini akan memberi manfaat kepada penyokong Southern Tigers kerana semakan melalui “USSD EASY MENU” memudahkan penyokong untuk mengakses maklumat dengan percuma, tanpa pemberitahuan notifikasi.

“Kami sedar ONEXOX mempunyai asas pelanggan dari Johor yang kuat, dan kami melihat kenaikan penggunaan data apabila perlawanan pasukan JDT sedang berlangsung. Kami dapat melihat bahawa penyokong JDT tercari-cari maklumat terkini berkenaan pasukan mereka dan kami disini adalah untuk membantu dengan mewujudkan pelan parabayar istimewa ini dengan kod panggilan khas,” kata Encik Ng.

“Kami dapati JDT adalah antara pasukan terhebat dengan rangkaian sokongan terbaik di Malaysia dan juga penyokong setia yang sentiasa tertunggu-tunggu perkembangan terbaru pasukan mereka. Perkhidmatan ekslusif daripada ONEXOX untuk Kelab Southern Tigers ini akan memberi manfaat kepada semua peminat yang menanti perkembangan pasukan JDT,” jelas Encik Ng.

Menurut Pengarah Eksekutif Southern Tigers Sdn Bhd, En. Rezal Dato’ Rahim, kejayaan kelab ini terbina kerana komunikasi dua hala yang terjalin serta terdapatnya rasa perkongsian yang sangat kuat dan menjadikan pasukan JDT selalu berada di hati dan minda para penyokong.

“Penyokong JDT adalah seperti sebuah keluarga. Kami mahu mereka berkongsi rasa kegembiraan dengan rakan serta keluarga setiap kali pasukan JDT menemui kejayaan tanpa ada sebarang kos tambahan. Dengan servis “ONEXOX USSD EASY MENU”, mereka mampu mendapatkan maklumat terkini walaupun di luar talian. Ciri eksklusif pek prabayar permulaan adalah satu lagi manfaat istimewa dimana hanya peminat JDT boleh menikmatinya”, kata Encik Rezal.

“Terdapat banyak lagi peluang untuk kita membangunkan perkhidmatan ini untuk ahli Southern Tigers, termasuk maklumat terkini melalui teks pesanan, maklumat terkini serta pelbagai aktiviti yang akan dijalankan. Kami berharap kerjasama bersama kelab bola sepak terkemuka Malaysia ini akan membawa lebih banyak informasi serta mempromosikan gaya hidup lebih sihat kepada ahlinya,” kata Encik Ng menutup ucapannya.

Dapatkan lebih maklumat dengan mengikuti laman rasmi Facebook ONEXOX serta akaun Instagram atau layari www.xox.com.my.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s