Ca’ya™ , Gabungan Habbatus Sauda & Ginseng Memberi Tenaga Berterusan

 

DSC_7959 copySelangor-Cerebos Malaysia, antara pengeluar produk kesihatan terkenal negara melancarkan minuman kesihatan baharu,  Ca’ya™ . Ia menggabungkan dua ramuan semula jadi yang membantu mengekalkan tenaga dan daya hidup jangka panjang bagi individu yang ingin mengamalkan gaya hidup yang aktif.

Dx_Brands_004048_with BG_08Bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap, minuman kesihatan ini juga menyeimbang dan menyempurna kenikmatan hidup seseorang individu itu dengan memberi sumber tenaga harian terutamanya mereka yang sentiasa sibuk.

Dikeluarkan selepas 3 tahun menjalani kajian saintifik dan maklumat pengguna, Ca’ya™ diformulasi khas dengan dua bahan utama yang hebat lagi diyakini khasiatnya iaitu Habbatus Sauda dan Ginseng.

Habbatus Sauda (Jintan Hitam) sememangnya diperakui sebagai suatu ramuan yang ajaib kerana ianya mempunyai kuasa penyembuh. Dengan gabungan Ginseng, satu lagi bahan hebat yang disahkan secara saintifik, Ca’ya™ mampu menangani kelesuan, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesejahteraan fizikal lelaki dengan membantu memperbaiki sistem immunisasi serta merangsang tenaga dalam badan untuk prestasi yang optimum serta kesejahteraan rohani.

Antara keunikan Ca’ya™ yang menjadikannya lain daripada minuman bertenaga yang sedia ada, adalah ia mengandungi bahan semula jadi serta tidak mengandungi bahan kafein, bahan pengawet, lemak atau pewarna yang kurang menyihatkan, sekaligus menjadikannya minuman yang sesuai untuk diminum setiap hari bagi mengekalkan tenaga.

Berdasarkan hasil ujian yang dijalankan, 88% di kalangan pengguna megesahkan bahawa mereka berasa kurang lesu selepas meminum Ca’ya™. Di samping itu, 76% daripada mereka menyatakan bahawa minuman ini mempunyai rasa yang sedap.

Turut hadir di majlis pelancaran yang berlangsung di ibu pejabat Cerebos Malaysia di Shah Alam adalah wajah kempen terbaru itu iaitu hos, DJ radio dan pelakon, Nabil Ahmad. Terkenal dengan gaya hidup yang serba aktif dan sudah berkeluarga, Nabil melambangkan seorang personaliti lelaki berjaya dalam hidup apatah lagi beliau dikuasakan dengan Ca’ya™.

Ca’ya spokesperson, Nabil Ahmad“Disokong dengan sains dan bahan semula jadi yang memang saya percaya dalam hidup saya, Ca’ya™ adalah sumber tenaga yang saya perlukan dan yakin mampu memberi saya daya hidup untuk kekal aktif dan juga membantu saya melengkapkan kewajipan dan tanggungjawab saya yang memainkan pelbagai peranan sebagai seorang lelaki, sambil menikmati kehidupan dengan lebih sempurna.” kata Nabil.

Dijual dalam pek 6-botol (RM34.80) di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi, Ca’ya™ juga akan dikeluarkan dalam pek individu di beberapa kedai serbaneka terpilih di Semenanjung Malaysia dengan harga RM5.80 sebotol. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk baru ini, layari laman web www.caya.com.my atau hubungi Talian Prihatin Pelanggan di 1 300 228 300.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s