Kempen “Raya-Merdeka Cook With Chef” Kembali Lagi Untuk Musim Ke-3

SAM_1771Subang- Selepas dua tahun melaksanakan Kempen Pensonic Chef’s Like yang hebat dan tidak dapat dilupakan, kini tiba masanya untuk meraikan Kempen “Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3”.

SAM_1785Setiap tahun menjanjikan lebih banyak kehebatan berbanding dengan tahun sebelumnya,  Kempen 2016 Pensonic “Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3” lebih hebat dengan tiga kali keseronokan dan kehebatan apabila pemenang peraduan Chef’s Like bakal memasak bersama selebriti tempatan dan Rakan Pensonic iaitu Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail dalam program masakan kami!

Antara barisan selebriti yang bakal menyerikan program masakan ini adalah Zara Zya, Nadiya Nisaa, Faizal Hussein, Sherry Ibrahim, Marsha Milan Londoh, Ungku Ismail, Abam Bocey, Amber Chia, Alan Yun, Sari Yanti, Fendi Balas, Elfira Loy, Chef Florence Tan dan bintang-bintang OLA-BOLA, oleh itu setiap episod harus ditontoni!

Tahun lepas, Pensonic telah mengadakan demonstrasi masakan yang hebat dan memasak beramai-ramai di West Boulevard, One City di mana 500 peserta telah memasak bersama-sama dengan DCH Ismail semasa demonstrasi memasak ini. Segala-galanya telah disediakan untuk peserta, termasuk bahan-bahan mentah, peralatan memasak dan juga apron. Mereka bukan sahaja membawa pulang hidangan lazat yang mereka sediakan, malaha barangan bernilai RM450.00 termasuk Pensonic multi-cooker.

Memandangkan acara memasak bersama DCH Ismail pada tahun lepas mendapat sambutan yang mengalakkan, Pensonic akan mengadakan acara ini sekali lagi di Kuala Lumpur pada 31 Julai 2016. Pemenang dan peserta bukan sahaja dapat mengambil bahagian dalam acara memasak beramai-ramai malah dapat membawa pulang satu Periuk Serbaguna (Multi-cooker) Pensonic dan barangan menarik daripada Pensonic sebagai tanda terima kasih di atas sokongan mereka terhadap Pensonic.

Selain pertandingan Facebook, demonstrasi masakan dan acara masak beramai-ramai, tahun ini kami juga memberi peluang untuk pemenang pertandingan “Cook with Celebrity & Chef DCH Ismail” untuk menampilkan kemahiran memasak dalam program memasak “Chef Mail Masak Bersama Pensonic” dengan selebriti tempatan dan DCH Ismail.

8 episod akan disiarkan di 2 saluran HyppTV dari 19 Mei hingga 7 Julai 2016. Rancangan ini boleh ditonton setiap hari Khamis dari pukul 7.00 malam hingga 7.30 malam dengan siaran ulangan setiap hari Ahad dari pukul 10.30 malam hingga 11.00 malam di Hypp Sensasi (Saluran 116) manakala Hypp Inspirasi (Saluran 111) akan menyiarkan program ini setiap hari Khamis dari pukul 9.30 malam hingga 10.00 malam. Kami juga akan menyiarkan satu episod khas di kedua-dua saluran 116 dan 111 pada 12 Mei 2016.

Selepas 16 Mei dan ke atas, rancangan ini juga akan disiarkan di TV3 setiap hari Isnin dari pukul 6.00 petang hingga 6.30 petang dan episod terakhirnya pada 18 Julai 2016. Penonton di rumah yang menonton rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic” juga berpeluang memenangi peralatan Pensonic dengan menyertai peraduan “Watch & Win” di “Facebook” Pensonic. Kami berharap rancangan ini akan menyemarakkan lagi semangat para penonton untuk memasak di rumah dan membimbing mereka untuk menyediakan hidangan yang lebih cepat dan mudah.

Peraduan gambar Instagram akan diadakan di lokasi terpilih dan terdapat juga cabutan bertuah dalam semua kelas masakan dan lebih banyak hadiah menanti para pemenang dan tetamu. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menang, menang dan menang banyak hadiah menarik dari kami!

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja kami yang murah hati iaitu MAMEE-DOUBLE DECKER (M) SDN. BHD. dan KITCHEN KINGDOM SDN. BHD., serta penaja lokasi iaitu ECITY HOTEL SDN. BHD. di atas sokongan mereka dalam menjayakan Kempen Musim ke-3 Pensonic Chef’s Like.

Peraduan “Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3” Pensonic bermula pada 1 April dan berakhir pada 10 Julai 2016. Pelanggan akan mempunyai peluang untuk menyertai kelas memasak eksklusif DCH Ismail dengan menyertai peraduan Pensonic Chef’s Like. Pelanggan hendaklah melengkapkan beberapa langkah mudah bagi peluang untuk memenangi tiket percuma ke kelas masakan yang dinanti-nantikan ini. Cuma beli sebarang produk siri Chef’s Like, isikan borang penyertaan dengan butir-butir peserta, lengkapkan slogan yang mudah, lampirkan kad jaminan produk dan resit sebagai bukti pembelian, kemudian hantarkan dokumen tersebut ke alamat yang dinyatakan.

Setiap pemenang akan menerima dua tiket untuk melihat Chef Selebriti DCH Ismail menyediakan masakan tradisional dan juga masakan moden dalam kelas memasak yang amat menghiburkan dan berbakat. Selepas kelas memasak, pemenang juga berpeluang merasa masakan beliau yang amat menyelerakan dan lazat. DCH Ismail, yang telah menjadi Rakan Pensonic sejak tahun 2005 ialah Chef terkenal yang mewakili Malaysia dalam acara-acara pelancongan.

Kempen Musim ke-3 Kelas Memasak 2016 Pensonic Chef’s Like adalah seperti berikut:
• Kuala Lumpur pada 31 Julai 2016 (Ahad)
• Pulau Pinang pada 07 Ogos 2016 (Ahad)
• Kuching pada 14 Ogos 2016 (Ahad)
• Johor Bahru pada 20 Ogos 2016 (Sabtu)

DCH Ismail mempunyai bakat semula jadi dalam memasak pelbagai masakan termasuk masakan tradisional dan juga masakan moden, beliau pandai menawan hati peserta dengan kepintaran dan lawak jenakanya. Sikap periang dan keterampilannya yang menyenangkan, kegemarannya untuk memasak bersama-sama dengan peralatan Pensonic menjadikan kelas-kelas memasak beliau satu pengalaman yang memuaskan dan menarik untuk peserta. “Chef Mail Masak Bersama Pensonic” adalah sebuah rancangan yang benar-benar unik kerana pemenang-pemenang peraduan akan berpeluang memasak makanan pilihan mereka untuk DCH Ismail dan seorang selebriti tempatan.

Peralatan gaya hidup dapur Chef’s Like dengan rekabentuk ringkas dan menarik telah dicipta untuk memberi inspirasi kepada kreativiti dan untuk menjadikan memasak satu aktiviti yang memuaskan, dengan hasil masakan yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga.

Peralatan dalam siri Chef’s Like termasuk:

  • Pembuat Roti (Bread Maker) (PBM-2000),
  • Kelalang Thermo (Thermo Flask) (PTF-5002),
  • Pengisar (Blender) (PB-801),
  • Pencampur (Mixer) (PM-214),
  • Periuk Serbaguna (Multi-cooker) (PMC-150G),
  • Dapur Induksi (Induction Cooker) (PIC-2000),
  • Pengukus (Steamer) (PSM-1603),
  • Periuk Nasi (Rice Cooker) (PSR-17N),
  • Ketuhar Elektik (Electric Oven) (AE-19N),
  • Ketuhar Perolakan (Convection Oven) (PRO-910),
  • Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave Oven) (PMW-2003) dan
  • ‘Air Fryer’ (PDF-2201).

Dicipta dengan mengambilkira keselesaan pelanggan, peralatan dapur Pensonic Chef’s Like menyempurnakan rumah anda. Nikmati secawan kopi kegemaran anda dengan air yang baru dididih menggunakan Kelalang Thermo (PTF-5002) dan kepingan roti panas yang baru dibuat menggunakan Pembuat Roti (PBM-2000). Sama ada anda memasak untuk kenduri atau makan malam romantik untuk 2 orang, peralatan Chef’s Like akan memberi keputusan yang cemerlang.

Periuk Serbaguna (PMC-150G) adalah rakan dapur yang menakjubkan kerana ia merebus, menumis, menggoreng, ‘steamboat’ dan memanggang, memberikan anda beratus-ratus kemungkinan masakan. Jika anda mencari peralatan yang bijak tenaga, serta selamat dan berkesan, maka PIC-2000 ‘Induction Cooker’ harus menjadi pilihan anda.

Nikmati nasi yang sempurna, dimasak lembut dan gebu, dengan Periuk Nasi Pensonic Chef’s Like (PSR-17N) 1.8 liter yang boleh memasak nasi untuk 8 orang. Pengukus (PSM-1603) membantu anda untuk menikmati makanan yang segar, masakan yang kaya dengan rasa dan nutrien.

Pencampur (PM-214) Chef’s Like, Ketuhar Elektik (AE-19N) dan Ketuhar Olakan (PRO-910) menjadikan membuat kek, biskut, pai, puding dan pastri satu pengalaman yang menarik. Jika anda ingin mengurangkan makanan berminyak, ‘Air Fryer’ (PDF-2201) dan Ketuhar Gelombang Mikro (PMW-2003) adalah pilihan yang tepat untuk memasak makanan yang sihat. Anda boleh membuat ‘smoothie’ yang serta mengisar rempah dengan mudah menggunakan Pengisar (PB-801).

Kami harap kempen kami akan menawan hati peminat masakan yang menghargai kepentingan hidangan yang sihat dan menarik. Kelas masakan kami memberi tumpuan kepada hidangan tempatan yang lazat dan mudah, dan kami berusaha untuk menyedarkan kepentingan rakyat Malaysia menyediakan makanan mereka sendiri, berkongsi dan makan bersama-sama berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan mereka. Memasak dan makan di rumah bukan sahaja memupuk keakraban keluarga, tetapi juga lebih bersih dan sihat kerana anda mempunyai lebih kawalan ke atas apa yang digunakan untuk memasak makanan anda. Dengan peralatan dapur Pensonic Chef’s Like di dapur anda, sesiapa sahaja boleh menjadi seorang chef yang cekap di rumah seperti yang ditunjukkan oleh DCH Ismail dalam kelas memasak beliau yang menarik. Mari menikmati masakan yang lazat, bersama-sama mereka yang tersayang dan masa yang menggembirakan dengan Pensonic Chef’s Like!

Anda dijemput mengunjungi laman Facebook Pensonic Malaysia Facebook page, http://pensonic.com/ atau menelefon Pensonic Careline: 1-800-881-770 untuk maklumat lanjut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s