Pelakon Cilik Mia Sara Lancar Koleksi Rekaan MS Couture

 

DSC00917Kuala Lumpur-Setelah 7 tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, pelakon Mia Sara telah melancarkan rangkaian tudung, baju kurung dan jubah di bawah jenamanya sendiri iaitu MS COUTURE di Hotel Royal Kuala Kumpur.

“Saya mula menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak mula bertudung selepas pulang daripada umrah Januari lalu. Kemudian ia berkembang ke jubah dan baju kurung. Ia juga merupakan salah satu matlamat jangka masa panjang dan masa depan untuk mempunyai perniagaan dengan jenama sendiri,” Mia Sara, 11 tahun.

MS COUTURE menawarkan 3 jenis tudung dengan kualiti terbaik yang didatangkan khas untuk ibu dan anak seperti Muna Sumiyah, Shuhrah dan Mahabbah.

“Buat masa ini kami mempunyai tiga jenis tudung iaitu Muna Samiyah iaitu tudung satu muka untuk kanak-kanak, Shuhrah pula tudung dua muka untuk kanak-kanak dan dewasa (tidak berbatu). Manakala, Mahabbah pula menampilkan ciri tudung dua muka untuk kanak-kanak dan dewasa (berbatu),” ujarnya. Kesemua tudung ini diperbuat dengan kain jenis lycra iaitu lycra printed, lycra cotton dan lycra denim.

DSC01049Selain tudung, MS COUTURE juga tampil dengan rekaan eksklusif tiga jenis jubah iaitu Marissa, Sofia dan Madeena. Marisa merupakan jubah potongan A dan diperincikan dengan rekaan cape. Sofea pula merupakan jubah kanak-kanak dan dewasa diperincikan dengan corak abstrak moden, menggunakan fabrik oriental velvet. Madeena tampil dengan rekaan jubah potongan A dan diperincikan dengan tail kembang di hujung lengan menggunakan fabrik como crepe.

MS Couture turut menyediakan baju kurung moden Samira potongan fish tail dan skirt potongan pensil dengan menggunakan fabrik- cotton plain dan bercorak kualiti tinggi.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s