Pelanggan U Mobile Kini Nikmati Strim Video 24 Jam Percuma Setiap Hari

image003Kuala Lumpur-U Mobile Sdn Bhd, syarikat telekomunikasi mudah alih terpantas di Malaysia menjadi syarikat pertama di negara ini yang menyediakan tawaran strim video tanpa had sepanjang hari secara PERCUMA.

Inovasi terbarunya, ‘Video-Onz™’, bakal mengubah cara pelanggan pascabayar dan prabayar menikmati tontonan video dalam talian tanpa perlu bimbang mengenai data yang perlu digunakan ketika menonton strim video pada bila-bila masa, kerana perkhidmatan ini adalah percuma.

Perkhidmatan ‘Video-Onz™’ U Mobile boleh diakses oleh pelanggan yang menonton strim video dari 11 penyedia kandungan video yang menjadi rakan usahasama syarikat telekomunikasi itu.  Bermula 29hb April, mereka boleh menonton YouTube, HyppTV Everywhere, Viu, iflix, Youku, Tudou, Astro on the Go, tonton, ErosNow, Herotalkies, ONFM dan Pocketimes tanpa dikenakan caj. Mereka juga boleh memilih sama ada ingin mengguna bahasa Melayu, Inggeris, Bengali, Tamil, Hindi, Mandarin dan Korea.

Sebagai tanda kesepakatan usahasama itu, perkhidmatan HyppTV Everywhere dan Viu turut menawarkan akses premium secara percuma selama 2 bulan kepada pelanggan U Mobile.

image010Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile menjelaskan, ketika syarikat itu melancarkan perkhidmatan strim video percuma untuk tontonan di luar waktu puncak bagi YouTube dan tonton sejak Oktober 2014, ternyata keputusan itu sangat popular di kalangan pelanggan. Sejak permulaan promosi tersebut, U Mobile melihat peningkatan pengunaan data video sebanyak 14 kali ganda. Malah, 45 % daripada trafik data U Mobile berpunca daripada strim video. Berdasarkan sambutan yang memberangsangkan, U Mobile berusaha keras untuk meneroka kaedah terbaik bagi memuaskan hati pelanggan dengan memberikan mereka lebih banyak manfaat penstriman video.  Hasilnya adalahVideo-Onz™.

“Kami adalah syarikat telekomunikasi yang berfokuskan data dan sentiasa mencari jalan untuk menyediakan nilai terbaik dan pengalaman data yang menyeronokkan buat para pelanggan kami. Setelah berbulan membuat perancangan bersama-sama rakan usahasama yang kami hargai, kami berasa gembira untuk memperkenalkan Video-Onz™ kepada semua pelanggan. Kami yakin, tiada seorang pun dapat menolak tawaran sehebat ini, dimana mereka boleh strim kandungan video kegemaran secara percuma tanpa menggunakan data. Kesepakatan ini adalah jalinan ‘bersama-sama menang’ bagi U Mobile dan rakan-rakan lain. Kami membuat pelanggan kami gembira dan rakan-rakan usahasama kami berpeluang untuk mengongsikan kandungan video bersama para pelanggan yang berminat untuk menonton video secara strim 24 jam setiap hari.”

Video-Onz™ U Mobile menawarkan perkhidmatan strim video tanpa had secara percuma tanpa menggunakan data kepada pelanggan yang menggunakan pelan P70, i90 dan i130. Bagi semua pelanggan pascabayar dan jalur lebar yang lain, mereka akan diberi 100% data tambahan untuk Video-Onz™. Bagi prabayar pula, mereka akan mendapat 100% data tambahan untuk Video-Onz™ dengan setiap pembelian pakej data UMI/MB.

Contohnya, pelanggan pelan prabayar UMI 30 dengan pelan pakej 1.5GB, akan diperuntukkan dengan 1.5GB data tambahan untuk Video-Onz™. Di samping itu, semua pelanggan UMI akan menikmati 1GB data tambahan secara percuma sehingga 30 Jun 2016.

Layari http://www.u.com.my untuk maklumat lanjut berkenaan U Mobile, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan atau sertai pelbagai aktiviti sosial U Mobile dengan melayari http://www.fb.com/umobile

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s