Penjenamaan Semula Butik Benang Hijau, Cyberjaya & Peraduan “Ibuku”

BenangHijauPressCon-022Cyberjaya– Pelanggan setia BENANG HIJAU (#BHDarling) kini berpeluang memenangi pakej Umrah percuma bersama ibu mereka.

Rumah fesyen muslimah ini bakal menaja pemenang yang menyertai peraduan “Ibuku” hanya semudah 1,2,3!

1. Pelanggan hanya perlu bergambar bersama ibu mereka di mana-mana cawangan butik BENANG HIJAU.
2. Kemudian muat naik foto di laman Instagram dan Facebook anda bersama coretan pendek memori terindah antara anda berdua.
3. Akhir sekali jangan lupa sertakan hashtag #benanghijauumrahcontest dan tag @benanghijau untuk melayakkan anda tercalon sebagai pemenang bertuah “Ibuku”.

Bermula 1 Mei hingga 31 Julai, 3 pasangan ibu dan anak yang bertuah akan dipilih sebagai pemenang tajaan pakej ibadah Umrah kempen “Ibuku”.

BenangHijauPressCon-024Berita gembira ini sejajar dengan perkembangan BENANG HIJAU yang secara rasmi melancarkan butik terbaru “Inspirasi Wanita Anggun” di Shaftsbury Square, Cyberjaya baru-baru ini.

Malah, sebagai menghargai sokongan tidak berbelah bahagi kepada pelanggannya, BENANG HIJAU menyediakan 2,000 helai shawl untuk diberikan kepada pelanggan di butik BENANG HIJAU CYBERJAYA yang membuat pembelian di butik itu sehingga 26 April 2016.

Selain tawaran potongan harga dan rangkaian busana pilihan popular, promosi jualan pembukaan butik ini juga menawarkan rekaan istimewa bagi hijab serta jubah BENANG HIJAU.

Selain Cyberjaya yang menjadi lokasi bagi rangkaian ke-18 label butik muslimah ini, BENANG HIJAU juga bakal menjadikan AEON Kota Bharu, Kelantan sebagai cawangan terbaru dalam empayarnya pada 28 April ini.

Dalam pada itu, BENANG HIJAU turut menawarkan harga promosi serendah RM15 bagi tudung dan RM20 untuk pakaian.

Mula mencuri tumpuan dalam industri fesyen patuh syariah sejak tahun 2012, BENANG HIJAU Cyberjaya berurus niaga dari jam 11pagi-8malam. Untuk maklumat cawagan lain, lawati instagram @lokasibenanghijau.

Jualan atas talian tersedia di www.benanghijau.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s