Akim & Stacy Muka Baru Untuk ‘Jalan-Jalan Breakers’ Nestle KitKat

3
Petaling Jaya- Nestlé (Malaysia) Berhad baru-baru ini mengumumkan pasangan penyanyi dan selebriti terkenal, Afiq Hakim Ahmad (Akim) dan Ummu Shaikhah Stacy Anam (Stacy) juga dikenali sebagai ‘breakers’ bagi Nestlé KitKat Malaysia  selain  melancarkan sebuah iklan TV baharu yang cukup menarik bagi jenama tersebut.

Pengumuman itu dilakukan dalam sebuah sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat Nestlé, Menara Surian.

“Kami dengan sukacita mengalu-alukan Akim dan Stacy ke keluarga KitKat. Kedua-duanya masih muda dan berbakat tinggi serta memiliki personaliti penuh bertenaga. Dalam kesibukan kerjaya mereka sebagai penghibur, Akim dan Stacy tahu bilakah masanya untuk berhenti untuk berehat dan memulihkan tenaga. Mereka benar-benar melambangkan gaya hidup KitKat.”-Sachin Goel, Pengarah Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksioneri, Nestlé Malaysia.

KitKat percaya kerjasama mereka dengan pasangan selebriti yang moden dan ceria ini akan membawa senyuman ke wajah dan muzik ke pendengaran peminat mereka. Mereka juga tidak sabar mendengar lagu tema KitKat yang bakal dinyanyikan oleh pasangan tersebut.

Pendedahan di FB KitKat Malaysia dua minggu lepas yang mengumumkan Akim dan Stacy sebagai “breakers” baharu KitKat telah menerima hampir 200,000 “like” dan maklum balas.

Berhubung pelancaran iklan TV baharunya, KitKat mengumumkan bahawa iklan tersebut akan disiarkan di semua saluran TV. Para peminat juga akan dapat mengikuti iklan istimewa di radio yang menampilkan Akim dan Stacy dan beberapa kempen menarik yang bakal dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan ini. Laman sesawang rasmi, www.kitkat.com.my, akan turut memuatkan pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan bersama kedua-dua duta tersebut.

Dengan penambahan pelbagai jenis snek wafer coklat lazat, KitKat amat mengalu-alukan peranan Akim dan Stacy untuk membiasakan para peminat mereka dengan bukan hanya bar KitKat 2 dan 4 jejari serta KitKat Bites, malah dengan pelbagai varian baharu seperti KitKat Green Tea dan KitKat CHUNKY Cookies and Cream yang semuanya menawarkan kenikmatan coklat halus yang sungguh enak sambil mengajak anda bersama-sama mempelbagaikan cara menikmati masa rehat anda.

Pelantikan Akim dan Stacy sebagai breakers baharu KitKat adalah sebahagian daripada kempen global jenama tersebut iaitu ‘Jalan-Jalan Breakers. Ikuti #mybreak dan #jalanjalanbreakers hashtag di Facebook dan Twitter untuk turut menyertai kemeriahannya.

KitKat juga merupakan jenama utama yang terlibat dalam inisiatif Pelan Koko Nestlé (Nestlé Cocoa Plan) yang dilancarkan pada bulan Februari 2016. Di bawah program Mencipta Nilai Bersama Nestlé (Creating Shared Value), Pelan Koko Nestlé bermatlamat untuk mempertingkatkan kehidupan komuniti penanam koko dan kualiti koko yang dihasilkan. Cara Nestlé membantu membentuk masa depan yang lebih cerah bagi para penanam koko, keluarga mereka dan komuniti di Ivory Coast adalah melalui tiga tonggak utama yang menjadi pegangan dalam usaha ke arah perladangan lebih baik, koko lebih baik dan kehidupan yang lebih baik. Rancangan Koko Nestlé turut membantu dalam pendidikan kanak-kanak di Ivory Coast dan bermatlamat untuk membasmi penggunaan buruh kanak-kanak. Rancangan Koko Nestlé menggunakan sumber koko mampan sebagai bahan untuk menghasilkan produk-produk konfeksi Nestlé termasuk bar KitKat dan mencapai matlamat penggunaan koko 100% mampan Nestlé.

Have a break, Have a KitKat dengan Akim dan Stacy.

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat, sila layari http://www.nestle.com.my.brands/confectionery_and_chocolate/kitkat dan Facebook.com/KitKatMalaysia

Beginilah caranya untuk menikmati masa rehat, cara KitKat:

1. Tolak wafer keluar daripada pembalut merah.
2. Patahkan satu jejari wafer pada satu-satu masa.
3. Patahnya jejari wafer di bahagian tengah, dan nikmatinya!

 

Advertisements

One thought on “Akim & Stacy Muka Baru Untuk ‘Jalan-Jalan Breakers’ Nestle KitKat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s