1 Juta Rakyat Malaysia Terpikat Dengan Berus Gigi Systema

Systema_03

Kuala Lumpur– Berapa ramai yang ambil peduli tentang berus gigi mereka? Adakah mereka tahu sama ada mereka mengguna berus gigi yang betul atau sebaliknya?

Sebenarnya ramai yang mempunyai tanggapan yang salah bahawa berus gigi yang lebih keras adalah lebih baik.

Persepsi rakyat Malaysia mengenai kesihatan pergigian yang baik mungkin tidak tepat. Berdasarkan Kaji Selidik Kesihatan Pergigian 2010, sebanyak 95% orang dewasa di Malaysia menganggap mereka mempunyai kesihatan pergigian yang baik. Sedangkan satu daripada tiga orang masih mengalami masalah kesihatan pergigian yang menjejaskan kualiti hidup mereka dalam tempoh tiga bulan lalu. Perbezaan di antara persepsi dan realiti tentang penjagaan pergigian ini menyebabkan masalah periodontal dilihat semakin meningkat di kalangan orang dewasa di Malaysia sejak 10 tahun lalu.

SYSTEMA, jenama berus gigi nombor 1 di Jepun yang semakin menjadi jenama kegemaran di Malaysia telah menjadikan misi mereka untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemilihan berus gigi yang betul kepada lebih ramai pengguna.

“Walaupun doktor gigi di seluruh dunia mencadangkan berus gigi berbulu lembut, pengguna di Malaysia biasanya masih memilih berus gigi berbulu keras. Mereka percaya bahawa ia boleh membersih dengan lebih baik. Mereka juga memberus dengan kuat, membuatkan gusi menjadi sakit dan berdarah tanpa mendapat kebersihan gigi yang maksimum. Dengan majoriti pengguna masih tidak sedar tentang pentingnya memilih berus gigi yang betul untuk keperluan pergigian dan tabiat memberus gigi mereka, SYSTEMA akan meneruskan kempen Start Right Brush Right yang cukup berjaya sebelum ini dengan kempen ‘Love At First Brush’ (Terpikat pada berusan pertama).” Pengurus Pemasaran Penjagaan Oral Southern Lion Sdn Bhd, Pn. Nazura Jalil

Kaji selidik mendapati bahawa 8 daripada 10 orang pengguna menyukai berus gigi SYSTEMA selepas mencubanya buat kali pertama. Mereka juga telah bertukar daripada berus gigi yang keras untuk menikmati manfaat berus gigi SYSTEMA. Berus bersaiz 0.02mm yang lembut, runcing dan telah dipatenkan itu nyata mampu membersih dengan lebih baik serta menyeluruh.

Diinspirasikan oleh warisan kesihatan pergigian masyarakat Jepun, selain dipacu oleh prinsip dan garis panduan syarikat induknya iaitu Lion Corporation untuk mengekalkan 20 batang gigi sehingga mencapai usia 80 tahun, misi ‘Love At First Brush’ SYSTEMA adalah untuk membantu 1 juta rakyat Malaysia supaya memilih berus gigi yang lembut dan runcing sebagai permulaan penjagaan pergigian yang lebih baik.

“Love At First Brush dengan SYSTEMA adalah satu realiti yang dialami oleh ramai rakyat Malaysia. Pengalaman itu kemudian dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan mereka. Kami mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil langkah pertama dalam mengekalkan kesihatan gigi mereka dengan berus gigi yang betul. Daripada apa yang kami lihat, dengar dan baca, semakin ramai rakyat Malaysia kini bertukar kepada berus gigi SYSTEMA.”

Turut hadir adalah penyampai beberapa buah stesen radio terkenal seperti Prem dan Aishah Sinclair dari MixFM, Abby Fana dari SinarFM dan Haniff Hamzah dari ERA yang berkongsi pengalaman Love At First Brush dengan SYSTEMA.

Deejay Prem dari MixFM berkongsi kisahnya dengan SYSTEMA dalam menyelesaikan masalah membersihkan plak dan kawasan yang sukar dicapai di dalam mulut, terutama ketika beliau memakai pendakap gigi. Kebersihan gigi kini lebih mudah dan gusi juga kurang sakit.

Berus gigi SYSTEMA dengan bulu yang lembut dan hujung tirus terbukti boleh menjangkau garis gusi dan celahan gigi dengan lebih baik. Ia juga lebih lembut pada gusi. Kajian menunjukkan bahawa berus lembut dan hujung tirus bersaiz 0.02mm SYSTEMA yang telah dipatenkan itu mampu membersih 40% lebih baik di antara celahan gigi dan 9 kali lebih berkesan pada garis gusi.

Aishah Sinclair dari MixFM mula mengalami masalah gusi berdarah ketika mengandungkan anak pertamanya. Tabiatnya yang memberus gigi dengan kuat menjadi punca masalah tersebut. Doktor giginya mendapati beliau mempunyai petanda awal penyusutan gusi dan mencadangkan penggunaan berus gigi yang lebih lembut.

Aishah telah menggunakan SYSTEMA sejak lima tahun lalu dan masalah gusi berdarah tidak lagi berlaku kerana berus gigi SYSTEMA adalah tiga kali lebih lembut pada gusi dengan mengurangkan tekanan memberus sehingga 66%.

Sementara itu, deejay utama di ERA FM, Haniff Hamzah nyata sangat menyukai berus runcing bersaiz 0.02mm pada berus gigi SYSTEMA yang boleh membersih di antara celahan gigi 40% lebih baik. Sebagai seorang yang suka makan, mengeluarkan sisa-sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi dahulunya agak rumit sehinggalah beliau berjumpa dengan berus gigi SYSTEMA dan telah menggunakannya sejak itu.

Deejay Sinar FM yang sentiasa ceria, Abby Fana ‘obses’ untuk mempunyai gigi yang bersih. Beliau mahu giginya sentiasa rasa bersih. Berada di tempat kerja mungkin tidak memberinya peluang untuk selalu flos gigi. Tetapi selepas menggunakan SYSTEMA, beliau nyata gembira kerana dapat merasai giginya yang bersih.

“Terlalu ramai di antara kita yang menderita dalam diam kerana masalah gusi berdarah dan pembentukan plak pada gigi kerana kita kurang berpengetahuan. Kami mengajak anda untuk mendapatkan berus gigi SYSTEMA anda yang pertama dan rasai perbezaannya. Untuk membantu anda memilih berus gigi SYSTEMA yang betul, anda hanya perlu melawat laman web mikro http://www.loveatfirstbrush.com. Laman web mikro itu menampilkan sistem pemilihan berus gigi yang tidak pernah dilakukan di Malaysia sebelum ini. Cubalah dan jadilah salah seorang daripada sejuta rakyat Malaysia yang terpikat pada berusan pertama SYSTEMA,” kata Pn Nazura.

Pengguna SYSTEMA yang hadir pada majlis pelancaran itu juga memuji jenama tersebut.

“Saya sebelum ini beranggapan bahawa memberus dengan kuat boleh membersihkan gigi, sehinggalah doktor gigi memberitahu enamel gigi saya semakin menipis. Beliau mencadangkan berus gigi lembut yang boleh mengurangkan kerosakan pada gigi dan gusi saya. Saya bertukar kepada SYSTEMA empat tahun lalu dan tidak pernah berpaling lagi,” kata Jack Wong, pelukis pelan berumur 39 dari Kuala Lumpur.

“Sejak kecil, saya telah menggunakan jenama berus gigi sama yang dibeli oleh ibu untuk kami semua. Ia terlalu keras, tetapi itu sahajalah yang kami ada. Saya kemudian mendapat tahu tentang SYSTEMA yang mempunyai berus lebih lembut dan saiz kepala kecil yang sesuai untuk rahang saya yang kecil. Saya telah menggunakan SYSTEMA sejak tiga tahun lalu. Ia benar-benar membuatkan saya menikmati pengalaman memberus gigi setiap hari,” kata seorang pelajar kolej berusia 22 tahun, Paige Chan.

Kempen ‘Love At First Brush’ SYSTEMA bermula dengan siri jelajah bersama Watson’s Personal Care Stores Malaysia, bermula 6 hingga 12 Jun 2016. Kempen itu dilancarkan oleh Timbalan Pengarah urusan Southern Lion Sdn Bhd En. Edward Liew serta Ketua Pemasaran Watson’s, En. Danny Hoh.

Para pengunjung siri jelajah yang berlangsung selama tujuh hari itu akan menerima pemeriksaan pergigian secara percuma oleh doktor gigi yang menggunakan teknologi kamera pergigian intra-oral. Ia pasti akan menjadi pengalaman yang bernilai kerana teknologi itu membolehkan individu melihat sendiri kondisi gigi mereka dan berinteraksi dengan lebih baik dengan doktor gigi. Penasihat produk SYSTEMA juga bersedia memberikan cadangan tentang pemilihan berus gigi SYSTEMA yang tepat, selain tips berkaitan penjagaan pergigian.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s