Butik Benang Hijau Perkenal 20 Koleksi Eksklusif Pakaian & Tudung Lebaran

Kuala Lumpur- Butik Benang Hijau memperkenalkan 20 koleksi pakaian dan tudung sempena hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Benang Hijau turut melancarkan 2 koleksi eksklusif iaitu Autumn Tree Dress dan Blossom Sakura Dress dengan inspirasi empat musim.

Pengasas Benang Hijau, Puan Fadzilah Mamat berkata, kedua-dua koleksi itu dihasilkan daripada kain yang lembut dan sesuai untuk digayakan di majlis-majlis istimewa.

“Saya sukakan gaya yang sederhana dan boleh dibawa ke mana-mana acara, dan kali ini juga kita tampil dengan dua koleksi eksklusif iaitu Autumn Tree Dress dan Blossom Sakura Dress yang boleh digayakan di majlis istimewa.

Saya juga mempunyai perancangan untuk menghasilkan koleksi untuk musim panas dan musim sejuk supaya Benang Hijau boleh dipasarkan ke luar negara.”

Antara koleksi yang digayakan pada majlis pelancaran itu adalah Marissa, Maia, Mikayla, Eriqa dan Orked Kebarung.

Menurut Puan Fadzilah lagi, Benang Hijau mengeluarkan lebih 10,000 helai pakaian dan 100,000 helai tudung sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Seperti kebiasaan setiap kedatangan Hari Raya kami akan menyediakan stok yang cukup untuk pelanggan kami. Mereka boleh mendapatkan baju dan tudung Benang Hijau di website rasmi www.benanghijau.com dan 18 cawangan Benang Hijau seluruh negara pada harga yang berpatutan,” ujarnya.

Harga bagi tudung bermula RM19 hingga ke RM79, manakala pakaian bermula RM99 hingga RM249.

Benang Hijau mensasarkan jualan sebanyak RM4 juta untuk hari raya ini daripada sasaran keseluruhan RM30 juta bagi tahun 2016.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s