Northwest Cherries Perkenal Premium Ceri di Pasaran Tempatan

Pic 04 (1)Kuala Lumpur-Northwest Cherries, salah satu jenama yang terkenal di Amerika Syarikat memperkenalkan Premium Ceri di pasaran tempatan.

Kaya dengan pelbagai khasiat kesihatan, ia bagus dinikmati sewaktu berbuka puasa, makan sahur mahupun dijadikan snek yang boleh dimakan sepanjang hari.

Majlis pengenalan premium ceri itu diadakan di AEON Metro Prima, Kepong. Hadir dalam majlis itu adalah Agricultural Specialist, United States Department of Agriculture, Abdul Ghani Wahab, Phornthip Poolprasert, Northwest Cherry Growers, Retna Malar, wakil Northwest Cherries dari Malaysia, Masashi Iwasaki, Penolong Pengurus Besar Foodline AEON CO. (M) Sdn Bhd dan Irene Khor, Pengurus Kanan Foodline AEON CO. (M) Bhd.

Satu sesi demo masakan juga telah diadakan oleh Selebriti Nutrisi, Alexandra Prabaharan dengan mengguna ceri sebagai salah satu bahan masakan dalam resipinya iaitu Cherry Chia Pudding in a Jar dan Seared Chicken Breast in Cherry Balsamic Sauce.

Dikenali sebagai “rising superstar of fruits”, buah ceri kaya dengan antioksidan, vitamin, potassium dan mineral yang membantu merawat penyakit seperti gout, arthritis, kanser dan kesihatan jantung.

Kandungan kalori dan glycemic index yang rendah menjadikan makanan snek yang sesuai dimakan oleh mereka yang mengidap kencing manis dan mereka yang diet.

Ia juga satu-satunya sumber melatonin yang membantu memudahkan seseorang itu mendapatkan tidur yang lena.

“Banyak kajian yang dilakukan terhadap buah ceri yang mendapati kualitinya sudah setanding dengan goji berries dan Acai berries. Kandungan kalori dan glycemic index yang rendah menjadikannya makanan snek yang sangat sesuai diambil oleh mereka yang mengamalkan diet dan penghidap kencing manis. Ia dilengkapi dengan pelbagai kompoun kesihatan yang bagus untuk tubuh badan antaranya antioksidan dan membantu mengelakkan kanser.” Alexandra Prabaharan, Certified Nutritionist, American Fitness Professionals & Associates (AFPA).

“Sejak dilancarkan buat pertama kalinya di Malaysia, kami di Northwest Cherries menerima banyak sokongan daripada pasaran eksport. Tahun ini kami akan meneruskan usaha untuk meningkatkan lagi usaha memandangkan permintaan tempatan terhadap produk kami semakin banyak.” Abdul Ghani Wahab.

“Ceri daripada Northwest menjadi pilihan utama rakyat tempatan berbanding buah ceri lain memandangkan ia mempunyai saiz yang lebih besar, lebih manis dan lebih banyak kandungan jus. Ceri syarikat kami juga segar, dipetik dengan tangan, dibungkus dan dihantar kepada pelanggan dalam masa 24 jam. Setiap buah ceri dijaga dengan lembut dan dipek mengguna teknologi pembungkusan yang canggih sehingga berupaya menghantar ceri dalam bentuk segar kepada pelanggannya.” Phornthip Poolprasert.

Antara yang popular adalah Bing, Rainier, Chelan, Sweetheart dan Skeena. Ceri ini boleh dimakan begitu sahaja, dimasukkan dalam salad, oat, yogurt, ais krim, smoothies, sos dan pemanis mulut. Ia juga boleh dikeringkan.

Anda boleh dapatkan buah ceri ini di semua pasaraya AEON.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s