TP-LINK Perkenal Telefon Pintar Neffos C5 Max

Image 2 - (L to R) Martin Zhu of Neffos_ Hugo Cai of TP-LINK Distribution Sdn. Bhd._ Robert Hu of Neffos_  Henry Ho of 11street and CM Loo of ECS AstarPetaling Jaya- TP-LINK, penyedia rangkaian Wi-Fi terbesar global memperkenalkan siri telefon Neffos C5 terbaru, iaitu Neffos C5 Max pada wakil media dan penulis blog di Talent Lounge baru-baru ini.

“TP-LINK mula memasuki pasaran telefon pintar pada Mac lalu apabila kami memperkenalkan Neffos C5 dan C5L. Kedua-dua model ini mendapat sambutan yang menggalakkan sejak ia diperkenalkan maka kami mengambil peluang untukmemperkenal rangkaian siri C5 yang terbaru, C5 Max. Banyak kelebihan, telefon terbaru ini mampu memenuhi kehendak pengguna dan gaya hidup mereka.

Dengan pelancaran Neffis C5 Max ini, kami memperkenalkan telefon yang lebih berkuasa, mempunyai paparan crystal-clear, kamera depan dan belakang yang ditingkatkan megapikselnya dan prosesan yang lebih powerful. Neffos C5 Max ini memberi lebih banyak kelebihan bagi pengguna yang inginkan kelainan dalam telefon pintar.”Hugo Cai, Country Manager TP-LINK Distribution Sdn Bhd.

TP-LINK telah bekerjasama dengan 11street,  salah satu pusat beli-belah dalam talian yang terkenal sebagai salah satu strategi penjualannya secara besar-besaran untuk pasaran tempatan. Bermula dari 28 Jun sehingga Okt ini, 11street akan menjual rangkaian siri ini pada orang ramai dengan harga yang berpatutan selaras dengan falsafahnya “Smart & Simple”.

“Kami menyukai rekaan Neffos C5 MAx ini kerana setiap reka bentuk sesuai dengan gaya hidup pelanggan kami apatah lagi TP-LINK mempunyai passion yang sama seperti 11street iaitu simplicity & convenience, kami sentiasa berinovatif untuk meningkatkan ciri rekaan sama ada di laman web atau mobile untuk membantu pelanggan mendpaatkan barangan yang mereka sukai hanya melalui sentuhan jari. Dengan kerjasama ini, pelanggan kami dapat menjadi orang pertama yang dapat melihata telefon modern simplicity ini.”-Bruce Lim, Timbalan Presiden, Merchandising 11sttreet.

Ciri-ciri Neffos C5 Max

  • Paparan yang jelas melalui 5.5 inci Full HD (1920×1080) IPS Display dengan kualiti Crystal Clear. Dilengkapi dengan teknologi LCD, ia memaparkan paparan yang jelas dari sudut 178 darjah dengan kontras 1600:1.
  • Kuasa MTK MT6753 octa-core 1.3 GHz Cortex-A53 64bit Processsor dan ARM Mali-T720 MP3 GPU, memberi pengalaman mengguna telefon terbaik sama ada untuk kerja ataupun waktu santai. Ia juga dilengkapi dengan 16GB ROM dan 2GB RAM memudahkan pertukaran satu aplikasi ke aplikasi yang lain dengan pantas. Kuasa luarnya juga bertindak hebat sebagaimana dengan kehebatan dalamannya iaitu built-in Corning Gorilla Glass 2 yang kalis calar dan memudahkan sentuhan pada permukaannya.
  • kamera belakang 13MP mengambil gambar dengan jelas dan terang. Kamera F2.0 aperture dan Flash LED membantu gambar diambil dengan cantik meskipun pada persekitaran yang rendah pencahayaan. Kamera depan 5MP dengan lens luas memudahkan anda mengambil gambar secara selfie atau wefie tidak kira pada bila-bila masa.
  • Android 5.1 memudahkan operasi aplikasi dengan mudah dan pantas. Aplikasi Smart Screenshot misalnya memudahkan anda mengambil multiple screenshots dalam satu-satu masa, mengguna filter artisitik melalui Super Camera dan mengambil gambar potret yang sempurna mengguna mod Beauty Selfie.

Harga ditawarkan adalah RM699 dengan dua warna iaitu Pearl White dan Dark Grey. 50 pelanggan pertama 11street yang membeli Neffos C5 Max melalui http://www.11street.my akan menerima pembesar suara Bluetooth Groovi Ripple mudah alih bernilai RM159 secara percuma bermula 28 jun sehingga 10 Julai.

Untuk lebih lanjut, laayari http://www.neffos.com/

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s