Mixed Grains & Oats Dari Guardian Membantu Mendapatkan Lebih Fiber

 

GDN_005

Kuala Lumpur- Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kolesterol tinggi, kanser, kencing manis dan sebagainya, Guardian memperkenalkan Mixed Grains & Oats 30+, iaitu makanan kesihatan yang dapat memenuhi kandungan fiber yang diperlukan oleh tubuh dalam mendapatkan kesihatan yang baik.

Guardian Mixed Grains & Oats 30+ ini mengabungkan nutrisi dan fiber yang diperoleh daripada serbuk oat bran yang diimport dari Sweden dengan kandungan lebih daripada 30% beta-glucan, iaitu fiber yang mudah serap dan membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah serta menstabilkan paras gula dalam darah.

Ia juga adalah trans-fat free, tiada pewarna menjadikannya makanan yang sesuai untuk mereka yang vegetarian. Apabila dimasukkan dalam air, ia tidak akan berkepal sekali gus memastikan anda kekal kenyang dalam tempoh masa yang lama.

“Jumlah orang dewasa yang mempunyai kolesterol dalam darah yang tinggi amat merisaukan. Oleh itu Guardian sentiasa mencari cara untuk membantu mereka berubah agar lebih menjalani gaya hidup yang positif. Itu yang membuatkan kami memilih kepada produk tinggi beta-glucan yang terbukti dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan secara tak langsung membuat kami sentiasa alert dengan produk yang lebih banyak fiber untuk kesihatan. Kami memastikan Guardian Mixed Grains & Oats 30+ ini digunakan dalam kehidupan seharian memandangkan ia convenience dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

Adanya makanan tinggi fiber ini, pelanggan dapat menikmati kebaikan beta-glucan daripada oat, biji Chia, barli dan beras perang untuk kehidupan seharian.” Elyse Lee, Senior Regional Business Manager, Group Health & Beauty Private Label, The Dairy Farm Group.

Ia boleh dinikmati sebagai smoothie, hiasan salad, hiasan yogurt, lapisan daging goreng dan sayur-sayuran goreng, pemekat sup dan bubur dan bermacam-macam-macam lagi tanpa menghilangkan walau sedikit nutrisi daalm memenuhi keperluan fiber yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.

Turut hadir adalah Indra Balaratnam, Pengasas dan Konsultan Diet, The Food Expert Clinic yang berkongsi EMPAT hidangan mudah mengguna Guardian Mixed Grains & Oats 30+.
Dalam majlis itu, Guardian telah menyumbangkan RM10,000 berupa Guardian Mixed Grains & Oats 30+ kepada The National Stroke Association (NASAM) sebagai sumbangan membantu mereka dalam memastikan pengawalan paras kolesterol yang tinggi pada mereka yang menghadapi masalah ini.

Guardian Mixed Grains & Oats 30+ ini boleh didapati di cawangan Guardian dan e-store : https://online.guardian.com.my pada harga RM49.90.

Bersempena dengan pelancaran produk itu, Guardian akan menjualnya pada harga promosi iaitu RM42.41 setin bermula pada 23 Jun sehingga 27 Julai. Jika anda mengumpul ENAM penutup plastik tin dengan pelekat ‘guardian Nutrient Function’, anda boleh mendapatkan satu tin percuma mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Ia sah sehingga 28 September ini.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s