Dapatkan Tiket F1 Grand Prix dan Moto GP 2016 di Maybank Treats Fair 2016, 21 Julai Ini

Sepang- Jika anda peminat sukan permotoran dan juga pemegang kad Maybank, berita baik untuk anda!

Sepang International Circuit (SIC) bakal menyertai Maybank Treats Fair yang akan diadakan pada 21 Julai hingga 24 Julai 2016 di pusat beli-belah Mid Valley.

Maybank Treats Fair ini adalah satu pusat hentian ‘Instant Redemption’ terbesar di Malaysia yang menawarkan pelbagai manfaat penyimpanan bagi pemegang kad bank itu. Peminat sukan perotoran juga tidak terkecuali malah boleh membeli tiket Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2016 serta Shell Malaysia Motorcycle Grand Pix 2016 pada harga promosi.

“Tahun ini adalah tahun yang istimewa bagi peminat sukan permotoran di Malaysia. Buat pertama kalinya, SIC menjadi hos kepada dua pertandingan permotoran terbesar dalam bulan yang sama dengan F1 Grand Prix pada 30 September hingga 2 Oktober dan Moto GP pada 28 hingga 30 Oktober 2016. Bulan Oktober akan menjadi bulan ‘non-stop adrenaline’ bagi peminat ini. Oleh itu, saya sarankan jika mereka pemegang kad Maybank, gunakan peluang di Maybank Treats Fair untuk mendapatkan tiket pada harga diskaun. Selain tiket, mereka juga boleh membeli koleksi barangan sukan dan bermain permainan sambil mendapat hadiah menarik.

Jangan lupa datang menyokong peserta Malaysia yang menyertai pertandingan ini iaitu Nabil Jefri (Arden International) dan Akash Neil Nandy (Jenzer Motorsport) bagi F1 Grand Prix manakala Moto GP diwakili oleh Adam Noroddin dari DRIVE M7 SIC Racing Team bersama rakan pasukan dari Czech, Jakub Kornfeil dan Khairul Idham Pawi yang mewakili Honda Team Asia. Semuanya di bawah Moto3. Hafizh Syahrin, wakil Petronas Raceline Malaysia pula di bawah Moto2. Jadi marilah datang beramai-ramai memberi sokongan pada Nabil, Akash, Adam dan Khairul Idham memandangkan ini adalah kali pertama mereka beraksi untuk pertandingan ini. Ayuh kita bantu mereka mencipta kejayaan agar bakat mereka dikenang dalam pertandingan ini.”-Dato Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, SIC.

Ruang jualan SIC bakal bertempat di Hall 3, Booth 63. Sepanjang empat hari itu, pemegang kad Maybank boleh membeli harga tiket Main Grandstand pada harga bermula RM288.32 manakala tiket Grandstand pula pada harga bermula RM237.44. Untuk Moto GP pula, harga tiket bermula RM67.84 untuk Grandstand.

SIC turut menjual opsyen Corporate Suite dan tempat duduk mewah. Bagi F1, mereka yang ingin cita rasa mewah boleh memilih F1 Paddock Club atau tiket VIP Tribune yang mana mereka boleh duduk di Emerald Zone dengan pemandangan Top 3 Constructor Team Pit. Bukan itu sahaja, mereka boleh menaiki bas shuttle percuma dari Nu Sentral yang disediakan pada 1 dan 2 Oktober. Hidangan makan tengah hari juga disediakan bagi mereka yang memilih tiket VIP Tribune ini. Tiket VIP Tribune ini boleh dibeli pada harga RM2,083.96 jika anda pemegang kad Maybank.

Bagi Moto GP pula, pemegang kad Maybank boleh membeli tiket Marc Marquez Tribune pada harga RM212 dan VR46 Tribune pada harga RM135.68.

Harga-harga yang ditawarkan adalah hanya untuk pemegang kad Maybank sahaja dan boleh didapati sepanjang empat hari itu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk membeli tiket bagi pertandingan SIC.

Maklumat lanjut, hubungi www.sepangcircuit.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s