Alami Pengalaman Menonton Lebih Lama Dengan Samsung A9 Pro (2016)

Kuala Lumpur- Inginkan telefon dengan ‘giant’ HD skrin agar anda puas menonton drama kegemaran anda tidak kira di mana sahaja anda berada? Ditambah lagi dengan storan besar agar anda dapat menyimpan semua koleksi drama kegemaran agar anda boleh menontonnya bila-bila masa? Apatah lagi jika telefon anda mampu bertahan lama meskipun anda sudah menggunanya dalam tempoh masa lama dan masih bertahan untuk anda melayari Internet dan berbual-bual dengan kawan maya anda?

Black_dynamicKini, anda boleh berbuat demikian dengan Samsung Galaxy A9 Pro (2016), satu lagi produk terbaru daripada Samsung Malaysia Electronics. Ia direka khas untuk anda membuat perkara-perkara di atas “skrin paparan yang lebih besar, kapasiti bateri yang lebih besar, penyimpanan yang luas dan kamera terkini, sesuai dengan gaya hidup moden masa kini yang lebih memfokuskan pada hiburan.

“Rakyat Malaysia semakin up-to-date. Mereka pantas mempersiapkan diri dengan gaya terkini, mengetahui perkembangan muzik dari masa ke semasa dan mencari-cari hiburan yang dapat member kebahagiaan pada diri mereka. Jadi apa yang mereka inginkan, semuanya boleh diperoleh pada Samsung Galaxy A9 Pro (2016) yang pastinya menepati cita rasa dan gaya hidup mereka.”-Lee Jui Siang, Timbalan Presiden IT & Mobile Business Unit, Samsung Malaysia Electronics.

Pengguna pasti menyukai apa yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy A9 Pro (2016) ini. Paparan Full HD Super AMOLED member pengalaman baru bagi mereka yang suka menonton drama atau video melalui telefon mereka kerana gambar yang terhasil amat terang dan cantik, menjadikan anda lebih seronok menonton drama bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja. Bagi mereka yang gemar membaca e-book, Samsung Galaxy A9 Pro (2016) ini memang sesuai untuk anda kerana paparannya jelas dan terang.

Bagi yang gemar mengambil gambar serta menyimpan drama atau video kegemaran dalam telefon, Samsung A9 Pro (2016) ini menawarkan ruang storan yang luas. Sempena kedatangannya di pasaran Malaysia, Samsung memberi microSD kad dengan ruang penyimpanan 64GB secara percuma bagi setiap pembelian Samsung Galaxy A9 Pro (2016) menjadikan ruang storan sehingga 16,000 gambar. Selain ruang storan seluas 32B, ia juga dilengkapi dengan microSd slot yang mana anda boleh menyimpan memori luaran sehingga 256GB! Jadi anda tidak perlu lagi perlu membuang gambar mahupun video yang diterima daripada WhatsApp setiap kali anda ingin mengambil gambar!

Baterinya pula memang sesuai bagi mereka yang suka menonton drama, video atau bermain permainan kerana ia mempunyai kemampuan 5,000mAH dengan pemprosesan yang laju serta RAM 4GB menjadikan pengalaman menonton dan bermain bertahan lebih lama dan tidak perlu bimbang jika kehabisan bateri apabila digunakan dalam jangka masa lama tanpa perlu menggunakan kuasa tambahan daripada portable charger!

Satu lagi ciri menarik adalah kameranya. Dengan 16MP f1.9 pada kamera belakang membolehkan gambar diambil dengan jelas dan terang meskipun pada pencahayaan rendah seperti pada waktu matahari terbenam atau indoor, suasana gelap tidak menjejaskan kualiti gambar yang dirakam. Bagi peminat selfie, telefon ini akan memang sesuai untuk anda kerana kamera depan 8MP f1.9 memberi impak yang cantik untuk imej selfie anda.

Samsung A9 Pro (2016) boleh didapati di semua cawangan Samsung Experience pada harga RM1,999 dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan emas.

Untuk lebih maklumat, layari www.samsung.com/my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s