Aiskrim LA CREMERIA Kini Dalam Saiz Pain Baharu

Treat your taste buds to LA CREMERIA Luscious Mango Sensation!
Petaling Jaya – LA CREMERIA®, jenama aiskrim premium dari Nestlé Ice Cream, memperkenalkan 2 (dua) perisa unik baharu iaitu, Luscious Mango Sensation dan Caramelized Macchiato Surprise dalam bentuk 750ml pain.

Luscious Mango Sensation adalah aiskrim berperisa mangga berkrim yang diilhamkan oleh mangga Alphonso yang bermutu tinggi. Setiap sudu dipenuhi dengan ketulan-ketulan mangga yang pasti akan meninggalkan sensasi lazat dalam mulut.

Bagi penggemar kopi pula, bolehlah merasai Caramelized Macchiato Surprise LA CREMERIA® yang menggabungkan aiskrim berperisa kopi, cebisan biskut serta sos karamel masin. Nikmatilah rasa kopi Robusta dan Arabica yang terbaik serta sos karamel masin yang tersendiri dalam setiap sudu – ia pasti akan memberi satu kejutan yang memberansangkan kepada deria seseorang.

Selain daripada dua perisa baharu tersebut, trio asal aiskrim LA CREMERIA® termasuk Almond Pecan Passion, Vanilla Cashew Delight dan Hazelnut Chocolate Fantasy – setiap pilihan memiliki keunikan tersendiri terutamanya tekstur aiskrim yang kaya dan berkrim sememangnya akan menjamin kepuasan di kalangan pengguna.

Selaras dengan slogan jenama LA CREMERIA® iaitu, “The World Can Wait™” yang menekankan kepentingan seseorang meluangkan masa untuk menikmati detik-detik kecil dalam kehidupan, aiskrim LA CREMERIA® dihasilkan untuk memberi pengalaman yang penuh dengan rasa kepuasan di mana detik-detik peribadi bersama aiskrim menjangkaui segala-galanya. Ini adalah hasil daripada pemilihan bahan-bahan bermutu tinggi dari sumber-sumber yang berlainan di seluruh pelusuk dunia serta kemahiran yang teliti dalam proses menghasilkan perisa yang enak untuk para penggemar aiskrim.

“Kami begitu teruja untuk menawarkan kepada pengguna perisa baharu kami iaitu Luscious Mango Sensation dan Caramelized Macchiato Surprise. Berpegang teguh kepada kenyataan produk LA CREMERIA® yang berkualiti tinggi, pengguna benar-benar boleh mengharapkan yang terbaik daripada aiskrim kita. Dengan dua perisa baharu kita, ia memberi pengguna lebih alasan untuk menangguhkan segala-galanya buat seketika dan hanya menikmati aiskrim LA CREMERIA® dengan sepuasnya.” Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream, Yit Woon Lai.

Seiring dengan pengenalan perisa baharu, LA CREMERIA® turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan bentuk yang bersaiz 750ml untuk rangkaian pain mereka. Saiz baharu ini memberi keterujaan kepada cara pengguna menikmati aiskrim mereka iaitu dengan menjadikan aiskrim tersebut lebih peribadi dan dimakan dengan lebih mudah.

Mengulas mengenai saiz baharu, Yit berkata “Aiskrim benar-benar menggembirakan hati kita. Kami terlampau leka dengan kesibukan harian, jadi kami patut meluangkan masa untuk menikmati detik-detik indah yang kecil dan menghargai kehidupan. Kami mahu pengguna untuk ‘berhenti’ seketika dalam kehidupan agar dapat menikmati detik-detik baik yang besar ataupun kecil termasuk menikmati LA CREMERIA® terus daripada pain tanpa sebarang kerunsingan.”

Perisa baharu LA CREMERIA® akan didapati di pasaran bersama trio asal perisa berikut dalam bentuk pain baharu:
• Almond Pecan Passion – campuran aiskrim perisa pekan dan badam panggang rangup dengan sos coklat

• Vanilla Cashew Delight – aiskrim perisa vanila yang ditaburi dengan kacang gajus, cip coklat dan sos coklat

• Hazelnut Chocolate Fantasy – gabungan aiskrim perisa vanila dan coklat yang kaya dengan kacang panggang dan pes kacang hazel yang enak

Setiap pain LA CREMERIA® dijual pada harga RM12.80 dan boleh didapati di pasar raya hyper dan super di seluruh negara mulai 1 Julai 2016.

Bersempena dengan pelancaran ini, LA CREMERIA® juga menjalankan kempen berinteraksi dalam laman web Facebook di mana para peminat berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah khas yang diilhamkan oleh perisa LA CREMERIA® kegemaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari facebook.com/NestleLaCremeria.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s