SUNSILK Perkenal 8 Syampu Berwajah Baru

Image 1

Kuala Lumpur – Sunsilk melancarkan semula Lapan (8) varian utama produk penjagaan rambutnya dengan memperkenalkan formula dan rupa bentuk yang terbaru.

Dari luar, rangkaian produk penjagaan rambut yang berwajah baru tampak lebih menarik dan segar manakala kandungan formula didalamnya ditambah baik dan memberi kesan lebih menakjubkan.

“Sebagai jenama syampu dan perapi rambut nombor 1* di Semenanjung Malaysia, Sunsilk memikul tanggungjawabnya sendiri; dan komitmen kami adalah untuk sentiasa mencipta inovasi dan membawakan produk penjagaan rambut yang terbaik untuk pengguna kami. Kami sentiasa mengikuti perkembangan dan perubahan mereka. Kami sedar bahawa sudah tiba masanya untuk kami menaik taraf pembungkusan Sunsilk dan memperkukuh formula produk kami dengan teknologi terbaru bagi membolehkan kami terus menjadi rakan penjagaan rambut yang diyakini gadis-gadis Sunsilk kami.”-Vincent Chong, Pengarah Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd

Formula inovatif Sunsilk telah diperkukuh untuk memberi penyelesaian penjagaan rambut yang terbaik. Ditambah baik dengan teknologi terkini, lapan (8) varian jenama telah diperkaya dengan protein, vitamin dan minyak semula jadi yang berkhasiat dan berkesan untuk memenuhi keperluan penjagaan rambut yang berlainan.

Setiap varian telah dicipta semula bersama barisan pakar penjagaan rambut yang terkenal, iaitu Yuko Yamashita, Dr. Francesca Fusco, Thomas Taw dan Jamal Hammadi untuk memastikan penjagaan terbaik untuk semua jenis rambut – sama ada lurus, kering, rosak, atau berhijab.

“Sunsilk sedar bahawa bukan mudah untuk memiliki rambut yang sihat dan cantik menawan – lebih-lebih lagi pada hari yang sibuk, dengan kekangan masa dan cuaca panas dan lembap di Malaysia sepanjang tahun. Keperluan dan kepentingan pengguna sentiasa menjadi keutamaan jenama kami, dan kami berusaha dan untuk membantu gadis-gadis kami memiliki rambut yang cantik menawan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Dengan rangkaian lapan (8) produk penjagaan rambut berwajah baru yang lebih segar, kami berharap untuk memperkasakan gadis-gadis bagi membolehkan mereka mencapai impian, dengan rambut yang menawan dan menyerlahkan keyakinan.” -Phoenix Ho, Pengurus Kanan Jenama Sunsilk, Kategori Penjagaan Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Lagu Persaudaraan Sunsilk, berjudul Sisters Forever, juga telah dipersembahkan di majlis pelancaran, buat pertama kali, oleh empat bintang Malaysia yang sedang mencipta nama, iaitu Najwa Latif, Daiyan Trisha, Lizz Chloe dan Jestinna Kuan.

Sisters Forever merupakan cara jenama memperkasakan anak-anak gadis dengan lagu yang boleh dikongsi dengan kawan-kawan rapat. Lagu ini membuka lembaran baru dalam sejarah jenama, di mana Sunsilk mewujudkan komuniti Sunsilk ‘sisters’ untuk menggalakkan anak-anak gadis menulis cerita mereka sendiri. Sunsilk bukan sekadar menekankan kepentingan komuniti anak-anak gadis Sunsilk – menyokong dan memberi semangat kepada satu sama lain – tetapi juga memperlihatkan rambut menawan yang menyerlahkan keyakinan mereka akan memperkasakan mereka menjadi yang terbaik.

Sisters Forever boleh dimuat turun di laman mikro Sunsilk Hair Malaysia di http://www.sunsilkhairmalaysia.my/sistersforever/sunsilk-anthem.

Rangkaian produk penjagaan rambut Sunsilk baru boleh didapati di semua pasar raya dan gedung runcit utama di seluruh negara iaitu:

  • Smooth & Manageable
    Dicipta bersama pakar rambut licin dan lurus Jepun, Yuko Yamashita. Sunsilk Smooth & Manageable mengandungi teknologi Flexishield untuk ‘menjinakkan’ rambut kerinting yang meremang dan melindunginya daripada kekerasan cuaca. Adunan lima minyak semula jadi menyuburkan rambut anda secara rapi, menjadikannya lebih lembut mudah diurus dan terpelihara bentuknya.
  • Lively Clean & Fresh
    Dicipta bersama pakar penjagaan kulit kepala yang terkenal di dunia, Dr. Francesa Fusco, Sunsilk Lively Clean & Fresh yang diperkaya dengan Sitrus Vitamin untuk menghilangkan sebum berlebihan. Khas buat kaum Hawa yang bertudung dan yang memiliki rambut biasa hingga berminyak, varian ini menjanjikan rasa bersih dan segar berkekalan.
  • Anti-Dandruff
    Dicipta bersama pakar penjagaan kulit kepala yang terkenal di dunia, Dr. Francesa Fusco, Sunsilk Anti-Dandruff diperkaya dengan Zink Pirithiona dan Sitrus untuk membersihkan kulit kepala dan melenyapkan kelemumur. Varian ini melindungi kulit kepala daripada kekeringan dan membantu memulihkan kulit kepala agar bebas daripada kelemumur* dan melicinkan rambut.
    *tiada kelemumur kelihatan dengan penggunaan kerap.
  • Hair Fall Solution
    Dicipta bersama pakar penjagaan kulit kepala yang terkenal di dunia, Dr. Francesca Fusco, Sunsilk Hair Fall Solution mengandungi Kompleks Vitamin Soya yang menyuburkan rambut dari dalam untuk menangani masalah rambut putus. Sunsilk Hair Fall Solution memperkuat rambut dari akar hingga ke hujung untuk melawan keguguran rambut*.
    *akibat rambut putus, berdasarkan ujian makmal berbanding syampu tanpa perapi.
  • Soft & Smooth
    Dicipta bersama pakar rambut kering dan rosak, Thomas Taw, Sunsilk Soft & Smooth dirumus dengan Teknologi ‘Moisture-Lock’ dan mengandungi adunan lima minyak semula jadi. Sesuai untuk rambut kering, varian ini menyuburkan dan menyihatkan rambut, dan memastikan semua orang boleh memiliki rambut bermaya, lembut dan licin.
  • Damage Restore
    Dicipta bersama pakar rambut kering dan rosak, Thomas Taw, Sunsilk Damage Restore mengandungi Kalsium dan Keratin untuk memulihkan kerosakan rambut anda, mencegah kejadian rambut bercabang. Sesuai untuk rambut rosak yang bercabang, varian ini membaikpulih rambut rosak dari penggunaan pertama*.
    *Berdasarkan ujian makmal ke atas penyikatan rambut, kelembutan dan pengurangan rambut putus, dengan penggunaan sistem berbanding syampu tanpa perapi.
  • Perfect Straight
    Dicipta bersama pakar rambut licin dan lurus Jepun, Yuko Yamashita, Perfect Straight memastikan anda tidak perlu lagi risau akan rambut mengerbang. Sunsilk Perfect Straight dirumus dengan Teknologi ‘Straight Lock’ dan Protein Sutera untuk rambut lurus dan bermaya.
  • Black Shine
    Dicipta bersama pakar pengilauan rambut, Jamal Hammadi, Sunsilk Black Shine mengandungi kelebihan Kompleks Inai dan Teknologi ‘Diamond Shine’. Varian ini memulihkan rambut kusam dan membolehkan anda memiliki rambut hitam yang sihat bersinar.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s