Mini Me Lancar Produk Baharu & Pelantikan Aisyah Dhia Rana Sebagai Duta

IMG_2753

Kuala Lumpur – Rangkaian produk mandian organik bayi dan kanak-kanak, Mini Me melancarkan produk terbaru sekali gus memperkenalkan Aaisyah Dhia Rana sebagai duta produk Mini Me.

Mini Me diasaskan oleh Illi Nadiah Ibrahim bersama Hasliza Idris Shaari sebagai Pengarah Urusan manakala Hatta Malik sebagai Pengurus.

“Produk ini merupakan antara rangkaian produk bayi dan kanak-kanak berasaskan ekstrak minyak pati bunga chamomile dan geranium, minyak kelapa dara dan aloe vera yang selamat ddigunakan. Berbeza daripada kebanyakan produk, Mini Me dijamin bebas bahan kimia yang tidak selamat digunakan oleh si manja anda seperti paraben, sls, fomaldehayde dan phthalates.

Kesemua produk keluaran Mini Me mempunyai keunikan tersendiri, selain bebas daripada bahan kimia merbahaya, ia sesuai digunakan oleh seisi keluarga dan amat berkesan merawat kulit bayi yang sensitif.” -Illi Nadiah Ibrahim.

Dalam pada itu, pemilihan Aaisyah Dhia Rana sebagai duta produk Mini Me dilihat dapat menjadi daya penarik buat ibu-ibu yang amat mementingkan penjagaan anak-anak yang berkualiti, selamat dan terbaik.

“Faktor utama pemilihannya adalah kerana populariti yang ada pada Aaisyah. Bukan sekadar popular, Aaisyah turut mewarisi kecantikan ibu bapanya selain kini sibuk menjadi model cilik,

“Oleh itu, kami percaya bahawa pemilihan produk amat penting bagi Aisyah demi memastikan kesihatan dan kecantikan kulitnya terus berkekalan,” kata Hasliza pula..

Produk Mini Me merangkumi :

1. Mini Me Sugar Baby Top To Toe Wash (200ml)
2. Mini Me Awesome Lotion (150ml)
3. Mini Me Super Safe Mozzy Cream (60ml)
4. Mini Me Bestie Balm (30g)

Kesemua produk ini boleh didapati terus melalui website: www.gominime.com ataupun di outlet SBU Shah Alam, Bebetotz dan Pastel Fleur TTDI Kuala Lumpur dengan harga RM45 setiap satu.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s