Tampil Lebih Bersih, Cerah & Sihat Dengan Men’s Biore Double Scrub

NCY_3054

Kuala Lumpur – Siapa kata wanita sahaja yang perlu jaga penampilan?

Lelaki masa kini juga didapati semakin prihatin pada penjagaan peribadi, kebersihan dan penampilan diri. Dengan gaya hidup yang rancak serta terdedah kepada habuk dan pencemaran secara berterusan, mereka turut mengalami stress dan menghadapi cabaran besar untuk sentiasa tampil segak bergaya tanpa kulit muka yang bermasalah.

Permukaan kulit yang terkumpul dengan kotoran, minyak yang berlebihan, serta bakteria yang terperangkap didalam liang-liang pori menggalakkan timbulnya masalah kulit seperti kulit kusam dan berjeragat. Permasalahan kulit ini akan menyebabkan raut wajah kelihatan kurang menarik, lantas menjejaskan keyakinan dan penampilan diri.

Sebagai jenama skrub muka lelaki No. 1 di Malaysia dan peneraju dalam aspek inovasi, Men’s Bioré sentiasa mendahului dalam kategori pembersih muka lelaki dengan Teknologi Terkini Berjuta Skrub Mikro dari Jepun.

Dirumus dari formulasi terbaik oleh pakar dari makmal penyelidikan, rangkaian pembersih muka ini mengandungi Kuasa Pembersihan Detox dan Agen Penyerap Minyak untuk menghapuskan pelbagai masalah kulit dari akar umbi. Ia bertindak dengan berkesan untuk memberikan kulit yang sihat, cerah, bersih tanpa berminyak serta menyegarkan dari dalam ke luar!

“Men’s Bioré sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk yang inovatif bagi memenuhi keperluan pelanggan kami. Dengan teknologi canggih yang sedia ada, kami memperkenalkan pembersih muka lelaki yang memberikan Kuasa Pembersihan Detox. Kami yakin bahawa pelanggan kami akan dapat melihat perubahan pada keadaan kulit mereka selepas setiap penggunaan.”-Masaki Fujiwara , Presiden Kao Malaysia.

Bersempena dengan pelancaran produk terbaru itu, Kao Malaysia telah melantik pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai duta terbarunya. Perlantikan beliau sebagai duta terbaru Men’s Bioré Double Scrub adalah amat tepat. Imej Sharnaaz yang berani dan berkeyakinan, menjadikan beliau model berperanan besar di mata masyarakat Malaysia dan mencerminkan status Men’s Bioré.

“Bagi saya, untuk mengekalkan kulit yang bebas minyak dan sentiasa kelihatan sihat adalah sesuatu yang mencabar kerana jadual kerja yang amat padat dan sentiasa sibuk. Sebagai seorang pelakon, penjagaan kulit amatlah penting kerana wajah saya perlu sentiasa kelihatan bersih dan tidak berminyak. Men’s Bioré dengan Kuasa Pembersihan Detox ini sangat efektif untuk membersihkan kulit berminyak serta kotoran jauh di dalam liang-liang pori, menjadikan kulit saya lebih segar dan bersih sekarang.”– Sharnaaz

Seluruh rangkaian pembersih muka Men’s Bioré Double Scrub didatangkan dalam wajah yang baru dengan reka bentuk lebih menyegarkan dan kontemporari. Ia direka khas untuk memenuhi citarasa golongan lelaki yang muda , aktif, dan lasak di Malaysia.

Rangkaian produk ini terdapat dalam 5 variasi iaitu Deep Clean , Deep Clean Extra Cool , Oil Clear, Acne Solution dan Bright Clean , yang mampu mengatasi pelbagai masalah kulit lelaki yang berbeza.

Diformulasi dengan Teknologi Terkini Berjuta Skrub Mikro dari Jepun di mana skrub akan memecah menjadi berjuta mikro skrub yang dapat mengoptimumkan Keupayaan Pembersihan Detox jauh di dalam liang pori.

  • Skrub “Oil Absorbing” – Menyerap minyak berlebihan di permukaan kulit serta menghilangkan bintik hitam dan kulit kusam.
  • Skrub “Deep Detox” – Membersih segala kotoran secara mendalam dengan menghantar ejen penyah minyak dan anti bakteria terus ke dalam liang pori.

Setiap satu daripada 5 variasi menawarkan fungsi dan kelebihan berbeza untuk disesuaikan dengan masalah kulit lelaki berdasarkan pilihan mereka.

• Double Scrub Deep Clean mengandungi Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “Deep Detox”. Ia dapat membersihkan segala kotoran, menanggalkan bintik-bintik hitam dan kulit kusam dengan berkesan. Memberikan kawalan minyak berterusan and kulit yang bersih sepenuhnya dalam satu-langkah.

• Double Scrub Deep Clean Extra Cool mempunyai fungsi yang hampir sama dengan variasi Deep Clean tetapi menawarkan sensasi amat dingin yang menyegarkan. Alamilah kesegaran ekstra ini terutama penggunaan selepas beriadah atau menjalani aktiviti bersukan.

• Double Scrub Oil Clear diformulasi dengan “Black Tea”, Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “Deep Detox”. Ia mengandungi bahan kawalan minyak dan antioksida yang dapat menanggalkan minyak berlebihan dan juga rasa melekit pada kulit muka secara efektif. Kulit menjadi bebas-minyak dan tidak berkilat. Ia juga meninggalkan sensasi dingin yang menyegarkan ketika mencuci muka.

• Double Scrub Acne Solution adalah penyelesaian terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Ia diformulasi dengan Ekstrak Tea Tree, Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “Deep Detox”. Yang amat berkesan dalam mengawal jerawat yang disebabkan oleh bakteria-bakteria dan liang-liang pori tersumbat akibat minyak berlebihan. Kulit akan menjadi lebih sihat kerana kemunculan jerawat berkurangan serta kesan jerawat dan jeragat kurang kelihatan.

• Double Scrub Bright Clean mengandungi Charcoal sebagai bahan ejen aktif, Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “Deep Detox”. Rumusan ini amat efektif untuk membersih dan menanggalkan kulit kusam. Miliki kulit yang lebih cerah dan tona kulit sekata.

Tarkih Pelancaran adalah pada Ogos 2016 di semua peruncit utama, farmasi, pasar raya besar dan kedai-kedai runcit. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk Men’s Bioré, sila layari www.kao.com/my/mensbiore/ atau www.facebook.com/MensBioreMalaysia
MENGENAI KAO MALAYSIA

LEMBARAN FAKTA

Miliki kulit yang lebih sihat, cerah dan bersih tanpa berminyak dengan Men’s Bioré Double Scrub Facial Foam yang DIPERBAHARUI dengan KUASA PEMBERSIHAN DETOX. Diformulasi dengan teknologi terkini berjuta skrub mikro dari Jepun, ia bertindak dengan berkesan untuk menyingkirkan segala minyak dan kotoran degil serta bakteria yang terkumpul jauh di dalam liang pori. Men’s Bioré dapat membantu para lelaki di Malaysia melawan masalah dan cabaran berkaitan dengan kulit muka mereka dari dalam ke luar.

Variasi Saiz RSP (Termasuk 6% GST)
Deep Clean 50g RM 8.60
Deep Clean Extra Cool
Oil Clear
Acne Solution
Bright Clean
Deep Clean 100g RM 15.70
Deep Clean Extra Cool
Oil Clear
Acne Solution
Bright Clean

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s