Dr. Jessie Chung, Artis Antarabangsa Kelahiran Malaysia Memperkenalkan Album Inggeris Yang Pertama ‘There You Are’

_72A7777S

Subang Jaya- Dr Jessie Chung, penyanyi antarabangsa, aktres dan usahawan kelahiran Sarawak semalam melancarkan EP pertama beliau dalam bahasa Inggeris yang bertajuk ‘There You Are’.

Sebelum ini, beliau telah pun berjaya menakluki pasaran lagu bahasa Cina dan menerbitkan tujuh buah album antaranya Home, Loving You, Message of Love from the Moon, Love in You, I Just Fall in Love Again, dan Tearless Sky.

Lagu single beliau “Love in You” telah dipilih sebagai lagu tema untuk siri TV Korea My Secret Garden di Taiwan. Album terakhir Jessie Chung telah melonjak naik ke tempat ke-4 dalam I Radio Top Hits Chart dan tempat ke-6 Pop Radio Top Ten Music Chart dalam masa dua minggu sahaja selepas diterbitkan di Taiwan.

EP yang menampilkan tiga buah lagu “There You Are”, “Drive My Heart” dan “Someplace Honest”adalah percubaan sulung Dr Jessie ke pasaran bahasa Inggeris.

“Saya tujukan EP ini kepada bapa dan juga suami saya. Saya mahu menyampaikan pesan kepada semua bahawa kita patut menghargai orang tersayang ketika mereka masih bersama kita. Saya harap melalui muzik, saya dapat mendekati hati pendengar dan menyampaikan mesej ini. Rakaman untuk video muzik There You Are cukup mencabar di mana kami menghabiskan masa selama dua hari dua malam membuat rakaman sekitar Brisbane dan Gold Coast. Suhu disitu sangat sejuk sehingga mencecah 10 darjah Celsius tetapi saya tidak dapat memakai baju sejuk untuk memanaskan badan. Rakaman yang tidak boleh dilupakan adalah di tepi pantai. Saya hampir terjatuh semasa berjalan pada cerun yang curam menghadap laut. Mujurlah saya dapat berdiri semula menggunakan kemahiran wushu yang saya pelajari.”-Dr Jessie Chung.

There You Are’ diterbitkan oleh Andy James Court, pemuzik veteran dari Australia yang terkenal dengan gaya rock ‘n’ roll di peringkat awal kerjayanya, pernah memenangi lebih 30 anugerah muzik antarabangsa dan merupakan penerima Anugerah Lagu terbaik 2015. Muzik video pula telah diarahkan dan diterbitkan oleh Elijah Cavanagh, pengarah filem dari Brisbane, Australia.

Tambahnya lagi beliau sangat bertuah kerana di kelilingi oleh ramai penyokong termasuklah mereka yang tersayang, rakan-rakan dan sahabat handai. Atas sokongan mereka beliaudapat mengembangkan bakat yang ada. Apatah lagi beliau tidak takut dengan perubahan dan mahu mencuba sesuatu yang baru. Beliau juga amat berterima kasih kepada mereka yang mendengar lagu Cina nyanyiannya. Kini sudah tiba masanya untuk memasuki pasaran bahasa Inggeris dan membawa muziknya ke peringkat antarabangsa.

Penerbit Andy memuji suara emas dan teknik vokal Jessie semasa rakaman dibuat yang melebihi jangkaan penerbit yang hebat ini. Beliau sangat gembira dapat bekerja dengan penyanyi kelahiran Sarawak ini. Semasa rakaman, Jessie dengan mudah dapat memenuhi semua permintaan Andy. Tona, pic dan emosi Jessie cukup sempurna dan enak didengar. Apa yang membuatkan Andy terkejut adalah walaupun Jessie tidak menggunakan bahasa Inggeris sejak kecil, beliau telah dapat menjiwai seni kata dengan penuh bermakna sehinggakan mendapat pujian semasa sesi rakaman.

Pengurus artis Dr Jessie di Australia, Jonathan Timm pula berkata, “Sebagai pengurus artis, saya merasa bertuah dapat bekerja dengan Jessie dan memperkenalkan beliau ke pasaran Australia. Saya telah mendengar tiga buah lagu daripada album ini dan saya amat sukakannya. Apa yang membezakan lagu-lagu ini adalah semunya merupakan lagu-lagu besar yang boleh dinyanyikan di tempat yang besar seperti di stadium. Lagu-lagu ini ibarat lagu antem yang menarik minat penonton untuk dinyanyikan bersama. Video muziknya pula sungguh hebat. Penampilan video sangat kemas dan menarik, dan Jessie pula kelihatan cantik. Saya pasti para peminat akan teruja menyaksikannya.”

Darren Choy, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura berkata, “Warner Music merupakan salah sebuah penerbit muzik terkemuka dunia dan kami mewakili para artis yang paling terkenal di Malaysia. Kami bangga menjadi rakan pengedaran Dr Jessie Chung untuk album bahasa Cina terakhir beliau, “Tearless Sky”, dan kini sekali lagi untuk EP beliau There You Are. Sukacita saya maklumkan bahawa EP ini akan disediakan untuk platform digital termasuk iTunes, KK Box, Spotify, Deezer dan Joox mulai 2 September 2016. Kami harap anda dapat menikmati lagu-lagu yang disajikan.”

“There You Are” boleh dibeli secara digital melalui iTunes & KK Box, dan akan dijual secara fizikal di semua cawangan NHF di seluruh negara. Dapatkan EP baru hari ini atau muat turun dari iTunes.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s