IKEA Perkenalkan Katalog Terbaharu Untuk 2017

IKEA secara rasminya memperkenalkan Katalog IKEA 2017 di Malaysia. 

Dengan idea dan inspirasi kelengkapan rumah yang segar mengikut keperluan pengguna, Katalog IKEA terbaharu ini tertumpu kepada prinsip Reka Bentuk Demokratik, satu konsep yang berdasarkan perspektif IKEA, iaitu setiap orang memiliki hak untuk menikmati kehidupan harian yang lebih baik. Lima prinsip ini memandu arah atas segala yang dilaksanakan oleh IKEA.

Memandangkan apartmen kecil dan kondominium menjadi pilihan yang semakin popular di pusat bandar raya, permintaan untuk penyelesaian kelengkapan rumah yang praktikal dan fleksibel juga kian bertambah berbanding dulu.

Lima prinsip Reka bentuk Demokratik – bentuk, fungsi, kualiti, harga rendah dan kelestarian – membolehkan IKEA mencipta reka bentuk yang menarik perhatian bukan sedikit tetapi majoriti daripada orang ramai.

“Pelancaran katalog baharu tahun ini adalah istimewa, kerana kami memperkenalkan konsep Reka Bentuk Demokratik, suatu konsep teras yang telah menjadi sebahagian daripada IKEA sejak awal penubuhannya. Trend pasaran yang pesat berubah dan urbanisasi yang rancak membangun bermakna keperluan pemilik kediaman di Malaysia juga turut berubah. Reka Bentuk Demokratik, digabungkan dengan pengamatan pasaran yang terperinci hasil kunjungan ke kediaman warga Malaysia ketika kaji selidik tahunan Life at Home, membolehkan kami menyedia reka bentuk khusus sebagai penyelesaian untuk keperluan semua,” Leonie Hoskin, Pengurus Projek, Life at Home & Range, IKEA Asia Tenggara.

Menurutnya lagi, setiap produk IKEA mengandungi elemen Reka Bentuk Demokratik, dan dipertimbangkan akan impaknya terhadap kehidupan individu, masyarakat dan alam sekitar. Elemen murni ini juga di dapati di dalam makanan yang kami hidangkan, bagaimana kami membungkus dan mengangkut produk kami, bahkan pada model perniagaan kami. Menerusi prinsip asas ini, kami berjaya menyediakan produk kelengkapan kediaman yang berkualiti, berfungsi serta menarik, berharga rendah, juga mesra alam sekitar.

Tidak dapat disangkal bahawa kesemua produk IKEA adalah luahan lima prinsip asas Reka Bentuk Demokratik. Berikut adalah produk kelengkapan IKEA yang menjadi contoh terbaik lima prinsip asas Reka Bentuk Demokratik:-

Bentuk
Kerusi Berlengan POÄNG – Dicipta pada 1972, kerusi berlengan POÄNG adalah gabungan reka bentuk tradisi perabot Scandinavia dan Jepun. Ia direka untuk keselesaan. Rangka kerusi yang dibentuk menggunakan teknik ‘form-pressed’ dengan ayunan yang ringan, mengikut bentuk tubuh dan menyokong bahagian tengkuk serta belakang anda. Reka bentuk yang tak luntur zaman, cukup klasik.

Kualiti
Kombinasi storan berpintu STUVA – Sistem storan modular direka bentuk khusus untuk kanak-kanak, STUVA boleh dipernaik taraf mengikut tahap tumbesaran anak anda. Sesuai dengan semua ruang dan keperluan, ia didatangkan dengan bucu yang bulat, tepi yang kemas, pintu yang menutup dengan senyap, dan berkaki mudah laras untuk kestabilan di atas lantai
yang tidak rata.

Kelestarian
IKEA 365+ – Membolehkan penyimpanan lebihan makanan di dalam bekas yang selamat digunakan untuk menghangat semula kemudian. Boleh tindan untuk storan mudah dan bercirikan penutup kedap bagi mengelakkan tumpahan serta melindungi isi kandungannya daripada kerosakan fros. Penutup yang berliang kecil memudahkan penghangatan pantas, agar pembaziran
makanan dan penggunaan tenaga dapat dikurangkan.

Fungsi
Sofa VALLENTUNA – Mengabungkan tempat duduk, katil tidur dan storan. Mudah untuk disuaikan dengan ruang yang anda ada, ia sesuai digunakan sama ada di kediaman kecil dan luas. Anda boleh menggunakan modul yang sedia ada atau gabungkan beberapa modul untuk mencipta ekspresi anda sendiri. Ia sesuai untuk majlis keraian dan untuk tetamu yang bermalam.

Harga Rendah
Rak buku BILLY – Satu reka bentuk yang ikonik, berkemungkinan besar merupakan rak buku yang paling laris di dunia sejak 1979, rak buku BILLY merupakan harga penyelesaian yang terbukti rendah. Produk ini dihasilkan dengan mengutamakan harga yang rendah dan agar setiap penjimatan daripada selengaraan, pembungkusan dan pengangkutan disalurkan kembali kepada pelanggan.

Apakah yang terbaharu di IKEA pada 2017?
Bersempena terbitan Katalog IKEA 2017, berbagai produk, makanan dan perkhidmatan yang baharu disediakan di gedung cawangan IKEA Damansara dan IKEA Cheras. Antaranya:
• Sajian lazat baharu di Restoran IKEA
o Sejajar dengan matlamat untuk mencipta pilihan yang menyihatkan dan lestari untuk orang ramai, restoran IKEA, Bistro, kedai khas Makanan Sweden menyediakan ikan salmon, ikan hering, udang dan telur kod yang diperakui ASC/MSC. IKEA juga menyediakan alternatif lebih berkhasiat dengan makan kegemaran IKEA seperti bebola sayuran, yogurt sejuk beku dan air Nordic.
o IKEA Food juga memperkenalkan dua sajian baharu – Bebola sayuran dengan krim masam dan pilau salmon – yang tersedia ada di Restoran IKEA.

• Produk baharu yang hebat
o Basikal SLADDA IKEA – Menggabungkan reka bentuk inovatif dengan keselesaan dan selenggaraan yang rendah, basikal SLADDA baharu ini membantu kehidupan yang lebih menyihatkan dan lestari di bandar raya.
o Ulang tahun ke-40 kerusi berlengan POÄNG – selama 40 tahun kerusi berlengan POÄNG telah menyediakan gaya, keselesaan dan pilihan. Bagi meraikan ulang tahunnya ini, IKEA memperkenalkan satu rangka baharu dengan enam sarung baharu pada rangkaian kombinasi yang sedia ada.

• Perkhidmatan baharu untuk keselesaan
Khidmat mengambil dan penghantaran IKEA bakal disediakan pada 2017. Pelanggan hanya perlu menyediakan senarai produk yang mereka inginkan, dan IKEA akan memikul tanggungjawab untuk mengangkat yang berat-berat untuk anda. Ini bermakna pelanggan tidak lagi perlu mengambil masa yang lama untuk beratur di kaunter bayaran, dan boleh menggunakan masa itu untuk melakukan sesuatu yang mereka suka.

Dari 25 Ogos 2016 sehingga 3 September 2016, Katalog IKEA 2017 baharu ini akan diedar di sekitar Lembah Klang. Pelanggan yang tidak menerima naskhah mereka, boleh mendapatkannya di gedung cawangan IKEA Damansara atau IKEA Cheras, atau lihatnya di IKEA.my/catalogue.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s