AirAsia BIG Duty Free Umum Kolaborasi Bersama SimplySiti

Untuk mereka yang terbang bersama AirAsia!

AirAsia BIG Duty Free baru-baru ini mengumumkan kolaborasi dengan SimplySiti, jenama kecantikan popular di Malaysia dengan menawarkan dua produk eksklusif AirAsia-SimplySiti iaitu :

  • ‘Simply Elegant 2 Way Cake – AirAsia Edition’ dan
  • ‘Simply Elegant Lip Gloss Duo – AirAsia Edition’

Kedua-dua produk buatan Korea ini boleh didapati dalam semua penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan AirAsia X (kod penerbangan D7) bermula 1 September 2016 hingga 30 September ini pada harga promosi iaitu RM54.

Ia juga boleh dibeli di laman web bigdutyfree.com. Kedua-dua produk ini adalah rangkaian produk paling laris SimplySiti dan tidak boleh dibeli di tempat lain.

Produk eksklusif AirAsia-SimplySiti secara rasminya dilancarkan oleh Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad, bersama-sama dengan Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa, Pengerusi Eksekutif SimplySiti Sdn Bhd; Dato’ Siti Nurhaliza, Presiden SimplySiti Sdn Bhd dan Peter Sellick Davies, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SimplySiti Sdn Bhd. Turut hadir di perasmian tersebut adalah Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad dan Nik Harris Nik Kamaruddin, Ketua Pegawai Operasi SimplySiti Sdn Bhd.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan SimplySiti dengan menawarkan dua produk eksklusif yang akan dijual dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang menjangkau lebih daripada 120 destinasi di seluruh dunia. Selain kedua-dua produk ini, AirAsia BIG Duty Free juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa rangkaian penuh produk SimplySiti juga kini boleh didapati secara online di laman bigdutyfree.com, menjadikan AirAsia BIG Duty Free sebagai satu platform khas untuk kesemua produk SimplySiti.”Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat Datuk Kamarudin Meranun kerana dengan kepercayaan dan visi beliau terhadap kolaborasi ini, maka dapatlah kita bersama-sama hari ini untuk menyaksikan hari penuh bersejarah buat AirAsia dan SimplySiti. Kerjasama SimplySiti dengan AirAsia akan membuatkan produk-produk kami kini lebih mudah untuk didapati di pasaran domestik dan antarabangsa. Perkongsian ini akan memudahkan produk SimplySiti merentas sempadan di pasaran antarabangsa dan seterusnya Simplysiti akan dapat melonjak lebih jauh ke dalam pasaran yang belum diterokai secara global. Beli-belah produk Simplysiti di dalam penerbangan anda untuk solekan yang hebat.”Dato’ Siti Nurhaliza, Presiden SimplySiti Sdn. Bhd.

AirAsia BIG Duty Free adalah portal Barangan Bebas Cukai AirAsia BIG yang menjanjikan pilihan terbesar pelbagai jenama bebas cukai dan produk barangan dengan tawaran hebat dan kejutan yang besar untuk pembeli secara online. AirAsia BIG Duty Free bukan sahaja memberi penjimatan dengan membeli-belah bebas cukai, ia juga memberi kemudahan lebih kerana tetamu boleh menempah awal secara online di mana sahaja pada bila-bila masa dan semua pembelian akan dihantar ke tempat duduk mereka pada ketika penerbangan AirAsia atau AirAsia X mereka yang seterusnya.

Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktivit terkini, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s