Perasmian Pusat Kesihatan ZELL-V Wellness Hub

Masih mencari-cari pusat kesihatan yang terunggul?

ZÉLL-V Wellness Hub  kini dibuka secara rasminya dan bakal menjadi tanda mercu yang terbaru di Kuala Lumpur.

Terletak di Taman Seputeh di antara Mid Valley dan KL Sentral, ia merupakan satu lagi tanda pencapaian bagi Ruyi Holdings, syarikat terkemuka di dalam sektor penjagaan kesihatan, selaras dengan misinya untuk membantu pelanggan-pelanggannya mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang unggul dari segi fizikal dan mental.

Dengan slogan “Mencipta Kesihatan Yang Unggul”, ZÉLL-V Wellness Hub bertujuan untuk mewujudkan budaya kesihatan dalam masyarakat .

Pengasas dan Pengarah Urusan Ruyi Holdings Dato ‘Sharon Foong yang berucap pada majlis tersebut berkata: “Pembukaan rasmi hari ini menandakan satu lagi pencapaian bagi ZÉLL-V. Di ZÉLL-V, tanggungjawab korporat kami adalah untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang komprehensif kepada pelanggan dan rakyat. Pelbagai penyelidikan perubatan telah menunjukkan bahawa kesihatan yang optimum tidak boleh dicapai melalui satu produk atau satu teknologi perubatan sahaja. Ini adalah sebab kami menubuhkan ZÉLL-V Wellness Hub, di mana kami telah menyatukan pelbagai sumber untuk menyediakan penjagaan yang holistik yang boleh membantu anda mencapai keseimbangan dari segi badan, minda dan jiwa.

“Buat masa kini, ZÉLL-V Wellness Hub adalah pusat penjagaan kesihatan sehenti yang paling lengkap. Misi kami bukan sahaja untuk menyediakan perkhidmatan kepada penduduk di Lembah Klang, tetapi untuk menyebarkan budaya sihat ZÉLL-V ke seluruh negera dan juga dunia. Kami ingin menjemput perusahaan tempatan dan luar negara untuk bekerjasama dengan kami bagi mengembangkan industri pelancongan perubatan di negara ini.”

Majlis perasmian tersebut dihadiri oleh tetamu khas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) Dato’ Garry Chua, duta ZÉLL-V Dato’ Elaine Kang, serta rakan-rakan kongsi, doktor dan pelanggan ZÉLL-V.

Bangunan ZÉLL-V Wellness Hub mempunyai 15 tingkat. Perkhidmatan-perkhidmatan komprehensif yang disediakan di ZÉLL-V Wellness Hub termasuk permeriksaan badan, rawatan detox, terapi sel, penjagaan kulit dan payudara, klinik penjagaan kesihatan berteknologi tinggi V Wellness, Sompoton Spa, meditasi retreat The Om Stay, pusat penjagaan rambut dan kulit kepala Hairworx, pusat penjagaan lepas bersalin Kimporo, pusat latihan bakat Olmeca, taman asuhan kanak-kanak Baby Atelier, restoran ‘fine dining’ Ketuhar dan sebagainya….

Selain itu, ZÉLL-V Wellness Hub akan berfungsi sebagai ibu pejabat baru Ruyi Holdings. Ia dilengkapi dengan bilik-bilik mesyuarat dan dewan pameran produk yang moden serta stylish supaya para pelawat dapat melihat dan mengetahui mengenai produk-produk ZÉLL-V dengan lebih mendalam lagi.

Penubuhan ZÉLL-V Wellness Hub diharapkan dapat meningkatkan industri penjagaan kesihatan dan industri pelancongan di Malaysia dan menggalakkan orang ramai untuk menghargai kesihatan mereka serta mengambil langkah untuk mencapai kesihatan, kecergasan dan kecantikan yang lebih baik serta kehidupan yang berkualiti.

Untuk maklumat lanjut mengenai ZÉLL-V Wellness Hub dan Ruyi Holdings Sdn Bhd, sila layari www.zell-v.com.my, atau hubungi 03-2273 6699.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di ZÉLL-V Wellness Hub:

  • Tingkat 12: Sky Loft dan Rooftop Bar
  • Tingkat 11: Pusat perkhidmatan pelanggan antarabangsa dan HQ ZÉLL-V. Produk-produk ZÉLL-V yang unggul termasuk: Terapi Sel ZÉLL-V, Rawatan Payudara Be+, Minyak Be Jojoba, Supplemen Kesihatan Lelaki, minyak bati Essentialle, Produk Pengurusan Berat Badan Carblo dan lain-lain.
  • Tingkat 10: The Om Stay – Penginapan yang berunsur meditasi. Membantu pelanggan mencapai rehat yang optimum dari segi fizikal dan minda melalui meditasi Mandala.
  • Tingkat 9: V Wellness –Klinik kesihatan yang komprehensif dan berteknologi tinggi, yang bertujuan membolehkan orang ramai menikmati kesihatan dan kecergasaan yang berpanjangan. Di sini, pendekatan yang holistik digunnakan untuk membantu anda dan orang tersayang mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang optimum melalui 4 langkah – Pemeriksaan, Detoksifikasi, Pembaikan dan Pemulihan.
    Sompoton Spa – Pusat urut dan Spa mewah yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan kaya dengan antioksidan dan kelembapan, serta teknik dan rawatan yang unik untuk melegakan keletihan anda dan mencapai keseimbangan badan dan mental.
  • Tingkat 8: Gym (Akan Datang)
  • Tingkat 6 & 7: Kimporo – Pusat Pengajaan Lepas Bersalin Ibu dan Bayi
    Kimporo, yang membawa maksud “Yang Paling Bernilai” dalam Bahasa Cina, merujuk kepada bayi yang baru dan juga ibu yang baru. Di Kimporo, kami memahami kepentingan untuk membantu ibu baru menyesuaikan diri sebagai seorang ibu, dan menyokong beliau menyusu bayi dengan berjaya. Kami menyediakan penjagaan khusus, dan mempunyai pakar penyusuan, serta bidan dan jururawat yang terlatih untuk membantu para ibu mendapat rehat yang cukup, ketenangan minda, kesegaran tubuh badan dan pemulihan kesihatan yang sempurna serta kembali ke bentuk badan yang langsing.
  • Tingkat 5: Hairworx Wellness – Pusat penjagaan rambut dan kulit kepala yang membantu anda mencapai kulit kepala yang sihat dan rambut yang berseri.
  • Olmeca Talent House – Olmeca adalah sejenis buluh. Buluh bersifat elegan lagi kukuh. Ia tidak mudah patah walaupun dibengkokkan. Seseorang yang ingin mencapai kejayaan perlu mempunyai sifat seperti buluh. Di sebalik persembahan yang hebat adalah dedikasi dan kerja keras yang bertahun-tahun. Di Olmeca Talent House, kami membantu anda membina asas yang kukuh untuk mencapai kejayaan yang anda ingini.
  • Tingkat 4: Dewan serbaguna
  • Tingkat 3: Bilik mesyuarat dan pejabat
  • Tingkat 2: Baby Atelier – Pusat perkembangan mental dan pendidikan kanak-kanank yang mempunyai tujuan untuk membentuk kanak-kanak yang sihat, bahagia, berdikari dan bermoral bersama-sama ibubapa melalui program holistik yang direka khas untuk setiap individu.
  • Tingkat 1: Ketuhar – Restoran ‘Fine Dining’ yang menawarkan makanan asli Malaysia yang disediakan oleh chef yang telah memenangi anugerah.
  • Sayang Rasa Café – Tempat di mana anda boleh menikmati makanan and minuman tempatan yang lazat.
  • Tingkat Bawah: VV Mart – Kedai cenderamata yang menawarkan barang buatan Malaysia yang ideal untuk dijadikan hadiah kepada ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan.
  • Dewan aktiviti
  • Basement 1: Perkhidmatan mencuci kereta
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s