GINTELL & Ayda Jebat Bertemu Peminat Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan

5p2a2224-fans-group-photo-s

Sambut Hari Kemerdekaan Bersama Ayda Jebat 

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan, pelakon dan penyanyi terkenal Ayda Jebat membuat penampilan khas sebagai duta GINTELL di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur untuk bertemu dengan peminat dan pelanggan GINTELL menyambut hari yang amat bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia.

Penampilan khas Ayda Jebat menambahkan lagi kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan. Beliau bukan sahaja mengambil gambar selfie bersama peminatnya malah bersama-sama menyanyikan lagu popular “Pencuri Hati” dalam keadaan riang gembira.

Baru-baru ini Ayda melakonkan watak utama dalam drama “M.A.I.D” & juga
“Assalamualaikum Cinta” telemovie yang ditaja oleh GINTELL. Pemilihan Ayda Jebat sebagai duta GINTELL adalah untuk mengukuhkan jenamanya kepada pasaran yang lebih muda terutamanya golongan muda yang sibuk bekerja tanpa mempunyai masa yang cukup untuk berehat dan menenangkan diri sendiri. Seperti Ayda Jebat yang bekerja sebagai pelakon dan penyanyi, kerjayanya memerlukan masa yang panjang dan tidak menentu. Kelelahan kerja menimbulkan tekanan pada dirinya dan mungkin menjejaskan kesihatannya.

Bagaimanapun, kini dengan adanya sofa urutan GINTELL De’Vano S di rumah, Ayda Jebat dapat menghilangkan tekanan dan kepenatan kerja pada bila-bila masa sahaja. Dengan hanya meluangkan sedikit masa setiap hari bersama GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa, beliau dapat menenangkan diri dan berehat dengan sepenuhnya.

Kesihatan adalah penting untuk menikmati rasa cinta yang indah dan bermakna dalam kehidupan. Sebagai duta GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa, Ayda Jebat yang mengutamakan kesihatan, ikatan kasih sayang keluarga dan diri sendirinya memang serasi dengan moto GINTELL “Health Love Life” ~ Kesihatan, Kasih Sayang, Kehidupan.

GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa

GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan pertama yang mempunyai kontur urutan terpanjang dari leher sampai paha. Lanjutan Trek V yang berukuran 105cm panjang dapat melegakan kesakitan dan tekanan anda dengan urutan yang selesa pada bahagian leher, pelvic, punggung dan paha. Teknologi penggelek urut berhaba 3D merangsang pengedaran darah dan memperbaiki metabolisme untuk meredakan nyeri bahu. Selain itu, ciri beg tekanan udara pada sofa urutan ini membentuk dan membetulkan pinggul dan paha untuk memastikan anda terus tampil anggun.

Diperkemas dengan fabrik yang berwarna ceria dan cerah, GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan yang bergaya modern dan ergonomik. Sofa urutan ini mempunyai 4 sistem kawalan mudah dan mesra pengguna. GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa yang ringan dan bersaiz kecil ini adalah pilihan yang tepat dan sempurna untuk kediaman dan juga pejabat kerana sofa ini sesuai untuk diletakkan di mana-mana sahaja.

Untuk pembeli yang hadir, GINTELL menawarkan kombo pakej yang terhebat bagi kedua-dua GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa dan mesin urut kaki G-Beetle Plus dengan hanya RM3, 988.

Raikan Hari Raya bersama GINTELL untuk menikmati musim perayaan ini yang lebih selesa!

Kunjungi mana-mana cawangan GINTELL di seluruh negara untuk menikmati tawaran yang hebat. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian khidmat pelangan di 1800-88-6332 atau layari laman web rasmi GINTELL di http://www.gintell.com. Anda juga boleh layari Facebook GINTELL Malaysia dan GINTELL WeChat untuk pengumuman produk terkini dan acara yang akan datang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s