Nivea Men Perkenal Gedung Hitam Putih Hasil Kolaborasi Bersama RIZMANRUZAINI

nivea-men-bw-5

Tahukah anda NIVEA Men Deodorant Invisible for Black & White memberi 3 X kekeringan dan mencegah kesan kuning pada bahagian bawah lengan?

Deodoran lain boleh menyebabkan kesan putih pada tekstil gelap dan kesan kuning di bawah lengan fabrik berwarna cerah akibat tindak balas kimia antara bahan antipeluh, peluh, dan bahan pencuci. Malangnya, sebaik sahaja kerosakan berlaku, adalah mustahil untuk dipulihkan.

NIVEA MEN menyifatkan kesan kuning pada bahagian bawah lengan baju sebagai masalah serius yang boleh menjejaskan gaya dan tindakan serta sikap dan harga diri seseorang.

Selain memastikan 3x kekeringan dan mencegah kesan kuning pada pakaian, pengguna deodoran pasti akan berterima kasih kepada ciri keunikan teknologi antikesan NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White.

Deodoran generasi baru NIVEA MEN ini menawarkan penyelesaian mutlak kepada kaum lelaki untuk menghindarkan masalah kesan kuning pada baju putih mereka.

Baru-baru ini, NIVEA MEN melancarkan gedung sementara hitam dan putih pertamanya di Malaysia sempena kempen “Don’t Stain Your Favourite Outfit” (Jangan Tinggalkan Kesan Pada Pakaian Kegemaran Anda) dengan kolaborasi terbarunya dengan butik fesyen mewah, RIZMANRUZAINI.

Dua replika produk Black and White Deodorant Spray dan Roll On besar dibina untuk menarik perhatian orang ramai di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Pelancaran rangkaian deodoran antikesan NIVEA dan NIVEA MEN yang membantu menyelesaikan isu kesan tidak diingini pada pakaian telah mengilhamkan RIZMANRUZAINI untuk mereka 12 fesyen pakaian harian yang berlainan bersama dengan NIVEA MEN.

Ini juga adalah kali pertama RIZMANRUZAINI mereka koleksi pakaian eksklusif untuk lelaki dengan kerjasama jenama lain. Selain itu, satu pertunjukan fesyen jalanan telah dianjurkan untuk memperlihatkan koleksi edisi terhad mereka bersama dengan NIVEA dan NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White semasa pelancaran. 12 fesyen berlainan dalam koleksi ini boleh didapati secara eksklusif di laman web Fashion Valet.

“Deodoran NIVEA bukan sahaja mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan di pasaran, tetapi juga mencatat pertumbuhan yang lebih cepat daripada pertumbuhan pasaran, menjadikan NIVEA jenama deodoran nombor satu di negara ini! Pelancaran NIVEA Deodorant Invisible for Black & White telah menaikkan jenama ke mercu lebih tinggi dan kami amat bangga dengan kejayaan rangkaian deodoran antipeluh NIVEA ini sebagai deodoran paling laris di pasaran dan saluran runcit. Sebagai pakar antikesan, NIVEA gembira kerana dapat membantu anda merasa yakin, kekal segar dan kering, dengan memastikan tiada kesan pada pakaian anda yang bergaya.”-Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura.

Sempena kerjasama fesyen eksklusif NIVEA MEN dengan RIZMANRUZAINI dan sebagai tanda penghargaan, pengguna setia NIVEA/NIVEA MEN akan menerima baucar diskaun 25% untuk koleksi edisi terhad RIZMANRUZAINI apabila membeli mana-mana produk NIVEA/NIVEA MEN. Baucar diskaun ini boleh digunakan sama ada di gedung sementara B&W atau laman web Fashion Valet. Selain itu, satu lagi promosi eksklusif melayakkan seramai 300 pengguna pertama yang membeli produk NIVEA/NIVEA MEN bernilai RM30 dan ke atas untuk mendapat kemeja ekslusif pereka B&W percuma dalam masa 7 hari selepas pembukaan gedung sementara B&W.

Terdapat juga peraduan selfie yang memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi hamper NIVEA bernilai RM100 apabila mereka menangkap dan memaparkan gambar dengan replika deodoran raksaksa di gedung sementara hitam dan putih NIVEA MEN dengan tag #NIVEAMENBLACKANDWHITE.

“Fesyen adalah satu cara untuk menunjukkan siapa kita tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Saya berpegang pada prinsip ini setiap hari supaya saya dapat membaiki diri saya sendiri untuk mencapai mercu jaya yang lebih tinggi. NIVEA MEN merupakan rakan kerjasama yang hebat untuk RizmanRuzaini berkembang maju dan menjadi gedung fesyen yang lebih terkenal.”-Rizman Nordin, pemilik RizmanRuzaini.

Peminat dan orang ramai juga berpeluang untuk bertemu dan berkenalan dengan Rizman Nordin dan Wan Ruzaini dari RIZMANRUZAINI di pelancaran gedung sementara di Fahrenheit, Bukit Bintang.

Serentak dengan kempen ini, NIVEA MEN juga menganjurkan peraduan seluruh negara dari 1hb September hingga 30hb September 2016. Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM40,000 termasuk koleksi RIZMANRUZAINI dengan petikan kata-kata peribadi mereka tertera padanya. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman Facebook Malaysia NIVEA MEN di www.facebook.com/myniveamen.

Boleh didapati dalam bentuk semburan dan bebuli, NIVEA/NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White berbau segar dan lembut menawan, membuat anda terasa segar dan kering sebaik sahaja digunakan. Rangkaian deodoran antikesan NIVEA/NIVEA MEN masing-masing berharga RM5.50 (bebuli 25ml), RM10.50 (bebuli 50ml) dan RM16.90 (semburan 150ml). Produk boleh didapati di semua kedai farmasi, pasar raya dan pasar raya hiper di seluruh negara.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s