Memasak Lebih Seronok Dengan Peralatan Go Shop

Suka memasak?

Kini hidangan anda bertambah enak dengan mengguna peralatan dapur dari Go Shop!

Memang cukup meriah apabila selebriti-selebriti terkenal Scha Alyahya, Lisa Surihani, Dynas Mokhtar, Awal Ashaari, Johan Raja Lawak, dan Ozlynn Waty masuk ke ‘dapur’ bersaing antara satu sama lain untuk menonjolkan hidangan terbaik mereka yang dihasilkan dengan mengguna peralatan dapur dari Go Shop!

Acara yang diadakan di restoran yang baru dilancarkan, Eat With Mune, milik Dynas Mokhtar dan Chef Mune ini diacarakan oleh dua pengacara popular Go Shop iaitu Rai Rahman dan Hazim Shauki.

Mereka juga membantu kumpulan selebriti tersebut dengan mendemonstrasikan bagaimana peralatan dapur Go Shop yang paling laris seperti Happycall Frying Pan Set, Konstar Master Chopper Set dan Shimono Core X Multifunctional Blender yang boleh digunakan untuk memasak pelbagai hidangan lazat.

Banyak tip bagaimana proses memasak lebih mudah dan membantu pengguna menjimatkan masa untuk menghasilkan hidangan yang lazat turut dikongsi. Peralatan dapur yang digunakan boleh didapati dari saluran TV membeli-belah dari rumah dan platform dalam talian Go Shop.

Keistimewaan Go Shop bukan hanya terletak pada ketelitiannya memilih peralatan yang terbaik untuk dapur, rumah dan banyak lagi, serta menawarkan nilai yang terbaik kepada pelanggan, tetapi juga dalam mendidik pengguna dengan mendemonstrasikan manfaat dan nilai setiap peralatan mengikut konteks tempatan. Untuk memastikan pengguna terus menonton, demonstrasi produk dilakukan dengan cara yang informatif dan menghiburkan.

Go Shop juga memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik, di mana ia membolehkan pelanggan memilih bagaimana mereka ingin membeli-belah. Pelanggan boleh memilih dan membeli produk yang diingini dengan menonton dua saluran 24 jam (Saluran 118 dalam Bahasa Malaysia dan Saluran 318 dalam Bahasa Mandarin) di Astro, NJOI, laman web Astro-On-The-Go atau aplikasi mudah alih atau dalam talian di http://www.goshop.com.my melalui peralatan pilihan mereka.

Pelanggan juga boleh memilih pelbagai kaedah bayaran. Perkhidmatan selepas jualan boleh didapati melalui talian bebas tol 24 jam (1800-82-0088), melalui e-mel (wecare@astrogoshop.com.my) atau media sosial (#shopatgoshop di Facebook, Instagram dan Twitter). Bukan itu sahaja, penghantaran bagi kebanyakan produk ke Semenanjung Malaysia juga dibuat tanpa sebarang caj.

“Saya dan keluarga suka membeli-belah di Go Shop kerana ia mudah sekali. Kami boleh membeli dari telefon bimbit, tablet dan komputer, atau telefon saja dan bercakap dengan Go Shopper – mungkin lepas ini kami tak perlu pergi ke pusat membeli-belah lagi!” kata Dynas Mokhtar.

Pengacara Go Shop, Rai Rahman berkata, “Pertandingan memasak bersama selebriti ini adalah contoh apa yang kami paparkan di TV setiap hari – rancangan hiburan berinformasi yang boleh dinikmati oleh semua orang. Kami bukan hanya menjual produk. Saya percaya demonstrasi yang kami lakukan benar-benar membantu dalam kehidupan rakyat Malaysia. Ada banyak kemahiran hidup dan ‘helah’ yang boleh mereka pelajari dan gunakan dalam kehidupan seharian. Saya sangat gembira kerana dapat memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia dengan Go Shop.”

Pertandingan memasak tersebut diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama para tetamu jemputan, selebriti dan pengacara Go Shop, yang masing-masing berkongsi pengalaman mereka di dapur bersama Dynas dan Chef Mune.

Untuk maklumat lanjut mengenai Astro Go Shop, layari www.goshop.com.my

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s