Peluang Reka Cipta Coklat Sendiri di KitKat “Chocolatory”

kkc-launch-06

Ingin Mereka Cipta Coklat Sendiri?

Anda boleh berkreatif di KitKat “Chocolatory” yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dengan penciptaan sehingga 10,000 jenis coklat!

Kuala Lumpur– Jenama coklat nombor satu di Malaysia, KitKat, melancarkan pengalaman membuat coklat mengikut pesanan pelanggan yang pertama di Malaysia.

Kedai konsep KitKat “Chocolatory” memberi peluang kepada orang ramai  mencipta sendiri jejari KitKat yang lazat, mengecurkan dan penuh dengan beraneka jenis campuran ramuan di kedai konsepnya di Mid Valley, Megamall.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah dijemput untuk merasmikan kedai konsep KitKat “Chocolatory” bersama Yang Amat Mulia Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail, Pengerusi Nestlé (Malaysia) Berhad; En. Alois Hofbauer, Pengarah Urusan Nestlé (Malaysia) Berhad dan En. Sachin Goel, Pengurus Eksekutif Perniagaan di Unit Perniagaan Konfeksioneri Nestlé (Malaysia) Berhad.

KitKat “Chocolatory” memberi peluang kepada penggemar coklat untuk mencipta KitKat mereka sendiri daripada pilihan 16 ramuan premium seperti kepingan cili yang pedas, karamel “chewy”, daun teh hijau senchia kikusui dan pelbagai ramuan lazat untuk menghasilkan sehingga 10,000 jenis rekaan tersendiri.

Mereka juga boleh memilih daripada beraneka jenis kotak hadiah yang boleh diperincikan dengan nama mereka bersama lampiran mesej peribadi serta reka bentuk yang dicetak pada pek menjadikannya cenderahati yang cukup unggul.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dunia coklat popular menyaksikan revolusi dalam pengubahsuaian produk; dan kami sentiasa berpegang teguh kepada kualiti dan sentiasa cuba untuk melangkaui jangkaan pengguna yang kian berubah, dan ini merupakan penggerak utama kami untuk membawakan rasa yang hebat dan keseronokan kepada pengguna. Pembukaan kedai unik ini yang terletak di pusat beli-belah popular Mid Valley Megamall, merupakan langkah yang signifikan bagi jenama ini dalam menyediakan peluang untuk rakyat Malaysia untuk mencipta dan menikmati jejari KitKat yang serba baru.” -Alois Hofbauer, Pengarah Urusan Nestlé (Malaysia) Berhad.

Tambah Hofbauer, “Inovasi merupakan teras bagi Nestlé, dan kami sentiasa ingin memberikan produk dan pengalaman baru yang menarik kepada pengguna menerusi ramuan yang paling berkualiti.

Kini dengan KitKat “Chocolatory”, pelanggan dapat membawa pulang coklat ciptaan mereka sendiri yang lazat dan luar biasa yang dibuat dari ramuan yang paling berkualiti. Nestlé telah menjadi pelopor dalam bidang inovasi dan kami membawa trend penciptaan sendiri ini selangkah ke hadapan. Matlamat kami ialah untuk membantu mewujudkan pertalian yang lebih bermakna dengan membolehkan pelanggan mencipta sendiri pengalaman KitKat mereka.”

Berikut adalah cara untuk ‘mencipta’ KitKat anda sendiri:

• Pengguna boleh memilih sehingga tiga ramuan berbeza untuk menjadikan fantasi coklat mereka satu realiti dengan jejari KitKat mereka sendiri, dengan merealisasikan ciptaan mereka di depan mata mereka sendiri.
• Untuk memperkemaskan proses rekaan bagi pelanggan, beberapa tablet akan diletakkan di serata kedai untuk memudahkan proses pembuatan, pesanan and pembayaran.
• Di samping mencipta KitKat mereka yang tersendiri, pengguna juga akan disajikan dengan lima jenis perisa luar biasa dari Edisi Khas KitKat yang unik setiap bulan seperti perisa tempatan iaitu Nasi Lemak dan raja segala buah yang begitu popular iaitu Durian; Café Latte untuk penggemar kopi; Banana Cluster Caramel, dan Orange, Pineapple & Pecan dan banyak lagi.

En. Sachin Goel, Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Malaysia dari Unit Perniagaan Konfeksioneri berkata, “Untuk mengerakkan jenama coklat yang ikonik seperti KitKat ke abad ke-21, kami perlu memodenkan pengalaman kedua-duanya iaitu coklat dan ‘break’. Kami ingin mempromosikan penyesuaian dan keperibadian melalui ekspresi diri yang menampilkan keunikan setiap pelanggan dengan membolehkan mereka mencipta rekaan mereka sendiri.”

Beliau menambah, “Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk pengguna kami dengan menggunakan ramuan yang paling berkualiti dalam semua produk kami dan kini dengan KitKat “Chocolatory”, pengguna dapat pulang dengan ketrampilan unik ciptaan mereka sendiri.”

Salah satu daripada sorotan di majlis pembukaan adalah kerjasama antara KitKat “Chocolatory” dan chef selebriti Anis Nabilah.

“Saya begitu gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada KitKat “Chocolatory” di Malaysia. Saya begitu teruja untuk menggabungkan perisa untuk salah satu daripada jenama coklat kegemaran saya, iaitu KitKat. Sebagai seorang chef, saya tidak pernah melupakan asal-usul saya sebagai rakyat Malaysia, dan ingin mencapai keseimbangan di antara ramuan tempatan dan antarabangsa untuk ciptaan KitKat saya. KitKat “Chocolatory” menampilkan keunikan setiap pelanggan dengan memberi peluang kepada mereka untuk mencipta coklat mereka sendiri dan saya tidak sabar untuk melihat hasilnya,” kata Anis.

Sempena pembukaan kedai konsep ini, edisi terhad Royal Selection “Tengku Amir’s Jom Rileks Break”, yang menampilkan lapan jejari KitKat mewah dengan sultana, aprikot, oren dan badam dalam coklat susu akan dijual di KitKat “Chocolatory”.

Semua hasil jualan Royal Selection “Tengku Amir’s Jom Rileks Break”, akan diberikan kepada pertubuhan amal pilihan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj iaitu Rumah Amal Cheshire Selangor.

KitKat “Chocolatory” juga membolehkan pelanggan berada di hadapan dengan memesan jejari KitKat yang disesuaikan untuk mereka secara atas talian untuk penghantaran ke rumah yang dibawakan secara eksklusif oleh 11street (www.11street.my).

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat “Chocolatory” Malaysia, layari www.kitkat.com.my

Mengenai KitKat “Chocolatory”

Diwujudkan pada tahun 2014, KitKat “Chocolatory” merupakan kedai konsep di mana pelanggan menjadi pencipta dengan hampir 10,000 kombinasi unik untuk mencipta ‘break’ istimewa mereka. KitKat “Chocolatory” adalah tempat ujian yang lazat bagi perisa baru dan yang pertama bagi jenama ini di mana pelanggan dapat menetapkan segalanya, daripada perisa dan reka bentuk, hinggalah nama yang diberikan kepada KitKat ciptaan mereka. KitKat “Chocolatory” bertujuan menjadikan ‘break’ pelanggan lebih istimewa menerusi tahap penyesuaian yang lebih tinggi serta memberi peluang bagi pelanggan untuk turut melibatkan diri dalam membentuk jenama tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s