Puteri Elena of Avalor Bakal Bersiaran di Astro 615

Jom kenali Puteri Raja Terbaru di Disney Channel: Elena of Avalor!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Puteri raja Disney terbaharu, Elena of Avalor, bakal menemui penonton dalam siri animasi yang ditunggu-tunggu, “Elena of Avalor” 13 November (Ahad), 11 pagi di Disney Channel (Saluran Astro 615).

Berlatarbelakangkan dunia fantasi Avalor yang penuh keajaiban, siri ini menceritakan kisah Elena, seorang remaja berani dan sukakan cabaran telah menyelamatkan kerajaannya daripada ahli sihir wanita jahat.

Dia juga perlu belajar cara memerintah kerajaannya sebagai puteri raja sebelum dia boleh menjadi permaisuri. Fasa baharu dalam hidupnya ini mengajar Elena tentang nilai-nilai yang perlu ada pada seorang pemimpin hebat iaitu bertimbang rasa, cekal dan berperikemanusiaan.

Siri yang dinanti ramai ini memuatkan karya muzik asli dalam setiap episod, termasuk lagu tema Elena “Kini Masaku”, sebuah lagu bersemangat yang berasaskan kekuatan dan keyakinan diri. Lagu ini telah dihasilkan semula dalam Bahasa Malaysia dan didendangkan oleh penyanyi popular Elizabeth Tan dalam sebuah video muzik yang akan ditayangkan kepada penonton Disney Channel mulai 1 November.

Selain Bahasa Malaysia, Disney Channel turut menghasilkan semula lagu ini dalam Bahasa Indonesia yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia, Chilla Kiana.

Mulai sekarang hingga 13 November, Disney Channel Asia menjemput kanak-kanak di Asia Tenggara untuk menyertai kempen media sosial dengan menunjukkan bagaimana Elena memberi inspirasi kepada mereka untuk memimpin: sama ada di rumah, sekolah atau dalam kehidupan seharian mereka.

Mereka hanya perlu muat-turun gambar atau video di laman Facebook Disney Channel Asia (http://facebook.com/DisneyChannelAsia) dan gunakan ‘hashtag’ #RuleLikeElena untuk berpeluang ditampilkan dalam laman tersebut, dan juga menerima barangan eksklusif “Elena of Avalor“.

Elena of Avalor” dicipta oleh pemenang Anugerah Emmy, Craig Gerber yang juga merangkap penerbit eksekutif siri ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s