Pusat Kecantikan Estetika Medispa Lancar Cawangan Ke-6 di Shah Alam

_dsc4591

Pusat kecantikan wajah Estetika Medispa secara rasminya melancarkan pembukaan cawangan keenam di Shah Alam pada Selasa lalu.

Berikutan  permintaan pelanggan yang tinggi, pusat kecantikan itu berkembang sehingga mempunyai enam cawangan meskipun baru setahun ditubuhkan.

“Alhamdulillah, sejak dibuka pada tahun 2015, Estetika Medispa terus berkembang dan membuka enam cawangan di seluruh negara. Kami juga dalam perancangan untuk pembukaan cawangan Kota Bharu dan Pulau Pinang dalam masa terdekat.” -Ketua Pegawai Eksekutif Estetika Medispa, Dr Alina Hasni Mohamad Rashid

Selain Shah Alam, lima cawangan lain terletak di Bangi, Ampang, Melaka, Kuantan Pahang dan Terengganu. Estetika Medispa diterajui oleh Pengarah Eksekutif Dr Abdul Haq Wasa.

Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran tiga selebriti terkenal iaitu Saharul Ridzwan, Zara Zya dan Anis Al Idrus.

Keistimewaan Estetika Medispa berbanding pusat kecantikan lain adalah ia menggabungkan cara rawatan teknologi moden dan tradisional dengan mengguna produk berkualiti tinggi yang selamat dan berkesan.

“Kami lebih mengutamakan hasil dan kepuasan pelanggan berbanding keuntungan semata-mata. Teknologi terkini digabungkan dengan cara tradisional yang terbukti selamat serta berkesan,” tambah Dr Alina Hasni.

Menurutnya lagi, Estetika Medispa turut menyasarkan keuntungan sebanyak RM2 juta pada tahun ini.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s