70 Pelajar Singapura Pelajari Cara Pengeluaran Sari Pati Ayam Di BRAND’S Experience Center

Satu pengalaman informasi yang menyeronokkan di BRAND’S® Experience Center

dsc_6450

Baru-baru ini, seramai 70 penuntut Ngee Ann Polytechnic Singapura bersama guru pengiring telah mengunjungi BRAND’S® Experience Center di ibu pejabat Cerebos, sebuah tapak perusahaan berteknologi tinggi dan diiktiraf halal di Bukit Jelutong, untuk mempelajari cara pengeluaran Sari Pati Ayam BRAND’S® yang disukai ramai.

Mereka diberi taklimat tentang mercu tanda kejayaan BRAND’S® yang kini menjangkau usia 181 tahun, proses pembuatan yang melibatkan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti serta tahap keselamatan, keberkesanan dan kelajuan pemprosesan produk tersebut. Ini membolehkan tapak perusahaan tersebut mampu menghasilkan sehingga 1.8 juta botol Sari Pati Ayam setiap bulan bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan dan luar negara.

Remaja yang kesemuanya berusia 17 tahun itu amat teruja apabila mengetahui fakta tentang otak manusia di bahagian Terowong Otak di BRAND’S® Experience Center, termasuklah mempelajari kebaikan meminum BRAND’S® Sari Pati Ayam yang penuh berkhasiat untuk meningkatkan prestasi mental, terutamanya dari segi daya ingatan dan tahap fokus.

“Saya amat gembira kerana dapat mempelajari fakta tentang minda yang begitu menakjubkan dan menarik. Dengan adanya pengetahuan yang diperolehi hari ini tentang proses pengeluaran Sari Pati Ayam BRAND’S®, saya pasti akan meminumnya setiap hari dengan penuh yakin,” kata Kuan Hur, salah seorang pelajar politeknik tersebut.

Rakan kolej Kuan, Nurul Fadhillah Mohd Taufik, turut bersetuju dengan kenyataannya. Dia berkata, “Tepat sekali, lawatan ini amat menarik. Saya sedar bahawa BRAND’S® bagus untuk kesihatan dan perkembangan otak, malah keluarga saya kerap meminumnya. Kini, saya lebih yakin dengan mutu produk ini apabila menyedari cara bagaimana ia dapat meningkatkan keupayaan dalam pembelajaran.”

Terletak di ibu pejabat Cerebos Malaysia, pusat mesra orang kurang upaya tersebut menyampaikan pengalaman yang menyenorokkan dan berfaedah untuk semua lapisan umur. Lawatan berpandu untuk kumpulan pelawat ditawarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat (10 pagi – 5 petang) dan biasanya mengambil masa lebih kurang 2 jam dan diakhiri dengan lawatan ke galeri jualan untuk membeli produk-produk BRAND’S® pada harga istimewa, termasuklah produk lain seperti minuman Sarang Burung BRAND’S® yang diperbuat daripada 100% sarang burung asli dan produk kecantikan pati buah InnerShine®.

Jadikan musim cuti sekolah ini lebih bermakna dengan menyelami warisan BRAND’S® sambil mempelajari selok-belok pengeluaran minuman berkhasiat yang dipercayai sejak turun-temurun ini.

Pada 30 November dan 8 Disember 2016, BRAND’S® Experience Center akan dibuka kepada orang ramai jam 10.30 pagi (untuk sesi Bahasa Inggeris) dan 2.30 petang (untuk sesi Mandarin).

Setiap sesi dihadkan kepada 40 pelawat sahaja. Sila buat temujanji anda dengan menghubungi kami di talian 03 – 7844 8686. Masuk adalah percuma.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s