Kambing Perap Barbacoa, Produk Daging Yang Tiada Bau Hamis

Tidak semua orang menggemari daging kambing kerana baunya yang hamis malah jika terlalu kuat boleh menyebabkan mereka yang tidak tahan dengan bau itu mengelak dari memakannya.

Namun, ada berita baik bagi mereka.

Dijamin tanpa bau hamis, Kambing Perap Barbacoa dari Frozen Bonda kini boleh dinikmati tanpa ragu mahupun bimbang kerana ia adalah produk kambing perap PERTAMA seumpamanya yang tiada bau hamis.

Mengguna bahagian “Lamb Shoulder” yang lembut dan enak,  kambing perap ini diperap sempurna bersama gabungan sos lada hitam khas, memberikan pengalaman makanan sedap dan sihat yang pastinya mengangkat selera makan sekali gus memberi rasa kambing dalam setiap gigitan.

Menggunakan “Lamb Shoulder” terbaik yang diimport dari New Zealand, daging ini mempunyai tulang kecil, lebih banyak isi dan tiada bau hamis.

Keistimewaan daging Kambing Perap Barbacoa adalah:

  • diperap menggunakan rempah ratus yang terbaik dan terpilih untuk memberi hidangan yang mampu membangkitkan segala deria rasa anda tanpa jemu.
  • ia hanya mengambil masa kurang daripada 15 minit untuk disediakan!
  • memberikan makanan yang enak dan sihat menjadikannya sempurna untuk mereka yang sibuk bekerja terutama ibu bekerjaya tetapi masih menghargai masa untuk menyediakan hidangan yang sihat dan lazat untuk seisi keluarga.

Rangkaian Produk Frozen Bonda terdiri daripada:-

  • 550gm dengan harga RM35.00

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Frozen Bonda, “Like” Facebook Frozen Bonda di www.facebook.com/FrozenBondaHQ.


Mengenai Freezing Field Sdn Bhd
Freezing Field Sdn Bhd. adalah syarikat milik Bumiputera sepenuhnya. Ia ditubuhkan pada 17 Mei 2016 dan pada masa ini dihasilkan dan pasaran produk makanan sejuk beku di Malaysia. Di bawah jenama Frozen Bonda, mereka menghasilkan produk makanan sejuk beku barat.

Objektif utama syarikat adalah untuk menghasilkan makanan “Frozen Western” yang sihat dan lazat secara semula jadi yang lazat dan memastikan standard kualiti yang tinggi adalah sepadan dengan semua produk yang dihasilkan dan dipasarkan di bawah jenama FROZEN Bonda.Syarikat mensasarkan untuk menjadi jenama No 1 yang paling digemari dan dipercayai dalam menghasilkan produk makanan “Frozen Western” dan menjadi sebuah syarikat peruncit dalam talian yang aktif di rantau Malaysia dan Asia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s