Jom Rai Krismas di NU Town

Jom kunjungi NU Town di NU Sentral Sempena Musim Natal ini!

3m3a8331

Hari Natal dengan rasminya telah tiba di NU Sentral Shopping Centre dengan pelancaran kempen Christmas Holidays at NU Town di ruangan legarnya. NU Town adalah sebuah kota mini yang diinspirasikan daripada elemen-elemen Krismas yang lengkap dengan menara jamnya sendiri dimana ianya berdiri megah untuk menyambut musim Natal ini.

Ditubuhkan pada tahun 2014, ini merupakan sambutan Hari Natal kali ketiga buat NU Sentral, sebuah pusat beli-belah gaya hidup yang berlokasi strategik iaitu bersebelahan pusat hab pengangkutan paling sibuk di Malaysia – Stesen Sentral Kuala Lumpur.

NU Town dibina bertujuan untuk memberikan pengunjung NU Sentral segala-galanya berkenaan Krismas dan untuk menyemarakkan lagi keseronakan dalam menyambut Hari Natal. Seperti sebuah kota sebenar, NU Town menawarkan berbagai tempat singgahan menarik dan aktiviti-aktiviti sesuai untuk semua orang dari seluruh peringkat umur.

Antara yang menarik adalah seperti bazaar Krismas yang menjual perbagai jenis produk-produk bersesuaian untuk mereka yang sedang mencari hadiah-hadiah Krismas untuk para kenalan, sebuah Fairyland juga turut ada untuk anda mengangumi hiasan bunga-bunga besar, dan kedai mainan untuk anda singgah sebentar untuk bermain bersama anak-anak.

Selain itu, apa yang menonjol di NU Town semestinya adalah pokok Krismas 16 kaki tinggi yang dihiasi dengan riasan-riasan tradisional yang mempesonakan pengunjung. Bawa keluar kamera anda kerana di sini merupakan tempat sesuai untuk anda berselfie dan bergambar bersama teman-teman.

Yang Berbahagia Datuk Kamalul Arifin Othman, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) – syarikat pemilik NU Sentral, merasmikan kempen Hari Natal NU Sentral yang bertajuk Christmas Holidays at NU Town awal hari ini.

“Kami sememangnya teruja untuk mengalu-alukan anda ke NU Town, kota mini Krismas interpretasi kami tersendiri kepada para pengunjung NU Sentral. Sejak penubuhan NU Sentral dua tahun yang lalu, kami telah mencapai beberapa kejayaan yang amat dibanggakan, namun objektif kami masih sama iaitu kami mahu para pengunjung NU Sentral untuk selalu mendapatkan pengalaman yang memberikan memori indah dan gembira apabila berkunjung ke sini. Datanglah ke sini dan bergambarlah bersama-sama pelbagai perhiasan Krismas unik,” ujar Datuk Kamalul semasa majlis pelancaran Christmas Holidays at NU Town hari ini.

“Datanglah juga untuk berehat sambil menyaksikan persembahan penuh suka ria yang telah kami rancang khas untuk anda. Tambahan lagi, anda juga berpeluang untuk menerima ganjaran menarik dari kami!” tambahnya lagi.

Dari 25 November 2016 sehingga 1 Januari 2017, NU Sentral telah merancang pelbagai persembahan menarik untuk menceriakan lagi perayaan Krismas anda. Penyanyi terkenal seperti Amylea AF, Amanda Imani dan Fahmi Esmail akan menghiburkan para pengunjung NU Sentral dengan nyanyian bertema Krismas. Selain itu, persembahan bersemangat seperti tarian Krismas moden, tarian sorak, pertunjukan silap mata, persembahan ukulele, gitar, dan alat perkusi turut dirancang untuk menghiburkan hari pengunjung.

Bukan itu sahaja, para pengunjung juga boleh turut menyertai aktiviti-aktiviti Krismas di NU Sentral dengan menyertai pertandingan-pertandingan menarik seperti Pertandingan Do You Wanna Build a Snowman…While Blindfolded?, Pertandingan Deko Kek Krismas, dan Pertandingan Gaya Krismas.

Tidak dilupakan juga, sambutan Hari Natal tidak akan lengkap tanpa nyanyian koir Krismas dan tinjauan mesra Santa Claus. Para pengunjung NU Sentral tidak akan kecewa kerana persembahan koir Krismas kali ini akan dipersembahkan oleh kumpulan koir terkenal dari Lim Kok Wing dan UniKL. Manakala, Santa pula akan memberikan hadiah misteri kepada mereka yang bertuah bertemu dengannya.

Bersempena kempen ini, NU Sentral telah berkerjasama dengan CIMB di mana para pemegang kad CIMB boleh menebus sabun basuh tangan eksklusif dari Sephora apabila berbelanja minimum RM250 di mana-mana cawangan penyewa NU Sentral sepanjang berlangsungnya kempen ini.

Sebagaimana perayaan-perayaan lain di Malaysia, perayaan Krismas turut menzahirkan sifat memberi dalam diri kita. Oleh itu, NU Sentral telah turut mengambil kesempatan ini untuk menjalankan Tanggungjawab Korporat Sosialnya dengan kempen amal pengumpulan dana bertajuk Be There For Autism di mana 100% sumbangan yang diterima akan diserahkan kepada Pusat Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM). Mereka yang ingin menderma boleh memberikan sumbangan di kotak-kotak derma yang terletak di beberapa cawangan penyewa NU Sentral yang terlibat dalam kempen ini. Pendermaan wang ringgit juga boleh dilakukan di akaun bank yang diwujudkan khas seperti berikut:
Bank account: RHB 21401360010730
Account name: NSSB (FSRA)

Untuk jadual penuh aktiviti Christmas Holidays at NU Town dan untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.facebook.com/nusentral/.

Tentang Pelaburan Hartanah Berhad

Ditubuhkan pada bulan Mei 2006, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) ialah sebuah syarikat induk pelaburan hartanah dan juga sebuah anak syarikat kepada Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera. PHB ditubuhkan berdasarkan prinsip-prinsip asas berikut; mempertingkatkan nilai pemegang saham dan pelabur, melaksanakan pentadbiran korporat yang telus, menggalakkan invosi dan pertumbuhan, memupuk bakat dan menghargai prestasi. Sasaran PHB adalah untuk membolehkan pertumbuhan jangka panjang melalui pengurusan, pelaburan dan peningkatan perniagaan-perniagaan asas PHB di dalam sektor pelaburan hartanah di kawasan-kawasan komersial utama.

Tentang NU Sentral Shopping Centre
NU Sentral Shopping Centre adalah pusat beli-belah ‘transumer’ (pengguna transit) pertama di Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB). NU Sentral menawarkan kombinasi lengkap merangkumi pertemuan, kemudahan dan ketersambungan yang memenuhi kehendak para pengguna dan para peruncit. Lokasi ideal ini disempurnakan pula dengan ketersambungan secara langsung ke Stesen Monorel KL Sentral dan Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s