MAT KOOL Lancar Aiskrim Baru Bentuk Panda Yang Comel

Dapatkan dan rasailah MAT KOOL® Panda, aiskrim baru paling comel!

photo-1-low-res

Nestlé Ice Cream, pengeluar aiskrim terkemuka di Malaysia telah melancarkan aiskrim terbarunya, iaitu aiskrim MAT KOOL® Panda pada majlis pelancaran media yang diadakan di Pusat Konservasi Panda, Zoo Negara Malaysia.

MAT KOOL® adalah antara jenama aiskrim yang paling popular di Malaysia. Jenama ini cukup terkenal dengan kepelbagaian perisa aiskim yang menyegarkan; setiap produk menawarkan pengalaman aiskrim uniknya yang tersendiri.

MAT KOOL® kini memperkenalkan satu lagi produk yang menyeronokkan di pasaran, iaitu MAT KOOL® Panda. Aiskrim berbentuk panda yang comel dengan kombinasi vanila dan coklat yang mempunyai tekstur yang lembut berkrim, enak untuk dikongsi bersama rakan-rakan.

Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Cik Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Aiskrim, dengan kehadiran Encik Eugene Chan, Pengarah Eksekutif, Komunikasi, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Pelancaran aiskrim MAT KOOL® Panda bermula dengan persembahan penuh bertenaga oleh kumpulan penari ‘flash mob’ yang memulakan acara dengan tarian berkumpulan diiringi oleh irama ikonik MAT KOOL®. Kumpulan yang sama juga telah membuat persembahan pada acara ‘flash mob’ pra-pelancaran MAT KOOL® Panda pada 7 dan 8 Januari 2017, di pusat membeli-belah Sunway Pyramid dan Mydin Mall USJ1, yang bertujuan untuk menarik orang ramai dan mengumumkan tentang pengenalan aiskrim MAT KOOL® Panda.

Cik Yit yang mengalu-alukan kedatangan para media dan tetamu berkata, “Nestlé Ice Cream amat teruja dengan penambahan satu lagi aiskrim yang menarik kepada portfolio jenama kami. Dengan pelancaran MAT KOOL® Panda, kami yakin bahawa para pengguna kami akan tertarik untuk menikmati kombinasi hebat perisa vanila dan coklat serta bentuk Panda yang comel yang ditawarkan oleh produk ini.”

Mengulas lanjut mengenai produk baru tersebut, Cik Yit berkata, “Sebagai sebuah syarikat aiskrim, kami harus kekal berimaginasi kreatif dalam kerja kami. MAT KOOL® adalah jenama yang berhasrat untuk sentiasa memperkenalkan produk yang dapat mencetuskan keseronokan. Ekoran kejayaan aiskrim perkongsian pertama iaitu MAT KOOL® Butterfly, pasukan kami mengambil peluang untuk melancarkan MAT KOOL® Panda dengan cerita produk yang juga menarik dan menyeronokkan.”

Cik Yit memulakan pelancaran produk tersebut dengan memperkenalkan iklan televisyen terbaru untuk MAT KOOL® Panda, yang menonjolkan cerita penuh aksi dibintangi MAT KOOL® dan kawan barunya, Panda.

Para tetamu teruja dengan kemunculan MAT KOOL® yang memperkenalkan kawan barunya yang comel, “Panda” kepada orang ramai. Semua tetamu diberi peluang menikmati aiskrim MAT KOOL® Panda yang serba baru pada acara tersebut.

Jemputan yang hadir juga dijemput untuk menyertai sesi mencari harta karun dan bersiar-siar di sekitar zoo. Dalam sesi mencari harta karun tersebut, pasukan peserta dikehendaki mencari jawapan berkisar pada tema hari itu di Pusat Konservasi Panda. Aktiviti lukisan muka dan acara mewarna turut disediakan.

Sebagai penutup bagi acara yang penuh dengan kesenorokan itu, para tetamu berpeluang untuk melawat keluarga panda gergasi Malaysia: Xing Xing, Liang Liang, dan Nuan Nuan.

Aiskrim MAT KOOL® Panda kini boleh didapati di pada harga yang disyorkan iaitu RM 1.50 di pasaran, serta di laman atas talian 11street (www.11street.my). Untuk maklumat lanjut mengenai aiskrim MAT KOOL® Panda baru yang enak ini, sila layari laman sesawang Nestlé di http://www.nestle.com.my atau laman Facebook Nestlé Malaysia di https://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s