Ikon Jalan Bukit Bintang Bakal Menjelma Dengan Rekaan Serba Baru

Pusat beli-belah terlama di Bukit Bintang Bakal Berwajah Serba Baru Pada Akhir 2017

Photo by Andy Kho

Wakil media baru-baru ini dijemput menghadiri prebiu perubahan terbaru serba moden pusat beli-belah Lot 10, mercu tanda hijau di Jalan Bukit Bintang. Turut diperkenalkan maskot terbaru Lot 10 yang dikenali sebagai Lottie.

Prebiu itu memaparkan pelan komprehensif bagi mengubah pusat beli-belah yang dibuka 27 tahun lalu. Wakil media telah dibawa menjelajah sekitar pusat beli-belah itu oleh Joseph Yeoh, Presiden YTL Land & Development dan YTL Hotels & Properties.

“Sejak dibuka pada 1990, Lot 10 telah menjadi ikon pada Jalan Bukit Bintang. Pada awal 2000-an, Lot 10 memangkinkan pembangunan Bintang Walk, menaikkan nilai hartanah dan membina nilai prestij Bukit Bintang sebagai jalan beli-belah paling terkenal di Kuala Lumpur. Kini industri runcit di Malaysia berdepan cabaran berikutan lebihan bekalan pusat beli-belah sedondon dan perubahan pantas dalam trend permintaan pengguna, terutama dalam era digital semasa. Untuk menjadi pendahulu, kami melakukan transformasi sejajar dengan pembangunan perkakasan dan perisian dengan visi terbaru jenama Lot 10 – sebuah destinasi runcit dinamik untuk pelanggan muda dengan persekitaran digital yang terkini, serba menguja dan menghiburkan. Ia tidak lagi memadai untuk sekadar menjadi sebuah pusat beli-belah; Lot 10 mesti menjadi destinasi sosial pilihan,” kata Joseph.

Penyegaran semula Lot 10 dipacu oleh empat panduan utama:

  • Kemudaan
  • Keseronokan
  • Kreativiti dan
  • Kesambungan.

Sasaran baru pusat beli-belah ini adalah golongan muda yang pintar teknologi. Generasi Y, millenial dan berjiwa muda membentuk masa depan industri runcit.

Bekerjasama dengan penyewa dan rakan acara, Lot 10 mensasarkan untuk mengembalikan Keseronokan dalam persekitaran trend terkini dan interaktif yang menggalakkan permainan dan hiburan. Ia merangkumi dan meraikan segala berkaitan Kreativiti, menawarkan landasan bagi acara dan aktiviti yang membantu bakat individu dengan ekspresi bebas dan kreatif, daripada seni dan rekaan hinggalah ke muzik dan tarian. Untuk mengekalkan Kesambungan, ruang diimaginasikan semula akan memuatkan ruang sosial yang meraikan kepelbagaian dan menggalakkan semua orang untuk berkumpul dan berhubung.

Bagi memaktubkan keempat-empat pemacu utama ini, Lot 10 turut memperkenalkan logo Lot 10 yang disegarkan semula, dalam 10 warna baru, bersama-sama dengan slogan kata baru – “Meet. Play. #LoveLot10.”

“Kami percaya empat pemacu utama dan slogan kata baru mewakili bukan saja apa yang kami ingin jelmakan tetapi juga apa yang diharapkan oleh pelanggan kami. Pusat beli-belah bata-dan-mortar mula hilang tarikan meluasnya sejak beberapa tahun ini. Kita mula memasuki satu tahap baru dalam cubaan melampaui jangkaan pelanggan sofistikated hari ini dan memberikan mereka pengalaman menyeluruh yang diingini.

Kami mahu Lot 10 menjadi destinasi sosial untuk berjumpa dan berhubung, lokasi di mana pelanggan bukan saja membeli-belah dan makan tetapi turut bermain dan berhibur. Sesiapa saja yang melangkah masuk perlu merasai kreativiti, keseronokan, kesambungan, kebeliaan dan yang utama sekali, tenaga positif cinta, selepas mereka meninggalkan kami. Industri runcit semuanya berkaitan emosi dan pengalaman emosi di Lot 10 tidak ternilai. Ia sesuatu yang membeli-belah secara dalam talian tidak dapat berikan,” tambah Joseph.

Lot 10 sudahpun menyiapkan pelbagai transformasi fizikal antaranya mengubah suai siling dalaman dengan rekaan yang diinspirasikan daripada cahaya matahari memasuki lelangit pepohon; sistem pengangkat terbaru membolehkan helaian dekorasi bergerak yang kreatif digantung daripada atrium tengah; atrium tingkat bawah yang diubah suai dengan panel kayu dan pencahayaan baru; pintu masuk tempat turunkan penumpang betul-betul bersebelahan stesen monorel menyambut pengunjung dengan arca gergasi “Meet”, “Play” dan “Love” manakala pintu masuk utama dihiasi lampu LED pintar yang sentiasa berubah warna.

Transformasi besar-besaran akan terus dilakukan setingkat selepas setingkat hingga ke atas, termasuk memasang eskalator baru, lif baru, tempat letak kereta yang direka semula dan papan tanda berwarna warni untuk menunjukkan laluan ke semua tingkat.

Untuk mengukuhkan lagi elemen “Play”, Dinding Play yang baru dengan aktiviti interaktif buat pengunjung berseronok akan ditempatkan di semua tingkat seperti dinding rock climbing di Tingkat Sukan. Satu lagi tambahan mengujakan bagi bahagian depan Lot 10 yang menghadap stesen MRT akan datang di Jalan Bukit Bintang turut diumumkan. Titik masuk serba baru bagi pusat beli-belah ini akan dibina dengan satu set eskalator baru daripada paras jalan ke tingkat 1 kedai, menawarkan laluan pintas bagi pengunjung dan pintu masuk strategik untuk menawan lalu lintas yang meningkat apabila stesen MRT itu dibuka.

Sementara itu, maskot terbaru Lot 10 berupa beruang putih setinggi 4 meter bernama Lottie turut diperkenalkan dengan meriahnya oleh Joseph dengan kehadiran rakan media terletak bersebelahan dengan pintu masuk utama yang baru.

Menuruti tenaga menyeronokkan, girang dan muda bagi Lot 10, Lottie suka membeli-belah, makan, bermain, melepak dengan teman dan merakam swafoto. Bila tiba waktu tertentu, Lottie akan merubah penampilan; ia pasti menjadi 10 momen paling boleh diInstagram di Lot 10 buat semua orang.

Joseph turut berkongsi rancangan untuk membuka kedai baru bagi produk berasaskan Lottie untuk pengunjung bawa pulang, seperti kemeja-T edisi terhad, topi, beg dan pelbagai lagi. Pada masa akan datang, ada rancangan untuk bekerjasama dengan pereka dan artis muda bagi mereka produk edisi terhad, yang akan membabitkan orang ramai untuk mengundi rekaan kegemaran mereka sebelum ia dikeluarkan.

Bagi menggalakkan kreativiti dan orang ramai untuk menyumbang kepada pembentukan pengalaman dalam pusat ini, Lot 10 merancang untuk berkolaborasi bersama sekolah seni dan rekaan seperti Raffles College untuk mereka secara kreatif ruang dalam pusat ini selain mempamerkan ciptaan dan hasil seni pereka muda. Ia turut bercadang untuk memperuntukkan ruang bagi masyarakat belia berkumpul bukan saja untuk bersosial tetapi untuk berkongsi minat mendalamnya. Bagi menubuhkan platform kreatif ini, pusat beli-belah ini mahu berhubung dengan masyarakat belia dalam aktiviti dan acara menyeronokkan bagi membolehkan mereka menyanyi, menari, melukis, berlakon, bermain, mencuba idea atau menjula ciptaan dalam kedai pop-up.

Akan wujud juga ruang di luar direka untuk pemuzik jalanan mempersembahkan bakat mereka. Lot 10 mensasar untuk menjadi hab muzik, seni, tarian, muzik jalanan, sukan dan usahawan muda memajukan diri.
Untuk membantu pengunjung membentuk pengalaman sukar dilupakan, Skuad Sorak Lot 10, terdiri daripada duta muda dan terkini, akan sentiasa bersedia membantu pengunjung dengan apa yang diperlukan – daripada arah tuju ke promosi kedai ke belian terbaik minggu ini. Sentiasa berjalan menggunakan alat mudah alih dan berhubung dengan pengunjung, sasaran utama pasukan sorak ini adalah menceriakan setiap orang dengan sentuhan peribadi – daripada memberikan belon bila hari hujan atau sekeping coklat pada Hari Kekasih ke berswafoto bersama pelanggan dan memuat naiknya di platform Facebook dan Instagram Lot 10.

Pelanggan yang mahu kekal terhubung dengan pengalaman digital ini, Lot 10 turut mengumumkan terdapatnya WiFi percuma di kesemua lima tingkat dan melancarkan aplikasi Lot 10 terbaru yang memaparkan titik sentuh mesra-pelanggan buat pengunjung – daripada akses kepada direktori beli-belah ke berita terkini mengenai promosi dan jualan daripada penyewa, kesemuanya untuk pengalaman yang lebih baik. Aplikasi ini boleh didapatkan menerusi platform Android sementara versi iOS akan muncul tidak lama lagi.

Lot 10 memulakan transformasi 18 bulannya pada Jun 2016 dan sedang dalam perjalanan untuk menyelesaikan perjalanan bagi paparan serba segar menjelang suku akhir 2017.

Mengenai Lot 10

Menjadi pemain utama dan sebuah ikon Bukit Bintang sejak 26 tahun lalu, Lot 10 adalah pendahulu trend bagi Kuala Lumpur dalam fesyen, makanan dan gaya hidup. Terletak di pusat ibu kota, Lot 10 adalah titik penting bagi orang tempatan dan pelancong untuk MEET. PLAY. #LOVELOT10. Destinasi runcit yang dinamik ini menawarkan pengalaman digital yang terkini yang menghibur, menguja dan menarik hati pengunjungnya. Menempatkan rangkaian kedai, tempat makan dan acara sepanjang tahun, Lot 10 menawarkan pengalaman yang mengetengahkan jiwa muda, keseronokan dan kreativiti. Pusat beli-belah ini menjadi rumah kepada Isetan Japan Store, yang pertama di luar Jepun; gedung utama H&M yang pertama di Malaysia; peruncit pakaian terbesar di dunia ZARA; dan Lot 10 Hutong, kampung makanan jalanan warisan tempatan dan yang pertama di Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s