Replika Ayam Gergasi Raikan Sambutan Tahun Baru Cina di NU Sentral

NU Sentral membuka tirai Tahun Baru Cina 2017 dengan menghiasi ruang legar pusat beli-belah itu dengan replika ayam setinggi 26 kaki di mana bahagian ekornya dihiasi tanglung

3m3a7353
Di Asia, ayam dianggap sebagai simbol tuah, setia, dan perlindungan. Antara karakter-karakter Cinapula, perkataan ‘ayam’ dan ‘tuah’ merupakan homofon dan ini menguatkan lagi tanggapan tentang kaitan antara ayam dan tuah dalam budaya Cina.

Perhubungan simbolik ini memberikan inspirasi kepada NU Sentral di mana tema ‘A Bountiful Journey’ telah dipilih untuk sambutan Tahun Baru Cina buat kali ketiga pusat beli-belah ini. Kempen Tahun Baru Cina ini akan berlangsung dari 14 Januari
hingga 12 Februari 2017.

“Menurut teori elemen Cina, Tahun Ayam Api hanya muncul sekali dalam 60 tahun. Oleh itu, kami mengambil peluang ini untuk mencerminkan segala perkara elok yang dijangka datang pada tahun ini dalam segala aspek hiasan dan aktiviti Tahun Baru Cina kami. Kami berharap tahun ini akan membawa motivasi, kasih sayang, dan kesenangan buat kita semua. Datanglah ke NU Sentral untuk memulakan tahun baru anda dan hubungkan diri anda dengan kesenangan dan kesihatan ke arah perjalanan yang memberikan banyak pulangan kepada diri kita,” kata Datuk Kamalul Arifin Othman, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).

Pengunjung yang datang ke NU Sentral akan disambut mesra oleh kekayaan warna merah dan emas yang menghiasi ruang legar NU Sentral. Sementara pandangan anda mungkin tertumpu kepada replika ayam yang tinggi itu, namun adalah digalakkan untuk anda memulakan pengalaman anda menyambut Tahun Baru Cina di NU Sentral dengan berjalan dia atas laluan merah dan emas yang dilampirkan di atas lantai NU Sentral.

Mulakan perjalanan anda dengan berjalan melalui gerbang masuk di mana anda dijemput untuk singgah sebentar ke dalam bangunan mini dua tingkat yang diinspirasi daripada struktur antik negara Cina yang semestinya akan membuat anda rasa seperti berada di zaman lampau.

Berasa tidak pasti bagaimana untuk mencapai cita-cita anda atau ingin nasihat tentang kerjaya anda?

Masuk ke dalam bangunan Karma Station untuk mendapatkan bacaan garisan tapak tangan daripada pakar. Selain itu, mereka yang inginkan kekayaan tahun ini, bolehlah singgah sebentar di Pokok Syiling Emas yang melambangkan tuah dan kekayaan.

Jangan lupa untuk singgah di gerai yang tersedia ada di mana anda boleh membeli barangan keperluan Tahun Baru Cina anda. Selain itu, semestinya sambutan Tahun Baru Cina di NU Sentral tidak lengkap tanpa pelbagai aktiviti-aktiviti menarik untuk tambahkan lagi kemeriahan perayaan ini.

Tarian Singa, penampilan dari God of Prosperity, persembahan seni kaligrafi, dan tarian tradisional cina telah dirancang untuk berlangsung sepanjang kempen ini. Anda juga berpeluang untuk menebus paket ang pow eksklusif apabila anda berbelanja RM188 dan ke
atas melalui maksimum dua resit pada hari sama anda berbelanja. Sementara itu, mereka yang berbelanja menggunakan kad CIMB boleh menebus Set Hadiah L’Occitane apabila anda berbelanja RM250 dan ke atas.

Untuk jadual penuh dan maklumat lanjut tentang kempen A Bountiful Journey oleh NU Sentral, lawati:
www.facebook.com/nusentral/.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s