KitKat Perkenal Dua Perisa Baru: Hazelnut & Cookies dan Double Chocolate Yang Diilhamkan Dari KitKat Chocolatory

kkb-launch-2_lowres

Susulan daripada kejayaan pelancaran KitKat Chocolatory di Kuala Lumpur tahun lalu, iaitu kedai konsep KitKat yang pertama dan satu-satunya di Asia Tenggara, Nestlé Malaysia kini melancarkan barisan kepingan coklat premium baru.

Mengambil ilham daripada Kedai KitKat Chocolatory tersebut, KitKat Bar baru yang datang dalam dua perisa iaitu Hazelnut & Cookies dan Double Chocolate, ia menawarkan ‘break’ mewah yang kaya dengan ramuan tambahan premium dan kandungan coklat yang lebih banyak kepada penggemar coklat. Tablet 8 jejari ini dihasilkan dengan dua lapisan wafer yang ekstra rangup dengan satu lapisan coklat berkrim, yang kemudiannya disaluti dengan coklat susu. Setiap kepingan dibungkus secara berasingan di dalam pek kerajang dan kotak premium untuk memastikan supaya ia dapat dinikmati dalam keadaan yang terbaik.

Pelancaran KitKat Bar diadakan ketika pasaran menyaksikan peningkatan permintaan bagi coklat premium dan coklat yang boleh digubah sendiri.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksioneri bagi ASEAN, En. Sachin Goel menjelaskan,

“Di Nestlé, kami sentiasa berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi bagi produk-produk kami. Kami telah menggerakkan jenama KitKat sehingga menjadi coklat nombor satu di Malaysia dengan membawakan produk wafer dan coklat yang berkualiti secara konsisten. Namun begitu, kami menyaksikan perubahan dalam tingkah laku dan kegemaran pengguna. Terdapat permintaan yang meningkat terhadap produk yang lebih premium dan tersendiri – bukan hanya dalam kategori konfeksioneri.

Sebagai pemimpin pasaran, tugas kami adalah untuk memacu penghasilan coklat yang memberangsangkan. Dan inilah sebenarnya yang dibawakan oleh KitKat Chocolatory. Pelanggan kini menginginkan pengalaman makanan tempahan yang tersendiri – maka kami mengadakan kedai konsep kami di Kuala Lumpur, dan berikan mereka 10,000 break yang tersendiri… semuanya di satu tempat!

Kedai konsep KitKat juga membolehkan kami mendekati pengguna untuk mengetahui apa yang mereka mahukan. Pilihan mereka inilah yang menjadi sumber ilham KitKat Bar baru ini. KitKat Bar merupakan hasil pilihan ramuan yang paling popular di Malaysia yang menjadi pilihan pengguna semasa mereka mencipta coklat mereka yang tersendiri. Kami mengambil dua kombinasi perisa yang terbaik dan meletakkannya di dalam kepingan coklat yang kini boleh didapati di seluruh negara dan bukan hanya di KitKat Chocolatory. Kini semua pengguna kami dapat menikmati KitKat bukan sahaja dalam variannya yang popular, tetapi juga dalam bentuk yang lebih mewah yang telah diilhamkan oleh mereka.”

Kedai pop-up KitKat Chocolatory sudahpun beroperasi di Pavilion KL namun hanya untuk seminggu bermula pada hari ini sehingga 14 Februari. 

Kedai ini akan menawarkan pengalaman break KitKat Chocolatory dengan memberikan peluang kepada penggemar untuk mencipta break mereka yang unik dan tersendiri serta memberikan sentuhan peribadi kepada bungkusannya.

Di samping itu, bagi penggemar coklat, dari Januari hingga Mac 2017, KitKat Bar akan dijual pada harga promosi iaitu RM6.90. Ia boleh didapati di semua kedai-kedai, pasaraya besar dan pasaraya di seluruh negara, dan bagi pembeli dalam talian, ia boleh didapati secara eksklusif di 11street (www.11street.my).

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat “Chocolatory” Malaysia dan KitKat Bar, layari www.kitkat.com.my

Mengenai KitKat “Chocolatory”

Diwujudkan pada tahun 2014, KitKat “Chocolatory” merupakan kedai konsep di Mid Valley, Kuala Lumpur di mana pelanggan menjadi pencipta dengan hampir 10,000 kombinasi unik untuk mencipta ‘break’ istimewa mereka yang tersendiri. KitKat “Chocolatory” adalah tapak ujian bagi penghasilan perisa baru yang lazat dan yang pertama bagi jenama ini di mana pelanggan dapat menetapkan segalanya, daripada perisa dan reka bentuk, hinggalah nama yang diberikan kepada KitKat ciptaan mereka. KitKat “Chocolatory” bertujuan menjadikan ‘break’ pelanggan lebih istimewa menerusi tahap penyesuaian dan sentuhan peribadi yang lebih tinggi serta memberi peluang bagi pelanggan untuk turut melibatkan diri dalam membentuk jenama tersebut.

Mengenai Nestlé KitKat

Dibuat pada tahun 1935, KitKat menjadi sebahagian daripada barisan produk konfeksioneri Nestlé dalam tahun 1988, dan telah berkembang sebagai salah satu daripada jenama jutawan Nestlé. Snek yang digemari oleh semua ini merupakan jenama coklat No. 1 di Malaysia, dan dieksport ke 11 negara di Asia. Nestlé KitKat adalah jenama konfeksioneri global yang pertama yang dibuat daripada koko yang 100% mampan.

Frasa “Have a break, have a KitKat” (Berehat sebentar bersama KitKat) begitu sesuai dalam menjelaskan misi KitKat – untuk membantu anda merehatkan diri semasa anda betul-betul memerlukannya. Nestlé KitKat meraikan kepelbagaian cara penggemar KitKat untuk berehat. Sama ada anda hampir tenggelam dalam kertas kerja yang begitu banyak atau bekerja seperti mesin, anda boleh menikmati snek manis ini, yang kini dibuat dengan koko yang 100% mampan, pada bila-bila masa, di mana-mana dan dengan apa cara sekalipun.
Begini caranya untuk berehat, cara KitKat:

1. Tolak wafer keluar daripada pembalut merah.
2. Patahkan sekeping daripada jejari wafer pada satu-satu masa.
3. Patahkan jejari wafer tersebut dan nikmatinya!
Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat, sila layari:

Laman jenama – http://www.nestle.com.my/brands/confectionery_and_chocolate/kitkat
Facebook – http://www.Facebook.com/KitKatMalaysia
Laman sesawang rasmi – http://www.kitkat.com.my

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé, yang berpusat di Switzerland, merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia dan pemimpin dalam bidang Nutrisi, Kesihatan dan Kesejahteraan. Sejak 1866, Nestlé begitu komited dalam menyediakan produk berkualiti, lazat, selamat dan berkhasiat kepada pengguna kami, selari dengan janji kami iaitu Good Food, Good Life. Nestlé yang telah membawakan kebaikan kepada rakyat Malaysia sejak tahun 1912 telah mendapat kepercayaan pengguna kami menerusi jenama dan produk yang berkualiti, juga komitmen kami untuk memperbaiki hidup komuniti di mana kami beroperasi. Di Nestlé, kami mementingkan pengguna dalam apa juga yang kami lakukan. Matlamat kami ialah untuk memberikan keseronokan dalam hidup pengguna kami dengan menawarkan produk yang paling berkualiti; menurut susur galur kami sementara meneruskan kecemerlangan dan integriti Halal kami. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana kami membawakan kebaikan kepada rakyat Malaysia selama lebih satu abad, sila layari http://www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s