Kedai Konsep COCO Jadi Hub Fesyen Pakaian Jepun

img20170223133444

Sukakan gaya rekaan pakaian Jepun tapi risau tiada saiz? Kedai Konsep COCO (A Japan Fashion Co) tawar aneka fesyen pakaian bermula dari saiz S hingga 2X!

Dirasmikan pada 23 Februari lalu, Kedai Konsep COCO yang dibuka di AEON Mall Tebrau, Johor adalah kedai pakaian yang pertama seumpamanya di Malaysia menawarkan rekaan pakaian terkini dari Negara Matahari Terbit.

Jika kebiasaanya pakaian dari Jepun, persepsi masyarakat adalah pasti ia hanya sesuai untuk mereka yang berbadan kecil. Tetapi tidak di Kedai Konsep COCO yang menyediakan sehingga saiz 2XL manakala seluar pula sehingga saiz 40.

img20170223134804

“Kedai Konsep COCO yang merupakan Japan-Inspired Fashion Co dan diilhamkan oleh pereka muda yang mahu mengetengahkan fesyen pakaian kontemporari serta minimalis untuk lelaki dan wanita. Maka dengan itu tertubuhnya Kedai Konsep COCO yang menawarkan pelbagai pilihan gaya minimal-chic untuk semua kategori umur.”-Nicholas Chong, Ketua Pegawai Eksekutif, Kedai Konsep COCO.

Keunikan COCO terletak pada rekaan pakaian yang kasual dan dalam masa yang sama cukup bergaya dengan mengambil kemodenan rekaan pakaian dari Shinjuku-iaitu semua pakaian boleh dipadan mengikut tema “mix& match”. Ia juga boleh dipakai untuk apa jua situasi dan persekitaran.

“Kami bakal memperkenalkan rangkaian pakaian ‘Japanese streetwear’ dan juga pakaian untuk pejabat yang bergaya serta pakaian sukan berinspirasikan Harajuku.’

Majlis pelancaran dimeriahkan dengan kehadiran wakil media dan penulis blog dari KL dan Johor serta tetamu jemputan khas Mereka dihiburkan dengan pertunjukan pakaian COCO dan aktiviti-aktiviti menarik termasuk pertandingan Fashion Instagram.

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s