Pen Gel Pallete oleh STABILO Bawa Keceriaan Dunia Alat Tulis

Memang seronok kalau ada alat tulis yang cantik dengan warna-warna ceria. Bertambah semangat nak buat kerja sekolah dan mewarnakan lukisan.

st_21635_268_palette_group_pr_picture_ma

STABILO, ‘Ikon Fesyen’ dalam dunia alat tulis memperkenalkan satu lagi produk yang menarik perhatian dan berkualiti tinggi iaitu Pen gel Pallete yang boleh retrak!

Ia direka untuk mereka yang bersemangat tinggi dan suka mengejar keseronokan, memberi kebebasan untuk memperkenalkan warna dalam kehidupan mengikut kesesuaian yang anda sukai, bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

Pen gel ini direka bentuk untuk memperkenalkan warna-warna meriah namun praktikal yang memenuhi keperluan alat tulis anda.

Jika dahulu, pen gel kelihatan biasa-biasa sahaja dan kurang menyerlah, namun pen gel Pallete ini boleh disesuaikan mengikut mood anda dengan pilihan tujuh warna menarik, penggunaan tanpa batasan dengan mengikut mood, keperluan semasa agar menyinari hari-hari anda.

Sumber inspirasi pen gel Palette datang daripada komposisi yang terbentuk daripada ideal, warna dan ruang minimalis kerana ia melambangkan rupa dinamik hasil gabungan warna bertenaga yang ringkas.

Palet musim panas diterangi dengan warna hangat seperti jingga, merah dan merah jambu pic menyerlahkan koleksi ini yang mana warna-warna terang dan bertenaga membawa kegembiraan.

Manakala warna-warna sejuk seperti biru, hijau dan kelabu pula lebih sesuai digunakan dalam situasi formal. Ia juga mengingatkan kepada ketenangan air di kolam dan suasan alam semula jadi yang mendamaikan dan ketenangan.

Jadi, apa lagi, dapatkan pen gel Pallette yang boleh retrak ini di kedai-kedai alat tulis, buku dan pembekal alat tulis utama di seluruh negara pada harga RM4.90.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.stabilo.com.my

www.facebook.com/STABILOMALAYSIA/#STABILOMY

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s