Whoosh Buka Kedai ke-18 di Sunway Pyramid

Kedai cermin mata subsidiari di bawah Focus Point ini semakin mendapat sambutan daripada penggemar cermin mata bergaya

Dato Liaw, Datin Joyce and management of Whoosh cutting ribbon to officiate the opening of Whoosh outlet at Sunway Pyramid

Whoosh baru-baru ini melancarkan kedai terbarunya di Sunway Pyramid, menjadikannya kedai yang ke-18 dibuka sejak penubuhannya dua tahun lalu.

Whoosh, sebuah subsidiari di bawah Focus Point, muncul sebagai jenama pemakaian produk cermin mata fesyen yang diterima dengan baik di kalangan mereka yang menggemari cermin mata yang bergaya.

Kedai cermin mata “berkonsep terbuka” menerima permintaan yang tinggi daripada masyarakat di Malaysia dengan pengalaman unik ‘tanpa stres’ yang menggalakkan pengguna mencuba dan merasai produk cermin mata tanpa ‘ditemani’ oleh pembantu kedai.

“Ini pastinya satu keunikan Whoosh yang menberikan rasa “kebebasan, ruang dan keterbukaanyang menarik minat para pengguna generasi muda yang amat menggemari fesyen, “.Dato’ Liaw, CEO Focus Point.

Pakej cermin mata pada harga berpatutan juga sesuatu yang dihargai para pengguna, terutamanya dalam persekitaraan ekonomi yang agak tegang kini. Masa penyediaan yang pantas misalnya cermin mata boleh disiapkan dalam masa setengah jam ke satu jam, juga meningkatkan pengalaman membeli-belah kepada para pelanggan.

Nama “Whoosh” kedengaran seperti sesuatu yang terbang dengan sangat pantas atau sepantas kilat, dan begitulah yang diketengahkan jenama ini — “Fast. Fresh. Forward”.

“Dalam perniagaan kami ini, alangkah bagus sekiranya kita dapat memeriksa mata, memilih cermin mata kita dan bergaya dengan cermin mata menawan yang sesuai dengan diri kita dalam tempoh pantas di tengah kesibukan ini?” tanya Dato’ Liaw.

Jenama ini dicipta untuk gaya hidup moden yang bergerak pantas, pencipta gaya dan penggemar fesyen cermin mata yang mahu kelihatan bergaya dalam masa singkat – sepantas 30 minit. Dengan Whoosh, semua orang mampu memiliki cermin mata yang bergaya dan menawan sepantas kilat!’

“Seperti frasa terkenal Whoosh, ia untuk Mereka Yang Mahukan Perbezaan dan Mereka Yang Mahukannya Sekarang,” kata Dato Liaw.

Whoosh turut memperkenalkan satu kempen dinamakan “Whoosh, Eye Am Stylish!” 2017.

Whoosh menyediakan rangkaian rekaan yang meluas menerusi 5 gaya berbeza, 4 harga tetap yang berpatutan dan pasukan pakar cermin mata yang hebat.

Satu pertunjukan fesyen diadakan untuk menyerlahkan siri unik, terkini & paling menarik buat Whoosh di bawah 5 kategori – rangkaian Sunnies, Trendies, Urban, Vintage & Young.

Evelyn Ch’ng, Pengetua Perunding Imej Emage Style Consultancy (salah sebuah Konsultan Imej & Penggayaan terkemuka di Asia) turut berkongsi maklumat mengenai pemilihan cermin mata berdasarkan keperluan khusus individu. Dia juga berkongsi pandangannya mengenai cermin mata bergaya yang bersesuaian mengikut bentuk muka, warna kulit malah personaliti seseorang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s