11street Lancar Kempen’Shop The World’

11street mulakan Kempen ‘Shop The World’ dengan menawarkan Baucar Petrol bernilai RM1 juta selain  anjurkan acara beli-belah global dalam talian dengan menyediakan jutaan produk khusus dari China, Jepun, Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat

Photo 2
11street (www.11street.my) melancarkan kempen beli-belah global dalam talian – ‘Shop The World’ yang menyediakan jutaan produk berjenama antarabangsa, khususnya dari China, Jepun, Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS) kepada pelanggan Malaysia.

Wong Siew Lai, Naib Presiden Komunikasi Pemasaran 11street memaklumkan bahawa kempen ‘Shop The World’ merupakan idea syarikat berkenaan untuk memenuhi permintaan pengguna untuk mempelbagaikan lagi produk dan jenama-jenama global terkenal bersama promosi dan tawaran menarik.

“Kini, 11street mempunyai hampir 10 juta produk yang tersenarai di platform kami, malah lebih separuh daripadanya merupakan produk merentasi sempadan yang popular dan berjenama antarabangsa. Sebagai salah satu peneraju platform e-dagang di Malaysia, kami mahu memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli-belah di seluruh dunia tanpa perlu meninggalkan tanah air. Bagi membolehkan perkara ini dicapai, kami menjalin kerjasama dengan nama-nama global yang terkenal. Menerusi usaha sama ini kami mampu mempertingkatkan lagi penawaran bagi manfaat pelanggan 11street,” katanya.

Kempen tersebut akan memperlihatkan sinergi antara 11street dengan tiga pemain e-dagang global terkemuka – syarikat induknya, 11street Korea; UiTOX dari Taiwan dan *WorldFront dari Australia – membawakan pilihan meluas produk-produk luar negara yang popular.

[* WorldFront merupakan penggiat e-dagang global yang mempunyai pusat pemenuhan keperluan di tiga negara – United Kingdom (UK), AS dan New Zealand. WorldFront juga memiliki dan mengendali platform beli-belah dalam talian terbesar di New Zealand dan Australia. Ditubuhkan pada tahun 2004 dan kini mempunyai lebih 23 juta produk yang terbahagi dalam rangkaian kategori yang pelbagai, WorldFront telah meletakkan dirinya sebagai pembekal utama produk bagi pasaran di seluruh dunia.]

Ben Powles, Ketua Pegawai Eksekutif WorldFront menambah: “WorldFront menanti-nantikan kerjasama dengan 11street ini. Sebagai pasaran dalam talian terbesar di Australia dan New Zealand, kami mahu menawarkan pelbagai rangkaian produk dari Australia, UK dan AS pada harga kompetitif menerusi gedung kami – Awesome Everyday Prices – di 11street kepada pengguna di Malaysia.”

“Kami menyediakan lebih 1 juta produk termasuk jenama-jenama laris yang meliputi kesemua kategori 11street sepanjang kempen ini dan kami bertekad untuk meningkatkan aneka produk yang ditawarkan di platform berkenaan kepada 3 juta menjelang pertengahan 2017. Kami berhasrat untuk melangkaui halangan geografi dan memberikan akses produk terbaik dari seluruh dunia kepada rakyat negara ini dengan bersandarkan kempen ‘Shop The World’ 11street,” kongsi Powles.

Bermula 11 Mac ini, kempen ‘Shop The World’ akan memperlihatkan 11street menawarkan diskaun sehingga 99 peratus terhadap produk-produk antarabangsa dan jenama global, di samping penghantaran seberang laut secara percuma untuk item-item terpilih. Selain itu, sebagai bonus untuk menggalakkan pelanggan membeli-belah secara online, menawarkan penjimatan dan meringankan bebanan ekoran peningkatan kos sara hidup masa kini, 11street juga menyediakan baucar petrol berjumlah RM1 juta kepada para pelanggan yang membeli barangan yang terdapat dalam senarai kempen.

Tempahan Awal Eksklusif dan Tawaran Menarik disediakan. Ia Mudah, Klik-Klik Saja!

Turut mengambil bahagian dalam kempen ini adalah jenama-jenama global terkemuka seperti Coleman, Laneige, MamyPoko, MSI, Philips AVENT dan Primer Group (pengedar tempatan bagi label fesyen antarabangsa seperti Flossy, Jansport, Native dan Outdoor Products), sekali gus menjadikan kempen ‘Shop The World’ satu usaha yang holistik dan meletakkan 11street sebagai sebuah gedung online global yang menawarkan pelbagai promosi gabungan dan diskaun mengejutkan eksklusif dalam platform beli-belah berkenaan. Selain itu, ia juga menyediakan khidmat tempahan awal secara eksklusif bagi gajet-gajet yang dinantikan-nantikan di pasaran.

Penawaran Baucar Petrol bernilai RM1 juta

Kempen ‘Shop The World’ datang dengan bonus membeli-belah dalam bentuk baucar petrol. Sejajar dengan peningkatan harga minyak, 11street mempertingkatkan usaha dengan menawarkan baucar petrol bernilai RM10 untuk setiap pembelian bernilai RM100 bagi produk-produk dan jenama yang didaftarkan di bawah kempen ‘Shop The World’.

Sebagai penutup, Wong berkata: “Ini merupakan satu cara bagi kami menghargai pelanggan di atas sokongan mereka terhadap 11street. Sebenarnya, kempen ‘Shop The World’ ini hanyalah satu permulaan terhadap rancangan lain yang disediakan untuk pelanggan platform ini. Kami mahukan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah global yang sebenar. Tidak lama lagi, para pelanggan kami akan menyedari betapa kecilnya dunia apabila mereka membuat pembelian di 11street, khususnya apabila kami terus berusaha untuk mempertingkatkan kepelbagaian pilihan produk dan inventori jenama global yang ditawarkan.”

Kempen ‘Shop The World’ berlangsung dari 11 Mac hingga 18 April 2017, menyediakan pelbagai tawaran menarik yang boleh dinikmati pelanggan bagi musim perayaan akan datang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kempen ‘Shop The World’ di 11street, sila layari http://bit.ly/shoptheworld11street.

# # #

Mengenai 11street (www.11street.my)
11street merupakan laman beli-belah online yang dipercayai dan mudah yang menawarkan pelbagai produk pada harga kompetitif. Ia berusaha untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah dalam talian pengguna hari ini dengan menjadikannya lebih bersifat peribadi dan menarik perhatian. 11Street menawarkan kategori produk yang pelbagai, merangkumi Fesyen, Barangan Elektronik, Barangan Runcit, Kecantikan dan Kesihatan, Bayi dan Kanak-kanak, Riadah & Sukan, Kediaman & Gaya Hidup serta Buku & Perkhidmatan termasuk tawaran diskaun seperti e-Baucar. 11street juga merupakan sebuah gedung online yang optimum, yang mana ekosistem pembarangan, program latihan dan pendidikan memberi sokongan terhadap peniaga terlibat tanpa mengira saiz perniagaan mereka. Ditubuhkan di Korea pada tahun 2008, 11street kini merupakan salah satu peneraju pasaran e-dagang global dengan melibatkan 400,000 peniaga yang memberi khidmat kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh dunia.11street juga mempunyai kehadiran di Turki dan Indonesia, yang mana masing-masing dikenali sebagai n11 dan elevenia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman http://www.11street.my.
Petikan daripada rakan jenama 11street

PY Choy, Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Strike, Pengedar Eksklusif Coleman
“Motivasi kami bagi usaha sama ini adalah mudah – untuk memaparkan penawaran terbaik Coleman di platform 11street, khususnya kepada penggemar aktiviti luar dan sukan. Bagi menandakan kerjasama ini, kami menyediakan tawaran eksklusif di 11street tetapi pada masa yang sama turut merancang untuk mempertingkatkan penyenaraian produk Coleman di platform berkenaan.”
Margaret Chin, Pengurus Besar AmorePacific Malaysia, konglomerat yang memiliki jenama Laneige
“Penggemar produk Laneige pasti gembira untuk mengetahui bahawa kami akan melancarkan produk terbarunya – Two Tone Tint Lip Bar – secara eksklusif di 11street, selain menyediakan hadiah dan pemberian istimewa bagi pembelian melebihi RM150 dan RM250. Kami yakin 11street akan menyediakan platform yang mampu mendekati pelanggan sasaran kami memandangkan ia merupakan salah satu laman e-dagang terbesar di Malaysia.”
Beh Kok Seong, Pengurus Kanan Perancangan Jualan, MamyPoko
“11street merupakan salah satu rakan e-dagang yang paling dipercayai dan bernilai bagi kami, oleh itu kami amat berbesar hati kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada kempen ‘Shop The World’nya. Jenama kami sinonim dalam penjagaan dan perlindungan kepada bayi dan kanak-kanak kecil, selain diyakini oleh golongan ibu bapa di Malaysia. Kami berharap dapat mempertingkatkan bilangan pelanggan menerusi usaha sama ini, selain membolehkan mereka membeli produk MamyPoko pada harga yang lebih kompetitif.
Pia Huang, Pengurus Pemasaran MSI Malaysia
“Kami teruja untuk bekerjasama secara eksklusif dengan 11street bagi pelancaran komputer riba Edisi Terhad GE62 Camo Squad kami. MSI yakin bahawa usaha sama ini akan membantu mempertingkatkan kesedaran jenama dan memudahkan pengguna mendapatkan produk kami. Bagi meraikan usaha sama ini, pelanggan boleh membuat tempahan awal komputer riba khusus bagi permainan video berkenaan secara eksklusif di 11street dan berpeluang mendapatkan sebuah permainan utama dan pas musim Ghost Recon bernilai kira-kira RM350 secara percuma.”
Yvonne Wong, Pengurus Pemasaran, Philips AVENT
“Perluasan perniagaan dan langkah untuk mendekati pengguna merupakan dua aspek penting yang diambil kira Philips AVENT dalam mengadakan perkongsian dengan sesebuah plaform dagangan. Oleh demikian, langkah kami dalam memaparkan produk-produk berkualiti Philips AVENT di 11street menunjukkan keyakinan syarikat ini terhadap mereka. Usaha sama ini juga menandakan satu batu loncatan yang baik bagi kami untuk meneroka bidang e-dagang dan membantu syarikat mencapai matlamat dalam membolehkan lebih ramai pengguna, khususnya dalam kalangan ibu bapa baharu, membeli produk Philips AVENT.”
Niklas Yong, Pengurus Pemasaran, Primer Group of Companies
“Walaupun kami masih lagi baru dalam bidang e-dagang, namun demikian, kami mempunyai asas peminat yang kukuh di seberang laut. Oleh itu, kami amat teruja untuk memperkenalkan jenama-jenama kami seperti Flossy dan Jansport kepada pelanggan di Malaysia. Jenama-jenama ini tidak asing dalam kalangan selebriti dan penggemar fesyen di seluruh dunia dan kami positif pengguna di negara ini akan mengikuti trend tersebut pada masa terdekat.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s