Kempen BeMe Sparkling “Untuk Membebaskan Diri Mereka Yang Sebenar”

BEBASKAN DIRI ANDA YANG SEBENAR DENGAN KEMPEN BeMe SPARKLING RIBENA®

Image_2

Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd (SBFM) mengajak semua rakyat Malaysia “untuk membebaskan diri mereka yang sebenar” melalui Kempen BeMe Sparkling Ribena® yang dilancarkan hari ini.

Penyanyi dan pencipta lagu popular tempatan Elizabeth Tan turut diperkenalkan sebagai Duta Sparkling Ribena® yang baru pada acara ini, di mana beliau mempersembahkan lagu rasmi Kempen BeMe Sparkling Ribena®.

“Rakyat Malaysia hari ini berhadapan pelbagai tekanan hidup dan tanggungjawab, tidak mengira usia dan peringkat hidup mereka. Sama ada tekanan dan harapan untuk berjaya dalam pendidikan atau kerjaya, akur dengan jangkaan sosial daripada rakan sebaya, memenuhi harapan daripada ahli keluarga dan melunaskan tanggungjawab, tidak banyak masa terluang ataupun peluang yang tersedia untuk menyerlahkan diri sendiri yang sebenar. Dalam hidup yang padat tekanan ini, Ribena® meyakini kepentingan mengambil masa untuk membebaskan diri daripada sebarang jangkaan, mendengar kata hati dan menyerlahkan personaliti diri yang sebenar.

Menerusi Kempen BeMe Sparkling Ribena®, kami mahu menggalakkan rakyat Malaysia agar berhenti seketika semasa jadual harian yang sibuk dan menikmati saat-saat BeMe, di mana anda boleh menyerlahkan jati diri anda yang semulajadi dan bebas kerunsingan. Sebagai jenama yang sudah berada di pasaran lebih 75 tahun, kami berasa bertuah kerana Ribena® kekal pada identitinya, menyebarkan kebaikan semulajadi anggur hitam di merata dunia, justeru, mengekalkan identiti diri yang tersendiri adalah penting buat kami,” Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau bagi Malaysia, Singapura dan Hong Kong, SBFM.

“Jenama Ribena® cukup dekat di hati ramai rakyat Malaysia, hadir pada zaman kanak-kanak kami dan mencetuskan memori indah. Malahan, rangkaian Sparkling Ribena® adalah cara terbaru untuk menikmati rasa Ribena® yang unik dan sukar dilupakan. Dengan buih ringannya yang mencerminkan saat-saat seronok dan girang dalam hidup, Sparkling Ribena® adalah teman sempurna bagi kesemua saat-saat BeMe. Kami memilih Elizabeth Tan sebagai Duta Sparkling Ribena® yang baru kerana beliau menjiwai semangat BeMe dengan menyerlahkan personalitinya yang tersendiri. Dengan bantuan Elizabeth yang menjadi terkenal menerusi YouTube dalam satu contoh saat-saat BeMe di mana beliau meluahkan perasaan menerusi sebuah lagu, kami mahu lebih ramai rakyat Malaysia meraih saat-saat BeMe mereka,” tambah Lee.

Elizabeth Tan, Duta Sparkling Ribena® yang baru dilantik, turut berkongsi saat-saat BeMe beliau semasa majlis pelancaran, mengimbau kembali pengalamannya sebagai penghibur.

“Semasa mula-mula bergelar artis YouTube, saya hanya mahu berkongsi minat saya terhadap muzik dengan para pengguna Internet. Saya percaya keseronokan mencapai saat BeMe adalah sesuatu yang tidak ternilai. Sejak bertahun lamanya, saya sentiasa percaya yang saya meluahkan perasaan menerusi lagu dengan cara terbaik apabila saya mengekalkan identiti diri yang sebenar, dan saya kini berjaya hasil daripada usaha mengetengahkan gaya muzik saya yang tersendiri. Jadi, Kempen BeMe Sparkling Ribena® yang mengajak rakyat Malaysia untuk meraikan diri mereka yang sebenar adalah satu pendekatan yang amat bermakna bagi diri saya. Saya berharap rakyat Malaysia akan dapat kepuasan yang mendalam menerusi saat-saat BeMe mereka. Saya sudah lama menikmati kelazatan anggur hitam Ribena® sewaktu membesar, dan hari ini, kelazatan Lightly Sparkling Ribena® yang mengimbau memori indah zaman kanak-kanak saya,” katanya.

Sewaktu pelancaran itu, Elizabeth turut membuat demonstrasi resipi minuman ciptaannya iaitu Sparkling Lizzy – gabungan Sparkling Ribena® Blackcurrant, sesudu besar jus limau, dua biji asam boi dan daun pudina segar, yang diinspirasikan daripada minatnya terhadap muzik dan gaya hidupnya yang aktif.

Sebagai sebahagian daripada Kempen BeMe Sparkling Ribena®, sebuah van combi akan menjelajah Kuala Lumpur dan Petaling Jaya bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk membebaskan personaliti terpendam mereka. Elizabeth juga akan berkongsi beberapa saat-saat BeMe beliau dalam talian dan akan muncul dalam 3 video Sparkling Ribena®, yang akan disiarkan menjelang akhir bulan Mac 2017. Lebih banyak aktiviti menarik telah dirancang, jadi nantikan pengumumannya! Tontonlah video dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen ini di laman Facebook Ribena® Malaysia http://www.facebook.com/RibenaMalaysia.

Tin Sparkling Ribena® kini dijual pada harga disarankan RM2.20 dan boleh didapatkan di pasaraya besar, pasaraya, pasar mini dan kedai runcit/kios di seluruh negara.

Mengenai Ribena®

Ribena® telah dicipta oleh Dr Vernon Charley pada 1938; namanya dipetik daripada nama saintifik anggur hitam – Ribes Nigrum. Pada tahun 1955, Ribena® muncul di pasaran Malaysia dan mula menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga dewasa di Malaysia dan kekal menjadi jenama yang masyhur di kalangan pengguna di Malaysia. Diperbuat dengan anggur hitam daripada ladang New Zealand yang dipilih kerana warna ungu gelapnya, Ribena® terkenal di atas kebaikan semulajadi dan rasanya yang lazat, diperbuat tanpa pewarna atau perisa tiruan. Ribena® boleh dibeli dalam format kordial dan format sedia diminum.

Mengenai Suntory Beverage & Food

Suntory Beverage & Food Ltd (SBF) adalah syarikat minuman ringan global yang terkemuka, beribu pejabat di Jepun dan disenaraikan di Bursa Saham Tokyo, dengan platform bersepadu di lima rantau utama: Jepun, Eropah, Oceania, Asia Tenggara dan benua Amerika. SBF memiliki barisan produk yang ekstensif dan pada tahun 2012 adalah pembekal minuman ringan keeempat terbesar di dunia dan kedua tebesar di Jepun. Wawasan SBF adalah untuk menjadi syarikat pembekal minuman ringan global yang terulung, yang diiktiraf di atas jenama premium dan uniknya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s